Wednesday, April 25, 2018
KETUA PENGARAH JASA PUAD ZAKARSHI: TAK BERBALOI PERTAHAN KERAJAAN
Berikut tulisan Ketua Pengarah Jasa Puad Zarkashi di Facebook beliau hari ini:
25.4.2108. HARI TERAKHIR DI JASA
Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di JASA. Tempat panas sehinggakan DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya JASA dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet PH mereka mencadangkan supaya JASA ditutup sahaja.
Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga JASA semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan juga di kalangan pelajar Malaysia di luar negara.
Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. PRU tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir kerana saya dituduh penyokong Anwar kerana pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua dan setpol YAB MB Johor (TS Ghani Othman). Saya juga meletakkan jawatan sebagai setpol serta merta. Tetapi saya juga tidak lari.
PRU ke 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari. Di PRU 2018 ini, saya digugurkan dalam tempoh 24 jam setelah menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh TS Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran saya berlaku tanpa perundingan walaupun saya adalah ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.
Sebab itu saya berani mempersoalkan sistem memilih calon kali ini adalah ROSAK. Sebab itu apabila TPM mendakwa saya digugurkan kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat maka ia meyakinkan saya sistem memilih calon UMNO kali ini adalah rosak dan corrupted.
Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan sedangkan UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7000 orang sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor.
Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin kerana menjawab komen TPM secara terbuka? Kalau begitu kenapa Ahmad Said yang membawa usul supaya DS Razif dipecat sebagai MB tidak dikenakan tindakan dan dicalonkan semula.
Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral dipilih. Calon yang tidak membantu parti juga terpilih.
Walaupun mempertahankan Kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi. Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.
Tuesday, April 24, 2018
PUAD ZARKASHI JANGAN LUPA WALAQ PADA NAJIB RAZAK
TERINGAT kita kepada satu kenyataan Ketua Pengarah JASA Puad Zarkashi pada 6 Disember 2016.
Kata Puad: "Muhyiddin (Yassin) TIDAK faham maksud WALA' (Q) yang dipegang di dalam Umno."
https://www.bharian.com.my/node/220793
Maksudnya, Puad amat memahami maksud WALA'.
Tiba-tiba apabila tidak dicalonkan di Batu Pahat, meracau pula si Puad macam orang hilang akal.
Kata faham maksud WALA'?
Kalau faham, janganlah meracau jika tidak berpeluang menjadi calun.
Hari ini pula, Puad menulis dalam Facebook beliau menghentam Timbalan Perdana Menteri.
Sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad ini umpama Jeneral askar. Patutnya Puad menyerang pembangkang. Ini tidak, nak diserangnya kawan sendiri. Sebelum ini bukan main garang serang Tun Mahathir Mohamad.
Tiba-tiba beliau mengugut mahu menjadi calon Bebas menentang parti sendiri.
Sebenarnya kita pun merasakan Puad paling layak dipilih sebagai calon BN di Batu Pahat.
Lebih menyakinkan apabila kita ternampak gambar bos Puad, Najib Razak, menghadiri majlis yang dihoskan oleh Puad beberapa hari sebelum pengumuman calon.
Masih ada masa untuk Puad bertaubat dan kembali menghayati konsep WALA' dan TABAYYUN.
Cara terbaik ialah Puad mengetuai satu gerombolan pemimpin dan ahli Umno yang hajat mereka untuk bertanding tidak kesampaian membuat MAJLIS taubat dan baiah tanda WALA' kepada Najib.
Puad pun tahu, kalau Najib kata, Puad calon Batu Pahat, maka dia calon Parlimen Batu Pahat. Kalau tak jadi, itu juga keputusan Najib.
Sekarang adalah masanya Puad dan beberapa pemimpin Umno yang tidak terpilih terutamanya Ketua-Ketua Pemuda Umno di seluruh Malaysia berWALA' dan berTABAYYUN demi agama, bangsa dan negara.
Puad kena berpegang pada slogan - demi agama, bangsa dan negara - yang saban hari dilaungkan beliau semasa memegang jawatan Ketua Pengarah Jasa.
Jawatan Ketua Pengarah itu penting. Kalau Ketua Pengarah Jasa pun melalut, apa akan jadi kepada Umno.
Berikut tulisan yang didakwa ditulis oleh Puad dan tersebar luas di media sosial.
Rakan-rakan yang dihormati,
Saya akan memohon peletakan jawatan saya sebagai KP JASA pada 26.4.2018. Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.
Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14. Pada hari Jumaat saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC (21.4.18).
Tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.
Saya memenangi kedua-dua pilihan raya MT dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya.
Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan "UMNO Perjuangan". Tetapi bukan untuk kali ketiga. Cukup cukup.
Saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya suka seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya evendoor Saya MT yang dipilih.
Saya tidak boleh percaya Ketua Wanita saya yang dikelilingi oleh isu peribadi kontroversial menjadi pilihan terbaik parti. Semua kerja keras, sasaran mikro, dan operasi taktikal telah diabaikan.
Saya tidak menentang "UMNO Perjuangan". Saya tidak menentang bos besar. Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga jatuh terakhir.
