Hanya satu kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan kenyataan Menteri Besar Selangor itu iaitu beliau buta sejarah dan jahil mengenai matlamat dan sejarah penubuhan ITM.
Alasan beliau bahawa syornya itu hanya satu usaha untuk melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing amat cetek dan mengambarkan bahawa sebagai pemimpin, Khalid, tidak ubah seperti pemimpin-pemimpin Melayu lain yang lupa asal usul mereka setelah berada diatas takhta semata-mata ingin “popular”.
Sekiranya Khalid di kalangan graduan hasil didikan ITM, beliau tidak mungkin mengeluarkan padangan yang boleh menyentuh perasaan orang Melayu.
Beliau harus mempelajari sejarah dan menghayati matlamat penubuhan Maktab Mara dahulu.
Khalid adalah lulusan Universiti Malaya yang selama ini memang mengamalkan pengambilan pelajar secara terbuka. Tetapi di tahap mana kah keunggulan Universiti Malaya hari ini dengan pengambilan terbukanya?
Adakah kualiti pelajar Universiti Malaya hari ini lebih baik dari pelajar Universiti Malaya di zaman Khalid? Kejayaan sesebuah universiti bukan bergantung kepada perlunya ada kouta untuk kaum tertentu.
Kejayaan sesebuah universiti bergantung kepada pentadbiran universiti itu sendiri. Universiti Cambridge terkenal bukan kerana kouta sesuatu kaum, tetapi disebabkan kualiti pentadbiran dan tahap pembelajaran universiti itu.
Tidak perlulah kita berterus terang kenapa kita perlu mempertahankan ITM. Sebagai orang Melayu, tepuk dada tanya selera mengapa ITM harus dikekalkan identitinya.
Khalid bernasib baik dapat meneruskan pelajaran di Universiti Malaya ketika ramai anak-anak Melayu yang seusianya tinggal di desa, yang ibubapa mereka hanya berkelulusan Darjah Enam dan Empat Senawi, yang ibubapanya membanting tulang menanam padi dan dilambung gelora hanya untuk berkais pagi makan pagi, yang anak-anaknya menimba ilmu bercahayakan pelita minyak gas.
Ketika itu ITM lah menjadi harapan ibubapa ini yang saban hari berharap agar masadepan anak-anak mereka tidak sepahit yang mereka lalui.
Ketika itu ITM lah satu-satunya harapan anak Melayu yang dahagakan ilmu. Apa salahnya kita kekalkan UiTM hak Melayu dan sama-sama memajukannya seunggul Universiti Nanyang di Singapura?
Rujukan: Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/87668
Sejarah UiTM: http://www.arkibmuzium.uitm.edu.my/sejarahUiTM.htm
Salam hormat...
ReplyDeleteNampaknya isu ini telah dipolitikkan dengan pelbagai peringkat masyarakat menghentak TS Khalid.
Dari satu segi, saya menyokong tindakan TS Khalid yang melepaskan bom agar bangsa meLAYU sedar bahawa mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain. Beliau sanggup mempertaruhkan karier politiknya demi menyedarkan bangsa sendiri bahawa meLAYU sebenarnya jauh ketinggalan di dalam semua segi berbanding bangsa lain.
Beliau baru sahaja memberi cadangan tetapi apa hal yang melompat katak teruk sangat hingga dikatakan menghina bangsa sendiri. Dah tu, sanggup 8,000 org berarak menuju bangunan SUK Selangor. Ada permit ka untuk perhimpunan tu?
Malangnya jika bangsa lain menghina meLAYU, tiada pula yang melompat katak seperti forum yang dibuat oleh Majlis Peguam.
Bukan saya nak menyokong / membangkang mana-mana pihak. Sekadar ingin mengajak bangsa meLAYU memikirkan apa yang tersurat & tersirat disebalik cadangan TS Khalid tu.
Pada pandangan saya, ianya lebih untuk menyedarkan bangsa meLAYU agar meningkatkan daya saing di dalam semua perkara samada pendidikan, pekerjaan, ekonomi dan yg sama waktu dengannya dan berpijak di bumi nyata.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: setiap isu hendalah dilihat melalui skop yang lebih luas.
Sang Tuba ni orang MELAYU ke?
ReplyDeletedi mana semangat orang MELAYU Encik Sang Tuba ni?
dah hilang akal untuk buka 10% kuota kepada bukan bumiputera?
tak cukup2 ke dengan universiti lain buka kuota untuk bukan bumiputera juga? bukan bumiputera hanya minoriti, kenapa perlu di buka kuota untuk mereka di univerisiti yang diperjuangkan untuk bangsa MELAYU? fikirkanlah. jangan kerana politik, jangan kerana jawatan, bangsa MELAYU sendiri tertindas di bumi sendiri, menangis di bumi sendiri kerana minoriti yang memijak kita dan terus bermaharajalela dan mengambil hak orang MELAYU satu persatu. Tidak keterlaluan untuk diperkatakan, TAN SRI KHALID IBRAHIM adalah keterlaluan untuk membuat cadangan itu dan kenyataannya di Buletin Utama tempoh hari "janganlah di panjangkan isu ini" hanyalah untuk menutup kesalahan yang telah beliau lakukan. Fikirkanlah, bukan semua bangsa MELAYU yang mampu, dan masih ramai lagi yang tidak melanjutkan pelajaran ke universiti kerana bayaran yuran yang membebankan. Fikirkanlah, jangan kerana fikiran seperti TS Khalid ni, membebankan anak kita suatu hari nanti. Dan ingatlah, bahawa UiTM ini lah benteng terakhir orang MELAYU untuk BERDAYA SAING dengan bangsa lain.
