Ada yang bergurau mengatakan Universiti Utara Malaysia merupakan bahagian Umno yang ke 192 (Umno hanya mempunyai 191 bahagian) dan Ketua Bahagiannya ialah Naib Canselor Prof Mohamed Mustafa Ishak.
Katanya apabila Prof Mustafa mengeluarkan kenyataan, nadanya lebih Umno dari mana-mana Ketua Bahagian Umno termasuk Presiden Umno sendiri.
Itulah penghayatan pemerhati politik Umno.
Tahun lepas, apabila pilihanraya kampus diadakan, perwakilan pelajar yang menyokong kerajaan menang besar menewaskan penyokong pembangkang 34-2 dan UUM di kenali sebagai kubu kuat kerajaan.
Semalam, blog-blog pembangkang mendabik dada mengatakan kononnya UUM jatuh ke tangan Pro-Mahasiswa yang dikenali pro-pembangkang walaupun laporan tersebut tidak benar.
http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2013/10/pilihanraya-kampus-2013-pro-aspirasi.html
Menurut laporan yang agak sahih, calon Pro-Aspirasi memenangi 15 kerusi, Pro-Mahasiswa 13 kerusi, Hijrah 6 kerusi dan Bebas 2 kerusi.
Atas kertas, Pro-Aspirasi memenangi kerusi terbanyak. Tetapi kalau dicampur kesemua kerusi yang dimenangi kumpulan lain, Pro-Aspirasi tewas dengan 6 kerusi.
Dengan kata lain, kumpulan pro-pembangkang menguasai minda pelajar UUM buat pertama kali sejak UUM ditubuhkan pada 16 Feb 1984 dan di bawah pentadbiran Prof Mustafa.
P/S: Pelajar listen, listen, listen... Bawani adalah antara pemenangnya.
Tuesday, October 29, 2013
Tuesday, October 22, 2013
WAHAI HISHAMMUDDIN BIN HUSSEIN. INSAFLAH KAMU
Wahai Hishammuddin Bin Hussien, wahai Hishammuddin Bin Hussien, wahai Hishammuddin Bin Hussein.
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji kamu kepada ahli-ahli Umno.
Empat hari lalu, tanggal 19 Oktober 2013, kamu hampir-hampir dilucutkan jawatan Naib Presiden Umno.
Kamu pernah berikrar kepada ahli-ahli Umno satu ketika dulu, bahawa kepentingan mereka akan diutamakan dan tanggungjawab kamu akan kamu laksanakan dengan penuh amanah.
Ingatlah wahai Hishammuddin Bin Hussein.
19 Oktober 2013 hampir menjadi tarikh keramat kamu, tarikh karier politik kamu hampir dikuburkan.
Sejak kamu menduduki kerusi Naib Presiden Umno pada 2009, perangai kamu tidak berubah.
Kamu sombong. Kamu berlagak bangsawan. Senyuman kamu palsu. Kamu banyak berlakon. Kamu angkuh. Kamu berlagak pandai. Kamu rasa kamu lah yang paling berkuasa kerana sepupu kamu Perdana Menteri.
Kamu tak kenal orang. Kamu tak kenal Timbalan Ketua Bahagian Johor. Kamu tak kenal Naib Ketua Bahagian Johor apatah lagi pemimpin negeri lain. Kamu tak kenal sesiapa pun.
Tetapi kamu besar diri. Kamu lah bakal Perdana Menteri.
Padahal...
Kamu lembik. Kamu pengecut. Orang gelar kamu kerismudin. Orang gelar kamu Hashimah Yon. Orang gelar kamu Pondan. Orang gelar kamu Menteri Amaran. Orang gelar kamu pemalas.
Ketahuilah wahai Hishammuddin Bin Hussein. Bahawasanya itulah kamu.
Kini ahli-ahli Umno menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah kamu?
Layakkah kamu?
Bangsawan kah kamu?
Hebat sangat kah kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah ahli Umno saudara kamu?
Layakkah kamu?
Bangsawan kah kamu?
Hebat sangat kah kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah ahli Umno saudara kamu?
Kini kamu tahu jawapannya.
Tak sampai 55,000 perwakilan meminati kamu. Hampir 2/3 perwakilan mahu kamu dinyahkan.
2/3 ahli Umno menolak kamu.
