Friday, September 30, 2016
AZEEZ & EXCO MAMAK HARAPAN NAJIB, BUKAN KETUA BAHAGIAN PENTING DIRI
SELEPAS menonton bolasepak malam ini, kita singgah di kedai cucuq udang di Taman PKNK dengan beberapa kawan-kawan Umno.
Topik malam ini bukan mengenai BERSATU. Tidak juga mengenai anak tiri Najib Razak dan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz, yang dikhabarkan akan diTANGKAP dan diDAKWA oleh Amerika Syarikat.
Ia mengenai HAJI Azeez Rahim.
Berdesing-desing telinga mendengar kawan-kawan Umno memaki hamun Haji Azeez.
Jelapang mengingatkan mereka - tidak baik memaki hamun seorang Haji. Apatah lagi hampir setiap tahun Azeez mengerjakan Haji atas nama Pengerusi Tabung Haji.
Kata mereka: "Azeez CURI PROJEK kami." Dari Perlis sampai ke Sabah, kata mereka.
Sebutlah projek apa saja. Jalan? Lebuhraya? Hospital? Sekolah? Semua Azeez SAPU, kata depa.
Ketua-Ketua Bahagian ramai yang "HOT" dengan Azeez.
Jelapang tersenyum. Setahu Jelapang, Ketua-Ketua Bahagian "hot" hangat-hangat tahi ayam kerana sebagai ketua bahagian, depa tahu "bahagian" depa.
Jelapang cakap dengan kawan-kawan Umno ini, jangan lah marahkan Azeez. Memang layak Azeez "SAPU" semua.
Azeez berjasa pada Najib. Sekarang ini keturunan mamak macam Azeez ini amat bernilai kepada Najib Razak.
Azeez lah harapan Najib untuk menang PRU-14 nanti.
Ana cakap pada kawan-kawan Umno, Ketua Bahagian depa tak ada nilai.
Apa jasa mereka. Dapat projek makan untuk diri sendiri, tidak ada hati untuk bantu Najib.
Tengok Azeez. Macam-macam dia buat untuk Najib. Sekarang Azeez dan seorang Exco Pemuda Umno, juga seorang mamak, sedang bertungkus lumus bekerja siang malam di sebuah bangunan di Kuala Lumpur untuk memastikan Najib menang PRU-14 nanti.
Ketua-ketua bahagian sekarang mana ada skil bertaraf Mamak untuk membantu Najib.
Di Malaysia, peratusan kejayaan golongan mamak dalam Umno cukup tinggi. Buktinya Mahathir Mohamad, seorang mamak.
Kepada Ketua-Ketua Bahagian lain, tak payahlah irihati apabila Azeez dapat projek dari Perlis sampai ke Sabah.
Dalam Umno yang boleh diharapkan oleh Najib ialah Azeez Mamak dan seorang mamak di dalam Pemuda Umno.
Oleh itu, nasihat saya kepada kawan-kawan, nasihatkan Ketua Bahagian mereka supaya jangan banyak komplen.
Sumbangan mereka kepada Najib hanya sebesar zarah jika dibandingkan dengan Azeez dan Exco Pemuda Mamak yang sedang bertungkus lumus bekerja untuk Najib pada masa ini,
Saturday, September 24, 2016
BERSERINYA ISTERI ZAHID, BAKAL WANITA PERTAMA MALAYSIA
BUKAN sahaja bakal Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi dapat beramah mesra dengan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat, bakal Wanita Pertama Hamidah Khamis, isteri Zahid, juga dapat berkenal mesra dan "bergesel bahu" dengan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama.
Michelle dan Kak Midah nampak sama-sama cantik dan sama-sama anggun.
Muka Kak Midah pula lincinnnnn.
Ada gaya menjadi Wanita Pertama kebanggaan Malaysia.
Thursday, September 22, 2016
BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 7 BERSAMA OBAMA
Nampaknya profil Ahmad Zahid Hamidi semakin meningkat.
Bukan mudah untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Mungkin kekerapan Zahid ke Amerikat Syarikat sejak akhir-akhir ini bakal membawa TUAH kepada beliau.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidaklah begitu bernasib baik seperti mana Zahid.
Dalam setiap perkara ada faedahnya. Dalam setiap isu ada HIKMAHnya.
