Monday, February 27, 2017

REDHA LAH KALAU KITA MISKIN, YANG PENTING PEMIMPIN MESTI KAYA



HUJUNG minggu lepas berkesempatan berbual dengan seorang Ketua Cawangan Umno.

Banyak pula komplen dia - sampai naik muak dibuatnya.

1. Kata dia harga ikan temenung sampai RM20 sekilogram, tak pernah mahal sampai macam itu seumur hidup dia. Kata dia ini bukan harga di Kuala Lumpur, ini harga di kampung nelayan.

2. Susah kata dia nak kempen. Anak exco Johor kena tangkap, kereta berpuluh, ada Bentley, ada Porsche. Kita dikampung duk pakai Proton Saga second hand lagi.

3. Kata dia lagi, nak dapat BR1M sekarang kena beratur. Kena tinggal kerja sehari. Kena dengar wakil rakyat puji diri depa, lepas tu baru boleh ambil BR1M.

4. Katanya lagi, dia pernah mesej seorang pemimpin, pemimpin tersebut jawab mesejnya memberitahu dia SAKIT GIGI. Doktor gigi tengah tengok gigi dia. Ketua Cawangan ini bertanya, jumpa doktor gigi mana? Jawapan si pemimpin: di Singapore. Sampai macam tu pemimpin kita, kata dia. Gigi pun pi cabut di Singapore.

5. Kata dia, dia tengok pemimpin Umno ini kaya raya, tapi dia Ketua Cawangan, tak tau macam mana nak jadi kaya macam depa. La ni pemimpin Pas pun kaya. Boleh bagi kat bini no 2 kereta Audi Q7 kata dia. Saya jawab depa rajin berdoa, rajin zikir, sebab tu mudah kaya.

Sedih saya tengok Ketua Cawangan, kawan saya ini.

Saya nasihatkan beliau agar faham nasihat pemimpin.

Kita kena faham apa erti PERJUANGAN. Faham apa erti kemerdekaaan. Jangan kita asyik nak komplen pemimpin beli beg tangan mahal, sambut tahun baru di Australia dan terbang pula ke New York untuk sambut tahun baru kali kedua, buat gigi di Singapore lah, pakai jam mahal lah, ada duit RM2.6 bilion dalam akaun dan macam-macam lagi.

Memang negara tengah susah. Kalau orang miskin mati kerana tak cukup ubat, kita kena redha. Ini perjuangan.

Di Malaysia minyak petrol naik pun kita jangan marah. Kita kena tau bahawa inilah pengorbanan kita kepada negara. Jangan kita lupa kata-kata pemimpin kita. Depa selalu ingatkan kita: "Tanya diri kita apa pengorbanan kita kepada negara, jangan asyik duk tanya apa kerajaan boleh bagi pada kita".

Kita kena ingat parti kita Umno ini sedang diancam. Kalau Cina DAP menang, susah kita. Habis depa selongkar Felda, Risda, Mara, Tabung Haji, PNB. Kesian bangsa dan pemimpin kita kalau dibicarakan.

Apa suasana sekali pun, marah macam mana sekali pun, ingat bangsa kita, ingat perjuangan dan ingat bahawa kita perlu berkorban.

Dan jangan lupa PRU nanti, undi Umno. Orang Pas pun nak undi Umno, ini pula kita yang lahir Umno.

Kalau ikan temenung naik sampai RM25 sekilo, kita jangan makan. 

Pemimpin tak pa, kalau depa mai kampung kita, mahal mana pun kita kena hidang bagi depa makan.

Sekali-sekala dapat cium tangan pemimpin kan berkat. Dapat cium sekali, hilang lah marah kita.

Thursday, February 23, 2017

JAWAPAN KHAIRUDDIN, ULAMAK PAS, MENGENAI HADIAH Q7





ZUHUD - itulah perkataan yang melekat kepada bibir pemimpin Pas. Hanya ulamak Pas yang ZUHUD, kononnya.

Ini jawapan Khairuddin Razali, Ahli Majlis SYURA ULAMAK PAS, apabila ditanya mengenai pemberian HADIAH Audi Q7 kepada isteri KEDUA beliau.


“Saya ada hak beli apa yang saya mahu. Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka."

Itulah jawapan Khairuddin.

Jawapan yang agak ZUHUD.

