Wednesday, May 30, 2018

ZAHARIN: PENYAMUN TARBUS DALAM UMNO

Image result for syed ali alhabshi rizuan kepong

KHABARnya ramai Ketua Bahagian Umno di Wilayah Persekutuan mahu melepaskan jawatan dalam pemilihan akan datang termasuk yang pernah membuat kenyataan "sanggup mati dengan Najib Razak."

Mengelak untuk mempertahankan jawatan memang sudah dijangka.

Apa tidaknya. Umno sudah hilang kuasa. Tempat meraih rezeki pun sudah hangus.

Dulu-dulu bila ada masalah dengan bank, jumpa bos, bos bantu pastikan tidak bangkrap.

Nak kaya, tubuh Yayasan. Tak cukup duit nak bayar itu ini, yayasan ada. Duit yayasan pun minta kepada bos.

Bini pula pegang jawatan penting dalam kerajaan.

Ada yang mahu melepaskan jawatan untuk sejukkan hati kerajaan Pakatan agar bini tidak dilucutkan jawatan besar dalam kerajaan.

Kecuali ketua-ketua bahagian bertaraf kampung yang bertungkus lumus untuk pastikan Umno terus berkuasa, ada Ketua Bahagian di bandar-bandar besar menggunakan jawatan untuk menjadi kaya.

Tidak hairan jika ada Ketua-ketua bahagian di Wilayah yang memegang jawatan berkurun walaupun BN tidak menang di kawasan mereka.

Salah seorang dari ketua bahagian tersebut sudah LAPAN PENGGAL memegang jawatan Ketua Bahagian dan BN tidak pernah merasa kemenangan di kawasan beliau.

Di satu bahagian lagi, Ketua Bahagiannya memegang jawatan sejak 2004 dan BN tidak pernah menang sejak beliau menjadi Ketua Bahagian.

Tetapi mereka-mereka ini, hidup penuh kemewahan. Pendidikan tidak seberapa, tetapi memegang pelbagai jawatan atas nama Ketua Bahagian Umno.

Kita di bawah dapatlah upah pacak bendera dan naikkan poster masa PRU.

Memang patut Umno dikuburkan semasa PRU14 yang lepas.

Berikut komen blogger Zaharin mengenai perkara ini:




Penyamun Tarbus Dalam Umno.

Hari ini saya dengar sana sini Ketua Umno Bahagian tidak mahu bertanding jawatan itu semula, ayat lazimnya nak bagi orang muda memimpin pula,

Puki mak kaulah.. masa Umno tengah berkuasa kenapa tak mahu lepaskan jawatan, Di Wilayah Persekutuan, 70% Ketua Umno Bahagian dah masuk puluhan dan belasan tahun jadi Ketua Umno Bahagian.


Cakaplah.. ‘aku dah kaya, masa jadi Ketua, aku banyak menyamun.. tak kan aku nak keluarkan duit aku pula untuk Umno, yang tidak berkuasa lagi.

Saya dah berusia 66 tahun, sepatut boleh berhenti jadi Ketua Umno Cawangan kerana pernah sebut dlm mesyuarat Ajk sebelum PrU ke 14, tidak akan memimpin Umno Cawangan. Tetapi Umno dah kalah, saya ambil tanggung jawab meneruskan perjuangan menerima jawatan Ketua Umno Cawangan, tak kan saya hendak biarkan ahli-ahli Umno saya terkonting-konting tanpa pemimpin.

Nanti sama-sama kira berapa banyak bapak-bapak penyamun membuka topeng selama ini dalam UMNO. Bercakap soal perjuangan tetapi sebenarnya penyamun tarbus.. Lepas samun dan rompak, tinggalkan tarbus dalam peti besi. Babi dan sial betul mereka ini.

Bandar Sri Permaisuri..
Mei 30, 2018




Saturday, May 26, 2018

NAJIB LUPA KEBESARAN ALLAH SWT



TENUNG mukanya. Hanya yang kita nampak ialah KEANGKUHAN, BONGKAK, SOMBONG dan LUPA DARATAN.

Di mulut beliau keluar perkataan KEJI, seolah-olah tiada sebutir keimanan di dalam dirinya.

Itulah Najib Razak.

Umno kalah bukan kerana fitnah. Umno dikapan oleh RAKYAT kerana kamu, Najib Tun Razak dan isteri kamu, ROSMAH MANSOR.

Inilah wajah Presiden Umno yang paling angkuh dalam sejarah Umno, dan kamu-kamu pemimpin Umno di atas, Zahid Hamidi, Hishammudin Hussein, kamu bersekongkol bersama pemimpin yang angkuh dan sombong ini, pemimpin yang lupa kepada KEBESARAN Allah swt.