Mungkin kepada Zahid, hikmah isu 1MDB telah membolehkan beliau bergambar bersama Obama.
Wallahuallam
Sunday, September 18, 2016
NAJIB TAKUT NAK KE AMERIKA SYARIKAT?
NEW YORK merupakan DESTINASI kegemaran Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Asalkan ada peluang, sampailah Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat.
Tetapi sejak akhir-akhir ini, Zahid Hamidi yang terpaksa ke Amerika. Kasihan juga kepada Timbalan Perdana Menteri.
Sudah tentu Zahid "stres" untuk hadir majlis di sana. Maklumlah kena cakap orang putih. Memang stres untuk Zahid hendak belajar menyebut beberapa perkataan Inggeris yang sukar.
Tetapi tidak mengapa. Itulah cabaran untuk menjadi Perdana Menteri. Perlahan-perlahanlah belajar.
Sibuk di alam maya membuat tekaan kenapa Najib tidak ke persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ini.
Ramai menggunakan perkataan - TAKUT.
Jelapang tidak rasa begitu. Najib mana kenal erti TAKUT.
Laporan Bernama mengenai Zahid di Amerika Syarikat di bawah.
Ahmad Zahid Hadiri Perhimpunan Agung PBB Di New York
Daripada Muin Abdul Majid NEW YORK, 17 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal menyertai Raja-raja, presiden dan perdana menteri di pentas diplomatik terbesar di dunia - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).
Beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa Bersatu dalam lawatan kerja ke bandaraya kosmopolitan ini yang mempunyai penduduk lebih 8.5 juta orang ke perhimpunan tahunan itu dari 17 hingga 25 Sept.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Timbalan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada semasa sesi Debat Umum pada 24 Sept.
Beliau juga dijadual menyertai Mesyuarat peringkat Tinggi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar pada 19 Sept di Perhimpunan Agung, dan Mesyuarat peringkat Tinggi mengenai Situasi di Syria di Majlis Keselamatan pada 21 Sept.
Satu kenyataan PBB berkata ini kali pertama Perhimpunan Agung mengadakan sidang kemuncak di peringkat ketua negara dan kerajaan mengenai pergerakan berskala besar pelarian dan migran, menyediakan peluang bersejarah untuk mengemukakan rangka tindakan bagi tindak balas antarabangsa yang lebih baik
PBB berkata para pemimpin dunia dijangka menerima pakai deklarasi politik sebagai dokumen hasil perhimpunan itu yang akan menyaksikan PBB mempunyai tambahan agensi baharu di bawahnya iaitu agensi migrasi.
Para pemimpin PBB dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dijangka memeterai perjanjian untuk secara rasmi menjadikan IOM sebagai sebuah agensi berkaitan di bawah sistem PBB.
IOM, sebuah pertubuhan antara kerajaan yang mempunyai lebih 9,500 kakitangan dan 450 pejabat di seluruh dunia, telah membantu kira-kira 20 juta migran pada 2015.
Semasa lawatan kerja ke New York, Ahmad Zahid akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan para pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri.
Beliau dijadual tiba pada Sabtu malam di New York yang waktunya 12 jam lewat daripada Malaysia.
Kenyataan itu berkata tema sesi Debat Umum tahun ini ialah "Matlamat Pembangunan Mampan: Usaha Global Untuk Mentransformasi Dunia".
"Malaysia akan bekerjasama dengan anggota-anggota PBB yang lain untuk menyokong usaha-usaha ke arah mencapai matlamat di bawah tema ini.
"Malaysia juga akan terus menyokong peranan utama PBB sebagai landasan pelbagai hala yang paling konstruktif ke arah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa," kata Kementerian Luar.
Ahmad Zahid dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di sela-sela UNGA ke-71 untuk membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama.
Sementara itru, Anifah pula dijadual menghadiri Mesyuarat peringkat Menteri Pasukan Penyiasat Bersama bagi MH17 pada 20 Sept dan Mesyuarat peringkat Menteri Kumpulan Rakan Pakatan Ketamadunan PBB (UNAOC) pada 23 Sept.
Anifah dijadualkan menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Komanwel (CFAMM) dan acara-acara lain yang diadakan di sela-sela UNGA ke-71.
