Tuesday, November 4, 2008

PUTIH ATAU HITAM?







Dalam tempoh 24 jam kita akan tahu siapa Presiden Amerika Syarikat yang baru. Samada Barack Obama atau John McCain.
Bagi Jelapang, samada Obama atau McCain, siapa Presiden sama sahaja. Negara Islam tetap akan dianiayai. Di bawah pemerintahan Bush, orang-orang Palestin, Iraq dan Afghanistan menjadi mangsa kekejaman Presiden Amerika Syarikat itu. Tidak menghairankan Iran dan Syria bakal menjadi mangsa kepada Presiden yang baru.
Pilihanraya ini juga penting. Kita tunggulah samada demokrasi yang diwar-warkan oleh Amerika Syarikat benar-benar demokrasi yang sebenar atau warna kulit masih menjadi isu utama di negara model demokrasi ini.
Sepanjang kempen pilihanraya kita melihat perancangan dua penyokong neo-nazi berkulit putih merancang membunuh Obama (http://cbs5.com/campaign08/obama.assasination.plot.2.849858.html) dan bagaimana seorang budak perempuan kulit putih mendakwa huruf B dituris di mukanya oleh penyokong Obama berkulit hitam. http://www.americablog.com/2008/10/hoax-girl-admits-mutilation-story-was.html
Jadi kita tunggulah, samada rakyat Amerika akan mencipta sejarah menerima kulit hitam sebagai Presiden mereka. - 30k154pm

No comments:

Post a Comment