Tuesday, April 25, 2017
EKONOMI NEGARA KUKUH: KERAJAAN MINTA RAKYAT PULANGKAN UBAT YANG TIDAK DIGUNAKAN?
PULANGkan ubat yang hospital beri jika tidak digunakan?
Betul ke ni?
Tak kan seteruk itu kedudukan ekonomi negara?
Atau Timbalan Menteri Kesihatan Hilmi Yahya berjenaka?
Pulangkan ubat kepada klinik, hospital kerajaan jika tidak digunakan - Hilmi
TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Kanan) sempat beramah mesra dengan warga emas Minah Mat Pono, 97, ketika pasukan perubatan melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Ziarah Kasih Sayang, Pelatih Paramedik Masuk Kampung' Parlimen Bagan Datuk hari ini. Seramai 417 pelatih dan kakitangan Kementerian Kesihatan menyertai program itu. - FotoBERNAMA
22 April 2017 5:54 PM
682
BAGAN DATUK 22 April - Pesakit yang mempunyai ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain .
Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.
"Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.
"Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan ''Food Fit Fun Fair'' di Sungai Sumun di sini hari ini.
Dr. Hilmi berkata, tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.
"Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan," katanya.
Beliau menarik perhatian apabila berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pulangkan-ubat-kepada-klinik-hospital-kerajaan-jika-tidak-digunakan-hilmi-1.472519#ixzz4fE8z7yr7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, April 14, 2017
BERSEDIAKAN BN UNTUK PRU-14?
SEMALAM, sebuah akhbar Cina meRAMALkan PRU-14 akan diadakan pada bulan Oktober, enam bulan dari sekarang.
Apakah Najib Razak betul-betul bersedia untuk menghadapi piliharanraya umum ke-14 sekarang ini.
Ada baiknya kita bandingkan persiapan PRU-13 dengan persiapan untuk PRU-14.
PERSIAPAN PRU-13.
Tol Taman Connaught dimansuhkan.
Tol sehala Batu 9 Cheras dimansuhkan
Diskaun tol sehingga 37.5% di hari perayaan.
http://paultan.org/2013/02/05/up-to-37-5-highway-toll-discounts-during-cny/
Tol Kesas dikurangkan
http://www.carsifu.my/news/Kesas-toll-charges-reduced-from-midnight
Tol Plus tidak dinaikkan selama 5 tahun.
Rebat 20% ke atas tol bagi yang mengunakan kad Touch and Go sebanyak 80 kali sebulan.
KR1M
PERSIAPAN PRU-14?
BERSEDIAKAH BN UNTUK PRU-14?
Wednesday, April 12, 2017
HISHAMMUDIN BAKAL PM, BUKAN ZAHID?
HARI ini, Najib Razak, memberi satu lagi jawatan Menteri kepada sepupu beliau Hishammuddin Hussein iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas.
Jika benar RAMALAN bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan September ini, iaitu selepas Sukan SEA, ia bermakna Hishammuddin diberi jawatan baru LIMA BULAN sebelum PRU-14.
Ia memberi gambaran bahawa melantik Hishammuddin merupakan KEPERLUAN MENDESAK buat Najib.
Dan ianya memberi beberapa gambaran dan menimbulkan beberapa persoalan.
Gambarannya:
1. Timbalan beliau, Ahmad Zahid Hamidi, GAGAL dalam membantu Najib menguruskan negara dan Najib memerlukan Hishammuddin untuk memperlihatkan "ketokohan Malaysia" kepada dunia luar dan menjadi Timbalan Komander PRU.
2. Kesetiaan Zahid kepada Najib masih menjadi persoalan.
3. Zahid mempunyai kelemahan ketara dan dilihat bukan calon pengganti yang sesuai kepada Najib baik di mata rakyat mahupun di persada antarabangsa selepas penampilan Zahid di PBB.
4. Najib yakin hanya Hishammuddin yang boleh menjadi jaminan "safety net" dan melindungi Najib apabila bersara nanti.
5. Dalam masa 5 bulan ini, Hishammuddin diberi masa untuk memperkenalkan diri beliau kepada dunia untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri selepas Najib.
Cerita Hishammuddin calon PM dan bukan Zahid, sudah lama berlegar di akar umbi.
Politik Umno mudah. Mudah dibaca. Caranya sama sahaja.
Perlantikan Hishammuddin ini umpama satu pergerakan dalam permainan catur atau chess.
Hanya menunggu masa untuk "check mate" lawan.
Silap langkah, Zahid keseorangan semasa PRU nanti. Silap percaturan, kesemua calon PRU orang Najib.
Kesudahannya, Zahid memerlukan belas kasihan Najib untuk kekal dalam Kabinet.
Itu sudah menjadi lumrah dalam Umno era ini.
Hari-hari mendatang akan menjadi detik getir buat Zahid.
Zahid orang politik. Siang berpolitik, malam berpolitik. Pandai-pandai lah Zahid memaksimakan ilmu politiknya.
Teringat Jelapang akan era Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir merupakan boss No 1 dalam Kabinet. No 2 ada Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Tetapi ada lagi orang yang lebih berkuasa dari Timbalan Perdana Menteri iaitu Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sehinggakan Daim dikenali sebagai orang No 1.5 (satu setengah).
Apakah Hishammuddin menjadi orang No 1.5 (satu setengah) di era Najib?
SEMUGA ANNUAR MUSA KEMBALI SIHAT
ALHAMDULLILAH. Ketua Penerangan Umno Annuar Musa semakin sihat.
Sebenarnya, ketika kita diuji oleh Allah swt, itulah kesempatan dan peluang untuk kita menilai semula salah silap kita. Ada orang mengunakan istilah Kifarah dalam menilai diri mereka ketika diuji.
Kita doakan Annuar Musa kembali sihat seperti sediakala.
Tetapi ini sebenarnya peluang terbaik Annuar Musa menyelamatkan maruah.
Annuar masih digantung sebagai Pengerusi Mara berikutan dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar yang memuat naik statusnya berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang "dipaksa" untuk menaja skuad Liga Super Kelantan.
Ini skrip politik terbaik untuk Annuar - iaitu mengumumkan melepaskan jawatan Pengerusi Mara atas sebab-sebab KESIHATAN.
Atau itu memang sudah menjadi sebahagian dari skrip Annuar?
Monday, April 10, 2017
PEMBENTANG RUU355 TAK LEBIH DARI HANYA CERAMAH HADI AWANG & NAZRI AZIZ: SEJAK BILA PAS JADI TUHAN
SEJAK RUU355 dibentang oleh Presiden Pas Hadi Awang, bukan main kuat suara pemimpin Pas menemplak orang lain.
Apabila diketengahkan soalan, jawapan mereka, "siapa dia?"
Itu baru bentang. Bentang pun dengan "PERTOLONGAN" Umno yang mereka "kafir"kan dulu.
Bagi kita, pembentangan RUU355 ini tidak lebih dari sesi penerangan di Parlimen dan salah satu "ceramah" politik Hadi Awang. Itu saja.
Malam sebelum pembentangan tersebut, menurut laporan, Dewan Rakyat bersidang sehingga jam 5.06 pagi, satu rekod Malaysia untuk Parlimen.
Begitulah kesungguhan kerajaan untuk meluluskan sesuatu Rang Undang-Undang, sanggup bersekang mata, bersidang hingga ke hampir subuh untuk meluluskan rang undang-undang.
Malangnya tidak untuk RUU355.
Tempoh bersidang Dewan Rakyat setiap hari adalah dari pukul 10pagi hingga ke 5.30 petang.
Tetapi pada hari Hadi membentang RUU355, sidang Dewan Rakyat ditamatkan pada 4 petang, 1 setengah jam lebih awal.
Nampak seolah-olah tak bersungguh-sungguh mahu RUU355 diluluskan.
Beberapa perkara penting yang perlu kita tahu.
1. RUU355 kekal sebagai RUU Ahli Persendirian dan tidak akan menjadi keutamaan dalam sidang Julai nanti kecuali Hadi mendapat "pertolongan" sekali lagi dari Umno yang pernah di"kafir"kan Pas dulu.
2. RUU355 tidak dibahas dan diundi, oleh itu ianya tergantung. Sehingga ianya dibahas dan diluluskan, ia tidak akan menjadi dibawa sebagai RUU Kerajaan.
3. Pemimpin BN mengakui pembentang RUU355 oleh Hadi menuruti kehendak mereka - iaitu bentang tanpa bahas dan tanpa diluluskan.
4. Ahli Pas perlu doakan Hadi menang di Marang dalam PRU14 nanti untuk pastikan RUU355 sebagai RUU Ahli Persendirian terus HIDUP. Perlu diingatkan, Hadi pernah KALAH dua kali kepada Abdul Rahman Bakar di Marang.
Jelapang tertarik dengan kenyataan Nazri Aziz mengenai RUU355 ini. Bacalah:
Nazri Aziz: Hadi Bentang RUU355, Tapi Status Kini Masih Tergantung
KUALA LUMPUR: Dalam satu langkah yang belum pernah terjadi sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkenaan pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 di Dewan Rakyat selepas diganggu beberapa Ahli Parlimen pembangkang.
Namun penangguhan perbahasan RUU355 itu bermaksud statusnya masih belum jelas sama ada diterima atau tidak.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, RUU yang dibentangkan Abdul Hadi itu akan dianggap sebagai rang undang-undang persendirian.
Nazri yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata urusan kerajaan akan terus diberi keutamaan.
"Speaker mesti beri kebenaran. Ia bukan automatik (rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi dipanggil)," katanya.
Nazri berkata rang undang-undang itu hanya boleh bergerak ke hadapan jika usul tersebut dicadangkan untuk dibahaskan dan diundi.
"Jika beliau tidak mendapat undi yang diperlukan, maka ia akan berakhir di sana, tapi jika ia mendapat undi, maka kerajaan perlu mengambil alih rang undang-undang itu."Ini kerana untuk meminda RUU355, ia perlu datang dalam bentuk rang undang-undang kerajaan," katanya.
Nazri berkata kerajaan menyatakan dengan jelas bahawa Barisan Nasional (BN) akan berpegang kepada semangat permuafakatan dan tidak akan mengambil alih rang undang-undang itu.
Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah), yang juga seorang peguam berkata rang undang-undang dibentangkan Abdul Hadi hanya akan kekal dalam Kertas Perintah.
"Ia boleh kekal di sana tanpa apa-apa berlaku kepadanya untuk tempoh masa yang lama," katanya.
Umno tidak sepatutnya terlibat dengan RUU355, kata Nazri Aziz
Umno tidak sepatutnya terlibat dengan RUU355, kata Nazri Aziz Nazri Abdul Aziz berkata Umno perlu belajar daripada sejarah, terutamanya kegagalan bekerjasama dengan PAS pada 1970-an.
JIKA Nazri Aziz diberi peluang bertindak mengikut cara beliau, Umno tidak akan terlibat dengan rang undang-undang Parlimen yang dibawa PAS untuk meningkatkan hukuman kesalahan Syariah yang dikenali sebagai "RUU355".
Bekas menteri undang-undang dan hal ehwal Parlimen yang lantang bersuara itu berkata, rang undang-undang itu tidak akan mendapat layanan istimewa sebagaimana yang berlaku, di mana ia disegerakan dan dibacakan di Dewan Rakyat – sesuatu yang jarang berlaku bagi rang undang-undang yang dibawa pihak pembangkang.
Nazri, ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau tidak bersetuju dengan rakan parti dan pemimpin kanan yang menyokong rang undang-undang itu yang bersandarkan demi kepentingan untuk menegakkan Islam.
Nazri percaya pendekatan mesra PAS oleh Presiden Najib Razak dan ahli lain dalam Umno semata-mata "kenyataan politik" yang tidak menggambarkan tujuan sebenar parti dan gembira apabila Barisan Nasional (BN) membatalkannya selepas ditentang sekutunya.
Pemimpin berusia 63 tahun bercakap kepada The Malaysian Insight semasa persidangan Dewan Rakyat semalam bagi menggariskan sebab mengapa beliau menentang rang undang-undang itu sebagai kepunyaan kerajaan.
Faktor paling penting kata menteri pelancongan dan kebudayaan itu adalah rang undang-undang itu memecahbelahkan gabungan BN.
Bagi Nazri, perasaan parti gabungan seperti MCA, MIC dan mereka dari Malaysia Timur jauh lebih penting berbanding kerjasama dengan PAS, yang dipimpin Presiden Abdul Hadi Awang yang pernah melabel Umno kafir.
RUU355 pertama kali dibawa ke Parlimen pada April 2015 oleh Hadi yang juga ahli Parlimen Marang.
Rang undang-undang itu bertujuan memberi mahkamah Syariah negeri kelonggaran dalam mengenakan hukuman lebih berat terhadap orang Islam yang ditangkap atas kesalahan seperti pengambilan alkohol dan berzina.
Ia segera menyebabkan ribut bantahan daripada bukan Islam dan beberapa ahli Parlimen Islam yang mendakwa PAS cuba melaksanakan versi Kanun Keseksaan Syariahnya sendiri atau "hudud" melalui tindakan undang-undang yang sah – dengan meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengehadkan hukuman bagi kesalahan penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.
Sebab kedua Nazri menentang penglibatan Umno dalam rang undang-undang ini kerana ia tindakan sia-sia untuk menggembirakan PAS.
Ini kerana pada pilihan raya nanti, parti Islam itu akan menjadi saingan terbesar Umno bagi undi orang Islam.
Berikut adalah petikan temu bual itu:
S: Sebagai bekas menteri undang-undang apa pandangan anda mengenai RUU355?
A: Saya sentiasa berkata perkara itu lebih berkaitan dengan PAS berbanding kita. Tetapi apabila mereka mahu membawa rang undang-undang ke Parlimen mereka memerlukan sokongan BN kerana sekutu mereka tidak bersetuju dengannya. Tetapi ia usul PAS.
Tetapi apabila kita bermesyuarat dalam Majlis Tertinggi BN, kami bimbang undang-undang Syariah menjalar ke dalam sistem undang-undang kita, perlahan-lahan.
Itu adalah pandangan parti komponen kami. Jadi kami membuat keputusan kerana parti komponen tidak bersetuju dengannya dan kerana tidak mahu memecahbelahkan BN, kami mengambil keputusan tidak membawanya sebagai rang undang-undang kerajaan dan menyerahkan ia semula kepada PAS.
Bagi saya, ia langkah yang betul kerana kepentingan BN mesti diutamakan. Usul Hadi itu jelas menunjukkan PAS gagal melaksanakan Islamisasi di Kelantan.
Jika mereka berjaya, penduduk Kelantan akan akur dengan undang-undang Syariah. Mengapa mereka perlu meningkatkan enam rotan kepada 100?
Jika anda menaikkannya, maka ia bermakna anda sudah gagal. Rakyat Kelantan tidak takut (undang-undang Syariah anda). Sebagai contoh rakyat Kelantan tidak takut meminum arak kerana mereka hanya akan menerima enam sebatan. Atau, sebagai contoh, mereka tidak takut terlepas solat Jumaat setiap minggu kerana mereka akan hanya menerima enam rotan.
Jika PAS perlu meningkatkan hukuman enam kepada 100 kali, ia bermakna rakyat Kelantan tidak takut. Mereka gagal memastikan rakyat Kelantan tidak terlepas solat Jumaat atau minum arak, mereka perlu meningkatkan hukuman 100 rotan.
Disebabkan rakyat Kelantan tidak takut, PAS perlu membawa RUU355. Ini masalah PAS, bukan kita.
S: Tetapi ada di antara rakan Umno mahu kerajaan membawa rang undang-undang ini?
A: Sesetengah pihak dalam Umno tidak faham. Mereka tidak memahami dan berasa perlu melakukannya atas nama menegakkan Islam, tanpa benar-benar memahami (isu ini).
Sejak 40 tahun lalu (sejak Akta Syariah 1965 dilaksanakan) kita membenarkan Mahkamah Syariah menghukum dengan enam rotan dan kita tidak rasa ia bertentangan dengan Islam. Justeru, mengapa sekarang apabila kita tidak menyokong RUU355, kita membelakangkan Islam?
Ada kalangan orang Umno berasa kalau tidak menyokongnya, ia salah dari segi Islam. Saya rasa ia tidak salah. Selama 52 tahun kita tidak berasa salah menghukum pesalah dengan enam rotan, mengapa sekarang pula kita berasa bersalah?
Islam adalah selama-lamanya, bukan untuk masa tertentu sahaja. Ada yang mengatakan ini kehendak agama, jadi kita perlu sokong. Pada saya, ini bukan kehendak agama, ini kehendak politik PAS. Ini yang pertama.
Kedua, ada di kalangan Umno berasa kita perlu bekerjasama dengan PAS.
Saya tidak bersetuju kerana PAS adalah parti politik bukannya pertubuhan Islam. Saya ingin bertanya kepada ahli Umno yang ingin bekerjasama dengan PAS, pada pilihan raya nanti bagaimana kita hendak duduk berbincang dengan PAS mengenai kerusi? Adakah kita akan menyerahkan Kelantan atau Terengganu kepada PAS? Ini politik.
Apa kerjasama yang anda maksudkan? Apakah semasa pilihan raya nanti mereka tidak akan bertanding melawan kita? Tidak mungkin.
Masalahnya ialah, kita akan berhadapan PAS di kerusi yang ditandingi kerana sasaran kita adalah sama, Melayu Islam.
Jika kita mahu bekerjasama, kita perlu mengagihkan kerusi. Saya minta maaf, tetapi saya tidak dapat menerimanya. Ini kerana sukar untuk saya meyakinkan ahli Umno di peringkat bawah.
Kehidupan seharian mereka tidak bertegur sapa dengan ahli PAS, dimaki hamun. Tiba-tiba pemimpin di atas berjabat tangan dan memberitahu rakyat di bawah untuk melakukan perkara yang sama?
Ia sukar. Selama bertahun-tahun, PAS memanggil kita kafir hinggakan masjid dan imam perlu berbeza. Sekarang anda mahu berjabat tangan dan menjadi kawan? Ia bukan mudah. Tidak mungkin.
Bagi saya, tidak ada bentuk kerjasama kerana PAS parti politik PAS sendiri mempunyai masalah dengan serpihannya, Amanah. PAS bukan pertubuhan yang dipimpin Nabi Muhammad.
S: Kita lihat dalam dua tahun lepas lebih ramai pemimpin Umno mahu bekerjasama dengan PAS, termasuk presiden dan timbalannya. Pada perhimpunan Umno 2016, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada rakan dalam PAS kerana menyokong bajet kerajaan.
A: Itu satu kenyataan politik. Bolehkah anda mengambil kenyataan politik secara serius?
S: Adakah anda tidak bersetuju ketika itu dengan presiden dan orang lain dalam parti?
A: Ia adalah satu kenyataan politik. Bagi saya ia adalah satu kenyataan politik. Tetapi saya tidak bersetuju dengan kerjasama dengan PAS. Kami akan tetap berasingan.
Jika bekerjasama bermaksud kita akan berpecah, tidak perlulah.
Saya lebih menghargai kerjasama dan sumbangan rakan komponen kami. Saya tidak pernah anggap PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Jika kita mengakuinya, bagaimana pula dengan kita? Bagaimana pula dengan Umno? Adakah kita akan mengakui Umno tidak (berjuang untuk Islam)?
S: Adakah mengekalkan sokongan daripada parti komponen BN punca mengapa kerajaan menolak mengambil rang undang-undang itu?
A: Kita menghargai sumbangan parti komponen seperti MCA, MIC, parti Kadazan dan Dayak. Mereka meletakkan harapan menggunung kepada Umno untuk menjaga golongan minoriti.
Itu lebih penting bagi saya daripada PAS yang selama ini melawan kita. Rakan bukan Islam kami tidak pernah mengkafirkan kita. Siapa mengkafirkan kita?
BOlehkah kita lupakan? Saya tidak boleh lupa. Orang yang sama kini menjadi presiden PAS.
Musang tidak boleh bertukar menjadi ayam dalam sekelip mata. Saya seorang ahli politik yang praktikal. Saya tidak takut jika mereka mengatakan saya akan terima hukuman kerana tidak menyokong RUU355.
Saya berkata, sejak bilakah mereka menjadi Tuhan? Adakah anda hendak mengambil alih tugas Tuhan?
S: Adakah terdapat kebimbangan dalam BN, terutamanya apabila parti Sabah dan Sarawak berkata, jika Umno membawa rang undang-undang itu, mereka akan meninggalkan gabungan?
A: Sudah tentu. Mereka lebih penting. Perpaduan rakyat Malaysia lebih penting kepada saya daripada menyenangkan PAS, yang sentiasa menjadi musuh politik kita.
Apakah anda bermaksud mengatakan selepas bertahun-tahun menyokong kami (daripada sekutu BN) anda boleh meninggalkan mereka begitu sahaja kerana (PAS)?
Ingat pada 1974, PAS juga dalam gabungan kami dan ia adalah kegagalan. Apa yang membuatkan anda fikir ia akan berjaya sekarang? Kita perlu belajar daripada sejarah.
S: Anda antara segelintir orang Umno yang tidak bersetuju bekerjasama dengan PAS, tetapi ramai ahli Umno yang lain bersetuju berbuat demikian.
A: Adakah anda fikir saya peduli? Saya tidak peduli. Sama seperti terdapat ramai ahli Umno yang tidak menyokong saya dalam perbahasan ini (dengan Dr Mahathir Mohamad). Saya tidak peduli.
Sejak bila saya peduli? Saya masih di sini, gagah seperti dahulu. Saya sedang melakukan perkara yang betul. Bukan untuk saya tetapi untuk rakyat Malaysia yang dikasihi.
Sunday, April 2, 2017
PADAN MUKA HADI AWANG
KASIHAN Pas, terkena lagi dengan Umno dalam kes RUU355.
TETAPI, sebagai ahli Umno, PUJIAN untuk Najib Razak kerana akhirnya PAS diajar cukup-cukup oleh Umno yang diketuai Najib.
Berkurun kita dicaci, dimaki dan dikafirkan oleh Hadi Awang dan Pas. Akhirnya DENDAM kita terbalas.
Terima kasih PM.
Akhirnya kita pekena Pas. Kita malukan Pas. Akhirnya Pas termakan umpan kita.
Hadi percaya kita akan BENTANG RUU355. Hadi percaya kita sanggup buang MIC/MCA dan berkawan dengan mereka, sekutu yang mengkafirkan kita.
Akhirnya, Pas tersungkur. Kita tarik diri dari bentang RUU355.
Padan muka Hadi. Sekarang Hadi tahu, siapa pandai berpolitik.
Dalam sejarah Pas, Hadi akan dikenang sebagai Presiden Pas berpolitik tahap kampung. Hadi akan dikenang bagaimana Pas dikenakan oleh Umno.
Hadi lupa sejarah. Lupa bagaimana Kelantan jatuh ke tangan BN dalam tahun-tahun 70an.
Bagaimana Allahyarham Asri Muda dan Mohamed Nasir di"buai" oleh Umno dan akhirnya Kelantan jatuh ke tangan BN.
Puashati kita, sebagai ahli Umno yang pernah dikafirkan oleh Hadi.
Sekarang, rasalah. Presiden kami lebih 'bijak" berpolitik dari Presiden Pas.
Hadi boleh cakap apa pun sekarang ini.
Hanya satu yang kita nak ucapkan.
PADAN MUKA HADI.