Beliau juga dijangka mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya bagi membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama.
Kawalan keselamatan diperketatkan semasa para pemimpin dunia berkumpul di bandaraya ini dengan anggota keselamatan menjalankan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan seperti Times Square dan kawasan sekitar ibu pejabat PBB di New York.
Penutupan jalan semasa perhimpunan PBB telah diumumkan sebelumnya dan warga New York perlu mencari cara terbaik untuk memandu di tengah-tengah trafik dan mengelakkan kesesakan.
-- BERNAMA
Sunday, September 11, 2016
HUSNI: 'AWAK DUDUK DALAM KAPAL "LANUN"
Berikut temuramah bekas Menteri Kewangan II dengan akhbar Sinar Harian.
Darah naik 5 jam! Husni kongsi cerita
WARTAWAN SINAR HARIAN
11 SEPTEMBER 2016
PENGUNDURAN bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah daripada Kabinet dan Umno menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
Sebelum ini, Ahmad Husni pernah berkata hanya mahu tumpu tugasnya sebagai ahli parlimen tanpa mengulas lanjut tentang tindakan diambilnya. Sinar Harian berpeluang bertemu Ahli Parlimen Tambun itu mengenai perkembangan terbarunya dan sudi menceritakan detik-detik yang membawa beliau mengambil keputusan berundur.
Bila Datuk Seri lepaskan semua jawatan kerajaan dan parti, kecuali sebagai wakil rakyat, masih ramai yang tidak puas hati dengan kenyataan ringkas Datuk Seri. Boleh ulas sedikit apa yang mendorong kepada tindakan itu?
Saya ada terfikir untuk letakkan jawatan tahun lalu. Saya tetapkan pada Januari 2016 sebagai tarikh akhir dalam Kabinet. Saya telah bincang dengan setiausaha politik menyatakan rasa tidak serasi dengan pembawaan pimpinan. Bila tiba Januari, saya rasa tidak tergamak pula untuk meletakkan jawatan, saya terus berkhidmat. Kemudian, pada April lalu niat hendak meletak jawatan kembali dan semakin kuat. Pada awal April itu, saya membeli alat bacaan tekanan darah untuk isteri bila pulang dari pejabat. Tiba di rumah jam 7 malam, saya pasang pada tangan saya untuk tunjuk pada isteri cara hendak menggunakan alat tersebut. Tetapi, saya pula yang terkejut apabila bacaan tekanan darah saya begitu tinggi.
Saya pergi ke Damansara Specialist Hospital. Doktor memeriksa kesihatan saya dengan rapi. Pada jam 12 tengah malam, tekanan darah mula turun. Saya merasa pelik mengapa tekanan darah saya tinggi selama 5 jam (7 petang hingga 12 malam). Tak pernah berlaku dalam sejarah hidup saya. Doktor membenarkan saya pulang pada jam 2.30 pagi, memberi cuti 3 hari dan minta saya datang semula untuk rawatan lanjut pada hari Jumaat.
Pada hari Jumaat, alhamdulillah, pemeriksaan menunjukkan jantung, darah dan air kencing tiada masalah. Saya juga tiada penyakit darah tinggi. Kesihatan saya baik. Kata doktor tekanan darah tinggi berpunca dari stres, kurang tidur dan kurang rehat.
Apa yang Datuk Seri fikir selepas doktor beritahu tekanan darah tinggi itu berpunca daripada stres?
Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak? Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?
Pada hari Sabtu, saya terbang ke Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean. Tengah hari, saya tidak berapa sihat. Saya beritahu pegawai-pegawai, saya tidak mampu untuk hadir mesyuarat pada sebelah petang. Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata, “Semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?” Kata-kata itu membuka mata hati saya...harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega. 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya.
Setahu kami Datuk Seri seorang banker, kenapa Datuk Seri terlibat politik?
Setelah beberapa tahun bekerja di bank, saya bertukar kerjaya dan bekerja di anak syarikat sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1980-an. Di situ saya terdedah dengan tingkah laku sesetengah pemimpin yang menggunakan syarikat tersebut untuk mengumpul kekayaan. Atas penentangan ke atas amalan tersebut, saya laporkan kepada pucuk pimpinan. Tiada tindakan diambil, malah suatu hari seorang pegawai kanan agensi menelefon dan berkata kepada saya, “Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi imam? Mampus awak!” Mungkin beliau berseloroh, tetapi saya ambil kenyataan itu serius, lalu saya kembali semula bekerja di sektor perbankan.