Image result for najib beg duit polis

Setiap hari selepas jatuh dengan hinanya, keangkuhan masih membara di dalam diri kamu.

Semua orang salah kecuali kamu.

Image result for petronas+dibuang kerja




Image result for polis+kritik+najib+tangkap+yahya


Image result for polis+kritik+najib+tangkap

Image result for tukang masak tun mahathir
Image result for tangkap polis facebook najib
WAHAI Najib, kamu tenung muka-muka ini. Kamu jangan lupa betapa merananya keluarga mereka. Kamu pecat mereka tanpa ada belas kasihan kepada anak, bini dan cucu mereka.

Betapa kejamnya kamu. Kamu lupa kepada Allah SWT.

Tiada yang puas dihati kami, kecuali kamu merasai penderitaan mereka yang pernah kamu aniayai.

Tiada air mata yang akan mengiringi kamu jika kamu dan isteri merengkok di dalam penjara.

Sehingga saat ini, tiada sedikit PENYESALAN dari kamu.

Kamu rompak hak rakyat, kamu BUNUH parti kepunyaan 3 JUTA ahli Umno dan tiada dari mulut mu sedikit pun kekesalan dan rasa bersalah kepada 3 juta ahli Umno.

Saban hari ahli Umno menanti kamu TUNDUK dan memohon maaf kepada mereka semua.

Mereka tahu, di dalam hati seorang pemimpin yang angkuh dan bongkak seperti kamu, tiada ada sebutir pun detik murni di dalam diri kamu.

Memohon maaf bukan cara kamu.





Thursday, May 24, 2018

CERITA ERA NAJIB MACAM CERITA ERA SOVIET UNION & APA PERLU GUAN ENG MASUKKAN TONY PUA & ONG KIAN MIN KE DALAM KEMENTERIAN KEWANGAN?



SEJAK Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui negara sebagai Perdana Malaysia ke 7, perkembangan dalam negara terlalu "laju" untuk dihadamkan oleh kita semua.

Pendedahan demi pendedahan amat menakjubkan terutamanya oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Shukri Abdull bagaimana beliau merasakan seolah-olah beliau hanya menunggu masa untuk MATI semasa menyiasat kes derma RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Najib Razak.

Siapa sangka cerita-cerita seperti ini yang selalunya kita dengar melibatkan agen-agen KGB Russia boleh berlaku di Malaysia.

Ada yang mengkritik pendedahan Shukri dari segi aspek undang-undang TETAPI suka atau tidak, realitinya itulah keperitan yang tidak pernah terfikir oleh kita telah dilalui oleh beliau dan dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa di bawah pemerintahan Najib Razak.

 Image may contain: 6 people, including Sufi Yusoff
BEGITU juga rampasan wang tunai RM130 juta dan RM200 JUTA BARANG KEMAS didakwa kepunyaan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

MENAKJUBKAN. Tiada alasan yang dapat menghalalkan kekayaan menakjubkan ini.





1MDB. Rupa-rupanya selama ini Kerajaan yang membayar IPIC dan bukannya 1MDB.

Malahan 1MDB kini MUFLIS. Lebih menakjubkan Arul Kanda tidak bercakap benar selama ini.



MENTERI KEWANGAN: Kita tak ada masalah Lim Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan. Sebelum ini Najib pegang jawatan tersebut dan terbukti pelbagai masalah timbul - duit hilang, kes 1MDB dan pelaburan tak masuk akal.

Tetapi hari ini terbaca pula dua Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ong Kian Min juga memasuki Kementerian Kewangan sebagai pegawai khas Guan Eng.

Apa tujuannya? Guan Eng tak percaya kepada pegawai-pegawai kerajaan di dalam Kementerian Kewangan untuk membantu beliau? Adakah Kementerian Kewangan tak cukup kepakaran untuk menangani skandal-skandal besar yang membelenggu kerajaan?

Guan Eng perlu sensitif kerana Kementerian Kewangan adalah Kementerian yang sensitif. Guan Eng kena sensitif terhadap pegawai-pegawai Kementerian Kewangan. Mereka juga ada kredibiliti.

Jika tidak cukup kepakaran, Guan Eng boleh minta bantuan Bank Negara, Khazanah Nasional dan Suruhanjaya Sekuriti.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/24/no-pay-but-were-going-to-help-finance-ministry-say-pua-and-ong/

Tuesday, May 15, 2018

KEMANA HILANGNYA PAUL STADLEN, PENASIHAT BRITISH NAJIB RAZAK?

