Tuesday, September 23, 2008

BAHAGIAN AZALINA MAHU PAK LAH BERUNDUR.

"Orang Umno dah kurang yakin dan kurang percaya dengan perdana menteri kita sekarang. Buat apa lagi beliau perlu menunggu hingga dua tahun kerana dalam politik, pelbagai perkara boleh berlaku. Orang anggap semua ini hanya permainan politik untuk mencari ruang untuk kekal dengan jawatan sekarang." - AJK Bahagian Pengerang Abdul Kader Basok.

Komen Kader ini pasti meresahkan Ketua Bahagian Pengerang yang baru, Azalina Othman Said, yang jelas orang kuat Pak Lah.

Apakah reaksi Azalina? Adakah suara Kader mewakili suara akar umbi yang dimaksudkan oleh Najib Razak dan Muhyiddin Yassin? Mampukah Azalina menahan badai yang bakal melanda Umno?

Sukar mengetahui latarbelakang Kader samada beliau orang Datuk Harun Abdullah yang gagal mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan jawatan Ketua Bahagiannya.

Kenyataan ini cukup untuk mengambarkan situasi akar umbi di bahagian Pengerang.

Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/90262

No comments:

Post a Comment