1 JAM lebih Mukhriz Mahathir di"tazkirahkan" oleh Najib Razak dan Ahmad Bashah Md Hanipah semasa mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Star minggu lepas mengenai perlunya Mukhriz mengenang jasa dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
Berikutan "tazkirah" tersebut, tersebar khabar angin bahawa Mukhriz akan diPECAT 1 Oktober ini dan digantikan dengan Ahmad Lebai Sudin, yang tewas jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena pada pemilihan 2013.
Pecat Mukhriz MUDAH.
Sekarang pun Najib boleh PECAT Mukhriz. Hanya perlu satu perenggan kenyataan akhbar sahaja.
Semasa "tazkirah" yang disampaikan Bashah dan Najib kepada Mukhriz, mereka TERLUPA pula mengingati perwakilan bagaimana Umno menang semula di Kedah.
Bashah lupa menyebut bahawa pada ketika itu, apabila nama beliau disebut sebagai calon Menteri Besar, rakyat Kedah bercakap mengenai PENTINGNYA Menteri Besar Kedah yang baru mempunyai kelulusan akademik yang baik.
Najib lupa menyebut bahawa untuk Kedah MENAWAN semula Kedah dari Pas ialah dengan MEMILIH seorang Menteri Besar yang boleh memberi Umno peluang untuk menawan Kedah.
Pada masa itu, bukan Bashah, bukan Ahmad Lebai Sudin, yang mempunyai keupayaan untuk Pas dijatuhkan.
Bangsat kita jika kita katakan Bashah dan Ahmad Lebai Sudin mampu untuk menawan semula Kedah.
Akhirnya Najib memilih Mukhriz. Sebabnya, selain mahu MENGEMBIRAKAN Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib tahu, memilih Mukhriz adalah jalan paling selamat dan akan memudahkan Umno menawan semula Pas.
Bangsat kita jika kita mengatakan Umno menang di Kedah kerana Najib dan kekuatan Umno Kedah.
Kedah diTAWAN SEMULA kerana Tun Mahathir dan Mukhriz.
Kerja Umno menawan semula Kedah mudah kerana Tun Dr Mahathir dan Mukhriz.
Najib tak perlu berkerja kuat. Umno Kedah pun tak perlu bekerja kuat.
Yang bekerja kuat pada PRU 13 ialah Tun Mahathir.
Tun Mahathir mahukan anaknya MENANG. Duit untuk belanja pilihanraya pada masa itu pun bukan masalah bagi Umno Kedah. Ramai towkay yang terhutang budi pada Tun Mahathir "TURUN" membantu termasuk Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Akhirnya Umno menawan Kedah.
Jika hari ini Najib merasakan dia akan menjadi faktor penting pada PRU-14, dan Ahmad Lebai Sudin mempunyai "faktor wow" untuk Kedah kekal di tangan Umno, PECATLAH Mukhriz.
Kuasa di tangan Najib. Ramai sudah dipecat. Timbalan Perdana Menteri dipecat. Peguam Negara dipecat. Tidak ada masalah. Perdana Menteri BERKUASA. Orang yang paling BERKUASA di Malaysia sekarang ini ialah PERDANA MENTERI.
Kata penyokong-penyokong Najib: "Itu hak Perdana Menteri".
Jika benar khabar angin tersebut, 1 Oktober, orang Kedah akan dapat Menteri Besar Baru.
Jika benar, AHMAD LEBAI SUDIN akan berGELAR Menteri Besar.
1 Oktober juga akan menjadi berita GEMBIRA buat Pas Kedah. Lagipun hubungan Presiden Pas dengan Perdana Menteri teramat baik jika dibandingkan hubungan Perdana Menteri sebelum ini dengan Presiden-Presiden Pas sebelum ini.
Kepada pemimpin Umno Kedah yang lain, ingatlah kata-kata Bashah kepada Najib apabila tidak terpilih sebagai Menteri Besar: "Ia okay, tapi kalau ada apa-apa bagi kat sayalah. Jangan lupa saya."
Manalah tau, rezeki lain masih ada.