Monday, June 16, 2008

SIAPA AKAN KELUAR BN DAHULU?


UPDATE: Menurut Tengku Razaleigh dalam Sinar Harian hari ini parti komponen yang akan meninggalkan BN penghujung bulan ini, bertapak di Malaysia Timur.


http//www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1645611.asp

Bagaimana pun Timbalan presiden SAPP Raymond Tan hari ini menafikanya. Lihat laporan The Star: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/16/nation/20080616144907&sec=nation

SAPP ATAU GERAKAN?: Sebuah parti akan meninggalkan BN bulan ini.
Itulah kata-kata kejutan Tengku Razaleigh Hamzah Sabtu lalu. Kenyataan itu mengundang spekulasi. Hanya dua parti dikatakan sedang membuat perkiraan serius untuk meninggalkan BN.
SAPP yang diketuai Yong Teck Lee (kiri) dan Gerakan yang diketuai Koh Tsu Koon.
Teck Lee dikatakan kecewa dengan percaturan politik Sabah yang beliau, difahamkan, melihatkan pergolakan sekarang sebagai "politik untuk kepentingan diri dan bukannya rakyat". Ada penganalisa politik berpendapat ugutan Ahli Parliamen Sabah untuk meninggalkan BN hanya "drama" untuk menekan kepimpinan Umno supaya memberi mereka "gula-gula" dan ia nya telah berjaya apabila berbagai "pengumuman projek" dibuat baru-baru ini.Bagi Gerakan, kekal dalam BN tiada makna lagi. Kubu kuatnya, Pulau Pinang, tidak mungkin kembali ke tangan parti itu sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun ini. Cadangan telah dibuat bahawa jalan terbaik adalah untuk Gerakan meninggalkan BN dan menjadi parti pembangkang seperti mana ianya di bawah Tan Chee Koon.

Gerakan tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Bagaimana pun harapan Gerakan untuk hidup semula dan mendapat nafas baru amat sukar. Tidak mustahil parti ini menjadi tidak relevan kepada rakyat dan kerana itu sudah ada pemimpin kuatnya meninggalkan parti dan perjuangannya.Kesilapannya selama ini ialah kerana perjuangannya telah tersesat. Lim Keng Yaik mengubah Gerakan dari sebuah parti untuk semua kaum menjadi parti kaum Cina.Agak terlambat untuk Gerakan sekarang ini untuk kembali ke perjuangan asalnya.

No comments:

Post a Comment