Sunday, November 23, 2008

SIAPA SELEPAS NAJIB BILA BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN?

Apabila Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara Mac nanti, maka Najib akan menjadi Presiden Umno terakhir yang akan memenuhi teori RAHMAN yang nmnjadi firasat ramai mengenai siapa Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Setakat ini teori RAHMAN ini hampir menjadi kenyataan. Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi sudah pun melengkapkan 5 dari 6 huruf dalam RAHMAN.

Tetapi masih ada yang nakal meramalkan "NUAR" akan menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas pemilihan Umno Mac tahun depan.

'It does not mean the N will eventually be Najib. There are also people who say that the N may stand for Nuar." (N tidak semestinya Najib. Ada juga yang berpendapat N mungkin bermakna Nuar) - Mohammad Agus Yusoff, penganalisa politik Universiti Malaya.

Walaupun nama Anwar Ibrahim bermula dengan A, para penyokongnya, mungkin termasuk Agus, masih berharap agar N tersebut ialah Anwar.

Pokoknya, apa pula selepas RAHMAN? Atau mungkinkah selepas Najib, ianya merupakan era pembangkang? Seperti kata Tun Musa Hitam dahulu, Umno sudah tua.

Parti tertua di dunia seperti Golkar, Kongress dan LDP hampir lenyap mungkin kerana tua. Samada Umno akan mengalami nasib yang sama, kita kenalah tunggu selepas teori RAHMAN berakhir.

STRAITS TIMES Singapura turut menulis mengenai teori RAHMAN ini. Untuk artikel penuh, layari: http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/SE%2BAsia/Story/STIStory_305871.html

9 comments:

  1. Jangan mimpi lah Anwar Ibrahim nak jadi PM. Takat angan2 boleh lah

    ReplyDelete
  2. Teori RAHMAN mungkin boleh di kaitkan, tetapi itu cuma pandangan yang sinonim dengan nama PM yang telah pun berlalu, tetapi pendapat yang menyatakan N untuk nuar adalah satu pendapat yang nakal.

    ReplyDelete
  3. sokong tue...saya takleh bayangkan kalau anwar jadi PM...habis pecah belah Malaysia ...

    ReplyDelete
  4. Tak kesahlah siapa yang meneruskan pemerintahan selepas "N". Mungkin UMNO tidak lagi berada ditempatnya seperti sekarang ni. UMNO dah sinonim dengan Rasuah. Rasuah yang terbuka dan sukar dibendung.

    Kalau UMNO masih lagi berkuasa, negara ni akan hancur. Sebab itulah "N" jadi yang terakhir. Selepas itu tiada huruf lagi, samada ia bermakna tiada lagi masa depan UMNO atau tiada lagi sebuah Malaysia yang aman dan makmur dan hidup dalam peta dunia sebagai negara berdaulat, tak ikut telunjuk sesiapa.

    ReplyDelete
  5. Lepas RAHMAN, Carilah orang UMNO yang bernama PUTRA pula. Sebab nama PM pertama adalah RAHMAN PUTRA.

    Adatak sesiapa dalam UMNO yg bernama PUTRA? Kemudian start balik dengan nama2 yang mula dengan U, then T, then R then A.

    That's how it goeslah.

    ReplyDelete
  6. kalau mengikut nahu ... yang lebih tepat, dibaca RAHMAAN (yaitu 2 A). Kita sama-sama tengok nanti, Najib atau Anuar.

    ReplyDelete
  7. Siapa selepas Najib? Jawabnya tak tahu sebab di zaman Najib Negara akan hancur kalau dia jadi PM.
    Buruk buruk Pak Lah yak seteruk Najib.
    Selepas Najib ada kemungkinan Negara akan lumat.
    Percayalah! jangan terlalu enjoy pukul Pak Lah kerana selepas ini tenaga nak digunakan untuk belasah Najib pulak.

    ReplyDelete
  8. just share knowledge, muhammad agus yusuff tu penganalisis politik UKM bukan UM...

    ReplyDelete
  9. bagi saya.. teori nih syirik.

    sebab tuh negara tengah rosak sekarang.

    apelah. majlis fatwa, bende macam nih tak nak plak kuar fatwa.

    ReplyDelete