Tuesday, February 21, 2017

ISTERI KETUA BAHAGIAN KEPONG DILANTIK KETUA AUDIT NEGARA

Image result for rizuan+madinah

Image result for rizuan+madinah

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan kepada Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid di atas perlantikan isteri beliau, Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara. 

Monday, February 20, 2017

ROMANTIKNYA AHLI PARLIMEN PAS AT-TAKIRI. HADIAH AUDI KEPADA BINI NO 2



HEBAT Ahli Parlimen Pas Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

Hadiah beliau kepada isteri kedua - Audi Q7.

Jika Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih hidup, sudah pasti beliau dapat melihat bagaimana mewahnya kehidupan Ahli Parlimen Pas di era Hadi Awang ini.

Cerita kereta besar tak menghairankan kepada Hadi. Dulu-dulu semasa Mitsubishi Pajero tengah TOP, Hadi lah antara orang pertama pakai kereta HEBAT ini.

Terkenang Jelapang kepada Allahyarham Ustaz Fadzil. Ke sana ke mari dengan Toyota Corona KP 17 yang uzur. Kasihan melihat Allahyarham dan demi kasih sayang ahli Pas kepada Allahyarham Ustaz Fadzil, ahli-ahli Pas menghadiahkan kereta Mercedes second hand kepada Presiden mereka.

Sekiranya Allahyarham masih ada, sudah pasti beliau dapat menyaksikan betapa hebatnya Ahli-Ahli Parlimen Pas di bawah Hadi. Ada Ahli Parlimen Pas pakai VELLFIRE. Ada katanya pusing Kelantan dengan HELIKOPTER.

Hebat pemimpin Pas sekarang.

Tahniah kepada At-Takiri.

P/S: Dalam twitter ada orang sebut ada Ahli Parlimen berhutang. Dah 5 tahun tak bayar. Elok Khairuddin At-Takiri nasihatkan Ahli Parlimen ini bayar hutang sebelum RUU355 berkuatkuasa.

Kasihan nanti. Kalau dah berkuatkuasa, susah nanti. Kita juga harap RUU355 ini tidak digunakan kepada seorang pemimpin Pas yang dahulunya dirakam berasmara di atas katil bersama seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Yang Jelapang tak boleh lupa, seluar dalam besarnya.

Wednesday, February 15, 2017

PENGORBANAN SEORANG KETUA WANITA UMNO. WANG BULANAN PEMBERIAN ANAKNYA PUN DIBELANJAKAN UNTUK UMNO

Image result for wanita umno kempen rumah ke rumah

MALAM tadi, seorang anak kepada Ketua Wanita Cawangan ajak minum, katanya hendak mencurah isi hati mengenai ibunya.

Katanya, ada masanya ibunya keluar pagi, maghrib baru sampai rumah - berkerja untuk parti - Umno.

Macam-macam kerja disuruh Umno untuk ibunya lakukan. Kena buat mesyuarat pengurusan cawangan, kena jaga 40 pengundi dalam kawasan untuk pastikan mereka mengundi Umno, kena pastikan gerak kerja Umno berjalan lancar.

Macam-macamlah dilakukan oleh ibunya untuk pastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Umno dan BN terus berkuasa.

Risau si anak melihat ibunya. Tak pernah ibunya berduit, katanya.

Sampaikan duit bulanan yang anak berikan pada ibunya pun dibelanjakan oleh si ibu untuk parti menerusi program Jalinan Rakyat.

Kalau belanja duit parti, katanya, tak kisahlah. Ini duit yang dia berikan anak-anak pun digunakan untuk Umno.

Bila ditanya, kata ibunya, parti dah tak ada duit. Program Membara Umno yang selama ini bagi sedikit sebanyak peruntukan kepada Ketua Wanita, Pemuda, Puteri untuk program parti, duit pun dah tak nampak.

Ibunya ada juga sedikit kecil hati, kata si anak, bila dilihat Ketua Wanita Bahagian, Exco Wanita kehidupan mereka berbeza - hidup selesa.

Ibunya ada dengar khabar angin, kononnya, Ketua-Ketua Wanita Negeri, Exco Wanita selalu dipanggil oleh Ketua Wanita Shahrizat Jalil bertemu di Janda Baik.

Ibunya ada juga mendengar setiap kali bertemu dengan Kak Jat di Janda Baik, mereka ini balik tersenyum lebar - ada masa dapat RM5,000 seorang, ada masa dapat rantai seutas. Ada yang terpilih untuk menyertai rombongan Umrah ke Mekah.

