Tuesday, July 29, 2008

IDRIS PUN BELI MERCEDES!

MUNGKIN itulah yang hendak didedahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada media.

Kita seharusnya mengalu-alukan keterbukaan kerajaan negeri dalam isu pentadbiran terutamanya yang melibatkan pemberian projek dan perkara-perkara yang melibat perbelanjaan yang besar.

Mengikut sumber yang memberitahu Utusan Malaysia semalam:

"Pembelian dan kegunaan Mercedes sebagai kenderaan rasmi Exco bukan merupakan suatu isu baru kerana kerajaan negeri semasa bekas Menteri Besar, Idris Jusoh (gambar) (2004-2008) pernah meluluskan pembelian enam buah kereta mewah itu yang berharga RM1.080 juta pada akhir tahun 2006.

"Mercedes itu digunakan oleh lima Exco dan seorang pegawai kanan negeri untuk dijadikan kenderaan rasmi bagi menggantikan Proton Perdana V6.

"Menurut sumber, pembelian dan kegunaan Mercedes tersebut dibuat adalah atas alasan penyelenggaraan dan keselamatan khususnya bagi Exco yang tinggal jauh dari Kuala Terengganu."

Oleh itu, perlu juga Kerajaan Negeri dedahkan ke mana perginya Mercedes ini yang usianya dua tahun sehinggakan Kerajaan Negeri perlu membeli E200 Kompressor yang baru?

Jelapang menanti jawapan.

Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Katanya, kerajaan negeri semasa era pemerintahan Idris pernah membeli enam buah Mercedes bagi kegunaan lima Exco dan pegawai kanan yang masing-masing berharga RM180,000 sebuah.

No comments:

Post a Comment