Monday, December 28, 2015

CADANGAN TERBAIK: RAKYAT PERLU BUAT 3 KERJA UNTUK HIDUP



Image result for ahmad maslan 3.87

KEPADA rakyat Malaysia yang melarat, patuhilah nasihat pemimpin kita, Dato' Ahmad Maslan.

Contohi lah beliau dengan membuat 3 kerja untuk mengatasi masalah kenaikan kos hidup sekarang ini.

Kepada NGO yang amat berminat untuk bertemu dengan Najib Razak untuk membincangkan isu kenaikan kos, lupakan lah. Buang masa.

Lebih baik kita mula melakukan dua tiga kerja seperti saranan Ahmad Maslan.

Contohi pemimpin-pemimpin negara. Ramai yang mempunyai 5 jawatan, bahkan mungkin ada sampai 10.

Perdana Menteri sendiri banyak jawatan. Jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan sebagainya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/2kerja-ahmad-maslan-mengaku-ada-tiga-kerja-netizen-sekolahkan-makna-kerja-dan-jawatan-87001



Tuesday, December 22, 2015

SIAPA BAKAL TPM APABILA ZAHID MENJADI PM?

Embedded image permalink

SELEPAS mengharungi KEKECEWAAN melihat Ahmad Zahid Hamidi menaiki TAKHTA Timbalan Perdana Menteri, akhir-akhir ini Hishammuddin Hussein seolah-olah TIDAK berenggang dengan Zahid.

Apakah Hishammuddin bakal TPM apabila Zahid menjadi PM nanti?

Atau Zahid ada idea lain?

Atau ianya hanya satu cubaan Hishammuddin untuk mengambil hati Zahid?

Politik dalaman Umno tidak pernah SEPI?

Saturday, December 19, 2015

BILA HARGA MINYAK DUNIA PADA TAHAP US$35, HARGA PETROL ERA TUN HANYA RM1.33 TETAPI ZAMAN NAJIB RM2.45. KENAPA?


SEJARAH HARGA MINYAK DUNIA





SEJARAH HARGA PETROL DI MALAYSIA (Klik pada imej untuk besarkan)
http://blog.galvintan.com/malaysian-fuel-price-history/


PETIKAN UCAPAN NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN AGONG

"Soal syarikat ERL yang disebut-sebut. Sebab (rakyat) marah naik. RM35 naik kepada RM55. Tinggi tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ini ditandatangani pada tahun1997 lagi. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang.

"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik.

"Kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak saya mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya LEGASI (Tun Mahathir) YANG DITERIMA dari pemerintah (Tun Mahathir) sebelum ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.

"Sebab itulah, kita terpaksa naik (kepada) RM55 kalau tidak, parah kita. Kita runding semula. Kena sambung pula lagi 30 tahun. Sebab perjanjian dah tandatangan.

"Sebab itulah saya nak terangkan kepada perwakilan, saya terima 'problem' legasi atas siapa...?. "



PERSOALANNYA: (Kaji dan teliti carta sejarah harga minyak dunia dan sejarah harga petrol di Malaysia)

KETIKA ERA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


HARGA MINYAK DUNIA PADA ERA Dr Mahathir:

DISEMBER 1986, 1988, 1990, 1992, 1996, 1999, 2001 dan Nov 2002 ketika HARGA minyak dunia berada di antara US$32.43-US$35.87 dan HARGA PETROL RON97 hanya di antara RM1.10-RM1.33



KENAPA DI ZAMAN NAJIB, THE GENTLEMAN,

pada ketika Harga minyak dunia SEKARANG pada tahap US$34.55 (hampir sama dengan zaman Dr Mahathir), TETAPI HARGA PETROL RON97 SEKARANG RM2.45?


KENAPA?

Adakah ini juga disebabkan oleh Dr Mahathir?

Thursday, December 17, 2015

Wednesday, December 16, 2015

KHAIRY PENINGKAN KEPALA NAJIB?



KALAU kita Najib Razak, pening kepala memikirkan hal Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin ini.

Lihat sajalah video ucapan Khairy di Perhimpunan Agong minggu lepas.

Adakah Khairy sedang mencari populariti? Adakah beliau ikhlas menyuarakan KEGELISAHAN dan KESEMPITAN rakyat?

Kenaikan harga diputuskan oleh Kabinet yang diPENGERUSIKAN Najib dan dihadiri oleh Khairy sebagai Menteri.

"Enough is enough", kata Khairy merujuk kenapa kenaikan kos hidup.

Apa yang dibuat Khairy agaknya semasa Najib memutuskan di dalam Kabinet untuk menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan?

Semalam Khairy membuat satu lagi kenyataan; "akan mempertahankan AKU JANJI BN untuk TIDAK menaikkan TOL PLUS semasa mesyuarat Kabinet akan datang."

https://www.malaysiakini.com/news/323423

Amat jelas pendirian Khairy ini bertentangan dengan pendirian Najib.

