Saturday, July 26, 2008

MB TERENGGANU KEPADA BPR: SIASAT MONSOON CUP & MASJID KRISTAL!


“I am a controversial figure, I will expose more, but the ACA should be transparent by also going after the ‘big’ cases. Don’t only go after Mad (Ahmad Said). Investigate the Monsoon Cup and Islamic Civilisation Park, too.”
“Saya kini seorang yang kontroversial. Saya akan dedahkan lebih lagi. Tetapi BPR kenalah telus dengan turut menyiasat kes-kes besar. Jangan hanya menjadikan Mad (Ahmad Said) sahaja sasarannya. Siasat juga Monsoon Cup dan Taman Tamaddun Islam.”

Kenyataan Menteri Besar Terengganu ini pasti mengejutkan pihak tertentu. Ahmad seolah-olah menggambarkan ada yang serba tidak kena dalam projek Monsoon Cup dan Taman Tamaddun Islam.

Tambah Ahmad lagi: “Kedua-dua projek yang saya namakan tadi hanyalah “the tip of the iceberg” (segelintir dari masalah).
Taman Tamaddun Islam yang juga melibatkan pembinaan Masjid Kristal membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta sementara kos untuk mengadakan Monsoon Cup mencecah lebih RM300 juta.

Kita berharap kenyataan Menteri Besar Terengganu dilihat oleh BPR sebagai arahan untuk menyiasat kedua-kedua projek tersebut. Apa pun kita tunggu reaksi BPR.

1 comment:

  1. Pemimpin UMNO ini apabila dia tertekan, terdesak dan tersisih, barulah dia mahu menerima hakikat dan realiti.

    Ahmad Said baru sedar BPR adalah agensi dibawah JPM. Penyiasatan dan pertuduhan nya kerapkali dilihat `selective'. Saya sedar lama dah.

    Ahmad Said baru tau..hehh..hehh..alahai pemimpin UMNO. Malaysia Boleh lah tu..

    Ramli Mohd Yunus
    Alor Star.
    ramli-dap-blogspot.com

    ReplyDelete