AZIMI DAIM, SURAYA YAACOB, LATT SHARIMAN: Ketiga-tiga mereka tidak pernah memegang jawatan tertinggi di bahagian atau di peringkat negeri. Namun kini mereka memendam cita-cita, mengintai sekiranya ada ruang untuk ke teraju pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri.
Sejarah politik Kedah penuh "intrigue". Kepala-kepala perangnya dikenali kehandalan mereka. Satu ketika, Umno Kedah cukup mantap, punyai nama-nama besar. Antaranya Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin, Sanusi Junid, Kadir Sheikh Fadzir, Raja Ariffin Raja Sulaiman, Abdul Hamid Othman, Affifuddin Omar dan Osman Aroff.
Kini nama-nama itu tinggal kenangan. Di peringkat nasional, tiada seorang pun dari Kedah kini berjawatan Menteri. Lebih malang buat Umno, Kedah jatuh ke tangan Pas 50 tahun selepas merdeka di bawah pimpinan Mahdzir Khalid, bekas guru dan pembantu khas Osman Aroff.
Osman Aroff mengharungi saat-saat getir di penghujung pimpinannya. Tekanan dari Kadir Sheikh Fadzir berjaya diharunginya. Malangnya, pergeserannya dengan Daim Zainuddin menamatkan karier politiknya dan memberi peluang kepada Sanusi Junid dimahkotakan orang yang paling berkuasa di Kedah Darulaman.
Namun, sikap angkuh, bongkak dan celupar Sanusi memendekkan tempoh beliau berkuasa apabila kakitangan kerajaan negeri "mengajar" Sanusi dengan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya 1999. Maka berakhirlah era Sanusi dan rezeki jatuh ke riba Syed Razak Barakbah.
Masalah kesihatan dan sikap kekampungan Syed Razak digunakan Mahdzir untuk menjatuhkan beliau pada 2004. Balasan buat Mahdzir, eranya lebih singkat malah Umno hilang kuasa dibawah pimpinannya.
Hari ini Umno Kedah melalui satu suasana yang tidak pernah di laluinya dalam sejarah politik negeri. Para pemimpinnya kini "menganggur" selepas tumpas dalam pilihanraya Mac 8, 2008. Cawangan Umno lumpuh tanpa wang. Pemimpin hanya menanti waktu untuk bertembung sesama sendiri.
Rata-rata, tahun ini merupakan tahun menarik dalam politik Umno. Golongan muda di dalam Umno Kedah tampak "jemu" dengan kehadiran "muka-muka lesu" di setiap bahagian. Maka timbul lah nama-nama baru seperti Suraya, Azimi dan Latt Shariman.
Bagi ahli Umno Kedah, sudah pasti khabar angin bertiup kencang "siapa akan melawan siapa" dalam pertandingan di peringkat bahagian yang akan datang. Berikut ramalan Jelapang. Antaranya
Pendang - Ketua Bahagian: Rozai Shafian vs Othman Abdul, Ketua Wanita - Fatimah Ismail vs Suraya; Kuala Kedah -Ketua Bahagian Syed Razak Barakbah vs Latt Shariman/Hashim Jasin, Abu Bakar Rautin. Kubang Pasu - Ketua Bahagian: Johari Baharum vs Saad Man; Jerai - Badruldin Amiruldin vs Suhaimi Abdullah; Langkawi - Ketua Bahagian: Bakar Taib vs Nawawi Ahmad; Kulim: Ketua Bahagian: Kadir Sheikh Fadzir vs Azimi Daim; Padang Terap: Ghazali Ibrahim vs Affifudin Omar.
Sama-samalah kita tunggu kesudahannya.
It could give you more facts.
ReplyDeleteIt could give you more facts.
ReplyDeleteartikel anda :
ReplyDeletehttp://berita-politik-dunia.infogue.com/
http://berita-politik-dunia.infogue.com/umno_kedah_bergolak
promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!
Blog yang amat menarik.saya ucapkan tahniah. Congratulation.
ReplyDeleteTentang UMNO Kedah, rasa agak terlalu terpencil untuk dikomen.
Sukar untuk menerima hakikat dan membentuk minda yang boleh diterima rakayt.
Ramai yang masih mengalunkan lagu lagu lama yang sudah luput tarikh.
Hampir semua tekaan anda meleset tentang perebutan kuasa@pertandingan di bhgn.mahzir jatuh kerana org sekeliling beliau yg terlalu ego dan bongkak hingga menyebabkan cawangan2 dan bahagian ambik hati dan kurang bersemangat membuat kerja.ali yahya(setpol),shahanim(kp3),rawi(kp) lebih banyak menjaga kptgn bos mrk drp kptgn ahli2 umno sendiri di bhgn mahupun di cwgn.
ReplyDeletebanyak ahli umno yang tikam umno sendiri seperti dikulim bandar baru,padang serai,baling,sik merbok dan semua bahagian.kemudian ada pula sekarang pengkhianat tersebut jadi pimpinan bahagian.
ReplyDelete