Sedarlah wahai Hishammuddin Bin Hussein.
Kamu berada di situ kerana sepupu kamu. Kamu selamat kerana sepupu kamu. Seluruh Tanah Melayu tahu sepupu kamu menyelamatkan kamu.
Tidakkah kamu merasa MALU?
Wahai Hishammuddin Bin Hussein.

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar dalam karier politik kamu.
Ingatlah bahawa kamu sekarang jauh di belakang Zahid Hamidi dan Shafie Apdal. Kalau ikut hukum alam, kamu bukan lagi calon Perdana Menteri. Hanya sepupu kamu dapat memenuhi cita-cita kamu.
Ingatlah Hishammuddin Bin Hussein cita-cita kamu untuk menjadi Perdana Menteri hampir menjadi abu.

Insaflah wahai Hishammuddin Bin Hussein bahawasanya ahli-ahli Umno adalah RAJA bukannya kamu.
Bahawa kini baru kamu tahu akan langit itu ada tinggi dan rendahnya.
Berubahlah wahai Hishammuddin Bin Hussein.
Jika kamu masih mahu terus dengan kebangsawanan kamu, pemilihan sekali lagi akan menjadi tarikh perkuburan karier politik kamu.

BARISAN MAJLIS TERTINGGI UMNO 2013-2016
PENGERUSI TETAP | ||
BIL. | NAMA | GAMBAR |
1 | BADRUDDIN BIN AMIRULDIN – MENANG TANPA BERTANDING |
TIMBALAN PENGERUSI TETAP | |||||
BIL. | NO CALON | NAMA | UNDI | GAMBAR | |
1 | 01 | MOHAMAD BIN HAJI AZIZ | 166 |
PRESIDEN | ||
BIL. | NAMA | GAMBAR |
1 | MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK – MENANG TANPA BERTANDING |
TIMBALAN PRESIDEN | ||
BIL. | NAMA | GAMBAR |
1 | MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN – MENANG TANPA BERTANDING |
NAIB PRESIDEN | |||||
BIL. | NO CALON | NAMA | UNDI | GAMBAR | |
1 | 01 | AHMAD ZAHID BIN HAMIDI | 188 | ||
2 | 03 | MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL | 177 | ||
3 | 02 | HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN ONN | 101 |
MAJLIS TERTINGGI | |||||
BIL. | NO CALON | NAMA | UNDI | GAMBAR | |
1 | 16 | MUSTAPA BIN MOHAMED | 186 | ||
2 | 31 | JAMIL KHIR BIN BAHAROM | 186 | ||
3 | 49 | IDRIS BIN HARON | 185 | ||
4 | 04 | ISMAIL SABRI BIN YAAKOB | 184 | ||
5 | 18 | IDRIS BIN HJ JUSOH | 184 | ||
6 | 13 | AHMAD SHABERY BIN CHEEK | 181 | ||
7 | 15 | ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM | 181 | ||
8 | 32 | ABD RAHMAN BIN DAHLAN | 181 | ||
9 | 44 | HASAN BIN MALEK | 168 | ||
10 | 01 | SHAHIDAN BIN KASSIM | 166 | ||
11 | 40 | MOHAMAD BIN HJ HASAN | 165 | ||
12 | 25 | JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS | 161 | ||
13 | 20 | RAZALI BIN IBRAHIM | 157 | ||
14 | 19 | MAHDZIR BIN KHALID | 155 | ||
15 | 10 | ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN | 146 | ||
16 | 06 | ANNUAR BIN HAJI MUSA | 143 | ||
17 | 21 | MOHD PUAD BIN ZARKASHI | 127 | ||
18 | 41 | TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN | 127 | ||
19 | 36 | AZALINA BINTI OTHMAN | 119 | ||
20 | 33 | ABD. LATIFF BIN AHMAD | 115 | ||
21 | 02 | SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH | 111 | ||
22 | 26 | MOKTAR BIN RADIN | 104 | ||
23 | 14 | AB AZIZ BIN KAPRAWI | 101 | ||
24 | 63 | REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN | 97 | ||
25 | 17 | SOHAIMI BIN SHAHADAN | 90 |
Friday, October 18, 2013
HISHAM KALAH? MUKHRIZ MENANG?
