Saturday, August 30, 2008

SKETSA PARLIMEN 17 (OGOS 19/08): KES RABA PUTERI, MAKI ORANG & GURU BESAR BUAT PROJEK!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Amerika Syarikat bukanlah ‘mata-mata’ ataupun ‘polis dunia’ yang berhak campur tangan dalaman hal ehwal negara asing. Pintu belakang dan juga halaman rumah mereka sendiri dinodai dengan diskriminasi.” - Menteri Luar Negeri Rais Yatim menjawab soalan Bung Moktar Radin (Kinabatangan) mengenai langkah-langkah tegas dalam menangani campur tangan kuasa asing
dalam hal ehwal kedaulatan undang-undang negara.

PERIHAL PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

“Kadang-kadang kita nampak penguat kuasa di negara kita menjalankan tugas yang keras. Kadang-kadang kita lembut, kadang-kadang nampak kita langsung tiada penguat kuasa. Contoh, macam Permatang Pauh, apa berlaku baru-baru ini, ada orang pukul orang, orang pukul jurugambar dan wartawan, pecah kereta, maki orang, raba Puteri, kereta timbalan menteri kena goncang.” - Tiong King Sing (Bintulu).

Mahfuz Omar (Pokok Sena): Minta Puteri tunjuk macam mana kena raba.

Mohd. Hayati Othman (Pendang): Jurugambar pukul diri sendiri.

“Saya difahamkan bahawa di negara kita hanya ada 100,000 anggota polis dan jumlah itu hanya 6,661 anggota ditugaskan untuk siasatan kes jenayah di negara kita.”Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

“Mengenai insiden-insiden yang berlaku di Permatang Pauh ini, pihak polis telah pun menerima laporan-laporan dan siasatan akan diambil kononnya mengikut orang yang membuat aduan itu, memang mereka ini dipukul oleh anggota dan penyokong PKR atau pembangkang, tetapi saya tak kata mereka ini yang melakukan perkara itu.” – Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung.

PERIHAL WANG KERTAS RM500 & RM1,000

“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula edaran dominasi wang kertas RM500 dan RM1,000. Walau bagaimanapun, mereka yang masih ada wang kertas dominasi RM500 dan RM1,000 boleh ditukarkan di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia.” - Timbalan Menteri Kewangan II Kong Cho Ha.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk wang kertas didominasi RM500, masih ada 151,482 keping lagi masih belum dipulangkan kepada Bank Negara Malaysia dan nilainya ialah RM75.741 juta. Untuk wang kertas didominasi RM1,000, sebanyak RM28,315 kepingan yang masih belum dikembalikan kepada Bank Negara Malaysia dengan nilainya RM28.315 juta.”Kong Cho Ha.

Ibrahim Ali (Pasir Mas): Saya sebelum ini ada pernah membawa usul di bawah 18(1) bersabit dengan wang kertas didominasi harga RM500 dan RM1,000 ini. Kalau tidak silap saya Tuan Yang di-Pertua, wang nilai RM500 dan RM1,000 ini sah lakunya dahulu ialah sehingga 1 Julai 1999 kalau tidak silap saya. Tiba-tiba pihak kerajaan Bank Negara membuat keputusan bermula pada Jun 2007 kalau tidak silap saya, wang ini boleh ditukar balik. Saya hendak tanya apakah rasionalnya sehingga sesudah beberapa tahun wang didominasi RM500 dan RM1,000 ini sudah diisytiharkan tidak laku lagi, kenapa sekarang ini boleh ditukar balik.

Ibrahim Ali: Tadi Yang Berhormat menyebut masih ada lagi RM75 juta untuk harga RM500 dan RM28 juta untuk harga RM1,000, apakah ini sebagai satu dasar terbuka hendak menghalalkan yang sebelum ini dapat ditukar balik. Saya hendak tahu berapa jumlah wang yang didominasi RM500 ini yang ditukar selepas 2007.

Ibrahim Ali: Saya difahamkan mungkin ada pihak-pihak yang tertentu, individu-individu tertentu seorang, dua orang tiga orang menyimpan wang ini di luar negara kemudian membawa balik menggunakan kaedah melalui bank untuk menukar. Sekarang ini oleh sebab wang itu jumlah yang banyak, jumlah keseluruhan RM5 bilion. Kemungkinan pihak ini sudah menukar beberapa ratus juta saya tidak tahu dan siapakah mereka ini atau satu dua individu dan berapa jumlahnya?

PERIHAL GURU BERPOLITIK

“Tidak cukup jawatan, wujud macam-macam jawatan lagi hendak bagi pengarah itulah, timbalan pengarah itulah, penolong itulah, penolong kanan inilah, itulah, inilah kerana hendak naik pangkat mesti dapat sokongan orang politik. Jadi guru tidak hendak pindah, tidak ditukar ke Sabah ke Sarawak maka wujudlah budaya bodek.” Ibrahim Ali ketika membahas pindaan Akta Pendidikan 1986

“Orang lain kena tukar dua tiga kali. Ada sesetengah sekolah dia depan rumah saja sebab apa dia orang kuat politik, dia orang kuat ketua bahagian, dia setiausaha bahagian.” - Ibrahim Ali.

“Saya ingin mencadangkan supaya kalau boleh diwujudkan dasar di mana guru-guru sekolah rendah termasuk terutamanya guru-guru besar tidak dibenarkan memegang jawatan parti politik. Sama ada menjadi setiausaha UMNO bahagian ataupun ketua UMNO bahagian ataupun setiausaha kawasan PAS, ketua kawasan PAS tak kira apa parti sekali pun, mereka tidak boleh memegang jawatan. Termasuk BEBAS. Tak boleh. Tapi BEBAS dia tak ada parti dia tak ada masalah.” Ibrahim Ali.

“Seorang guru besar, bernama Encik Mohd Nor bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim IV, dilantik menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Mas. Pada waktu saya igugurkan menjadi ketua bahagian dulu, dilantiknya Dato’ Rahim Abdul Rahman, orang yang baru dilantik melantik orang yang menjadi setiausaha bahagian, guru besar. Selepas jadi setiausaha bahagian, hasil tindak tanduk seorang guru besar campur politik terdengarlah dalam kawasan, guru besar ini buat projek kecil bagi pihak ketua bahagian, mengagih-agihkan projek.” Ibrahim Ali.

“Contohnya kalau dia pegang jawatan setiausaha bahagian atau ketua bahagian pagi-pagi hendak pergi sekolah - guru besar, pukul tiga pagi tidak tidur lagi duduk layan menteri dekat hotel contohnya ataupun pergi mesyuarat, balik lewat contohnya. Maka kemudian ada pula mesyuarat cawangan.” Ibrahim Ali
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19082008.pdf

No comments:

Post a Comment