Tuesday, November 29, 2016
BILA HENDAK TANGKAP JHO LOW?
HARI ini akhbar arus perdana menyiarkan bermuka-muka surat temuramah bersama Najib Razak sempena perhimpunan agung Umno yang bermula hari ini.
Semua akhbar kita baca. Sedihnya soalan yang rakyat mahukan jawapan tidak ditanya oleh pengarang-pengarang dan wartawan akhbar yang menemuramah Perdana Menteri.
Padanlah ramai yang memandang rendah kepada pemberita sekarang ini.
Rasanya rakyat seperti kita yang tidak memahami bidang kewartawanan lebih sensitif kepada suasana politik dari wartawan yang bergaji.
Kalaulah kita wartawan, kita akan tanya Najib:
1. Jika benarlah beliau bersungguh mahukan skandal 1MDB disiasat dan beliaulah yang mencadangkan PAC menyiasat 1MDB, kenapa LAPORAN PAC diRAHSIAkan?
2. Tidak mungkin wartawan tidak terbaca perjalanan prosiding mahkamah di Singapura yang melibatkan pegawai-pegawai bank yang terbabit dengan transaksi 1MDB?
Baca tulisan PUTERA MERDEKA di pautan berikut: http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/11/1mdb-singapore-kebas-rm74-juta-dalam-15.html
HEBOH di Singapura mengenai penglibatan Jho Low dan adakah wartawan di Kuala Lumpur tidak berminat bertanyakan kepada Najib "BILA NAK TANGKAP JHO LOW?"
http://www.wsj.com/articles/singapore-police-say-malaysian-financier-jho-low-key-person-of-interest-in-1mdb-probe-1478765431
Pegawai bank di Singapura pakai baju Jho Low dan tidur di rumah Jho Low. Tak minat nak bertanya kah?
http://www.malaysiakini.com/news/363146
Pegawai bank BSI dan Jho Low ke Amerika Syarikat untuk menonton pertanding tinju dan berselfie dengan Mike Tyson, tak minat kah Najib untuk menjawab soalan ini?
Tak terlambat untuk mengajukan soalan-soalan ini kepada Najib semasa perhimpunan agung ini.
Jika wartawan tak berminat, mungkin ada perwakilan yang memberanikan diri untuk bertanya.
Friday, November 25, 2016
ADAKAH ANAK AHLI PARLIMEN PASIR SALAK AKAN DIHUKUM?
DUA insiden berlainan selang beberapa hari.
Insiden 1, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad diserang oleh segerombolan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman termasuk anak beliau Firdaus berikutan pertelagahan di DALAM sidang Parlimen.
Insiden 2, melibatkan sepasang suami isteri yang menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan tugas.
Hari ini 10 yang menyerang Khalid Samad sudah ditangkap.
Begitu juga pasangan suami isteri yang mengaku salah dan masing-masing dipenjarakan selama 14 hari serta didenda RM3,000.
Pasangan suami isteri tersebut telah dihukum. Kini kita menunggu samada anak Tajuddin dan penyokong beliau akan dihukum atau dibebaskan.
Kita tunggu samada ada keadilan di dalam melaksanakan undang-undang atau ada pihak yang dilindungi.
Monday, November 21, 2016
INI LAH AKHLAK TIMBALAN MENTERI YANG DILANTIK OLEH NAJIB RAZAK
Inikah adab seorang pemimpin Umno?
Memalukan.
Sunday, November 20, 2016
RAKYAT BOSAN DENGAN BERSIH. MASA TERBAIK NAJIB BUAT PRU
KATA Najib Razak, rakyat dah BOSAN dengan Bersih.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/20/rakyat-bosan-bersih/
Kata Salleh Said Keruak, hanya 15,500 peserta Bersih mengambil bahagian kali ini BERBANDING 500,000 tahun lepas.
