KENAPA KENYATAAN PEMIMPIN UMNO PERLU PENELITIAN?
Jawabnya mudah. Sudah menjadi budaya Umno pemimpin lemah ditinggalkan.
Itulah yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan jawatan. Dahulu, tangannya dicium, namanya dijulang. Pabila meninggalkan jawatan, beliau dikeji, dihina dan tidak dipedulikan. Ahli-ahli politik Umno yang dibimbingnya menjauhkan diri kerana takut masadepan politik dan perniagaan mereka terjejas.
Dr Mahathir bukanlah satu-satunya pemimpin Umno yang terseksa dengan budaya ini. Pemimpin-pemimpin terdahulu turut menerima nasib yang sama. Sudah resam Umno.
Kini, adakah perkara yang sama akan berulang bila Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri?
Ada pemimpin Umno beberapa bulan dahulu cakap lain, tetapi kini berubah haluan. Itu lah sebabnya perlu diteliti kenyataan-kenyataan pemimpin Umno sejak akhir-akhir ini, samada mereka masih bersama Abdullah atau mengubah haluan. Dengan kata lain adakah mereka akan terus menyokong Abdullah dalam saat-saat getir ini?
Lagi reaksi pemimpin Umno kepada kenyataan Muhyiddin Yassin agar Abdullah memikirkan semula tempoh peralihan kuasa.
Azalina Othman Said: "Sebenarnya dalam apa juga perjuangan kita harus berpegang kepada prinsip kesetiaan kepada keputusan mesyuarat yang menjadi tanggungjawab bersama. Sekiranya mana-mana pihak tidak menghormati keputusan bersama ini, maka adalah wajar mereka mengundurkan diri dan mengutarakan pendapat atas kedudukan peribadi mereka."
Mohamed Khaled Nordin: Tindakan mendesak pihak tertentu berhubung isu peralihan kuasa adalah tidak wajar kerana ia hanya mengeruhkan keadaan. Perbuatan tersebut menggambarkan parti kini berada dalam suasana kelam kabut. Oleh itu, saya berharap, semua pemimpin dan ahli parti tidak terbawa-bawa dalam soal ini (peralihan kuasa). Kita perlu bertenang dan rasional serta tidak emosi."
Rafidah Aziz: 'Saya lebih suka perbincangan tertutup bagi mengelakkan kita menunjukkan suasana politik yang tidak matang. 'Kita kena faham pandangan akar umbi tidak statik. Mereka membangkitkan banyak perkara termasuk peralihan kuasa dan menjadi tugas kita untuk maklum kepada pucuk pimpinan.''
Muhammad Muhammad Taib (gambar): "Walaupun kita (UMNO) telah bersetuju mengenai peralihan kuasa pada 2010, UMNO tidak pernah melarang mana-mana pemimpin termasuklah ahli-ahli di peringkat akar umbi menyatakan pandangan mereka mengenai perkara ini. Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh Zaid (Ibrahim) terhadap Muhyiddin sebenarnya tidak mewakili mana-mana pihak. Bagi saya, ia cuma pandangan peribadi beliau semata-mata. Bagi saya, tidak ada isu dalam hal ini kerana masing-masing menyatakan pandangan mereka. Namun, apa jua keputusan, terpulang kepada majoriti ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk tentukannya."
No comments:
Post a Comment