Sunday, October 5, 2008

NUR JAZLAN: SELAMAT TINGGAL PAK LAH?




Artikel NUR JAZLAN MUHAMED, ketua bahagian Umno Pulai dan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Mohamed Rahmat, pernah mendesak Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas pilihanraya umum ke 12 Mac, 2008, semasa Pak Lah mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Perhubungan Johor dalam bulan Mei.
Pada 29 September, Nur Jazlan menulis satu artikel seolah-olah talqin untuk Pak Lah.
Antaranya: "Datuk Seri Abdullah will become the shortest reigning Prime Minister on record, completing 5 years and four months when he leaves in March 2009. It would be four months shorter than Tun Hussein Onn’s time in office. His record as Prime Minister although mixed, will still be respectable. He delivered Barisan Nasional’s best and worst general election results."
Terjemahan: "Datuk Seri Abdullah akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri yang paling singkat tempoh perkhidmatannya kerana apabila beliau meninggalkan jawatan Mac 2009 nanti, tempoh beliau menjadi Perdana Menteri hanya 5 tahun 4 bulan. Ianya 4 bulan kurang dari tempoh Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Rekod beliau sebagai Perdana Menteri juga bercampur-campur tetapi beliau tetap dihormati. Beliau lah yang memastikan Barisan Nasional menang besar dan beliau juga yang menyebabkan Barisan mencipta pencapaian terburuk di dalam sesuatu pilihanraya umum."
Tulisan Nur Jazlan: http://www.jazlan.net/?p=169
Sementara itu, Nur Jazlan turut menyatakan minat untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri.
Mengikut Malaysian Insider, Nur Jazlan sedang menimbang untuk menyertai Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan Mohd Ali Rustam untuk mencuba nasib untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
P/S: Apa salahnya. Pertandingan Timbalan Presiden dah pun jadi macam sarkas. Mana-mana badut pun boleh masuk gelanggang untuk menghiburkan penonton.

2 comments:

  1. Saudara,

    Saya fikir tidak timbul soal badut dalam hal ini. Cuba saudara lihat, calon Presiden Amerika Syarikat pun ramai .. sampai berbelas-belas. Dari primary, membawalah kepada akhir sekali dua pada akhirnya. Dalam UMNO juga begitu. Ia mungkin bermula dengan jumlah yang ramai. Bagaimanapun, apabila proses pencalonan bermula, mungkin ada yang tidak mendapat jumlah undi yang cukup. Akhirnya, tinggal dua atau tiga calon saja. Itu perkara biasa. Dijemput membaca blog saya dan saya amat mengharapkan semua jawatan dalam UMNO dipertandingkan. Sekiranya ini dapat dibudayakan, ia adalah sesuatu yang baik.

    ReplyDelete
  2. Jika Muhyiddin tidak mahu bertanding jawatan ini, saya sedia pilih Nurjazlan berbanding badut-badut dan tolol-tolol berakal suku seperti Mat Taib, Ali Rustam, Isa Samad, dan Zahid Hamidi.

    Keempat ini hanya politik dan populariti tetapi pemikiran ketinggalan dan pengetahuan tak kemaskini.

    Cakap orang putih pun tak tahu.

    ReplyDelete