Semalam, pejabat Menteri Besar Terengganu terus menegakkan “benang yang basah” dalam isu pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang berjumlah RM3.43juta untuk kegunaan Menteri Besar Ahmad Said (gambar) dan ahli-ahli Exconya.
"Daripada segi ciri-ciri keselamatan, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor. Ini adalah penting kerana pegawai-pegawai yang menggunakan kereta ini merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan dan keselamatan mereka adalah keutamaan."
“Kerajaan negeri tidak mampu membiayai lagi kos selenggaraan kenderaan berkenaan kerana sejak mula digunakan empat tahun lepas, ia telah melibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan tersebut.
"Misalnya, kos penyelenggaraan dua kereta tersebut mencecah RM175,229.97 yang tertinggi dan RM132,357.76 dari 2004 sehingga hari ini."
Itulah antara kandungan kenyataan yang dikeluarkan pejabat Ahmad semalam. Kita mengharapkan Ahmad memaklumkan alasan yang sama kepada Perdana Menteri dan Timbalannya dan kita menanti reaksi Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak selepas mesyuarat kabinet esok.
Berbagai reaksi rakyat telah dipaparkan mengenai isu ini. Dalam keadaan ekonomi meleset ini, seharusnya Ahmad sebagai pemimpin yang dilantik rakyat dan ahli-ahli Exconya lebih memahami harapan rakyat.
Malangnya, Menteri Besar memilih untuk mempertahankan satu keputusan yang nyata tidak masuk akal dalam suasana ekonomi sekarang.
Jelapang siarkan sepucuk surat pembaca yang disiarkan Utusan Malaysia semalam untuk tatapan Menteri Besar Terengganu dan ahli-ahli Exconya sekiranya mereka belum membacanya.
Mengapa Mercedes?
SAYA merujuk kepada pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.
Saya berpendapat keputusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal itu adalah keputusan yang tidak prihatin, kurang kebijaksanaan dan telah membelakangkan kepimpinan Perdana Menteri. Perdana Menteri di mana sahaja beliau pergi dan dalam majlis apa pun tidak putus-putus menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat, bijak, berhemat berbelanja dan menyeru rakyat supaya bersabar serta membantu kerajaan dalam keadaan susah sekarang.
Kerajaan Malaysia juga menghadapi cabaran yang begitu besar dan berat untuk mentadbir ekonomi negara akibat daripada kenaikan harga minyak global dan kesan-kesan sampingan lain akibat daripada kenaikan harga bahan bakar tersebut.
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan keputusan yang boleh dipertikaikan rasionalnya. Alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri Besar seperti yang disiarkan oleh akhbar pada 21 Julai adalah alasan-alasan yang merendahkan pemikiran rasional rakyat dan menjatuhkan imej Malaysia sebagai negara pengeluar kereta Proton.
Atas alasan apa dan sebab apa sekalipun, keputusan kerajaan negeri Terengganu itu dilihat tidak tepat, tidak kena masa dan tidak memahami kepayahan dan keperitan hidup rakyat terbanyak pada masa sekarang.
Persoalannya, di manakah slogan contoh melalui teladan dan susah sama susah, senang sama senang yang dilaungkan selama ini?
BAHADOR OMAR, Alor Star.
Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
Salam hormat...
ReplyDeleteKenapa kos penyelenggaraan Perdana V6 sampai begitu sekali? Apa yang kerap sangat rosak?
Ada dua pandangan saya berhubung dengan perkara kos yg tinggi ini.
1. Setiap kali kereta dihantar untuk service pastinya akan ada kerosakan yang tidak rosak. Yang rosak sebenarnya adalah kereta pemandu itu sendiri atau kakitangan lain. Kos akan dimasukkan ke dalam akaun kereta KERAjaan negeri yang membayar secara membabi buta.
2. Kos dinaikkan kerana hendak menampung cash flow bengkel akibat kelewatan pembayaran dari KERAjaan yg mana selepas mendapat sedikit imbuhan dari bengkel, pegawai tertentu akan mempercepatkan proses pembayaran.
Rendah sangatkah kualiti Proton ini sedangkan mereka yang lain memandu V6 hampir setiap hari (pemandu teksi) tetapi tidak mengalami kerosakan atau kos penyelenggaraan yang begitu tinggi. Kalau betul tinggi, dah lama V6 dijadikan tukun ikan.
Kenapa memilih Merz dan bukan kenderaan lain?
Sebabnya dengan duit royalti, KERAjaan Ganu Kiter akan menjadi kaya dah seharusnya ditunjukkan kekayaan tersebut yang menjadi pendapatan tetap tahunan.
Selain dari itu, dirasakan dalam PRU13 B-END akan tewas, inilah masanya untuk pemimpin um-NO a.k.a B-END merasa mewah, membuat kemewahan dan menyimpan kemewahan selagi boleh.
Sedih jugak dengan tindakan tersebut tetapi apa nak dikata... perangai buruk & bongkak + angkuh um-NO ni dari DULU, KINI & SELAMANYA....
Salam! Pohon saudara kaji betul2 sebelum keluarkan sbrg komen.Dapatkan maklumat yg tepat seperti kenyataan pihak kerajaan negeri terengganu melalui pegawai kewangan negeri berkenaan justifikasi pembelian,kenyataan YB Dato' Harun Taib (ADUN Pas kawasan Manir, Terengganu) yg menyokong keputusan kerajaan negeri atas alasan penjimatan secara keseluruhan penggunaan wang kerajaan, & pohon jgn dilupakan juga fakta sejarah bahawa pada zaman 2 MB yg terdahulu termasuk Dato' Seri Abd Hadi Awang juga sudah ada penggunaan kereta mercedes ini.Wassalam
ReplyDeleteAnon 5.43pm
ReplyDeleteTak pelik ke macam mana repair kereta Perdana sampai RM150,000 padahal kereta baru dan masih dalam jaminan Proton. Kalau gear box rosak, bawa saja ke kedai Proton, mereka tukar free. Tak keluar duit pun. Sekarang kita nak tahu, mekanik mana yang charge kerajaan negeri RM150,000 tukar gear box. atau ada orang makan duit dalam kerajaan terengganu melalui repair kereta.