Alhamdullilah. Boleh lah Umno merasa LEGA. Rakyat sudah menolak Bersih dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebenarnya tidak perlu pun TANGKAP pemimpin Bersih seperti Maria Chin Abdullah kerana mereka bukan ada pengikut dan rakyat dah bosan dengan mereka seperti kata Najib dan Salleh.
Seperti kata Stesen TV milik Umno, TV3, sambutan kepada Bersih5 HAMBAR.
Kepada semua ahli-ahli dan pemimpin Umno. Jangan GUSAR.
Dengar lah cakap Najib dan Salleh. Isu duit dalam akaun Najib sebanyak RM2.6 bilion dan anak tiri beliau yang menggunakan duit yang didakwa dari 1MDB untuk berjudi di casino Amerika Syarikat bukan lagi isu bagi rakyat.
Kita yakin jika pilihanraya Umno dibuat hari ini, Umno akan menang besar.
Semuga terbuka hati Najib memanggil PRU dalam masa terdekat ini.
Monday, November 14, 2016
RAKYAT TAK SOKONG BERSIH
RAMAI rakan-rakan yang menonton video ini memberi komen - MALU MELAYU.
Bagi saya, tak ada apa hendak kita malukan.
Apa yang Melayu tak buat hari ini. Yang ambil rasuah orang kita. Yang main judi di kasino di Amerika Syarikat bangsa kita.
Yang memimpin pun Melayu kita. Duit 1MDB hilang pun KERANA orang kita - MELAYU. Yang dapat derma pun Melayu kita.
Dah tak ada apa nak dimalukan.
Jamal ikan tongkol adalah pemimpin Melayu di Sungai Besar. Kita terima saja lah.
Cuma sedikit nasihat.
Tak payahlah tumbuk Jamal sampai berdarah muka.
Bersih 19 November ini pun bukan ramai pun nak berdemontrasi.
Pas dah sokong Umno, sokong baju merah.
Paling ramai Bersih berdemo pun nanti takat 5,000 orang - itu pun penyokong pembangkang.
Jadi tak payah lah sampai nak bertumpah darah.
Bawa bersabar. Tak ada pun orang sokong Bersih. Yang sokong Jamal dan Baju Merah memang ramai.
Kata Jamal 300,000 Baju Merah akan turun penuhi Kuala Lumpur 19 Nov ini.
Pastikan setiap mereka dapat sehelai baju merah dan duit makan. RM50 pun OK. Lagi baik kalau RM100. Barang mahal sekarang ini - petrol mahal, minyak masak mahal.
Janganlah dibiarkan mereka kehausan dan kelaparan semasa berdemo nanti.
Kita buktikan kepada Bersih bahawa kita ramai penyokong.
Saturday, November 12, 2016
JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, AWAK AKAN MASUK PENJARA
JANGAN SILAP.
Ini bukan di Malaysia.
Di Amerika Syarikat baru-baru ini, Donald Trump berjanji akan siasat Hillary Clinton berikutan isu E-MAIL dan akan memenjarakan beliau jika didapati bersalah.
Akan berlaku di Malaysia? Wallahuallam.
Thursday, November 10, 2016
BILA NAJIB KENA BALUN DI PARLIMEN, HANYA AZEEZ BANGUN MELAWAN. YANG LAIN TERSENYUM SIMPUL
AGAK terhibur melihat gelagat Parlimen Malaysia minggu lepas apabila pengganti Ahmad Husni Hanadzlah, Johari Ghani membuat ucapan pergulunggan sulung beliau sebagai Menteri Kewangan II - kata orang puteh, maiden speech. (Lihat video atas).
Kita tak nak cakap mengenai Johari dibelasah pembangkang semasa cuba mempertahankan bos beliau Najib Razak.
Walaupun nampak agak memalukan, Johari kenalah pertahankan bos beliau kerana itulah cara Najib mentadbir.
Bila ada isu mengenai beliau dan anak beranak, Najib akan membisu dan membiarkan MK II bagaikan cacing kepanasan.
Apabila Johari didesak menjawab mengenai duit yang melibatkan Najib, yang bangun mempertahankan Najib hanya SEORANG - Azeez Rahim, Ketua Bahagian Baling.
Ramai geli hati melihat cara Azeez mempertahankan Najib. Bukan mempertahankan dengan fakta, Azeez gunakan cara "pasar malam" pertahankan Najib.
Maklumlah, cara pasar malam saja yang ada untuk mempertahankan Najib dalam isu 1MDB.
Bila ditonton video tersebut ternampak kelibat Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baru Aziz Sheikh Fadzir dan Ahli Parlimen Setiawangsa Ahmad Fauzi Zahari.
Jelapang yakin ramai lagi Ketua Bahagian Umno yang juga Ahli Parlimen juga turut hadir untuk melihat Johari mempertahankan Najib.
Yang menghairankan, HANYA Azeez dan Johari yang mempertahankan Najib.
Aziz Kulim hanya menjadi PENONTON. Fauzi Setiawangsa juga memBISU.
Bagi Jelapang dari ramai-ramai Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen, yang menyokong Najib dalam isu 1MDB ini hanya Azeez. Johari hanya menjalankan TUGAS sebagi MK II.
Azeez memang WAJIB pertahan Najib. Maklumlah sebut saja projek mana saja di Malaya ini, semua menjadi HAK Azeez.
Ada orang kata Azeez paling kuat makan dedak, tapi Jelapang tak minat nak menggunakan perkataan DEDAK. Itulah hakikatnya.
Terbukti semasa Johari menjawab isu 1MDB - hanya Azeez yang bangun mempertahankan Najib dengan cara TERJERIT TERLOLONG. Ahli Parlimen Umno lain hanya tersenyum simpul menjadi PENONTON.
Mereka tidak berminat hendak mempertahankan Najib kerana mereka tahu siapa yang berSALAH dalam isu 1MDB ini.
Kesimpulannya, hanya SATU Ketua Bahagian - Azeez - yang menyokong Najib.
Itulah realitinya.
P.S: Bila dilihat balik video di atas, ternampak kelibat Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Rompin Hassan Arifin yang cuba sembunyi muka macam penyu.
Sebenarnya dia yang lebih tahu hal 1MDB ini tetapi Hassan pun membisu, tak sayang PM.
Kalau sayang, sudah pasti dia pun akan bangun seperti Azeez mempertahankan Najib.
Wednesday, November 2, 2016
RAKYAT TAK PERLU MERAUNG HARGA MINYAK MASAK, PETROL NAIK KERANA ITU PILIHAN KITA
DI Malaysia, Ahli Parlimen tak perlu ada OTAK GELIGA untuk menjadi Menteri.
Yang penting, seorang Menteri mesti mempunyai sikap menganggap rakyat yang dijaganya ada golongan bodoh.
Berikut komen Menteri berikut:
"Air mineral lebih mahal berbanding minyak masak meskipun subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya." - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-air-mineral-lagi-mahal-daripada-minyak-masak-1.580354Di Malaysia, rakyat boleh saban hari memaki-hamun, meraung, merungut, menghina Najib Razak dan pemimpin.
Bila tiba pilihanraya, Najib juga dipilih mereka. Umno juga menjadi pilihan.
Kalau saya pemimpin, saya pun tidak peduli rakyat nak mengaum ke, menangis ke, merempat ke, tak cukup makan ke, kerana akhirnya, pilihanraya
nanti saya tetap menjadi pilihan bangsa Melayu.
Walaupun DAP hanya bertanding kurang lebih 50 dari 222 kerusi, kita tetap takut Cina DAP perintah kita. Kita tak takut China Tongsan SAPU pusaka kita.
Tak payahlah kita nak meraung harga petrol naik, minyak masak naik, tol akan naik, kerana itu pilihan kita.
Dapat BR1M pun kita sudah merasa umpama seorang jutawan.
Kita terimalah apa yang kita sedang harungi ini.
Tak perlu menangis dan meraung kerana semua ini pilihan kita.