Saya akan meninggalkan kumpulan NCC ini.
Monday, April 16, 2018
KAYVEAS MERINTIH MINTA KERUSI
SEBUAH portal hari ini menyiarkan satu laporan kononnya parti komponen BN, PPP, akan KELUAR dari Barisan Nasional berikutan kegagalan mendapat kerusi Parlimen Cameron Highlands untuk Presiden mereka M.Kayveas.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/04/16/myppp-keluar-bn/
PPP ini parti komponen kecil, Umno tak pandang.
Kalau nak tahu parti komponen itu kecil atau besar, Kayveas kena ambil Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai panduan.
PBS ada EMPAT kerusi Parlimen sahaja tetapi Umno takut bukan kepalang.
Baru-baru ini ada cadangan Umno mahu "MEMINJAM" kerusi Matunggong di Sabah dari PBS.
Apa REAKSI Pemangku Presiden PBS Maximus Ongkili?
Di atas adalah REAKSI Maximus.
Bukan itu saja. Sehari selepas itu, PBS mengUGUT akan bertanding sendirian menggunakan lambang partinya sendiri.
KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) Matunggong Division strongly objects to a proposal by the nation’s Number Two leader to ‘borrow’ the seat in the coming general election.
The decision was made following an unanimous votes from PBS Matunggong Division committee, supported by its Youth and Women wings, during an emergency meeting held here, today.
Describing the proposal as “inappropriate and ridiculous”, PBS Matunggong Division chief Sarapin Magana stressed that Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s announcement showed the dominating party’s greediness.
“He made the announcement on stage in public and before PBS two top leaders – President Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and Deputy President Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
“It was an inappropriate act by him (Zahid) to make such announcement. It shows how greedy they are. How can one just simply make a proposal to take another political party’s seat without even discussing the matter? So the answer to his request is NO!” Sarapin stressed.
In expressing his disappointment over the announcement, Magana stressed that Zahid has exceeded his political turf because matters pertaining to seats quota and allocation in Sabah are under the chairmanship of Tan Sri Musa Aman as the State BN chief.
“Agreement had already been reached that all components seat quota and allocation would remain status quo. There should be no further disruptions that could cause instability of the BN coalition,” said Magana.
He noted that Matunggong has been PBS’ traditional stronghold and would stay as one of the party’s 13 state seats in the 14th General Election.
In the previous general election, BN candidate Magana lost the Matunggong seat to Datuk Jelani Hamdan, who contested under the Parti Keadilan Rakyat’s ticket.
He said party leaders have assured that all seat allocations remained status quo since there were no additional seats contested in the coming election.
“It was a bitter memory. And what made it worst is that the lost was due to sabotage from our own partner in BN, UMNO, by ‘planting’ a former party member to go against us.
“And for them to come up and ask for the Matunggong seat is just ridiculous. We lost the seat because of saboteurs within the coalition’” Magana said.
He said if the call is pursued, PBS is strongly considering flying its own flag in GE14.
Zahid, at a gathering in Matunggong on Monday, made the proposal to lend the Matunggong seat to UMNO on the coming election, disclosing it as a ‘formula’ to recapture the lost seat for BN.
http://www.theborneopost.com/2018/04/10/pbs-says-no-to-dpms-proposal-to-borrow-matunggong/
Kayveas perlu belajar dari parti-parti di Sabah. Mereka cerdik-cerdik belaka. Bukan sahaja PBS, Kayveas boleh juga BERGURU dgn Parti PBRS Sabah dan UPKO.
PBRS ada satu kerusi Parlimen tetapi Presidennya memegang jawatan Menteri. UPKO ada 3 kerusi Parlimen, Presidennya juga Menteri.
Ini Kayveas hendak dapatkan kerusi pun puas merintih.
Rasanya selepas PRU14 nanti, eloklah MyPPP nyahkan Kayveas dan gantikan dengan pemimpin yang lebih pandai berstrategi jika MyPPP gagal mendapatkan kerusi Cameron Highlands.
Sementara itu, marilah kita berhibur dengan satu video lakonan Presiden MyPPP M.Kayveas.
Sunday, April 15, 2018
JANJI PRU
ADA rakan bertanya apa pendapat kita mengenai manifesto BN untuk PRU-14 ini.
Bagi kita, manifesto BN kali ini nampak pelik seolah-olah BN terdesak.
Ambil contoh tawaran menyediakan 3 juta pekerjaan untuk anak-anak muda dan graduan.
Pelik sebuah kerajaan menawarkan untuk menyediakan pekerjaan padahal sudah menjadi tanggungjawab mereka menyediakan pekerjaan.
Kenapa perlu tunggu selepas PRU-14 untuk Najib Razak menyediakan pekerjaan.
Kenapa 3 juta pekerjaan ini tidak disediakan 5 tahun lepas?
140,000 graduan dan anak-anak muda sedang mengikuti kursus SLIM dan mereka ini golongan yang tiada pekerjaan.
Kenapa Najib mengalakkan graduan jual nasi lemak seperti graduan yang kononnya berjaya dengan hanya menjual Nasi Lemak Anak Dara?
