Tun Dr Mahathir pernah mencurahkan isi hatinya bagaimana hajat beliau untuk bertemu anak didiknya, Najib Razak, dihalang Abdullah. Hancurnya hati Tun Dr Mahathir apabila ianya menjadi satu kesalahan buat Menteri-Menteri yang pernah berkhidmat di dalam kabinetnya untuk menziarahi beliau.
Seorang bekas Menteri pernah menceritakan bagaimana hajat beliau untuk menziarahi Tun Dr Mahathir di rumah beliau di The Mines dihalang. Semalam, kekecewaan Tun Dr Mahathir pasti terubat apabila para Menteri yang pernah beliau bimbing dengan rasa tawazuk memperlihatkan rasa hormat mereka kepada Tun. Malangnya, imej-imej mulia ini tidak disenangi oleh pihak tertentu.
Bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad A.Talib, yang turut serta menghadiri majlis hari raya Datuk Raof Yusuf, bekas Setiausaha Pemuda Umno, merakamkan saat-saat ini menerusi blog beliau: http://ahmadatalib.blogspot.com/2008/10/whats-message-from-these-pictures.html
Dari kiri: Rahim Thamby Chik, Mustapha Mohamed, Shapie Apdal, Abdul Rahman Bakar, Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Datuk Rauf, Syed Hamid Albar dan Awang Adek.
Dari kiri: Muhyiddin Yassin dan Rahim Thamby Chik. Kanan sekali ialah Datuk Ahmad A.Talib.
Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
TANDA HORMAT: Syed Hamid Albar bersalaman bersama Tun Dr Mahathir.
Salam saudara Jelapg,
ReplyDeleteSaya rasa pihak pembgkg sangat takut dgn situasi yg digambarkan dlm gambar ini krn TUN M kelihatan bersama pemimpin-pemimpin BN yg lain dan terlihat kesinambungan dan kekuatan UMNO dr dulu hingga kini malah ,seolah bayangan hitam yg melanda UMNO semakin jelas sedg berarak pergi....kadgkala terfikir saya kenapa Pak Lah pd zamannya tidak menunjukkan keadaan sedemikian sebelum ini .Pada saya jika pd masa dulu dia menunjukkan situasi sedemikian pasti anggapan rakyat terhadapnya tidak lah seperti pd hari ini ,malah mungkin hari ini beliau masih sebagai PM LAGI....SAYA RASA TIDAK ADA RUGI kita separti berbaik sangka sesama kita demi keutuhan bgsa dan parti org MELAYU...........

Bagaitau paklah, al ghazali yang dicarinyua sudah tukar nama, kini TDM - kesian dia tak jumpa.
ReplyDelete