Jam 9 pagi esok, bermulalah proses pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan AJK bahagian di 191 bahagian Umno di seluruh negara kecuali Sarawak.
Esok, 146,500 perwakilan akan mengundi untuk memilih 3 Naib Presiden dari 6 calon dan 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi dari 64 calon.
Penglibatan perwakilan yang ramai ini adalah hasil dari pindaan kepada Perlembagaan Umno yang dibuat pada Oktober 2009 bagi memperluaskan dan memindahkan kuasa memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi ke peringkat Bahagian serta menghapuskan kuota untuk bertanding.
Esok juga kita akan mengetahui samada gandingan Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal kekal sebagai Naib Presiden atau muka baru akan mengambil alih.
Kempen sedang sengit di akar umbi terutamanya dari kem Hishammuddin. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga ramai meramalkan beliau akan tewas kali ini.
Siapa menang, ganjarannya besar. Pemenang adalah bakal Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya ditakdirkan sesuatu berlaku kepada orang No 1 dan No 2 negara yang sudah agak berusia. Tambahan pula ada disebut orang, Muhyiddin akan mengundur diri sebelum 2017.
NAIB PRESIDEN
Sebenarnya, tidak banyak pilihan untuk Jawatan Naib Presiden.
Ramai meramalkan Zahid dan Shafie akan menang mudah dan tempat ketiga menjadi rebutan antara Hishammuddin, Mukhriz Mahathir, Ali Rustam dan Isa Samad.
Perwakilan Umno perlu membuat pertimbangan demi masa depan parti. Ahli Majlis Tertinggi yang akan dipilih nanti adalah jentera PRU-14 pada 2018 nanti.
Apakah pemimpin yang kalah semasa PRU-13 seperti Mohd Ali Rustam, Saifuddin Abdullah dan Puad Zakarshi mahu dipilih oleh perwakilan?
Kalau kawasan Parlimen sendiri pun ketiga-tiga ini tidak boleh jaga, adakah perwakilan mahu memberi kepercayaan kepada mereka untuk memimpin parti?
Tetapi Umno memang parti yang pelik.
Najib Razak layak memimpin Umno kerana beliau menang besar di Parlimen Pekan semasa PRU-13 yang lalu. Malahan beliau mendapat majoriti yang TERTINGGI iaitu 35,613 undi.
Muhyiddin Yassin boleh lah kita terima sebagai Timbalan Presiden walaupun setakat meraih undi majoriti 13,432 undi.
Tetapi calon popular Naib Presiden, Zahid, hanya mendapat 2,108 undi majoriti di Parlimen beliau, Bagan Datok.
RAMALAN
1. Zahid: Menang mudah. Naib Presiden No 1. Katanya Zahid akan mendapat sokongan dari 174 bahagian.
2. Shafie Apdal: Menang mudah. 157 undi.
3. Hishammuddin: Ramai meramalkan Hishammuddin akan kalah. Reputasi Hishammuddin begitu buruk sehingga dilabelkan "Mat Lembik" di bahagian-bahagian. Jelapang meramalkan Hishammuddin akan MENANG dengan hanya menduduki tempat ketiga dengan undi yang terendah dalam sejarah politik Hishammuddin. Tidak mungkin Najib Razak akan membiarkan sepupunya terkapai-kapai kelemasan. Sudah pasti pada ketika ini Najib sudah mengeluarkan ARAHAN kepada Ketua-Ketua Bahagian agar menyelamatkan sepupunya.
4. Mukhriz Mahathir: Ramai yang tidak kena mengena dengan Umno amat mengharap dan yakin Mukhriz akan menang. Mengikut firasat Jelapang, Mukhriz akan kalah teruk. Jangan terkejut sekiranya kedudukan Mukhriz di bawah Isa Samad dan Ali Rustam. Kem Najib tidak mahu Mukhriz menang kerana kemenangan Mukhriz akan mengubah lanskap politik Umno dan akan memendekkan "NYAWA" Najib sebagai PM. Ketua-ketua bahagian di Kedah ada di antaranya tidak boleh langsung mendengar nama Tun Mahathir.
