SATU ketika dahulu, Jen Hashim Ali, bekas Panglima Angkatan Tentera, begitu marah apabila helikopter Nuri TUDM diberi nama "keranda terbang" (flying coffin). Jen Hashim bersara pada tahun 1992. Malangnya sehingga hari ini, anggota tentera udara kita masih lagi menggunakan helicopter Nuri (gambar bawah) untuk menjalankan tugas mereka. Selepas 41 tahun menggunakan helikopter Nuri, semalam laman web pro-Pak Lah, Malaysian Insider, menyiarkan satu berita bahawa Kerajaan akan membatalkan pembelian helikopter Eucopter, EC725 (gambar atas sekali), dan berita tersebut juga disiarkan oleh agensi berita antarabangsa Reuters. http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-36156120081026
Pembelian helikopter EC725 ini diselaputi kontroversi dan dikaitkan dengan skandal melibatkan beberapa pemimpin negara selepas Kapt Zahar menulis sepucuk surat kepada Najib Razak. "Kemelut ekonomi".
Itulah alasan yang akan digunakan kerajaan untuk membatalkan pembelian Eurocopter EC725. Ia juga bermakna TUDM akan terus menggunakan Nuri walaupun sudah berusia 41 tahun dan sudah 17 kali terhempas. Kali terakhir Nuri terhempas ialah pada 13 Julai 2007 mengorbankan enam anggota TUDM. http://www.malaysiandefence.com/?cat=37
Setiap kali Nuri terhempas pelbagai janji dan kritikan dilontarkan. Selepas insiden 13 Julai tahun lepas kerajaan berjanji ketika itu ialah pesawat Nuri akan dipencenkan dalam masa tiga tahun.
Tetapi malangnya pembelian pesawat penggantinya dicemari skandal kerana ketiadaan ketelusan dalam proses pembeliannya. Yang menjadi mangsanya ialah juruterbang TUDM.
Teringat Jelapang akan sebuah lagu yang direka oleh juruterbang Kanada yang turut menggunakan helikopter Nuri (dikenali sebagai Sea Kings di Kanada). Lagu tersebut bertajuk "Sea Kings in the Sun" menggunakan rentak lagu "Seasons in the Sun" nyanyian Terry Jack.
Liriknya: SEA KINGS IN THE SUN
Goodbye papa please pray for me
My helicopter's crashing in the sea
I honestly don't mean to pout
But my future is in doubt
My co-pilot just fell out
Goodbye papa it's hard to fly
When my airframe's cracking in the sky
For every hour in the air
It takes them 30 to repair
We fly these things on a dare
We've had joy, we've had fun
We've had Sea Kings in the sun
But the engines are on fire
And the Sea Kings must retire
Goodbye Chretien (the former Canadian premier), my stingy one
You could have bought the EH-101
Instead you blew 500 mil
Just to cancel out the bill
Now I need an airsick pill
We've had joy, we've had fun
We've had Sea Kings in the sun
We'll be lucky if we reach
A crash landing on the beach
Salam...
ReplyDeleteOn one hand, pembatalan ini adalah langkah bijak kerajaan. Skandal melibatkan beberapa pemimpin negara? Berapa ramai pemimpin yang terlibat?
On the other hand, Nuri TUDM mesti diganti tetapi kerajaan mesti telus. Mana mungkin di dunia ini hanya ada Eurocopter saja.
Yang pasti dan yang jelas di sini, kebijaksanaan rakyat terutama bloggers. Syabas bloggers!
saya tertarik dengan lagu diatas memang 'hit the nail at the head' dengan izin .kepada mereka yang yakin dengan kebolehan nuri silalah naik lepas itu barulah lontarkan pendapat anda .
ReplyDelete