Image result for paul stadlen

Image result for paul stadlen SARAWAK report

Image result for paul stadlen SARAWAK report

http://kedahku.blogspot.my/2017/08/bukan-main-hebat-penasihat-najib-paul.html




Monday, May 14, 2018

KE MANA HILANGNYA HABIBUL RAHMAN BIN KADIR SHAH, PENASIHAT NO 1 NAJIB RAZAK?

Image result for habibur rahman mas



http://kedahku.blogspot.my/2015/01/habibul-rahman-penasihat-najib-padanlah.html

Sunday, May 13, 2018

PRU-14 BUKAN HAK KELUARGA ANWAR IBRAHIM

Image result for dr mahathir pru14

9 MEI 2018, tarikh keramat.

Tarikh di mana Umno dan Barisan Nasional diturunkan dari takhta pemerintahan negara.

Umno memenangi hanya 54 kerusi Parlimen dan keseluruhannya, Barisan Nasional memenangi 79 kerusi.

Pakatan Harapan memenangi 122 kerusi dan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Sejarah akan tercatit Najib Razak sebagai pembunuh Umno buat selama-lamanya.

Di jalanraya berhampiran Istana Negara, rakyat meraikan kejayaan Pakatan Harapan dan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri seolah-olah Malaysia BEBAS dari cengkaman Komunis.

Semalam, suasana di dalam Pakatan Harapan tegang apabila seorang pemimpin PKR membuat kenyataan seolah-olah keputusan melantik 3 Menteri Kabinet tanpa persetujuan PKR.
Image result for wan azizah ucapan teks ucapan

DARI awal sudah dijangka PKR akan menimbulkan masalah kepada Dr Mahathir dan khabar angin bertiup kencang PKR sedang dipancing Umno untuk menubuhkan kerajaan.

Tidak ada yang pelik mengenai sikap PKR.

Itulah perangai Anwar Ibrahim dan ahli keluarga beliau.

Ramai dapat meneka bahawa PKR mahukan jawatan Kementerian Kewangan dan marah apabila ianya diberikan kepada Lim Guan Eng.

Lebih baik jawatan tersebut diberikan kepada Guan Eng daripada kepada PKR. 

Tidak dapat dibayangkan jika Anwar memegang jawatan tersebut - maka akan kembali lah kita ke zaman di mana orang Melayu diberi saham kecil Pink Form, kroni Anwar sapu projek besar-besar.

Lupakah kita kepada senarai kroni Anwar Ibrahim pada tahun 1998?

Sebagai peringatan kepada Anwar dan keluarga beliau, Pakatan memenangi PRU-14 bukan kerana Anwar bin Ibrahim, bukan kerana Wan Azizah, bukan kerana Nurul Izzah dan bukan kerana PKR.

PRU-14 dimenangi oleh Pakatan Harapan kerana Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban, tua dan muda mahukan Dr Mahathir memimpin negara.

Oleh itu hormatilah aspirasi dan kehendak rakyat.

PRU-14 bukan hak Anwar Ibrahim dan bukan hak keluarga Anwar. 

Friday, May 11, 2018

TUN MAHATHIR: TOLONG RAMPAS DUIT DAN KEKAYAAN NAJIB HASIL DARI ROMPAKAN DUIT RAKYAT



"AKAUN ITU ATAS NAMA SAYA TETAPI TIDAKLAH IBARAT SEPERTI AKAUN PERIBADI KITA SENDIRI" - Najib Razak (video)

HARI ini beberapa Ketua Pemuda Umno Negeri meminta Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno.

Bagi kita, ini perbuatan TIDAK bertanggungjawab yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin.

Kalau macam itu sedaplah Najib.

Jadi penyangak, bunuh Umno, sapu duit Umno, kita suruh letak jawatan.

Cuci tangan lah Najib!

Duit Umno yang dalam akaun Najib, macam mana?

Kita amat berharap Tun Dr Mahathir Mohamad rampas semua duit yang dicuri oleh Najib dan barang-barang kemas Rosmah Mansor yang dibeli dengan wang hasil rompakan.

Jangan dibiarkan Najib lepas bebas. 

Monday, May 7, 2018

ADAKAH RAKYAT AKAN MENGHUKUM NAJIB & ROSMAH?

Image result for dr mahathir mohon maafImage result for pakatan gathering keramat


RABU ini kita mengundi. 

Ada yang agak kreatif, mencipta perkataan RABU menjadi slogan Rakyat Akan Buang Umno.

