Saturday, August 16, 2008

MUKTAMAR PAS: HADI AWANG: TIDAK ADA LOVE TO YOU!

PETIKAN UCAPAN DI MUKTAMAR PAS DI IPOH
"Kita ada prinsip. Sudah dibuat keputusan, PAS sekali-kali tidak akan menyertai BN. Kalau hendak bincang perkara lainlah termasuk Akta ISA, OSA, sekat royalti Terengganu.” – Presiden Pas Abdul Hadi Awang.

"Mereka hendak peluk PAS, sedangkan kita kata tidak ada love to you."Abdul Hadi Awang menyentuh minat parti politik lain untuk “memeluk” Pas selepas kejayaan memberangsangkan dalam pilihanraya Mac lalu.

Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh." - Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din.

"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat, mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?" Haron Din.

"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan. Saya tidak nampak ini suatu cara yang sebenarnya berlaku dalam hukum syarak. Iaitu siapa yang menasihati dirinya, sama ada orang politik atau siapa?" Haron Din.

“Biar pun ada sedikit masalah tidak puas hati, namun PAS Pulau Pinang akan tetap membantu kempen pilihan raya terbabit (Permatang Pauh). Tetapi atas arahan pimpinan PAS Pusat, kami tetap sabar dan meneruskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.” - Perwakilan Pulau Pinang Mohd Fahmi Abdul Wahab.

"PAS Pulau Pinang juga menyokong cadangan supaya diwujudkan jawatankuasa bagi menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada 16 September depan."Mohd Fahmi.

"Pulau Pinang kini masih lagi mencari makna sebenar Pakatan Rakyat, mungkin sekarang masih belum boleh lagi dipanggil pakatan. PAS di Pulau Pinang seolah-olah tidur di beranda sahaja dan rasa terkilan kerana masih lagi terkapai-kapai."Mohd Fahmi.

No comments:

Post a Comment