Entahlah, katanya, betul atau tidak.

Tapi Ketua Wanita Bahagian tidak pula bercerita ada menerima wang dari Shahrizat untuk cawangan.

Yang dibawah ini, termasuk ibunya, disuruh ke hulu ke hilir kempen untuk pastikan Umno terus berkuasa.

Bukan senang hendak berkempen sekarang ini, kata si anak.

Macam-macam orang tanya. Siapa curi duit Felda? Siapa curi duit Mara? Betul ke Zizie Izzette, bini Bung Mokhtar Radin, dapat banyak komisen hasil Felcra beli saham amanah? Annuar Musa pakai Porsche ke? Betul ke bini baru Nazri Aziz tinggal di luar negara? Betul ke Najib ada RM2.6 bilion? Betul ke Ketua Bahagian itu ada jet peribadi? Berapa banyak beg Birkin Rosmah Mansor ada?

Letih ibunya hendak menjawab.

Susah-susah, ibunya kata, semua ini kita salahkan DAP saja. Kita cakap duit Felda hilang dicuri DAP. Duit Mara lesap disapu DAP. Cerita komisen itu tak betul, DAP yang dapat komisen. Orang DAP pun pakai Porsche juga macam Annuar Musa, Ketua Penerangan kita.

Habis cerita.

Itulah nasib ibunya, kata si anak. Maklumlah ibu saya jawatan ciput, Ketua cawangan saja, manalah nak jemput ke Janda Baik atau dibawa ke Mekah.

Tetapi kalau duit bulanan yang dia beri pada ibunya dibelanjakan untuk parti, ini dah melampau, katanya.

Tapi bila ditegur ibunya, ibunya menjadi sedih.

Kata si ibu, inilah parti keramat. Kita tak mahu Melayu mengemis di tanah sendiri. Kita tak mahu DAP jadi Pengerusi Mara. Kita takut tanah kita dikuasai bangsa lain.

Kata si ibu, inilah pergorbanannya pada parti keramat ini.

Kata si anak, saya pula yang menangis. Menangis mengenangkan duit yang saya berikan itu lesap begitu saja.

Saya dah berkali berpesan pada ibu saja. Kalau parti pun tak peduli, peruntukan pun sudah tidak ada, baik ibu duduk rumah. Ibu bukan kaya. Tak ada RM2.6 bilion. Tak dapat komisen Felcra. Tak ada Porsche seperti Annuar Musa. 

Suatu hari nanti, saya akan buat keputusan - Sudah-sudahlah Ibu. 

Jelapang terpegun.

Tuesday, February 14, 2017

KITA TIDAK AKAN LUPA HADI KAFIRKAN KITA

Image result for hadi+najib

PERNAHKAH Hadi Awang meminta ampun kerana kafirkan ahli Umno?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno kerana menganggap sembahyang yang diimamkan oleh ahli Umno tak perlu diikuti?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada ahli Umno sehinggakan anak ahli Umno menganggap bapanya kafir kerana Amanat Hadi?

Pernahkah Hadi memohon maaf kepada Umno sehinggakan ahli Pas menganggap daging korban Umno tidak boleh dimakan?

Pernahkah?

Jika tidak! Mengapa pemimpin kita terhegeh-hegeh hendak bekerjasama dengan Hadi?

Desperate sangat ke?

Tenat sangat ke Umno?

Cukup jelek kita melihat pemimpin kita memegang tangan Hadi yang cukup kotor itu. Memualkan.

Selagi Hadi tidak memohon maaf, sejarah Pas jelas kita ini Kafir.

Lupakah kita Hadi memaki hamun kita siang malam sebelum ini?

Image result for amanat hadi


 Lupakah kita kepada kata-kata ini?


Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalahsyahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

 Siapa yang tutur ayat penghinaan ini? Bukan Hadi? 

Inilah Umno pimpinan Najib Razak. Sanggup membiarkan Umno sehina ini, bersalaman dengan orang yang mengkafirkan kita.


P/S: Sudah sampai masanya Umno desak Hadi minta AMPUN pada kesemua jutaan ahli Umno secara live di TV dan muka hadapan akhbar kerana mengKAFIRkan kita.

Monday, February 13, 2017

HADI AWANG WAJIB BACA KENYATAAN MUFTI PERLIS & PERLU MALU PADA DIRI SENDIRI

Image result for memali

KENYATAAN MUFTI PERLIS USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN DITUJUKAN PADA HADI AWANG DAN KUNCU-KUNCUNYA.



