Sunday, July 13, 2008

SKETSA PARLIMEN 11 (JULAI 9/08): PERIHAL MENTERI TIDUR, YOGA & NAIB CANSELOR WANITA

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Saya lihat di universiti kita ini, kepimpinan universiti, naib canselor cukup penting, tetapi di universiti kita ini ada dua naib canselor wanita. Kita lihat bila mereka jadi naib canselor, prestasi universiti itu semakin jatuh. Saya tidak tahu apakah wanita ini boleh jadi naib canselor ataupun tidak?” - Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat) mengenai kemampuan Naib Canselor wanita di UM dan UKM.

“Saya bukan kata wanita tidak boleh, tetapi ini yang berlaku. Jadi sebab itu kita lihat sahaja mereka. Contohnya Universiti Kebangsaan Malaysia ambil seorang pakar seperti yang dibangkitkan oleh Pasir Mas dahulu, RM128,000. Hendak tahu sekarang ini sudah lahir ke tidak pakar-pakar baru hasil bawa seorang pakar nama dia Tan Hock Lim sampai RM128,000 gaji dia. Jadi UKM pun sudah ditukar kepada Pusat Perubatan UKM. Jadi apa dia punya keuntungan sebenarnya? Jadi sebab itulah yang menjadi persoalan kepada kita sekarang ialah soal kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan itu dapat atau tidak, mengubah prestasi universiti ini. Ini bukan soal anti wanita. Jangan salah faham.” - Dr Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat) ketika menjawab tuduhan Teresa Kok yang beliau anti-wanita.

“Vice Chancellor UKM ini merupakan vice chancellor yang paling tidak popular sekarang ini di kalangan mahasiswa UKM dan pensyarah-pensyarah. Beliau juga melantik suaminya sebagai Profesor Anjung di universiti berkenaan. Dr. Tan yang disebut daripada Singapore, pakar bedah kanak-kanak ini, adalah juga kawan kepada suaminya.” Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Dalam soal untuk sambung ataupun tidak Naib Canselor UKM ini ia akan dibuat oleh Evaluation Committee ataupun Select Committee dan dia yang akan menentukan, akan memberi pandangan (input) kepada kementerian yang sewajarnya berasaskan kepada asas yang betul supaya dapat kita tentukan sama ada beliau akan disambung ataupun tidak.” Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin


“Sebelum itu ada sedikit saya hendak bagi tahu Tuan Yang di-Pertua ada Menteri yang datang ke dalam Dewan ini untuk tidur Tuan Yang di-Pertua.” - Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) - gambar atas

“Seorang YB tadi menyatakan bahawa ada seorang Menteri tidur! Macam mana dia tahu Menteri itu tidur? Sedangkan mungkin dia pejam mata, mungkin dia practicing yoga untuk kesihatan dia.” [Dewan riuh][Ketawa] - Timbalan Yang di-Pertua Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membalas kenyataan Dr Lo’ Lo’.

“...Setakat ini apa yang saya dengar ialah kritik, kritik, kritik. Semua yang kerajaan buat tak kena! Semua tak kena, tapi cadangan tak ada!" - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengkritik pembangkang.

“Sedangkan kita akui bahawa minyak ini adalah harta rakyat yang semua orang, yang paling miskin, orang yang naik basikal sekalipun dia mesti mendapat manfaat. Kalau harga minyak itu dikurangkan, paling kurang harga barang-barang sampingan itu turun, orang yang tidak naik kereta pun dia dapat manfaat. Tetapi dalam kes yang YB berikan tadi, ia tidak adil. Hanya orang yang ada kereta dan orang kaya yang ada lima, enam kereta, sekarang ini dia ada ruling 2,000 cc ke bawah, dia dapat lima kali.” - Khalid Abd. Samad (Shah Alam) ketika mengkritik kenyataan Nor Mohamed Yakcop mengenai pemberian rebat tunai kepada tuanpunya kereta.

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-09072008.pdf

No comments:

Post a Comment