Saturday, September 20, 2008

KICKDEFELLA TIDAK SERIK

KICKDEFELLA dibebaskan hari ini. Nampaknya semangat juang Syed Azidi Sheikh Abdul Aziz masih utuh.

Selepas keluar dari tahanan polis, Sheikh bantai Abdullah Ahmad Badawi.

Menerusi blog beliau Kickdefella, Sheikh berkata: "I have kicked Dollah again as soon as I was released. You can ask the press. (Saya telah "menyepak" Dollah sekali lagi sejurus saya dibebaskan. Tanyalah wartawan).

Dari penulisan Sheikh jelas polis sudah semakin matang dalam mengendali tahanan ISA dan Akta Hasutan.

Wartawan Sinchew Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memuji layanan polis kecuali makanan yang Teresa rasa hanya sesuai untuk anjing.

Sheikh turut memuji anggota polis: "The police has treated me well and most of the time, beyond the call of duty. I made lots of friends too." (Polis melayan saya dengan baik setiap masa dan diluar bidang kuasa mereka. Saya juga dapat ramai kawan baru).
http://kickdefella.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment