Wednesday, August 31, 2016

KHAZANAH: PENDAPATAN RAKYAT MENINGKAT. UMNO MENANG BESAR

Image result for penoreh getah+kelapa sawit

MERDEKA!

Tanpa kita sedari, Hari Kemerdekaan kali ini cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan petani, nelayan dan peneroka.

Tanpa kita sedari, pendapatan makcik-makcik dan pakcik-pakcik petani, nelayan dan peneroka serta semua rakyat Malaysia rupa-rupanya MENINGKAT kepada RM6,141 sebulan secara puratanya.

Ini menurut kajian yang dibuat oleh Khazanah Nasional.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/monthly-household-income-up-to-rm6000-khazanah-report-says

Alhamdullilah, kini golongan bawahan sudah dapat merasa impak ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Kita pasti, di hari kemerdekaan ini, peneroka, pekebun kecil, penjaja, nelayan, parking attenden meraikan hari kemerdekaan ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Laporan Khazanah ini satu berita baik buat Umno dan Ketua-Ketua Bahagian.

Bila rakyat gembira, pendapatan tinggi, mudah bagi Umno meraih undi dan ketua-ketua bahagian pun mudah untuk mengekalkan jawatan.

Kita yakin petani dan nelayan di Kedah akan menyokong kuat Umno di dalam PRU-14 nanti dan kita juga yakin Kelantan akan dirampas semula dari rakan kita, Pas.

Tidak perlu kita bimbang akan peneroka-peneroka Felda. Merekalah yang paling gembira.

Monday, August 29, 2016

MO1 JADI BAHAN JENAKA

Image result for tangkap MO1

DUA insiden penting hujung minggu lepas.

PERTAMA: Malaysia Officer 1 menjadi bahan Sabtu lepas.

KEDUA: 2016 menjadi tahun Najib Razak tunjuk berani.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tun-mahathir-seorang-kaki-gaduh-pm-najib-115254

Wednesday, August 24, 2016

AGENDA MENTERI PENDIDIKAN: PERANGI JAMBAN KOTOR

Mahdzir-Khalid_tandas-sekolah_600

“Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga… tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara) sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas)." - Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid.  http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/23/kebersihan-tandas-sekolah-jadi-agenda-nasional/

Jelapang pernah diutarakan satu soalan. "Menteri Pendidikan yang ada ini setakat jaga jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah, jerubu dan isteri siapa jauh dari suami saja ke? Bukan kah tanggungjawab Menteri Pendidikan menaikkan taraf kualiti pendidikan negara? Bukan kah kerja-kerja jaga jamban bersih ini kerja pengarah pendidikan dan pengetua sekolah?"

Ketika Mahdzir semalam bercakap mengenai agenda beliau membersihkan jamban, di Australia, Kementerian Pendidikannya bercakap mengenai pencapaian akademik pelajar tahun 9.

Di Britain, Kementerian Pendidikannya sedang melihat bagaimana untuk mengatasi jurang kualiti pendidikan antara golongan kaya dan golongan kurang berkemampuan kerana kajian menunjukkan kemampuan pelajar keluarga luar kemampuan hanya 1/8 dari kebolehan pelajar kaya.

Tetapi kalau di Malaysia, Mahdzir memilih hendak mengambil tahu jamban sekolah bersih atau tidak, itu pilihan dia.

Di Malaysia, perangai Menteri, apabila seseorang mengambil alih, dasar lalu di bakul sampahkan.

Semasa Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan ada juga terdengar mengenai dasar ICT dan sebagainya.

Setakat ini kita hanya dengar cerita jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah dan jerubu.

Terkenang Jelapang kepada kehebatan Menteri-Menteri Pendidikan yang lalu.


1. Tun Razak
2. Khir Johari
3. Rahman Talib
4. Hussein Onn
5. Mahathir Mohamad
6. Musa Hitam
7. Sulaiman Daud
8. Anwar Ibrahim
9. Musa Mohamad

Rasanya Mahdzir serba maklum akan legasi mereka.

Monday, August 22, 2016

MARILAH KITA SELAMATKAN BUNG MOKHTAR & ZIZIE IZZETE


Embedded

RISAU benar kita dengan perkembangan terbaru melibatkan Pengerusi Felcra dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Ketika sedang beristirihat dengan isteri tercinta, aktres Zizie Izzete di Switzerland dan London, riuh kononnya Bung Mokhtar terlibat dengan pembelian saham amanah dan melibatkan penerimaan komisen berjumlah jutaan ringgit.

Bung Mokhtar adalah Ketua Bahagian dan juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sudah menjadi LUMRAH di dalam Umno, Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno WAJIB dipertahankan.

Kita berdoa agar Peguam Negara ambil berat mengenai kedudukan Bung Mokhtar di dalam Umno.

Tolong jangan DAKWA beliau. Kita perlu pertahankan Bung dan isteri beliau Zizie dari didakwa.

Jika sukar melakukannya, mintalah bantuan Ketua Bahagian Sungai Besar Jamal Ikan Bakar baju merah.

Jamal boleh membantu dengan mendesak Bung tidak didakwa.

Kasihan betul kita pada Bung. Tiba-tiba macam kita dengar.

Hendak sewa jet peribadilah untuk terbang ke sana sini. Naik kapalterbang duduk first classlah pakai duit Felcra.

Cerita team bola Felcra pun hebat juga. Begitu juga cerita MC.

Jelapang anggap semua ini FITNAH.

Jelapang menyokong setiap usaha mempertahankan Bung.



Kepada mereka yang tidak ingat apa itu Felcra, baca nota di bawah:


FELCRA

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.


Visi & Misi

Visi Korporat


Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang berjaya.

Misi Korporat

Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.

Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.

Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.


Friday, August 19, 2016

PENGERUSI AGENSI KERAJAAN BERISTERI CANTIK DISIASAT SPRM?


DI atas adalah petikan dari FB Saudara Zaharin Yasin aka Sang Kelembai.

INTIPATINYA:

1. Orang besar mempertahankan salah laku penyokongnya.

2. Yang didakwa salah laku adalah seorang Pengerusi sebuah AGENSI  kerajaan dan mempunyai seorang ISTERI CANTIK.

3. Didakwa membahagi dua komisen RM7 juta hasil pembelian saham amanah oleh agensi yang ditadbir oleh Pengerusi beristeri cantik.

4. SPRM selesai siasatan.

5. Kertas siasatan kini ada pada Pejabat Peguam Negara.

6. PEJABAT Peguam Negara TAHAN KES?

7. Ini cerita betul.

8. Agensi kerajaan ini berperanan menjaga orang MISKIN

Tuesday, August 16, 2016

TAKUTILAH WAHAI KAKITANGAN KERAJAAN. DZULKIFLI BERJIHAD MENGHAPUSKAN RASUAH

Image result for dzulkifli sprm

SEKALUNG tahniah kita ucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad, dan Pengarah Siasatan SPRM Azam Baki.

Edisi Johor

Semalam 3 "jerung" ditangkap oleh Dzulkifli dan Azam. 

Inilah yang dikatakan JIHAD - jihad memerangi rasuah.

Dua dari jerung ini adalah pegawai kanan kerajaan dan seorang lagi pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad.

Dzulkifli hanya perlu memegang jawatan 15 hari saja untuk memberkas 3 PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA ini.

Amat jelas bahawa selama ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohammed serta beberapa pegawai kanan SPRM memerap fail ketiga-tiga mereka ini dan mungkin berpuluh lagi fail siasatan ke atas pegawai kanan kerajaan.

Masuk saja Dzulkifli ke SPRM, dalam masa 15 hari sudah diberkas mereka ini.

Timbul persoalan apa yang Abu Kassim buat di SPRM selama ini?

Maruah bangsa dan negara perlu dijaga. Indeks rasuah perlu dibetulkan. Padan lah selama ini ranking Malaysia dalam memerangi rasuah jatuh. Rupa-rupanya banyak fail terperap semasa Abu Kassim.

Marilah sama-sama kita menyokong usaha MURNI Dzulkifli ini. Inilah JIHAD yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Kita yakin Dzulkifli akan memberkas ramai pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam masa terdekat ini.

Inilah pertama kali kita melihat SPRM benar-benar mahu memerangi rasuah.

Perlantikan Dzulkifli nampaknya keputusan yang paling tepat dan kita amat yakin SPRM tidak lagi dikenali sebagai agensi membela jerung dan menganiaya ikan bilis.

TAHNIAH DATO' DZUL. 

Kami bangga dengan apa yang Dato' lakukan tak sampai sebulan memegang jawatan tertinggi SPRM.

Kepada kakitangan kerajaan, sokonglah usaha murni Dato' Dzul untuk membersihkan perkhidmatan awam.

Dengan kerjasama tuan-tuan, perkhidmatan awam akan menjadi perkhidmatan paling dihormati di negara ini dan marilah kita sama-sama memerangi rasuah.

TERIMA KASIH DATO' DZUL 


Monday, August 15, 2016

SPRM: KES TEKUN, FELDA, YAPEIM MACAM MANA?



RIUH hari ini mengenai tangkapan 3 pegawai kerajaan oleh SPRM termasuk seorang pegawai kanan Jabatan Kerja Raya yang didakwa menyembunyikan RM400,000 di dalam siling rumah.

Tahniah kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Kita mengalu-alukan tindakan beliau untuk memBERSIHkan agensi kerajaan dari rasuah.

Elok juga Ketua Pesuruhjaya dengar-dengar komen orang bawahan mengenai SPRM.

Ada yang mengatakan kenapa SPRM tidak mulakan penyucian kerajaan dengan memBERSIHkan orang paling atas?

Ada juga yang bertanyakan apa hasil siasatan ke atas YAPEIM dan Tekun yang melibatkan pegawai politik Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.

Ada juga bertanyakan SPRM tak siasat ke FELDA, FELCRA. Katanya di sana pun ada macam-macam.

Dulu katanya anak Pengerusi Felda Isa Samad pun disiasat kes pembelian hotel. Apa jadi dengan kes itu?

Image result for riza aziz

Dan soalan yang ditanya hari-hari ialah bila SPRM hendak teliti saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Tidak mungkin Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak berminat hendak ambil tahu dari mana datangnya duit yang digunakan untuk berjudi di Amerika Syarikat.

Jabatan Keadilan berkata ianya duit 1MDB. 

Sunday, August 14, 2016

MALANGNYA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Image result for tengku razaleigh kelantan

MALANG nasib Tengku Razaleigh Hamzah.

Hasrat untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian.

Hasrat mahu diberi kedudukan oleh Najib Razak juga tidak kesampaian.

Terkini hasrat mahu melihat Najib Razak hadir meRASMIkan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang, nampaknya, terkubur.

Malang betul Tengku Razaleigh.

Jelapang singgah di Gua Musang petang tadi dan dimaklumkan bahawa Najib membuat keputusan untuk tidak menerima jemputan Tengku Razaleigh.

Itu kata orang Gua Musang. Betul atau tidak, walahuallam.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Najib menolak lamaran Tengku Razaliegh.

Tetapi yang paling popular ialah Najib kecewa dengan Tengku Razaleigh kerana mendesak supaya Kerajaan mendedahkan siapa "Malaysia Officer 1" yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini.

  

Najib juga kecewa Tengku Razaleigh juga masih mendesak Najib memenuhi JANJI beliau mahu laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara didedahkan kepada umum.

Apakah ini balasan Najib kepada Tengku Razaleigh yang selama ini menyokong dan mempertahankan beliau? 

Tengku Razaleigh sanggup mengorbankan maruah beliau dengan melangkah ke pejabat Najib semata-mata untuk menandatangani deklarasi Kelantan pada Mac tahun ini.

Lagipun desakan Tengku Razaleigh supaya laporan PAC didedahkan bukan perkara baru.

Laporan PAC tidak pernah pun selama ini dijadikan dokumen rahsia. Hanya kali ini apabila siasatan audit dibuat ke atas 1MDB di mana Najib dikaitkan, laporan audit ini dirahsiakan.




Kita ingin menyarankan kepada Tengku Razaleigh agar menonton video Ahli Parlimen Raub ini.

Lihat apa pandangan seorang Ahli Parlimen terhadap Tengku Razaliegh.

Kata Ahli Parlimen ini, beliau tidak tahu apa Tengku Razaleigh hendak. 


Saturday, August 13, 2016

FELDA TAK ADA DUIT?

Image result for felda

FELDA tidak ada DUIT?

Hari ini Jelapang berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan di satu bahagian di kawasan Felda.

Dua topik menjadi perbualan ramai - NAJIB RAZAK dan segala perbuatannya dan "Felda tak ada duit.

Di kalangan orang Melayu, apabila kita bercakap mengenai syarikat orang Melayu, kita akan bercakap mengenai PNB (Permodalan Nasional Berhad/ASB) dan Felda.

Malangnya tadi di mesyuarat agung tersebut, peneroka Felda mengeluh mengenai Najib dan Felda ketandusan wang.

Macam-macam cerita keluar - Felda tak bayar duit itu, Felda tak bayar duit ini.

Kesimpulannya kata mereka, Felda tak ada duit.

Harga saham tak naik-naik. Dekat-dekat nak raya, kata mereka, "Najib bodek kami dengan dividen"

Ada yang berkata mustahil Felda tak ada duit, sebab selama ini pemimpin sentiasa menyakinkan peneroka bahawa walaupun aliran tunai menjunam, jumlah aset bertambah.

Jelapang teringat satu kenyataan dari Felda mengenai pembelian sebuah hotel di London.

Katanya semasa pembelian hotel tersebut Felda telah untung. Agak-agak berapa nilai hotel ini sekarang ini dengan keadaan nilai pound yang telah jatuh?

Jika benar Felda untung, kenapa peneroka mengeluh "Felda tak ada duit, tak bayar itu dan tak bayar ini."

Mungkin Najib tahu sebabnya.

Wednesday, August 10, 2016

BERSATU

Image result for muhyiddin+bersatu

MAKA sebuah lagi, parti Melayu dan serpihan Umno, diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin didaftarkan dengan ROS semalam.

Jika diambil kira jaminan Ahmad Zahid Hamidi, tiada masalah untuk ROS meluluskan pendaftaran parti baru yang dinamakan - BERSATU.

Hari ini Zahid berkata BERSATU tidak akan kekal lama.

Ramai pemimpin-pemimpin Umno menolak kehadiran parti itu sebagai satu cabaran kepada Umno kecuali Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang meminta agar ahli-ahli Umno tidak memperkecilkan BERSATU.

Dalam sejarah politik, jika parti itu terbit dari perpecahan di dalam Pas, parti serpihan tersebut sukar memberi kesan kepada parti induk iaitu Pas.

BERJASA ditubuhkan oleh Dato' Mohamed Nasir pada 1977 atas sokongan Umno untuk menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan selepas memerintah selama 17 tahun, mati begitu saja.

Begitu juga dengan Hamim yang ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas Asri Muda, juga berkubur.

Tetapi lain kesannya jika parti serpihan tersebut dari Umno.

Semangat 46 ditubuhkan oleh Tengku Razaliegh Hamzah pada 1989 selepas pertelingkahan dengan Mahathir telah menghancurkan Umno di Kelantan.

Semasa pilihanraya umum pada 1990, Umno KALAH teruk di Kelantan. Tiada satu pun kerusi negeri dimenangi oleh Umno di Kelantan walaupun Semangat 46 gagal di peringkat persekutuan.

1999, Anwar Ibrahim menubuhkan Keadilan, juga serpihan Umno. Akibatnya, Umno kalah di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

BERSATU bukan cabaran untuk UMNO?

Jika BERSATU memenuhi citarasa dan aspirasi orang Melayu, ia mungkin memberi kejutan besar kepada Umno.

Pimpinan BERSATU hanya perlu menyakinkan rakyat bahawa ia bukan Umno.

Pemimpinnya tidak rasuah dan bersungguh-sungguh membanteras rasuah.

Pemimpinnya bersedia mengisytiharkan harta mereka kepada rakyat setiap masa.

Menghadkan tempoh memegang jawatan tidak lebih dua penggal terutamanya untuk jawatan Perdana Menteri.

Tidak mengamalkan sistem Umno yang memberikan Ketua Bahagian kuasa mutlak menentukan kepimpinan negara.

Menumpukan usaha membangunkan rakyat dan negara, dan tidak menumpukan kepada memperkayakan ahli keluarga dan sanak saudara.

Satu undang-undang untuk semua tanpa mengira pangkat dan darjat.

Jika ini dilakukan oleh BERSATU, Umno perlu bimbang akan masa depannya.

Tidak mungkin rakyat akan terus menerima rasuah sebagai budaya pentadbiran sesebuah negara.

Mungkin kesabaran pengundi sudah sampai ke penghujungnya.

Thursday, August 4, 2016

KETUA BAHAGIAN MAHU JHO LOW DITANGKAP & DIDAKWA?



UMNO kena TIPU?

Itulah pandangan pemimpin-pemimpin Umno, menurut seorang rakan yang sentiasa berdamping dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Saya bertanya, kena tipu dengan siapa?

JHO LOW, kata beliau.

Menurut rakan ini, ketua-ketua bahagian Umno sudah mencapai kata sepakat - TANGKAP JHO LOW.

Kata rakan ini, Ketua-Ketua Bahagian berpendapat Jho Low sudah tipu Umno, songlap duit negara. 

Mereka berpendapat Jho Low turut menipu Najib Razak.

Maka keputusan Ketua-Ketua Bahagian ialah JHO LOW mesti diTANGKAP dan diDAKWA.

Katanya, ketua-ketua bahagian sekarang ini sedang mengatur langkah mahu meminta Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan.

Jelapang alu-alukan hasrat Ketua-Ketua Bahagian ini.

Kita berharap mereka nyatakan pendirian ini kepada Najib.

Ramai mahu Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan. 

Kita sudah terlalu lama menanti Jho Low ditahan tetapi katanya ada pihak yang tidak mahu beliau ditangkap.

Malah di dalam laporan PAC pun nama Jho Low tidak disebutkan.

Sebelum ini bekas Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed begitu ghairah untuk memanggil Jho Low mengadap ahli PAC. Belum sempat Jho Low dipanggil, Nur Jazlan tinggalkan PAC dengan rela hati untuk memegang jawatan Timbalan Menteri.

Kalau benar cerita rakan kita ini, kita sokong Jho Low ditahan dan didakwa. 


Monday, August 1, 2016

HUSNI: JANGAN BAWA POLITIK FEUDAL &PATRONAGE

Image result for husni hanadzlah

“Jangan kita bawa politik feudal dan patronage sebaliknya biar kita bawa elemen good governance dan integriti dalam soal kita memimpin negara. Dua faktor ini beri kesan baik kepada rakyat dan negara.” - Bekas Menteri Kewangan II Husni Hanadzlah.


ANIFAH AMAN: PASPOT DIPLOMATIK TIDAK KEBAL


Ini yang disiarkan oleh blogger Zaharin malam tadi. 

Kata beliau Menteri Luar Anifah Aman membuat panggilan kepada beliau dan menafikan paspot diplomatik memberi kekebalan kepada seseorang kecuali seseorang itu Perdana Menteri atau Ketua Negara.