PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Baru-baru ini, kita lihat, polis membuat pernyataan, jangan sertai demonstrasi…Banyak kali di TV dan akhbar dan sebagainya. Akan tetapi, akhirnya, bagi juga kebenaran. Ada sesetengah itu tidak ikut kebenaran seperti mana yang berlaku baru-baru ini, sampai kita pun tidak faham, tujuannya untuk menurunkan harga minyak tetapi, ada konsert dan bergaduh, menyanyi lagu yang bukan-bukan. Ada rockers pula datang. Lagu apa itu, jilat, jilat, menjilat sampai berkilat. Ini apa hal? Saya hairan kenapa polis seperti takut sekarang ini mengawal demonstrasi.” - Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat)
“Dari segi penyanyi-penyanyi yang bagi orang tengok punggung dia, menyanyi dengan lagu jilat, jilat ini semua, ini adalah satu perkara yang menjadikan satu budaya asing, bukan untuk orang Malaysia. Ini mungkin untuk penyokong PKR atau apa, saya tidak tahulah, tapi mereka ini ada di perhimpunan PKR. Itu adalah masalah dia.” - Timbalan Menteri Dalam Negeri Chor Chee Heung
“…sekiranya RM78 bilion ini yang diberi kepada IPP dapat disalurkan kepada rakyat Malaysia, setiap orang boleh dapat RM3,000.00.” – Lim Guan Eng (Bagan)
“Saya bodoh sekali, you bodoh 100 kalilah.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
“Kalau tiap-tiap kali ada kes yang dikatakan kontroversial kita adakan suruhanjaya, kerja negara kita memang tidak ada lain Yang Berhormat, memang kerja suruhanjaya lah kerajaan negara kita.” - Timbalan Yang di-Pertua Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
“Saya lihat Tan Sri (Nor Mohamad Yakcop) asyik semua soalan gostan, gostan, gostan. Saya masuklah soalan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat masa sekarang. Masa sekarang ini! Ini soal windfall tax 15% penjual kelapa sawit. Orang ramai marah Tan Sri, marah sangat! Jadi macam mana kedudukan? Saya tanya Kementerian hari itu dia kata, “Ini Kementerian Kewangan punya hal”. Jadi boleh tidak Tan Sri, ini rayuan. Apa pun kita hendak supaya tax ini dihapuskan bagi pihak rakyat Tan Sri. Kalau tidak Barisan Nasional akan kalah Tan Sri...Kalah, kalau rakyat marah dia tidak sebelah kita, dia sebelah pembangkang. Kalau kita hapuskan, pembangkang akan kalah Tan Sri... [Dewan riuh] [Ketawa] Pilih sajalah, hendak menang, hendak kalah. Terima kasih Tan Sri. - Mohamad Aziz (Sri Gading)
“Kalau kita hendak kata soal keadilan, biar kita faham, apa itu keadilan. Hak untuk membela diri di mahkamah, hak untuk bertemu dengan seorang peguam untuk membela kita, hak untuk kita
membersihkan nama kita adalah soal keadilan selain daripada ditahan. Walaupun you put me in a golden cage, it is still a cage.” - Khalid Abd. Samad (Shah Alam)
“Pagi tadi saya mendapat satu SMS daripada pengundi di sana, dengan izin, “Another house was rob last night, looks like the resident got to buy a gun soon to protect themselves”, sampai begini frustrated pengundi-pengundi di sana. Saya tidak tahu, sebagai wakil rakyat dia tanya saya apa yang boleh dilakukan oleh Ahli Parlimen? Saya pun tidak tahu apa hendak cakap." - Loke Siew Fook (Rasah)
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-08072008.pdf
No comments:
Post a Comment