Beberapa bulan kemudian isteri saya bersalin anak sulung. Saya berada di sisi isteri dan baru saya sedar betapa seksa melahirkan seorang anak. Tiba-tiba saya terbayang apa masa depan anak saya di bawah pimpinan seperti tadi? Selepas membaca azan dan iqamat, saya berjanji pada anak, “Bapak akan jaga kamu.” Sejak itu, saya menyertai politik.
Saya dididik oleh bapa yang bekerja di Jabatan Agama Islam. Beliau juga seorang imam dan mengajar al-Quran. Ibu membantu bapa mengajar anak-anak muridnya membaca al-Quran. Saya terdedah kepada pengajian ilmu Tauhid, Usuluddin, Fiqah dan Tasawuf. Pemahaman saya, seorang pemimpin mestilah bersikap lurus dan tegas. Keutamaan pemimpin adalah kebajikan rakyat. Berteraskan kejujuran, keikhlasan dan integriti, maka setiap sen mestilah dibelanjakan untuk rakyat.
Dalam ucapan saya di Parlimen pada 15 Februari 2000, saya menekankan, “Kita hendaklah melahirkan individu yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan negara dan masyarakat pelbagai kaum.”
Kontroversi 1MDB sedikit sebanyak terpalit kepada Datuk Seri yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan ke II. Apa komen Datuk Seri?
Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009. Saya tidak dirujuk walaupun saya Menteri Kewangan II. Bila saya dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB? Pada faham saya, penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.
Saya tidak dilibatkan dalam urusan 1MDB sehinggalah pada tahun 2015. Pada awal tahun 2015 saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif. Dengan izin ALLAH SWT, dengan bantuan SUSK, kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB, namun saya tidak terlibat dalam perlaksanaan Pelan Rasionalisasi tersebut.
Saya berharap masalah 1MDB akan selesai. Saya berdoa agar setiap discrepancies dalam 1MDB dapat diatasi. Kita semua faham sebarang perkembangan negatif boleh menjejaskan rating negara yang akan membawa kepada kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat. Begitu juga dengan SRC, saya berharap akan diselesaikan segera. Dalam konteks kewangan kerajaan, uruslah secara berhemah. Pemberian tender hendaklah secara telus. Projek PPP mestilah dikaji mendalam dari konteks value for money. Kerajaan hendaklah menyediakan unjuran kewangan jangka panjang melihat akan kemampuan kerajaan membayar hutang dari projek PPP. Kita mesti ingat Hasil Pendapatan Negara pada masa depan tidak semewah seperti pada masa lalu.
Mengapa tiba-tiba Datuk Seri mengambil keputusan meletakkan semua jawatan?
Seminggu sebelum saya berundur dari Kabinet iaitu pada 21 Jun 2016, saya ke Jeddah bagi menghadiri mesyuarat bilateral dengan Presiden Islamic Development Bank (IDB). Sesampai saya ke hotel di Jeddah pada Isnin, jam 8.30 malam, seorang hamba ALLAH menemui saya untuk membawa saya mengerjakan umrah. Kami sampai di Makkah pada jam 2 pagi. Saya diperkenalkan kepada polis Masjidil Haram. Dengan bantuan polis Masjidil Haram saya selesai tawaf dalam waktu yang singkat. Selama setengah jam, walaupun di tengah-tengah ribuan orang yang melaksanakan tawaf semacam musim Haji. Ini kelaziman dalam bulan Ramadan.
di situ saya menunaikan solat sunat. Kemudian dibawa ke Hajar Aswad, saya menciumnya. Keseluruhan umrah selesai dalam 1 jam 10 minit. Setiba di bilik Hotel di Jeddah, saya duduk berfikir. Mengalir air mata mengenangkan diri saya seorang yang kerdil dalam kalangan 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, bagaimana saya boleh menjadi tetamu yang istimewa di Makkah? Kekuatan kerohanian saya bertambah kukuh. Tiba-tiba terfikir apakah saya masih patut duduk dalam Kabinet?