Mungkin ramai tidak mempercayainya, tetapi rasanya lebih ramai pemimpin Umno di Kedah tidak meminati Dr Mahathir dari Umno di negeri-negeri lain. Pemimpin Umno Kedah berpendapat Mukhriz menjadi Menteri Besar bukan kerana ketokohannya tetapi lebih kepada "paksaan" yang dibuat oleh Dr Mahathir terhadap Najib.
Jelapang menjangkakan Mukhriz akan hanya mendapat sokongan dari 8 undi dari 15 bahagian di Kedah.
5. Ali Rustam: Kalah teruk semasa PRU-13 (kalah dengan majoriti 5,447 undi). Ini faktor penting yang akan menentukan keputusan terhadap Ali Rustam. Bagaimanapun, sekiranya Ali menang, ini adalah disebabkan perwakilan mengenang budi beliau kerana menganugerahkan mereka gelaran Dato dan keprihatinan beliau kepada kebajikan mereka dan sering ke kenduri kahwin anak-anak mereka.
6. Isa Samad: Isa seharusnya sedar bahawa karier politik seseorang perlu ada noktahnya. Kita tidak akan menang kesemuanya dan hilang kesemuanya. Apa pun Isa adalah seorang ahli politik kental. Pernah digantung oleh Umno, pernah jadi Menteri Besar, pernah jadi Menteri dan pernah menjadi Adun. Walaupun melalui pelbagai rintangan, beliau kini masih bergelar Ahli Parlimen dan menerajui salah satu agensi terbesar Kerajaan, Felda. Apapun, tiada tempat Naib Presiden untuk Isa.
AHLI MAJLIS TERTINGGI
Hanya satu harapan Jelapang yang malangnya tidak akan kesampaian. Bagi Jelapang, Ahli Majlis Tertinggi Umno perlu lah dianggotai oleh pemimpin terbaik Umno dan mendapat sokongan tinggi rakyat. Pemimpin perlu lah bersih atau dilihat bersih.
Malangnya, itu bukan aspirasi Umno.
Di bawah Jelapang senaraikan KELAB PEMIMPIN 10,000 Umno.
Mereka-mereka ini telah menang dengan besarnya di dalam PRU-13 di mana majoriti yang diperolehi melebihi 10,000 undi. 21 pemimpin ini adalah dari kumpulan 120 pemimpin Umno yang bertanding semasa PRU-13 di mana hanya 88 dari mereka saja yang menang. Malangnya ada di antara mereka yang mampu membawa perubahan kepada Umno dan negara mengambil keputusan untuk tidak bertanding.
KELAB 10,000 UMNO
1. NAJIB RAZAK (Pekan) 35,613 Undi - Presiden Umno
2. AZALINA OTHMAN SAID (Penggerang) 26,992 - Bertanding MKT
3. SHAFIE APDAL (Semporna) 20,905 - bertanding Naib Presiden
4. KHAIRY JAMALUDDIN (Rembau) 18,357 - Ketua Pemuda Umno
5. HALIMAH SADIQUE (Tenggara) 17,196 - bertanding MKT.
6. ABDUL LATIF AHMAD (Mersing) 15,747 - bertanding MKT.
7. ABU BAKAR MOHAMAD DIAH (Tangga Batu) 15,633 tidak bertanding
8. JAMALUDDIN JARJIS (Rompin) 15,114 - bertanding MKT
9. GHAFUR SALLEH (Kalabakan) 14,221 - tidak bertanding
10. AHMAD MASLAN (Pontian) 13,727 - Ketua Penerangan
11. NASRUN MANSUR (Silam) 13,387 - tidak bertanding
12. MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) 12,842 - Timbalan Presiden Umno
13. AHMAD SHABERY CHIK (Kemaman) 12,306 - bertanding MKT
14. NAWAWI AHMAD (Langkawi) 11,861 - tidak bertanding
15. AHMAD HAMZAH (Jasin) 11,763 - tidak bertanding
16. NORAINI AHMAD (Parit Sulong) 11,753 - Exco Wanita Umno
17. SHAZIMAN ABU MANSOR (Tampin) 11,162 - tidak bertanding
18. HISHAMMUDDIN HUSSEIN (Sembrong) 10,631 - bertanding Naib Presiden
19. ROSNAH SHIRLIN (Papar) 10,535 - Exco Wanita Umno
20. JOHARI BAHAROM (Kubang Pasu) 10,444 - tidak bertanding
21. SHAHRIR SAMAD (Johor Baru) 10,134 - tidak bertanding.

Thursday, October 17, 2013
AHLI PARLIMEN BERKEMPEN DI PADANG GOLF DI THE MINES
Sekarang tiada berita lain yang kita baca dan lihat di dada-dada akhbar dan stesen TV utama kecuali cerita kempen calon-calon yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi.
