Di sidang akhbar yang sama, Tengku Rithaudeen, yang sudah lama pencen sebagai ahli politik, mengumumkan pengantunggan Ketua Bahagian Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin (gambar atas), selama dua tahun kerana sabotaj Umno dalam pilihanraya umum Mac 8 tahun ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm
Tahniah kepada Lembaga Disiplin. Tetapi Tengku, Ahmad hanyalah ikan bilis dan kacang putih dalam Umno. Ahmad tidak berjawatan dalam kerajaan dan tidak memegang sebarang jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.
Apa yang kecoh diperkatakan sekarang inilah pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menggunakan wang untuk merasuahkan ahli-ahli Umno bagi mendapatkan pencalonan dan kini untuk mendapatkan undi semasa pemilihan parti Mac nanti.
Bukan sedikit wang yang dicurahkan. Jutaan ringgit. Kalau ikut cakap-cakap di kedai kopi, mereka yang terlibat adalah bapak-bapak Menteri. Mereka yang terlibat adalah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Bukan itu saja, rasuah politik merebak hingga ke Pemuda dan Wanita. Malahan di kalangan Puteri pun sudah tidak ada segan silu.
Apa yang Mubarak persoalkan ialah mengapa Lembaga Disiplin mengheret kaki dalam menangani isu rasuah politik melibatkan bapak-bapak Menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam parti.
Mereka tidak mempertikaikan pengorbanan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang terpaksa tinggal anak isteri dua tiga malam kerana membuat siasatan. Apa yang diperkatakan ialah berani kah Tengku Rithaudeen menggantung bapak-bapak Menteri dan ahli-ahli MKT ini?
Ada di kalangan bapak-bapak Menteri ini mempunyai reputasi menggunakan wang. Tak perlulah kita menyebut nama mereka kerana seharusnya Lembaga Disiplin lebih mengetahui dari golongan marhaen dalam parti.
Itu yang kita nak dengar, Tengku. Orang macam Ahmad Lebai Sudin memang patut digantung. Tetapi gantunglah juga bapak-bapak Menteri yang jelas terbukti mengamalkan rasuah politik.
Kita harap Tengku faham maksud Mubarak.
Rasa-rasanya Lembaga Displin ni memang lembab dan takut bertindak..almaklumlah yang terlibat semuanya naga besar! Agaknya mereka takut kena semburan api naga! Dengar khabar calon yang merebut Ketua Wanita pun dah banyak menabur wang. Sewaktu TPM menamakan calon di Kuala Terengganu, calon ini mengambil kesempatan menjemput semua wakil-wakil Wanita di seluruh negara untuk datang berkampung sambil berseminar atas tiket MPWK dan SENADA. Khabarnya, tiket kapal terbang, makan minum dan penginapan di Grand Continental semuanya ditanggung beres. Hebat betul calon Ketua Wanita ini! Banyak betul dia perabiskan duit demi mencapai matlamat. Lembaga Displin tak teringin ke nak tahu dari mana dia dapat sumber duit sebanyak itu?
ReplyDelete