Demi masa depan politik beliau, adalah baik Khairy ikut saja cakap Najib. Jangan jadi macam Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal.

Belajar dari mereka. Hari ini ada di kalangan Ketua Bahagian dan Menteri nak bersapa dan berjabat tangan pun tak hendak dengan Timbalan dan Naib Presiden mereka. Takut ada spy laporkan kepada Najib.

Lebih baik Khairy TAAT pada Najib.

Lagipun rakyat sudah FAHAM kenapa TOL perlu diNAIKKAN.

Kenaikan tol sama dengan kenaikan TAMBANG ERL.

Bukan SALAH NAJIB. SALAH Tun Dr Mahathir.

Tol ini LEGASI Tun Mahathir. Legasi Najib ialah GST, 1MDB, wang SRC International dan DERMA RM2.6 BILION.

Khairy kena faham benda ini.

Ingat betul-betul ucapan pergulungan Najib mengenai kenaikan tambang ERL.

"Soal syarikat ERL yang disebut-sebut. Sebab (rakyat) marah naik. RM35 naik kepada RM55. Tinggi tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ini ditandatangani pada tahun1997 lagi. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang.

"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik.

"Kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak saya mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya LEGASI (Tun Mahathir) YANG DITERIMA dari pemerintah (Tun Mahathir) sebelum ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.

"Sebab itulah, kita terpaksa naik (kepada) RM55 kalau tidak, parah kita. Kita runding semula. Kena sambung pula lagi 30 tahun. Sebab perjanjian dah tandatangan.

"Sebab itulah saya nak terangkan kepada perwakilan, saya terima 'problem' legasi atas siapa...?. "


Khairy kenalah SEIRING JALAN dengan Presiden parti. INGAT ungkapan ini. Salahkan Tun Mahathir.

Lagi pun rakyat sudah dapat MENERIMA apa saja kenaikan termasuklah sumbangan rakyat kepada kerajaan sebanyak RM30 bilion menerusi GST.

Cuma rakyat masih menunggu jawapan SIAPA PENDERMA RM2.6 bilion kepada Najib.

Kita berterima kasih jika Khairy dapat memberitahu kita siapa penderma tersebut.


Baca juga artikel berikut:


1)
 http://www.sinarharian.com.my/nasional/problem-erl-tak-adil-salahkan-tun-m-sahaja-1.462367


Monday, December 14, 2015

NAJIB A GENTLEMAN?



DARI Arau, Perlis, hingga ke Lahad Datu, Sabah.

Ratusan ahli Umno turun ke PWTC minggu lepas dan apa yang mereka dengar dari Presiden Umno hanyalah kata-kata menggambarkan betapa GAHnya beliau.

"I am a gentleman." "Biarpun ada yang berpaling tadah, biar berkali-kali kita ditolak supaya rebah, there shall be no retreat, no surrender, no retreat!!! no surrender!!!.

GAH bunyinya Presiden Umno Najib Razak.

I am a gentleman? 

Betul ke?

Hendak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir pun Najib takut.

Takut Tun Dr Mahathir diberikan tepukan gemuruh.

Hendak sebut nama Tan Sri Muhyiddin Yassin pun takut, takut Muhyiddin diberikan tepukan gemuruh.

Hendak membenarkan tradisi Umno diteruskan di mana Timbalan Presiden Umno merasmikan mesyuarat sayap dan mengulung perbahasan pun Najib takut, takut untuk mendengar kritikan Muhyiddin dan takut Muhyiddin mendapat tepukan lebih gemuruh dari beliau.

Hendak menyiarkan perbahasan secara langsung kepada ahli yang datang dari Arau hingga ke Lahad Datu pun Najib takut, takut ahli-ahli Umno bertambah muak dan benci pada beliau.

Maka Perhimpunan Agung 2015 tidak lebih hanya satu teater untuk Najib di hadapan 2,762 perwakilan dari 191 Bahagian.

Kita menunggu penjelasan beliau mengenai RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun beliau. Tetapi hanya satu perenggan sahaja di dalam ucapan beliau.

Kita ke PWTC mahu mendengar dari mulutnya sendiri (bukan Zahid Hamidi) siapa pendermanya, malangnya ahli-ahli menunggu umpama buah yang tidak gugur.

Nada Najib semasa perasmian dan penutup keras.

Tetapi nada yang keras tidak bermaksud semua isu mengenai beliau telah lenyap.

Kita masih menunggu dari Mr Gentleman akan wajah penderma RM2.6 bilion yang pemurah itu.

Sunday, December 6, 2015

ZAHID: JANGAN APABILA KAPAL KENA RIBUT, KITA CAMPAK "NAKHODA" KE LAUT!

Image result for zahid+najib



“...jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan TANGKAP NAKHODA dan CAMPAK KE LAUT. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian.” - Ahmad Zahid Hamidi.


http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mereka-benci-pada-umno-saya-dituduh-kuat-kipas-pm-kata-zahid

JELAPANG: Dalam maksud Zahid. Terpulang kepada pembaca untuk mentafsirkan maksudnya.

