Tuesday, March 10, 2015

SKANDAL BANK RAKYAT & FELCRA PUN TIDAK SELESAI, INIKAN KES SEBERAT 1MDB

Image result for najib+1mdb

KHABARNYA Najib Razak berpuashati dengan penjelasan yang beliau berikan kepada 154 ketua-ketua bahagian mengenai 1MDB dan katanya Ketua-ketua bahagian berpuashati dengan penjelasan beliau. Benarkah?

Setahu Jelapang, ramai ketua-ketua bahagian hadir pada Ahad lepas semata-mata mahu mendengar apa yang hendak dinyatakan Najib mengenai 1MDB dan membandingkan penjelasan beliau dengan dakwaan-dakwaan yang didedahkan di media sosial.

Yakinkah mereka dengan penjelasan Najib? Yakinkah mereka bahawa Najib serius untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan penyelewengan di dalam 1MDB?

Jawapan yang Jelapang dengar - Najib gagal menyakinkan mereka!!!!

Kenapa?

Setakat hari ini, rekod Najib dalam hal ini amat mengecewakan.

Janji pertama beliau sebelum PRU untuk memilih hanya CALON BOLEH MENANG tidak ditunaikan beliau.

Setakat hari ini tidak ada satu kes pun yang boleh diambil contoh untuk membuktikan kesungguhan Najib membanteras penyelewengan.

1) Kes pemberian PINJAMAN BANK RAKYAT oleh Hassan Malek kepada Deepak. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujuk di SKANDAL BANK RAKYAT

Disebabkan tiada tindakan, bekas Setiausaha Agung Umno Sabaruddin Chik mengambil keputusan menulis buku mengenai skandal ini. Ironinya, seorang lagi bekas Setiausaha Agung Umno Sanusi Junid melancarkan buku ini dan sehingga ini Najib tidak sepatah pun membuat kenyataan mengenainya.

2) Kes pemberian saguhati berjumlah RM723,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah Felcra termasuk bekas Pengerusinya Tajuddin Rahman tanpa kelulusan. Sehingga hari ini TIADA TINDAKAN. Rujukan SKANDAL FELCRA

Kita hanya akan percaya dengan keseriusan Najib sekiranya TINDAKAN DIAMBIL dalam kedua-kedua kes ini.

Jika kes tidak seberat 1MDB pun tiada tindakan, inikan pula kes 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit.

Oleh itu kita tengok sejauhmana keseriusan Perdana Menteri. Setakat hari ini, tahap KEYAKINAN kita amat tipis.

3 comments:

Anonymous said...

tuan

hanya ketua bhg yang tak sekolah, tiada pendidikan saja yg percaya cerita najib pasal 1mdb baru2 ini.

yang cerdik sedikit dpt bezakan kebenarannya

Mahawangsa said...

Saguhati 723 ribu.
Padanlah BRIM dgn rakyat biasa.
Rakyat gonggong daging betis.
Pemimpin UMNO gonggong daging paha.

Anonymous said...

persoalan blogger adalah samada ketua2 bahagian yakin dengan penjelasan najib pasal 1mdb. blogger rasa ketua2 bahagian tak yakin atas alasan lain. antara yang dilibatkan ialah pasal elaun pengerusi felcra, skandal bank rakyat dan lain2 yang tidakpun berkait dengan 1mdb. apa masalah blogger ni. kalaupun nak hentam solidariti presiden umno itu bersama ketua bahagian, fokuskan kepada pointnya. jangan merepek yang bukan2 macam bini muda merengek lakinya dah 3 hari tak balik. cari maklumat lengkap, jangan main persepsi yang bukan2. ini soal bagaimana kebijaksanaan blogger mengupas isu. cara di atas menampakkan blogger ini kurang bijak @ ...... (malas tulis.)