TERKINI: Mengikut laporan Utusan Malaysia, setakat ini debat tersebut diteruskan. Sama-samalah kita saksikan.
Debat Ahmad Shabery-Anwar diteruskan malam ini
15/07/2008 10:06am
KUALA LUMPUR 15 Julai – Debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengenai isu harga minyak akan tetap diadakan seperti yang dijadualkan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui di rumahnya di Segambut pada pukul 9.40 pagi ini mengesahkan perkara itu.
Bagaimanapun debat tersebut kata beliau, dipendekkan daripada satu setengah jam kepada 50 minit.
``Lokasi dan lain-lain perkara tentang debat adalah seperti dijadualkan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini pagi ini. – Utusan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm
No comments:
Post a Comment