Apakah Yang Mengelirukan?

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.
Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump.

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Image result for sembahyang DUA IMAM
Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah.
Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Image result for memali

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

Image result for amanat hadi

Image result for amanat hadi

Image result for amanat hadi

Sunday, February 12, 2017

HADI KENA JAWAB APA HUKUM PEMIMPIN CURI BERBILION RINGGIT

Image result for hadi+najib

“Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan,” - MUFTI PERLIS, ASRI ZAINAL ABIDIN.

Presiden Pas Hadi Awang kena jawab persoalan yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis ini.

Betul kata Asri, yang mencuri berbilion ringgit bagaimana?

Jangan asyik nak potong tangan orang miskin sahaja. Pemimpin yang mencuri berbilion ringgit, hidup dalam kemewahan hasil duit rakyat, mengadakan majlis perkahwinan anak jutaan ringgit, anak tiri guna duit untuk berjudi di Las Vegas, bagaimana?

Kita harap Hadi dapat menjelaskan di Parlimen nanti.

Bagi kita RUU355 tidak lah relevan sangat. Ke mana Jelapang pergi, mau di kedai kopi, pasar malam atau tempat berilimiah, tak ada orang bercakap mengenai RUU355.

Orang bercakap mengenai kos sara hidup, universiti tak ada duit, duit Felda hilang, dividen Tabung Haji dan duit berbilion ringgit di dalam akaun Najib Razak.

Cerita Hudud yang dibawa oleh Pas ini dah berkurun dan berkarat.

Kalau orang Melayu betul-betul minat Hudud Hadi dan Pas ini, sudah lama BN berkubur dan Hadi hari ini adalah Perdana Menteri Malaysia.

Tapi Hadi hari ini, pejabat dah berkurun di Rusila saja. Jadi Menteri Besar Terengganu pun sekejap kerana mentadbir cara kampung.

Dulu rasuah haram bagi Hadi, hari ini lain cerita. Pertama kali dalam sejarah Pas, pemimpin Pas boleh menerima pemimpin negara mengamalkan rasuah. Suatu ideologi baru dibawa oleh Hadi dalam Pas.

Kita baca apa yang Ustaz Asri kata:




KUALA LUMPUR: Mufti Perlis berkata tindakannya mempersoalkan cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bukanlah usaha menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Sebaliknya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sejauh mana syarat untuk melaksanakan RUU 355 itu sudah dipenuhi.

“Sebahagian orang berfikir bila kita tidak potong tangan pencuri, itu maknanya halal untuk mencuri. Tetapi sebenarnya mencuri tetap haram, ia tetap salah dan akan di hukum di sisi Tuhan.

“Apa yang kita persoalkan ialah syarat melaksanakan (RUU 355) itu cukup atau tidak, adakah kita boleh menghukum, adakah syarat cukup untuk kita menghukum. Tuhan menuntut supaya kita bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.

Asri berkata beliau bimbang pelaksanaan hukum hudud akan mewujudkan hukuman yang berat sebelah jika syarat pelaksanaannya tidak diperkemas.

“Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan,” katanya.

Asri pada masa sama tidak menolak segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik bukannya kerana hukum agama.


“Dulu zaman 80-an orang bincang hukum hudud tidak ada sampai ada 2 imam, kafir mengkafirkan, tidak makan binatang sembelihan mereka yang menolak hudud, tetapi sekarang sebaliknya berlaku.

“Saya bukan sebut soal menentang atau menyokong tapi saya menyebut bagaimana bila agama dipolitikkan, kita lihat wacana itu tidak lagi segar untuk merangsang pemikiran yang rasional untuk hal ini dibahaskan,” katanya.

Asri pada masa sama mengambil contoh negara yang menghentikan pelaksanaan hudud seperti Sudan, Libya, Pakistan dan Nigeria, bukan kerana hukuman Allah itu tidak sesuai tetapi tabiat manusia sudah berbeza.

Beliau turut menolak anggapan segelintir pihak kononnya dengan melaksanakan hukuman potong tangan, sebat kepada penzina melalui hudud, akan menjadikan Islam itu indah.

“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.

“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” katanya.

Panel lain dalam forum itu ialah Profesor Undang-undang UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Penyarah Sains Politik USM Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid.