Monday, November 10, 2008

MALAYSIA, SINGAPURA SENADA!

Sebaik sahaja Barack Obama menang di Amerika Syarikat, Lim Kit Siang bersorak di Parlimen.

Antara lain, Kit Siang melaungkan: Adakah Cina, India, Kadazan atau Iban boleh menjadi Perdana Menteri di Malaysia? http://blog.limkitsiang.com/2008/11/05/obama’s-historic-win-–-can-a-chinese-indian-kadazan-or-iban-become-prime-minister/

Soalan beliau jelas dilontarkan ke arah kerajaan atau dengan kata lain Barisan Nasional.

Beberapa Ahli Parlimen BN menyahut: "Tanya YB Permatang Pauhlah".

Rupa-rupanya perkara yang sama berlaku di Singapura apabila orang Melayu bertanya samada orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Singapura.

Semalam, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, anak Kuan Yew, pun jawablah.

Jawapannya ialah: Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Kepada Kit Siang, suasana di Singapura samalah dengan Malaysia.

Jawapannya: Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 27 juta orang, belum bersedia untuk memilih Perdana Menteri bukan Melayu dalam tempoh terdekat.

Malangnya, pemimpin Umno tidak berani nak senada dengan Hsien Loong. Atau mungkin terlalu sibuk memikirkan untuk mendapatkan pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan dalam Umno sehingga tiada masa untuk menemplak Kit Siang.

2 comments:

  1. Bukan malaysia-singapore je..kot2 kat afrika,india dan byk negara lagi yang byk tribe pun ambil kesempatan isu obama utk jadikn bkn majoriti ketua negara.

    ReplyDelete
  2. Aku tak suka sangat dengan cina2.

    Singapore's answer was disgusting.


    By the way, the latest post in my blog - ''Can the real Muhyiddin Yassin please stand up?''

    http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

    ReplyDelete