"Ketika ini, saya tidak nampak sesiapa (calon), tentunya dari BN. Anwar akan menang. (Tapi) apa yang menarik ialah margin. Sama ada (undi) lebih besar dan lebih kecil dari apa yang beliau (Anwar) dapat pada masa lalu." – Tun Dr Mahathir Mohamad.
Barisan Nasional tidak mempunyai calon istimewa untuk menewaskan Anwar Ibrahim. Itulah pandangan mantan Perdana Menteri yang dilaporkan Malaysiakini.
Sememangnya rata-rata di kalangan pemimpin Umno dan BN kurang yakin dapat menewaskan Anwar di kubu kuatnya, Permatang Pauh. Itulah sebabnya apabila Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk suaminya, Anwar Musa berpendapat BN harus boikot pilihanraya kecil Permatang Pauh sementara Dr Latiff Ahmad mencadangkan BN meletakkan pemeriksa kira-kira sebagai calon.
“Secara realistik, ia sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata Najib Razak yang akan mengetuai “pasukan gempur” BN di Permatang Pauh.
Secara realistiknya, memang sukar buat BN. Permatang Pauh adalah kubu Anwar sejak 1982. Orang Permatang Pauh hanya mengenali hanya satu nama besar, Anwar Ibrahim, orang Ceruk Tok Kun.
Bagaimanapun ianya pasti bukan laluan mudah buat Anwar. Pilihanraya tahun 2004, Wan Azizah hanya menang dengan majoriti kurang 1,000 undi.
Bagi Umno dan BN, awal-awal lagi pemimpinnya mahu dilihat sebagai parti “underdog” di Permatang Pauh. Sukar untuk menang tetapi bukan mustahil buat Umno.
Mungkin ramai beranggapan Anwar has “nothing to lose”. Sebenar ianya juga “nothing to lose” untuk Umno. “Hadiah” di Permatang Pauh amat berharga buat BN jika menang.
Tewasnya Anwar bermakna ikatan kuat Pakatan Rakyat yang ditunjangi Anwar telah berjaya dirongkai. Tewasnya Anwar bermakna kemenangan moral buat Umno dan BN selepas ditewas teruk di enam negeri. Tewasnya Anwar juga bermakna punah harapan Anwar, walaupun buat seketika, untuk mendabit dada bahawa beliau lah bakal Perdana Menteri yang akan datang dan punahlah harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.
Harapan Pakatan Rakyat agar Ahli Parlimen BN akan menyertai mereka akan tinggal impian.
Maka, pilihanraya Permatang Pauh akan jadi medan pertempuran besar buat Pakatan Rakyat dan BN kerana hadiahnya tidak ternilai buat masadepan politik mereka.
Mampukah BN menang? Pada pandangan Jelapang amat sukar. Pembangkang hari ini bukannya pembangkang seperti tahun-tahun dahulu.
Pulau Pinang dikuasai Pakatan Rakyat. Pendirian pengundi pada 8 Mac masih lagi tidak berubah dan ini jelas dari bancian yang dibuat oleh Merdeka Center Jun lepas.
Ditambah lagi dengan tiadanya calon istimewa yang dapat mengubah suasana politik di Permatang Pauh.
Dua nama menjadi bahan spekulasi dikalangan ahli-ahli Umno Permatang Pauh. Mereka ialah Pirdaus Ismail dan ketua bahagian Abdul Jalil Abdul Majid.
Peluang untuk Pirdaus menjadi calon BN untuk kali ketiga sebenarnya amat tipis. Imej beliau tercalar di pandangan mata pengundi Permatang Pauh dek insiden ketika pengiraan undi pada pilihanraya 2004.
Sementara Jalil tidak dilihat mempunyai cukup “charisma” untuk menghadapi Anwar.
Ketika ini nama ketiga timbul. Ustaz Shamsuri Ahmad. Beliau orang Kepala Batas dan bukan orang Permatang Pauh. Di kalangan pengundi Permatang Pauh, nama Ustaz Shamsuri dikenali ramai.
Ustaz Shamsuri memang dikenali umum melalui ceramah agamanya, kaset-kaset dan kuliah. Orang utara, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak amat mengenali beliau.
Malangnya, populariti Ustaz Shamsuri menurun apabila beliau mengambil keputusan untuk menerima pelawaan Pelita Nasi Kandar untuk menjadi Pengerusi Eksekutifnya.
Ceramah dan kuliah Ustaz Shamsuri tidak lagi mendapat sambutan seperti duhulu.

Apapun, pengundi Permatang Pauh mengakui Ustaz Shamsuri mungkin calon terbaik untuk menentang Anwar. Jelapang berpendapat amat sukar untuk Umno menewaskan Anwar di kubunya dan menghalang beliau ke Parlimen tetapi tiada perkara yang mustahil di dunia ini.
Rujukan:
Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/87537
Pelita Nasi Kandar: http://www.mymasjid.net.my/forum/display/357203/pelita-nasi-kandar--ustaz-samsuri/
Ketua Bahagian Permatang Pauh: http://www.bharian.com.my/Thursday/Nasional/20080807002705/Article/index_html
Bancian Merdeka Center: http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf
Ustaz Shamsuri Ahmad
13hb Ogos 2008
ReplyDeleteJelutong, Pulau Pinang - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad pada kuliah beliau di Masjid Jelutong semalam menafikan beliau terlibat sebagai calon untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.
http://www.youtube.com/watch?v=uJvOdo6GkEc
Saudara ,
ReplyDeleteBerita menyatakan Ustaz Shamsuri menjadi calon palsu. Sila baca link berikut....
http://paspenang.blogspot.com/2008/08/ustaz-shamsuri-nafi-jadi-calon.html
Bagaimanapun ianya pasti bukan laluan mudah buat Anwar. Pilihanraya tahun 2004, Wan Azizah hanya menang dengan majoriti kurang 1,000 undi...betul napa tak sebut pada pilihanraya 2008, Wan Azizah menang 13,000 undi...ada muslihat..jgn jdi pelapor kalau tak mampu ketengah realiti!Poodah!
ReplyDelete