Semalam aku ke kedai kopi bersama sama rakan ku yang seorang pucuk pimpinan PAS negeri yang aku diami.
ReplyDeleteDi kedai kopi (restoran) tersebut kami duduk semeja dengan beberapa pakcik (hardcore UMNO).
Dalam duk sembang isu tempatan , berita Bernama di TV menayangkan Demo Bantahan Cadangan (suggestion) MB Selangor tentang UITM. Beberapa student diteruramah.
Antara isi teruramah
Bla bla bla , dam dim dam , bla bla bla , dum dim dem , UITM benteng terakhir melayu . Bla bla bla , MRSM , Biasiswa dan bla bla non bumi sudah boleh masuk.
Pengkhianat Bangsa , bla bla
*Dalam hati aku teringat KJ kata orang berdemo ni beruk jalanan.
Anyhow nak jadi cerita one of the pakcik tu kata "tengok tu baru memerintah negeri dah mengkhianat negara, Camni nak jadi pemerintah , habis melayu tergadai"
Aku terdiam , aku lihat muka member aku , dia angguk (bagi signal) , so aku angguk balik.
Aku tanya pakcik tu , "apa maksud benteng terakhir"
Dia jawab " tu la ko ni tak ikut perkembangan semasa , benteng terakhir yakni UITM tulah yang tinggal utk melayu"
Aku tanya balik " habis mana pi benteng benteng lain"
Member aku (pucuk pinpinan PAS) mencelah " la ko ni "bengap" betul , benteng lain semua dah pecah cam bebudak UITM tu kata , semua gara gara BN , Kan BN pemerintah Malaysia sejak 50 tahun dahulu"
Semua terdiam.
Aku senyum , member aku senyum , kami dua saling angguk mengangguk.
P/s - nasihat aku kat adik adik aku kat UITM , depa bagi duit suruh demo , ambil aja , abang sebagai pembayar cukai , redha duit kami tersebut utk adik adik. Bukan apa kami faham klu adik adik tak ikut arahan mereka , susah nanti. Cuma time klu dah boleh mengundi , undilah ikut akal .
racists producing more racists...
ReplyDeletehurm..
Since when does God give special rights to a particular race? Since when does God command that Malays must be treated "specially" or that Malays are "superior" than others?
ReplyDeleteAs far as I am concerned, God calls for equality, fairness and justice. Yet, these thousands of so-called 'Muslims' who are supposed to believe that Islam makes it mandatory for all Muslims to oppose injustice, inequality, discrimination, racism, persecution, transgressions and corruption have shown the exact opposite.
Yet, you are the type of 'Muslims' who support discrimination, inequality, racism and injustice on this soil you call an Islamic country.
I don't know about anyone else... but when someone says I received my scholarship just because I am a Malay and I have 'special' privileges, it is an insult to me.
Why shouldn't I be?
Was I born with half a brain of a Chinese?
Was I born with an arm or leg less than an Indian?
Was I born with only a quarter of IQ of a Eurasian/an American?
Was I born with double the brains of an Indonesian/Bangladeshi?
Nampaknya masih ada bangsa MELAYU nak menjadi jaguh dikalangan bangsa lain.
ReplyDeleteKepada saudaraku sekalian, sejak kejatuhan empayar KESULTANAN MELAYU MELAKA PADA KURUN KE 1511, bangsa MELAYU asyik ditindas di muka bumi dan tanah airnya sendiri.
Hak kebebasan memerintah ditindas, kebebasan bersuara diperlecehkan oleh bangsa asing.
Bangsa asing membawa masyarat INDIA dan CINA datang ke TANAH MELAYU bagi mengorek hasil bumi dan mengaut kekayaan bumi TANAH MELAYU.
Dimanakah bangsa MELAYU ketika itu? Bagaimanakah tahap ekonomi mereka? bagaimanakah tahap pendidikan mereka? pernahkah kita terfikir?
Untuk makluman saudara KU, menurut bancian yang dijalankan oleh pihak KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA pada 2007 mendapati KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA hanya menguasai 35 peratus dari keseluruhan erolmen pelajar di IPTA. Selebihnya dimonopoli oleh bangsa CINA dan INDIA.
Selain itu aset kekayaan negara kita 98 peratus dipegang oleh bangsa asing manakala bangsa MELAYU & BUMIPUTERA hanya menguasai 3 peratus sahaja...
Jikalau saudara kata bahawa kerajaan tidak adil, kaum lain juga tidak adil. Kita lihat dalam sektor swasta berapa ramai anak MELAYU yang memegang jawatan EKSEKUTIF dalam syarikat mereka? Berapa peratus biasiswa yang diberikan mereka kepada anak MELAYU??
Kita tidak pernah merampas hak mereka, tetapi kita mempertahankan hak kita. Hak bangsa MELAYU DAN BUMIPUTERA!!!!!
Berjuang kepentingan bangsa dianggap racist oleh sesetengah pihak, tapi mereka yang lantang mempersoalkan artikel 152 dan 153 perlembangaan persekutuan, mengapa tidak dianggap racist.
Kita tidak meminta hak mereka. kita cuma mempertahankan bagi masa depan anak bangsa.
ITM @ UiTM ditubuhkan atas dasar menyeimbangkan kembali sosio ekonomi masyarakat di MALAYSIA. Ingatlah apa yang terjadi pada 13 Mei, disebabkan pegangan ekonomi kita yang lemah maka kaum lain mentertawakan kita. Maka UITM merupakan institiusi pendidikan tinggi yang diberi tanggungjawab memikul amanah tersebut.
sedarlah
sedarlah
sedarlah
bangsaKU.
hey
ReplyDeletegreat forum lots of lovely people just what i need
hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.
Thanks for your sharing, it' s very useful
ReplyDelete