MUNGKIN BENAR, MUNGKIN TIDAK: Sudah menjadi kelaziman di musim pemilihan Umno calon-calon membawa perwakilan makan, melancong dan memberi “duit poket”.
Ini bukan perkara baru. Calon yang “bakhil” biasa “diajar” oleh perwakilan dengan tidak mengundi beliau.
Shahrir Samad dan Rais Yatim pernah melaluinya. Syed Hamid dilabelkan “kedekut” kerana enggan memberi wang kepada pelobi-pelobi undi.
Selagi Umno tidak berubah, selagi itulah parti tersebut akan dipalit dengan label parti rasuah dan bongkak (corrupt and arrogant).
Label “rasuah dan bongkak” yang dipalit pada Umno pada pilihanraya yang lalu menyebabkan BN tewas dengan teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan, pencapaian terburuk BN dalam sesuatu pilihanraya.
Apakah keputusan rakyat ini dijadikan ikhtibar?
Kalau di Kota Tinggi dan Pengerang dijadikan panduan, maka kabur harapan untuk melihat perubahan.
Kita masih berpegang kepada perumpamaan “kalau tiada angin, tak kan pokok bergoyang” di Kota Tinggi dan Pengerang.
Di Kota Tinggi, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar hanya mendapat 3 pencalonan berbanding 10 untuk Daeng Malik sementara di Pengerang Azalina Othman Said (gambar) mendapat 20 pencalonan berbanding Ketua Bahagian Harun Abdullah yang mendapat hanya 3.
Kalau politik wang berterusan di dalam Umno, tidak memeranjatkan sekiranya hayat Umno berakhir seperti mana Golkar di Indonesia.
Kota Tinggi, Pengerang Umno Members To Be Quizzed By Umno's Disciplinary Board: http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=349493
No comments:
Post a Comment