Friday, December 4, 2015

MUSA HITAM GESA AHLI UMNO TERMASUK NAJIB BALIK KE PANGKAL JALAN

Image result for musa+hitam+najib

PERUTUSAN TUN MUSA HITAM KEPADA NAJIB RAZAK SEBELUM PERHIMPUNAN AGUNG MINGGU DEPAN.

1. Umno bukan parti “DIKTATORr” yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam.

2. "Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan."

3. "Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri. Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa."

4. Sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu. Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu. Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar."

5. "Bagi saya, ini peluang terakhir untuk Umno buktikan diri sendiri, khususnya dalam konteks pada 2018, kita akan berdepan pilihan raya umum. Apa yang saya ingin gesa kepada ahli Umno sangat mudah, kembali ke pangkal jalan. Bermakna, kita perlu melalui proses modenisasi."

Baca artikel penuh di sini: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-diktator-jika-sekat-perbezaan-pendapat-kata-musa-hitam

Wednesday, December 2, 2015

KEHADIRAN TUN DR MAHATHIR ADALAH USAHA AWAL ZAHID MENYATUKAN SEMULA UMNO



ALHAMDULLILAH. Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad MENERIMA jemputan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Orang dah jemput saya, saya pergi lah. Ini parti saya, dan juga parti untuk semua orang Melayu." - Kata Dr Mahathir dua hari lalu.

http://www.astroawani.com/berita-politik/perhimpunan-umno-orang-dah-jemput-saya-pergi-lah-tun-m-82956

Seluruh Umno harus berterima kasih kepada Zahid. Inilah pemimpin Umno yang jiwanya ikhlas dan bersih.

Kalau ikut perasaan, Zahid tidak ingin pun pandang muka Dr Mahathir kerana luka lama.

Kerana atas desakan Dr Mahathir lah Zahid melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno pada 1998.

Atas dasar prinsip dan keadilan kepada Anwar Ibrahim, Zahid mengkritik Dr Mahathir semasa perhimpunan Umno pada ketika itu sehingga memaksa Dr Mahathir mempamirkan kepada awam senarai kroni Umno termasuk Zahid yang pada ketika mempunyai kekayaan jutaan ringgit.

Tetapi kerana kemuliaan diri beliau, Zahid sanggup mengenepi peristiwa pahit tersebut dengan menjemput bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk menghadiri Perhimpunan Agong Khamis depan walaupun Dr Mahathir menjadi pengkritik NOMBOR 1 boss Zahid - Najib Razak.

Zahid ada kelemahannya. Kadang-kadang ada ahli-ahli Umno mentertawakan beliau apabila beliau berucap di dalam bahasa Inggeris.

Tapi Zahid bukan bercita-cita untuk menjadi Profesor Bahasa Inggeris. Beliau hanya mahu MENYATUKAN Umno.

Maka diJEMPUTnya Dr Mahathir ke Perhimpunan Umno.

Dengan kegawatan politik yang diharungi oleh Najib dan keluarganya, ahli-ahli Umno perlu berterima kasih kepada presiden mereka yang telah melantik Zahid yang mampu menyatukan semula Umno.

Berterima kasihlah kepada Zahid apabila Tun Dr Mahathir muncul di hadapan pentas perhimpunan di hari pembukaan apabila Najib berucap di hadapan ribuan perwakilan nanti.


Tuesday, December 1, 2015

JEMPUTAN ZAHID UNTUK TUN M HADIR PERHIMPUNAN BUKTI ZAHID SEORANG PEMIMPIN BERJIWA BESAR

Image result for zahid+tun mahathir
"Parti menghormati Dr Mahathir sebagai bekas presiden dan pemimpin negara ini serta berharap beliau dapat menghadiri majlis itu. Saya pasti surat jemputan akan diedarkan dalam masa terdekat, tetapi sama ada beliau menerima jemputan itu atau tidak ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan. Majoriti ahli Umno masih menghargai beliau tetapi pada masa sama masih ada jurang antara menghormatinya dan menerima pandangannya." - TIMBALAN PERDANA MENTERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/28/surat-jemputan-tun-m/


KENYATAAN dan penghormatan yang diberikan ZAHID kepada TUN DR MAHATHIR dengan menjemput bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno ini membukti bahawa ZAHID seorang PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR.

Inilah keikhlasan seorang pemimpin yang mahukan partinya bertaut semula - berpadu demi masa depan bangsa dan agama.

Nampaknya, tidak RUGI Najib melantik Zahid sebagai Timbalannya.

Kita berharap dan berdoa dibuka akan hati Tun Dr Mahathir supaya dapat hadir semasa Perhimpunan Agong Umno minggu hadapan.

Kita juga berharap Dr Mahathir tidak menyimpan perasaan tidak puashati dan jangan menuruti pembangkang yang tiada segan silu mengangkat poster 'MANA DUIT RM2.6B" apabila bertemu Najib.

Semuga Tun Mahathir hadir tanpa poster-poster seperti ini.