Tuesday, July 15, 2008

AL-FATIHAH

Dato' Paduka Ahmad Basri Mohd. Akil (Dato' Lela Pahlawan)
1939-2008
JASAMU AKAN DIKENANG BUAT SELAMA-LAMANYA: Siapa di Kedah yang tidak mengenali Datuk Ahmad Basri Akil?

Masih ingatkah kita bagaimana rakyat dari setiap pelusuk negeri berpusu-pusu ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan memenuhi sepanjang jalan dari lapangan terbang ke Stadium Darul Aman untuk menyambut kepulangan wira pasukan Hijau Kuning pada tahun 1990?

V Sundram Moorthy, Ng Chew Beng dan Romli Ghani menjaringkan gol untuk menobatkan Kedah sebagai Juara Piala Malaysia menewaskan musuh ketat bolasepak kita, Singapura.

Malah seluruh tanahair memberi sokongan kepada Kedah ketika itu atas semangat patrotik kerana tidak mahu Piala Malaysia menyeberang Selat Tebrau. Kemenangan tersebut cukup manis dan disambut penuh meriah. Seluruh Bandar Alor Star dimandikan dengan warna Hijau Kuning. Bendera Hijau Kuning berkibar hampir di setiap rumah di seluruh negeri Kedah Darul Aman
.
Tiada hari tanpa lagu “Hijau Kuning” berkumandang di rumah kita ketika itu. Itulah transformasi bolasepak Kedah dan Ahmad Basri lah Bapa yang membawa bolasepak ke era kegemilangan sehingga ke hari ini. Sejak itu, Hijau Kuning tidak lagi menoleh ke belakang. Stadium Darul Aman tidak pernah ditinggalkan penyokong Hijau Kuning kesepian setiap kali Kedah mengharungi cabaran.

Ahmad Basri tidak pernah mengenal penah lelah memimpin Persatuan Bolasepak Kedah ke mercu kejayaan. Semalam adalah hari yang amat menyedihkan buat kita semua. Datuk Ahmad Basri yang amat kita kasihi pergi buat selama-lamanya.
SEMUGA ALLAH SWT MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA.

Kejayaan Ahmad Basri: http://www.hijaukuning.com/main/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=59

No comments:

Post a Comment