Friday, July 11, 2008

SKETSA PARLIMEN 9 (JULAI 7/08): KHAIRY, WEE & ANAK JANTAN

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

KHAIRY JAMALUDDIN vs WEE CHOO KEONG (gambar atas)

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau): Saya ingin tegaskan di sini bahawa tidak ada apa-apa kepentingan saya dalam syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dan juga tidak ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat yang terlibat dalam pembinaan terminal kos rendah di Sepang atau saya mendapat apa-apa faedah daripadanya.
Saya nak bagi tahu kepada YB Wangsa Maju bahawa saya sanggup disiasat oleh BPR, jika ada apa-apa bukti yang boleh kaitkan saya dengan tuduhan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju.
Saya juga harap bahawa YB Wangsa Maju tidak menyalah guna kekebalan Parliamentary dengan buat tuduhan palsu dan tidak berasas sama ada beliau mungkin tidak buat homework ataupun berniat jahat terhadap saya.
Kalau berani, saya sebagai wakil rakyat dan anak jantan, saya cabar YB Wangsa Maju buat laporan BPR atau kemukakan bukti kukuh atau mengulangi tuduhan di luar Dewan, agar saya dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Wangsa
Maju...Kalau tidak ada apa-apa bukti yang kukuh..."
Wee Choo Keong (Wangsa Maju): Beri jalan.
Khairy: Duduk dulu. Kalau Yang Berhormat Wangsa Maju tidak ada bukti yang kukuh, saya menganggap beliau sebagai penipu dan YB Wangsa Maju dengan izin, should sit down, keep quiet instead of embarrassing himself. Ini langsung tidak melambangkan first class Member of Parliament. Agaknya sebab itu beliau dibuang oleh parti DAP satu ketika dahulu...
Wee: Give waylah.
Khairy: Sila YB Wangsa Maju.
Wee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga YB Rembau. Bilakah saya menuduh kepada YB Rembau? Saya mengatakan menantu tertentu...Sama ada itu Yang Berhormat ada rasa pedaslah itu.
Khairy: Saya dah agak YB Wangsa Maju yang berfikiran cetek akan keluarkan kenyataan tersebut tetapi tadi saya dengar, saya mengulangi dalam video perbahasan dari YB Wangsa Maju. Dia dengan jelas menyatakan bahawa ada satu syarikat yang dinamakan Fajar Baru Rembau ataupun nama yang ada kaitan dengan kawasan Rembau dan dia telah buat tuduhan agaknya ini berhubung kait dengan Ahli Parlimen Rembau. Jadi itu tuduhan direct kepada saya.
Saya tak nak di label masalah ini. Saya bagi cabaran kepada YB Wangsa Maju kalau hendak mengulangi tuduhan tersebut, buat di luar Dewan agar saya dapat saman YB Wangsa Maju dalam mahkamah...
Wee: [Bangun]
Khairy: Sila duduk, sila duduk.
Wee: Takutkah?
Khairy: Saya tak takut tapi YB Wangsa Maju buang masa. Tak buat homework. Dia bukan first class, bukan first class MP sebab itu dibuang daripada parti DAP dari satu ketika dahulu. Dibuang keluar kerana tidak merupakan first class MP. Sit down, sit down.

“Kita sebagai wakil rakyat, kita sedar betapa sibuknya kita. 24 jam kadang dalam satu hari pun tidak cukup. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana untuk mereka yang selaku Ahli Parlimen dan juga ADUN lagi menjadi Exco atau Ketua Menteri atau Menteri Besar, macam mana mereka mengagihkan masa mereka dan sudah tentunya kecekapan akan jatuh, tidak efisien kerana masa tidak mencukupi untuk mereka menjalankan tugas dengan sepenuhnya. Dengan kata lain, mereka adalah membazirkan duit rakyat. Saya menyanjung tinggi YB Ipoh Timur, Bukit Gelugor, Bukit Mertajam, Batu Gajah kerana tidak bertanding di peringkat DUN dengan semangat ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan memberi peluang kepada orang lain.” - Liang Teck Meng (Simpang Renggam)

“Saya menyeru Pakatan Rakyat menghadkan seorang calon itu cuma boleh bertanding untuk satu kerusi tanpa mengira DUN atau Parlimen. Kalau hendak menjimatkan duit rakyat, letaklah jawatan Exco, menumpukan Parlimen sekiranya Ahli Parlimen.” - Liang Teck Meng.

“…mengenai Projek Pulau Pinang Monorel dan Jalan Lingkaran Luar (PORR) yang kini ditangguhkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya rasa hairan mengapa DAP, bukankah membantah projek PORR pada tahun lepas, bantahan yang dibuat kuatnya oleh Yang Berhormat Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri yang kini menjadi ADUN KOMTAR, dahulu bantah kenapa sekarang minta.” - Liang Teck Meng

“Saya tidak faham mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pergi berjumpa bersendirian dengan Pak Lah sebaliknya tahu sahaja menjerit-jerit dan melaung-laung di luar dan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya tidak nampak mantan Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbahagia saudara Tan Sri Dr. Koh Su Koon berbuat demikian semasa...” - Liang Teck Meng

Yang meminta ini dan meminta itu sampai RM40 juta juga hendak minta memperbaiki kabel car, adakah ini cuba berlakon. Kerajaan dahulu cakap serupa bikin tetapi kerajaan sekarang adalah cakap serupa berlakon. Saya amat berharaplah Yang Amat Berhormat tidak menjadi Yang Arif Berlakon. Bukankah Kerajaan Pulau Pinang telah pun mengupah seorang daripada Parti Gerakan untuk menjadi Pengarah Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang dan Invest Penang. Inilah tiba masanya Kerajaan Pulau Pinang menunjuk bakat dan kehandalan kepada rakyat. Tunjuklah kuasa kepada rakyat, duit yang ditinggalkan oleh kerajaan dahulu akan habis kalau masih mementingkan diri.” - Liang Teck Meng

No comments:

Post a Comment