Saturday, September 6, 2008

BILA UMNO LEMAH, MCA, GERAKAN MENGUGUT?

Gerakan akan mengkaji semula kedudukan dalam BN sekiranya parti-parti komponen terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.” - Koh Tsu Koon.
DUA hari lalu pemangku presiden Gerakan, Koh Tsu Koon, membuat kenyataan bagaimana “berbalang susu yang selama ini dikumpulkan” oleh ikatan Barisan Nasional mungkin rosak dek nila setitik.

Semalam, Koh Tsu Koon mengeluarkan kenyataan lagi. Kali ini berbentuk ugutan bahawa “sekiranya parti-parti komponen terutamanya Umno gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya di dalam BN.”

“Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN. Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN,” kata Koh Tsu Koon.

Hari ini, satu lagi kenyataan beliau keluarkan. Kali ini di Kota Kinabalu.

“Ahmad (Ismail) telah menjadikan isu itu sebagai serangan peribadi yang boleh mencetuskan emosi negatif di kalangan semua masyarakat di negara ini dan mengingatkan masyarakat yang berkenaan supaya bertenang dan tidak membiarkan pandangan seorang pemimpin menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Sementara itu, Ong dalam kenyataannya semalam menambah: “walaupun Umno adalah tulang belakang BN, tetapi ia tidak mempunyai penguasaan terhadap parti gabungan itu dan oleh yang demikian, Umno perlu menimbang secara serius kebimbangan yang dirasai oleh parti lain.”

Kenapa Gerakan dan MCA berani mengugut Umno hari ini? Jawapannya kerana Umno berada di dalam kedudukan paling lemah selepas 50 tahun merdeka.

Umno bukan lagi Umno dahulu. Ketika Umno kuat, berebut-berebut parti politik memohon untuk menyertai BN.

IPF beberapa kali memohon ingin menjadi parti komponen BN. Kimma hampir setiap tahun menghantar pemohonan. Malah S. Nalakaruppan pernah memohon untuk parti beliau, MIUP, menyertai BN. Ketika itu Umno kuat.

Tetapi kini Umno lemah. Maka tidak hairanlah parti yang menjadi tunjang BN, MCA dan Gerakan, mengugut untuk keluar BN.

Protagonis didalam MCA dan Gerakan seperti Ong Tee Keat dan Koh Tsu Koon sebenarnya cuba menyembunyikan masalah dalam parti masing-masing.

Hari ini, ahli-ahli MCA Perak membuat keputusan mengenepikan anak Ling Liong Sik, Ling Hee Leong, dari memegang jawatan Ketua Pemuda MCA Perak. Maka berakhirlah impian Hee Leong untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pusat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Apakah mesej ahli-ahli MCA kepada pimpinan parti? Mesejnya MCA tidak perlu lagi kepada legasi kepimpinan terdahulu.

Begitu juga Koh Tsu Koon. Tee Keat dan Tsu Koon menyedari bahawa sekiranya mereka ingin kekalkan jawatan, mereka perlu senada dengan kehendak ahli parti.

Maka Umno disalahkan walhal hari demi hari satu demi satu pemimpin Gerakan meninggalkan parti itu dan Koh Tsu Koon kehilangan arah bagaimana untuk mengembalikan keyakinan ahli dan pemimpin lain terhadap kepimpinan beliau.

Hari ini, Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong, meninggalkan Gerakan.
http://www.malaysiakini.com/news/89214

April lalu, bekas Setiausaha Agung Gerakan Lee Kah Choon meninggalkan parti.

Hari demi hari Gerakan semakin tidak relevan dan Koh Tsu Koon dan Ong Tee Keat di dalam kebimbangan mereka mungkin turut tidak relevan di dalam parti masing-masing.

Seperti mana pemimpin-pemimpin Umno hari ini, Tee Keat dan Tsu Koon sedang berusaha menyelamatkan karier politik masing-masing. Menyalahkan Umno mungkin satu cara untuk menyelamatkan karier masing-masing.

3 comments:

  1. Mungkin jika Gerakan dan MCA keluar maka yang tinggal MIC sahaja.

    Dan dalam kabinet hanya tinggal India dan Melayu sahaja...

    Jika Cina tiada wakil maka jangan disalahkan kerajaan pula.

    Kerana mereka juga yang membuat nyanya diri sendiri...

    Mungkin bagus juga jika kita biarkan hanya Melayu jadi Ahli Parlimen ????

    dan Melayu sahaja jadi Ahli Kabinet ???

    atau tukar sistema jadi Raja Monarki??

    kerana mereka tidak setia dan suka mengugut jika tak suka..

    Pak Lah tahu nak kendalikan depa ni semua..

    Ingat BN akan lumpuh jika MCA dan Gerakan keluar ?

    Tidak sama sekali kerana yang patah tumbuh yang hilang akan berganti.

    Mungkin PAS akan lompat ke BN dan MCA GERAKAN lompat dengan PKR DAP.

    Masa tu sistem dua parti... Satu parti Melayu Islam..dan satu lagi parti Kafir Harbi @ Munafik...

    Senang orang nak pilih...

    Salam.

    Panglima Perang Cyber

    http://penembak-tepat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. panglima kunun.. cakap macam budak sekolah.. hahaha. orang UMNO ler ni

    ReplyDelete
  3. Hishamuddin dengan keris darah.. ko dengan senapang sniper.. boleh ker? hheaheahehahea

    ReplyDelete