Wednesday, July 23, 2008

PROTON PECAH KEBISUAN ISU MERCEDES TERENGGANU

PROTON sebentar tadi memecah kebisuan isu pembelian kereta Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu untuk Menteri Besar Ahmad Said dan ahli-ahli Exconya.

Sebagai rekod, Ahmad berkata: ""Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang."

Hari ini Proton menjawab kenyataan Ahmad dan Pejabat Menteri Besar. Antara kandungan kenyataan Proton ialah:

"Dengan merujuk kepada salah sebuah kereta yang dibeli kerajaan negeri Terengganu pada Mei 2004, dengan dakwaan terpaksa berbelanja lebih daripada RM100,000 untuk penyelengaraan dan membaikpulih, rekod kita menunjukkan setakat ini tiada tuntutan jaminan dibuat oleh mereka sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit."

"Walaupun kos bagi menggantikan kotak gear mungkin agak mahal, kemungkinan yang berlaku itu boleh dielakkan dengan menghantar kenderaan itu untuk pemeriksaan berjadual dan teratur di pusat-pusat khidmat yang diiktiraf dan dipasang dengan alat ganti tulen."

Laporan penuh kenyataan Proton: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348001

2 comments:

  1. Singapura dapat kawasan perairan lagi (nak claim kawasan lebih besar)...
    betul...
    si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
    Apa ke jadah win-win situation

    ReplyDelete
  2. BPR patut siasat macam mana kos repair kereta Perdana di Terengganu sampai RM150,000 pada hal kereta masih dalam jaminan Proton. Tolong lah BPR ooi.

    ReplyDelete