9 Mei 2018, akan menjadi penentu. Jika pembangkang KALAH, ia perkara biasa kerana sejak Merdeka, pembangkang tidak pernah menang.

Apakah kali ini SEJARAH tercipta dan BN tumpas?

Sejak 2013, pelbagai perkara berlaku dan yang paling kita tidak dapat lupakan ialah sejumlah RM2.6 bilion (RM2,600 juta atau RM2,000,000,000) dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak.

Kita dihidangkan mengenai KEHILANGAN wang di dalam urusan 1MDB.

Image result for perkahwinan anak najib

Pada 2015, kita dihiburkan dengan gambar-gambar perkahwinan anak Najib dan Rosmah Mansor. Betapa mewahnya majlis mereka - bunga dari siling sampai ke lantai.



Dan GST diperkenalkan untuk menyelamatkan kerajaan sepertimana yang dilaungkan oleh Najib.

Anak-anak lulusan universiti diminta mencontohi pengusaha nasi lemak anak dara atau menjadi drebar teksi menerusi Uber dan Grab.

Image result for najib hadi awang berpelukan

Kita juga menyaksikan Presiden Pas Hadi Awang menjadi rakan sekutu Najib. 

Pas tidak segan-silu dan secara terang-terangan mengaku menjadi rakan karib Umno yang selama ini mereka KAFIRkan dan mengelar Umno "TAGHUT".

Paling menyedihkan, pemimpin Pas yang berlatarkan agama, mulut mereka "capui", kata-kata yang keluar dari mulut mereka seolah-olah bukan dari mulut mereka-mereka yang berzikir.

Nik Abduh, anak Nik Aziz, ketika menulis mengenai politik di dalam keluarga, menggunakan perkataan AIR MANI dalam membicangkan hal keluarga beliau. 

Pemimpin-pemimpin Pas menggunakan kata-kata kesat dalam ucapan mereka.

Semalam ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan hasrat untuk menziarah makam Allahyarham Nik Aziz, seorang pemimpin Pas dengan angkuh dan bongkak mengeluarkan kata-kata, Dr Mahathir seharusnya menziarahi kubur dirinya sendiri.

Itulah yang dikatakan orang agama yang berjubah dan berketayap di dalam Pas - mulut mereka dipenuhi dengan kata-kata kesat.

Image result for nazri aziz mahathir

Begitu juga dengan pemimpin Umno. Apabila bercakap memaki hamun tanpa mengira umur.

Adat dan agama mengajar kita berbudi bahasa ketika berbicara tetapi pemimpin Umno memilih memaki hamun. 

Nazri Aziz contoh terbaik. Tanpa mengira usia, baik Melayu atau Cina, dimakinya seolah-olah pengundi mempunyai saksiah seperti beliau.

Ini semua akan menjadi panduan apabila kita mengundi Rabu ini.
Image result for Umno

Jika Umno KALAH atau mendapat jumlah kerusi yang lebih buruk dari PRU13, orang yang bertanggungjawab adalah Najib dan Rosmah.

Lima tahun ini, yang merosakkan Umno ialah mereka, bukan kita ahli-ahli Umno, bukan kita peneroka Felda. Najib dan Rosmah mesti bertanggungjawab.
Image result for anak nazri aziz kereta

Berpuluh tahun, apabila kita bercakap mengenai Umno, kita bercakap mengenai agama, bangsa dan negara.

Malangnya sejak 2015, ia hanya untuk mereka-mereka di atas. Kita di bawah diberi BRIM.

Image result for bini nazri aziz

Anak bini mereka hidup dengan penuh kemewahan dan kita di bawah tidak dipedulikan.

Hampir pilihanraya, kita disajikan dengan ikan murah, telor ayam murah, seolah-olah kita peminta sedekah.

Image result for dr mahathir rafidah tun daim]

Hari ini kita melihat bekas Presiden kita Tun Dr Mahathir, bekas Timbalan Presiden kita Muhyiddin Yassin, bekas Ketua Wanita kita Rafidah Aziz, bekas Naib Presiden kita Shafie Apdal, bekas Menteri Kewangan kita Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, bekas Naib Presiden Umno Rais Yatim, BANGUN menentang Umno, parti yang mereka dukung selama ini.

Kerana pemimpinnya telah mengkhianati perjuangan bangsa, agama dan negara.

RABU akan menjadi penentu.

Jika BN terus kekal berkuasa sekali pun, ianya tetap akan hilang kepercayaan rakyat.

Marilah kita ramai-ramai mengundi untuk menyelamatkan negara tumpah darah kita ini.

Undilah dengan bijaksana demi agama, bangsa dan negara.