Sunday, December 28, 2008

HARAPAN ANAK MUDA

Mungkin di kalangan anak-anak muda "Operasi Isi Penuh" tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Bagi yang menganggur pada awal 1980an, "Operasi Isi Penuh" memberi satu pengharapan. Harapan mendapatkan pekerjaan. Anak-anak muda lepasan sekolah berpusu-pusu ke pejabat pos untuk mendapat borang JPA untuk memohon jawatan-jawatan kelas C dan D (posmen, kerani, askar, polis dsb) di jabatan kerajaan. http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2003/8d.html

Hasilnya, lebih 300,000 anak-anak muda terutamanya anak-anak belia Melayu menjadi anggota perkhidmatan awam. Ketika itu, ekonomi negara memasuki era baru di bawah kepmimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Saturday/MyJohor/20080620144903/Article/

Tetapi suasananya agak berbeza pada akhir 1980an. Ekonomi negara dilanda masalah. Graduan universiti menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.

Peristiwa tunjuk perasaan di Lemal, Kelantan, pada 1987, oleh para graduan universiti memberi cabaran hebat kepada kerajaan pada masa itu. Mereka berdemontrasi dari pekan Pasir Mas membawa sepanduk ke rumah bekas Timbalan Menteri Perumahan Tan Sri Hussein Ahmad dan ditangkap polis. Bimbang akan kesan politik pada masa itu, kerajaan mengambil keputusan mengugurkan tuduhan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan masa itu kini nama-nama besar dalam politik. Antaranya Husam Musa (Pas), Idris Ahmad (Pas), Saifuddin Nasution (Keadilan) dan Che Johan Che Pa (Umno). http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/10/mengimbau-wira-pakatan-rakyat.html

Kesan daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan mengadakan "skim latihan siswazah menganggur" untuk memberi latihan kepada siswazah menggangur. Sebahagian dari siswazah akhirnya mendapat pekerjaan walaupun ada antaranya tidak kena mengena dengan bidang lulusan masing-masing. Ada yang dilatih menjadi guru. Sepanjang di bawah skim tersebut, para graduan ini diberi elaun khas RM350 sebulan. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Awal 2009, negara akan menghadapi cabaran yang sama. Sudah ada ura-ura syarikat akan memberhentikan hampir 5,000 pekerja kerana kemelesetan ekonomi. Semalam salah sebuah pasaraya tertua di England, Woolworths, bankrup. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/business/20081228072248&sec=business

Semalam juga, kerajaan mengumumkan 1,429 pekerja di 17 kilang di Kedah akan dibuang kerja. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/nation/2903448&sec=nation

Keadaan ekonomi akan lebih parah menjelang suku pertama 2009. Apakah anak-anak muda kita akan mengharungi cabaran yang sama seperti tahun-tahun 1987 dan 2001?

Hanya satu saja harapan kita. Agar pemimpin kita kreatif dalam mengharungi cabaran ini. Malangnya, selepas Dr Mahathir meninggalkan jawatan, kepimpinan negara lesu tidak bermaya.http://royaldutchshellplc.com/2008/04/01/the-independent-the-great-depression/

2 comments:

  1. saya sokong kata-kata tuan..
    bukan sahaja kedua-dua pemimpin melayu dan pegawai kerajaan yang tidak takut hilang kerja tidak akan peduli akan nasib mereka yang hilang kerja nanti.

    mereka tidak peduli selagi periuk nasi mereka terjaga.

    ReplyDelete
  2. Saya nak confirm disini bahawa kerajajan persekutuan/BN telah berusaha bermati-matian untuk membantu golongan muda mendapat pekerjaan. Itu pasti. Berbagai-bagai cara dan pendekatan telah kerajaan BN telah lakukan. Masalahnya ekonomi negara kita bergantung banyak kepada keadaan ekonomi dunia. Mungkin Pemimpin PAS boleh mengajukan pandangan bernas bagaimana cara menyelesaikan pengangguran dikalangan siswazah ini. Jangan asyik kritik saja. Malaysia dan rakyatnya milkik kita bersama.
    Mungkin generasi muda juga ada share mengapa rezeki untuk mereka sedikit liat pada kali ini. Cubalah bermuhasabah diri. Melawan orang tua mungkin diantara sebabnya. Atau kuat buat maksiat. Jangan asyik mengharapkan kerajajan persekutuan saja. Nanti tiba pilihanraya, kerajaan BN entah kemana.

    ReplyDelete