Kenapa Najib menyarankan anak muda dan graduan jadi drebar Uber (teksi) dengan menyediakan insentif tertentu?
Kenapa baru sekarang Najib hendak buat itu, buat ini? Kenapa tidak dalam 5 tahun lepas?
Sunday, April 8, 2018
MANIFESTO PRU14
MALAM tadi BN mengumumkan MANIFESTO untuk PRU-14.
Buat pertama kali, manifesto BN sudah menjadi macam Belanjawan Tahunan Negara.
Apakah ia bermaksud BN terdesak? Apakah Najib Razak mengetahui bahawa hanya dengan cara ini dapat menyelamatkan BN? Adakah ini tanda-tanda akan berlaku Tsunami Melayu?
Semua JANJI-janji ini termasuk kenaikan GAJI kakitangan awam hanya akan dilaksanakan selepas berakhirnya PRU-14.
Satu soalan yang sedang berlegar di media sosial - DARI MANA DATANGNYA DUIT UNTUK MELUNASKAN SEMUA JANJI-JANJI INI?
Tanpa GST, kerajaan tak ada wang. Hendak hantar pelajar Malaysia ke luar negara pun tak mampu, di sekolah-sekolah, guru-guru meminta bantuan ibubapa untuk membeli kertas photostat.
Adakah GST akan dinaikkan lagi?
Tidak sepatah pun kerajaan menyentuh dan menjanjikan GST tidak akan dinaikkan lagi di dalam manifesto semalam.
Sudah menjadi lumrah sebelum ini, selepas PRU berbagai harga barang dan perkhidmatan dinaikkan. Selepas PRU-13 berikut antara kenaikan yang dibuat oleh kerajaan,
1. 1 Jan 2014: Tariff letrik dinaikkan 15%.
2. 15 Okt 2015: Kadar TOL dinaikkan antara 10 sen dan RM3 di 18 lebuhraya.
3. 10 Mei 2017: Harga gula dinaikkan 11 sen
4. 1 Disember 2014: Harga petrol RON 95 diapungkan.
5. 1 April 2015: GST diperkenalkan
6. 1 Mac 2016: Subsidi tepung ditarik.
Apakah pemberian berbentuk wang yang diumumkan semalam akan digantikan dengan kenaikan cukai dan harga barangan?
Itu soalan kita.
Friday, April 6, 2018
PRU14: PARLIMEN DIBUBARKAN
PARLIMEN DIBUBARKAN ESOK, SABTU 7 APRIL 2018
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-umum-parlimen-bubar-esok-1.818886
Tuesday, April 3, 2018
NAJIB PERLU TIRU AZMIN MATIKAN ISU
DARI Perlis hingga ke Johor video di atas menular.
Kita pun terpegun dengan penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengenai dakwaan Umno Selangor berkaitan isu tanah di Ijok.
Agaknya selepas video ini menular, Umno Selangor terdiam seribu bahasa, dan agaknya, itulah sebabnya isu ini SENGAJA "dikafankan" oleh Umno Selangor.
Biasalah dengan pemimpin-pemimpin Umno Selangor. Serang, kemudian lari masuk gua, sama macam peminat Liverpool tempoh hari apabila di belasah Manchester United.
Alangkah baiknya jika pucuk pimpinan Umno menteladani cara Azmin berhadapan dengan isu.
Banyak isu yang belum dijawab oleh Najib Razak. Isu 1MDB, isu SRC International, isu derma RM2.6 bilion. PRU dah dekat, isu masih belum dijawab.
Elok sehari dua ini, Najib buat CARTA macam Azmin dan berdiri di hadapan Ahli-Ahli Parlimen terangkan macam Azmin apa yang sebenarnya belaku dalam 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion.
Nak buat carta tak susah. Boleh pakai carta yang Peguam Negara Apandi Ali pernah tunjukkan dulu.
Bukan apa, kita risau jumlah kerusi BN berkurangan dari semasa PRU13.
Kesemua isu dalam PRU 14 ini berkaitan dengan Najib. Maka cara Azmin lah yang terbaik untuk mematikan semua isu-isu ini.
Di bawah adalah carta yang digunakan oleh Apandi dulu.
Sunday, April 1, 2018
PEMIMPIN UMNO MENANTI UNTUK DIHISAB OLEH RAKYAT SEMASA PRU14
DUA perkara akan berlaku sekiranya Najib Razak ditegur oleh pemimpin sendiri. Samada ....
1. DiSINGKIRkan dari Umno dan diPECAT dari jawatan sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir.
2. DiCERCA sepertimana yang dilakukan terhadap Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.
Itulah cara pentadbiran hari ini.
Pernahkah pucuk pimpinan hari ini mengaku kesilapan sendiri?
Sehingga hari ini, tidak sekali pun mengaku akan kesilapan. Menuduh orang lain sudah menjadi perkara biasa.
NAFI, hampir setiap hari nafi itu dan ini.
Ini semua akan diHISAB semasa PRU 14 bulan hadapan.