Niat untuk berundur telah bermain dalam fikiran sejak beberapa bulan. Akhirnya, saya memutuskan untuk terus berkhidmat sehingga PRU ke-14 dan Kementerian Kewangan sebagai kementerian terakhir sebelum saya berundur dari Kabinet. Saya berfikir saya harus membantu YAB Perdana Menteri, saya harus hadapi semua risiko yang berkait dengan 1MDB dan SRC. Saya sedar bukan mudah duduk di Kementerian Kewangan. Kadangkala, ada individu-individu yang menghentam saya kerana tidak meluluskan permohonan tender secara rundingan terus dan tender terhad. Saya berpendirian tugas yang saya pikul adalah suatu amanah dari kerajaan dan Ilahi. Amanah ini harus saya pikul
berprinsipkan good governance. Saya berpegang kepada pendirian bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menjaga negara dan kepentingan rakyat.Selepas balik dari Jeddah, saya hadir satu mesyuarat. Mesyuarat ini diadakan 4 hari sebelum saya berundur dari Kabinet.Dalam mesyuarat itu, saya membangkitkan kebimbangan atas kejatuhan ranking negara dalam laporan rasuah Transparency International. Saya menyatakan sistem tender kita mestilah lebih telus. Saya dihentam. Peristiwa ini menyedarkan saya betapa di dunia ini terdapat elemen hipokrit. Saya menjangkakan konklusi mesyuarat tentulah saya diminta untuk menyediakan laporan dan cadangan yang lebih lengkap.
Yang akhirnya, pada pagi Isnin, 27 Jun lalu, semasa di pejabat, saya terkejut membaca sebuah akhbar bahawa saya akan dipindahkan ke kementerian lain dalam rombakan Kabinet yang akan dilakukan pada hari itu. Saya tidak dimaklumka lebih awal?
Nasib baik pada jam 11.30 pagi ada mesyuarat Majlis Ekonomi. Selepas mesyuarat pada jam 1.15 tengah hari, saya bertanya PM adakah benar beliau akan menukar saya ke kementerian lain seperti dilaporkan akhbar berkenaan?
PM menyatakan saya akan ditukar ke kementerian lain. Perbincangan itu mengambil masa dalam 2 minit. Saya mohon untuk berundur dari Kabinet.
Mengapa? Pertama, saya telah tanamkan dalam hati sejak umrah seminggu lalu, Kementerian Kewangan adalah kementerian terakhir sebelum saya bersara dari Kabinet. Kedua, saya tidak mampu menjadi pemimpin efektif berkhidmat di kementerian lain dalam tempoh 1 1/2 tahun sehingga PRU14. Selaras dengan itu, saya mengundurkan diri dari Kabinet dan oleh kerana saya merasakan tidak sesuai lagi memegang jawatan dalam parti, saya meletakkan semua jawatan dalam parti.
Bagaimanapun, saya masih Ahli Parlimen Tambun. Bagi jawatan ahli parlimen, saya dipilih rakyat, saya harus memegang amanah itu dan sanggup berkorban untuknya.
Setelah semuanya berlalu, apa harapan Datuk Seri?
Kita mesti melihat ke hadapan. Akhirnya masa hadapan kita ditentukan oleh ALLAH SWT. Sebagai ahli parlimen,
saya akan tingkatkan perkhidmatan kepada rakyat. Atas kedudukan sebagai Ahli Perundangan (Legislator), saya sedang membuat persiapan, apakah soalan-soalan dan ucapan-ucapan untuk menghadapi persidangan parlimen pada Oktober ini.
Saya masih memegang jawatan Presiden Asian Forum For Parliamentarian On Population And Development (AFPPD), Malaysia dan Timbalan Presiden Inter- Parliamentary Union, Malaysia. Saya telah bincang dengan pegawai-pegawai Parlimen untuk mengaktifkan peranan AFPPD.
Sekarang saya kerap memberi ucapan kepada pelbagai golongan, termasuk golongan muda, intelektual dan profesional.
Pada 26 Ogos yang lalu, saya diundang dan menyampaikan ucaptama pada persidangan tahunan Australian National University di Canberra, Australia. Saya
berucap di bawah tajuk ‘Malaysia...A Political Journey’. Saya dapati di Australia juga, isu 1MDB begitu panas dibincangkan. Semasa naik teksi pun, pemandu teksi turut bertanya isu 1MDB.
Di Parlimen nanti, saya akan menyuarakan prinsip good governance yang harus menjadi asas kepada pemerintah untuk membawa kesejahteraan kepada masa depan negara dan rakyat. Kerajaan hendaklah bersih, cekap dan amanah berpegang kepada prinsip digniti dan integriti supaya rakyat boleh berpaut demi masa depan mereka. Alangkah indahnya
dunia jika semua ini terjadi? Saya petik semula ucapan saya di Parlimen pada tahun 2000, pemimpin mestilah mempunyai ‘sistem nilai dan etika serta akhlak yang
baik, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan negara dan masyarakat pelbagai kaum.’ Setiap sen dibelanjakan mestilah ke arah membina kesejahteraan serta kematangan negara dan rakyat. Jauhi kepentingan diri demi cintakan agama, negara dan rakyat.
Saturday, September 10, 2016
BERSATU DILULUSKAN. AHLI PARLIMEN & ADUN UMNO PALING GEMBIRA
RUPA-rupanya yang paling GEMBIRA lahirnya BERSATU adalah Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN dari Umno.
Tersenyum riang Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Umno ini apabila Ahmad Zahid Zahidi mengumumkan permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan parti BERSATU diLULUSkan.
Walaupun Ahli Parlimen dan ADUN UMNO ini belum menyatakan hasrat secara TERBUKA menyokong BERSATU, sudah pasti BERSATU sudah dekat di hati mereka.
Yang pasti, Ahli-Ahli Parlimen dan Adun Umno ini akan KEKAL bertanding PRU-14 nanti. Kalau bukan Umno, mereka BOLEH menggunakan simbol BERSATU.
Semasa PRU nanti, jika diGUGURkan oleh Presiden Umno Najib Razak, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN Umno boleh mencium tangan Najib dan berkata: "Tak apa Dato' Seri Presiden. Umno ini parti YOU. You letaklah siapa pun bertanding di kerusi saya. Saya pun akan bertanding juga. Parti mana jangan tanyalah."
Bukan itu saja. Yang kalah semasa pemilihan bahagian pada 2013 dulu pun turut GEMBIRA.
Yang dah pencen atau yang diTENDANG keluar pun boleh tersenyum lebar.
Dato' Seri Rais Yatim pun boleh mula buat strategi bertanding semula di Jelebu. Jika Najib letak semula sebagai calon Umno di Jelebu, Alhamdullilah.
Kalau tidak, Dato' Seri Rais boleh tertanding atas TIKET BERSATU. Lagipun, Rais tidak ada masalah apa-apa dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin.
Pemimpin yang berpengalaman dan berintegriti seperi Abang Rais amat diperlukan negara sekarang ini.
Negara sekarang ketandusan pemimpin yang berkualiti. Lihat sajalah Kabinet. Menteri-Menterinya "standard" negara Africa.
Sama juga dengan Tengku Razaleigh. Kalau Umno buang, bertanding atas tiket BERSATU.
Lagipun bagi Ku Li bertanding atas tiket parti bukan Umno adalah satu kebiasaan. Dulu Ku Li bertanding atas tiket Semangat 46, menang juga.
Oleh itu, bergembiralah semua dengan kelahiran BERSATU.
Kepada Muhyiddin, Tan Sri sedang mengemudi satu parti yang bersih putih bak kapas.
Tidak seperti Umno, yang bergelumang dengan lumpur dan dilabel rasuah.
Tan Sri ada peluang untuk menerajui negara cuma Tan Sri kenalah bawa wadah perjuangan yang didahagakan rakyat.
Jadikan BERSATU parti yang "seksi".
Tak susah untuk menjadikan BERSATU parti yang "seksi". Mudah saja.
1. Tumpukan perjuangan untuk peneroka Felda. Kembalikan Felda kepada peneroka Felda. Jadikan peneroka RAJA semula. Keputusan Felda dibuat oleh Felda bukannya pemimpin politik.
2. GST. Tan Sri tengok-tengoklah kadar yang SESUAI untuk GST. Kalau 5 persen sesuai, turunkan ke 5 persen. Kalau 4 persen, turunkan ke 4 persen. Rakyat sedang merana, Tan Sri.
3. Kakitangan Awam. Tolonglah Tan Sri tengok-tengokkan kakitangan awam. Kasihan mereka. Bekerja bertungkus lumus, Audit akaun 1MDB. Bila dah siap, kena OSA. Tan Sri perlu naikkan semangat mereka semula.
4. Kakitangan GLC. Kesian mereka Tan Sri. Tengoklah MAS. Pekerja kena buang. Yang masih bekerja, gaji pula rendah. Petronas pula dah jadi macam syarikat kerdil, sama macam syarikat-syarikat lain.
5. Bila Tan Sri jadi PM nanti, Tan Sri jaga hati rakyat. Tengok-tengoklah rakyat. Di Kelantan, pelajar sekolah makan nasi goreng Cina dengan sosej. Duit negara pun dah kurang. Tapi ada pula duit untuk buat Taman Tugu Negara sampai RM650juta. Untuk pengetahuan Tan Sri, ramai di kampung pernah pergi Tugu Negara zaman sekolah rendah. Itu pun rombongan sekolah.
Tan Sri, Selamat Berjuang.
Sementara itu, benarkanlah Ahli-Ahli Parlimen dan Adun Umno meRAIkan penubuhan BERSATU.
Thursday, September 8, 2016
GENGGAMAN TANGAN ANWAR IBRAHIM YANG MENGUSARKAN NAJIB
AHMAD ZAHID HAMIDI tersenyum gembira melihat gambar ini?
Pelbagai analisis dan andaian dibuat berikutan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi SOKONGAN kepada Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Jelapang berkesempatan minum secawan kopi dengan beberapa kawan Umno dan di kalangan mereka ada "orang kuat" Zahid.
Tersenyum lebar "orang-orang kuat" Zahid ini apabila membicarakan genggaman erat Anwar ke atas salam persahabatan Dr Mahathir.
Bila ditanya kenapa tersenyum gembira, jawab mereka: "Perkembangan baik untuk BOSS (Zahid)."
Tidak sukar untuk kita menganalisa kenapa ianya perkembangan politik baik untuk Zahid.
Pertama, Zahid tidak bermusuh dengan Anwar. Malah Zahid adalah kawan karib Anwar, naik kerana Anwar, kaya pun kerana Anwar.
Kedua, peluang Zahid bertambah baik kesan dari "gencatan senjata" antara Anwar dan Dr Mahathir.
Ketiga, pada Zahid, mungkin, ianya akan menampakan Najib Razak keseorangan. Kalau ada penyokong TEGAR Najib pun, hanyalah Hishammuddin Hussein dan Rosmah Mansor.
Agaknya itulah sebabnya Najib begitu GUSAR akan genggam salam Anwar-Mahathir sehinggakan tentera-tentera Najib menyerang Anwar dan Mahathir semata-mata kerana "genggaman" tangan Anwar itu.
Khabarnya, Anwar dan Mahathir pun tersenyum gembira melihat GELAGAT kem Najib.
Thursday, September 1, 2016
JAMAL IKAN BAKAR KETUA BAHAGIAN ADA CLASS
JAMAL Yunos aka Jamal Ikan Bakar, Burger dan Ketua Kumpulan Baju Merah ada "CLASS".
Semalam semasa mesyuarat Umno bahagian Sungai Besar, Jamal mengumumkan membatalkan rancangan membawa rombongan naik kapalterbang ke DUBAI.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/31/jamal-yunos-rm1000-setiap-perwakilan-umno-sg-besar-ganti-lawatan-dubai/
Mengikut rancangan awal, 115 perwakilan dipelawa melawat Dubai.
Berikutan pembatalan tersebut, tiap-tiap perwakilan seramai lebih kurang 600 orang akan menerima RM1000 seorang.
Maka, Jamal akan membelanjakan lebih kurang RM600,000 untuk dihadiahkan kepada perwakilan Sungai Besar.
Ini adalah penanda aras ekonomi Malaysia bagus.
Kalau kita was-was mengenai ekonomi negara, lihat kepada kemampuan kewangan Ketua Bahagian.
Baguslah ekonomi Malaysia kalau Ketua Bahagian ada RM600,000 untuk dibahagi-bahagikan.