Tuesday, September 16, 2008

WEBSITE PERIBADI NAJIB

"SAYA tidak percaya kepada politik menipu, memecahbelahkan dan perintah. Usaha untuk kembali kepada kepercayaan yang lama dipegang dalam perpaduan serta saling menghormati dilihat bertambah penting ketika ini.

"Laman web ini adalah buat semua rakyat Malaysia dan saya menggalakkan mereka yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, serta berkomunikasi, dan juga seluruh komuniti, untuk turut serta dalam perbincangan nanti.

"Semasa saya berusaha membaiki kemahiran, saya akan memerlukan input dan respons anda bagi membolehkan saya tahu pendapat anda mengenai perkembangan laman web ini.

"Pandangan komuniti online semakin menggambarkan apa yang penting buat rakyat Malaysia dan saya amat berminat untuk mendapatkan perspektif itu.

"Saya berharap laman web ini akan mencetuskan satu dialog yang terbuka dan penting, menerokai identiti Malaysia, matlamat sert hala tuju. Sebagai seorang bapa kepada dua remaja, saya juga sudah biasa dengan perdebatan hangat dan juga perselisihan pendapat."

Itu lah mukadimah Najib Razak pabila mengumumkan pelancaran website peribadi beliau
1Malaysia malam ini.

Jelapang: Akhirnya Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf akan pengaruh siber. Dunia telah berubah, Datuk Seri. Rakyat hari ini sudah pandai menilai yang mana satu permata dan yang mana satu kaca. Selamat datang ke alam siber, Najib.

No comments:

Post a Comment