Monday, October 6, 2008

CACAMARBA!

HAK BERSAMA? Sukar hendak memastikan apakah hasrat Ketua Cawangan Umno Kampung Ubai apabila beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden.

Tidak salah sekiranya apa yang berlaku dalam Umno hari ini adalah gambaran suasana tidak terurusnya Umno. Ketua Bahagian seperti Nur Jazlan Mohamed yang dicabar di bahagiannya sendiri dan hanya mendapat sokongan separuh ahli Umno Pulai pun boleh merasakan dirinya layak untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.
(Blogger Jejak Pujangga turut mengkritik Nur Jazlan: http://jejakpujangga.blogspot.com/2008/10/umno-deputy-presidency-are-these.html)

Jadi tidak salah lah sekiranya satu hari nanti Ketua Cawangan seperti Ketua Cawangan Kampung Ubai bakal terpilih untuk menerajui Umno tanpa perlu melalui proses kepimpinan parti.

Hari ini Ketua Umno Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan bertanding Naib Presiden Umno.

Alasan beliau: "Setiap ahli berhak bertanding bagi manamana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi."

Laporan penuh: http://jelapang2008.blogspot.com/2008/10/ketua-umno-cawangan-kampung-ubai-tawar.html

No comments:

Post a Comment