Kalau boleh mereka mahukan berita mereka dikeluarkan di muka depan, kalau tidak, muka belakang yang dikhaskan untuk berita sukan pun tidak mengapa.
Maka sehari dua ini, akan ramai lah calon-calon membuat sidang akhbar. Bapak-bapak Menteri akan bercakap mengenai Kementerian mereka, yang bukan Menteri tetapi baru dilantik sebagai Pengerusi agensi kerajaan akan bercakap mengenai agensi mereka.
Kalau kenyataan sebagai Pengerusi kurang mendapat tempat di akhbar, maka ada yang menggunakan kedudukan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak membuat kenyataan team bolasepak mereka dengan harapan berita dan gambar mereka keluar di mukasurat belakang yang dkhaskan untuk berita sukan.
Ada calon-calon merasakan tidak cukup gambar beliau keluar suratkhabar, maka mereka-mereka yang berjawatan Menteri akan membuat lawatan sambil belajar ke pejabat-pejabat akhbar dengan harapan keesokannya akan keluar gambar mereka sedang berbual dengan Ketua-Ketua Editor.
Kalau itu pun tak cukup, maka mereka akan membeli ruangan di akhbar untuk meletakkan gambar mereka sebesar-besar mungkin.
Salah satu iklan yang Jelapang tidak boleh lupa ialah iklan seorang calon Naib Presiden mempromosikan KOPI cap "TUDYA".
Tetapi semua ini, kata orang Kedah, tak boleh "chelen" (challenge) apa yang sedang berlaku pagi ini dan petang ini di padang golf The Mines di Palace of the Golden Horses.
Kelmarin ada kawan ajak ke Kuala Lumpur kerana ada jemputan Golf di Palace of the Golden Horses pagi ini. Kalau tak sempat main pagi, katanya, kita main petang.
Katanya jemputan dibuat oleh seorang Ahli Parlimen dan bekas Menteri yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi.
Tak dapat lah Jelapang nak ikut serta sebab: pertama, Jelapang tak reti main golf. Kedua: banyak lagi daging-daging korban yang Jelapang nak sedekahkan kepada orang-orang susah di kampung.
Kawan Jelapang kata, kalau tak pergi RUGI BESAR. BUKAN MURAH nak main Golf. Kata dia, dia sinilah TIGER WOODS, MARK O'MEARA, NICK WATNEY, BO VAN PELT, KARRIE WEBB, RACHEL HERRINGTON, dan ANNIKA SORENSTAM main.
Jelapang hanya kenal Tiger Woods. Yang lain kita tak kenal sebab tak pernah pun terfikir orang kampung macam kita mampu nak main golf.
Dia kata kalau pi, dapat DUIT RM500, CURUT SEBATANG, bilik FREE selain dapat main golf FREE. Hadiah golf pun, katanya, LUMAYAN.
Banyaknya duit Ahli Parlimen ini, kata Jelapang.
Kata kawan saya, Ahli Parlimen ini KAYA.
Bagaimana pun, kawan Jelapang tak dapat ke KL juga kerana di Kedah ini, Hari Raya Haji kita rayakan besar-besaran. Untunglah perwakilan yang duduk dekat KL.
Jelapang buat sedikit semakan mengenai Kelab Golf di Mines.
Kalau nak main, satu flight RM1,200 untuk ahli. Begitu mahalnya kalau nak main. http://www.minesgolfclub.com/web/
Oleh itu, kepada perwakilan yang membaca blog ini, sempat lagi kalau nak ke MINES untuk kutip RM500 serta CURUT yang mungkin berharga RM100 sebatang.
Maaf kepada YB Ahli Parlimen yang menganjurkan Golf di The Mines pagi dan petang ini kerana Jelapang tak dapat menyertai 300 orang yang akan bermain bersama YB hari ini.
Jelapang nak kena agihkan daging-daging korban ini kepada orang miskin. Harga daging pun dah mahal. RM25 sekilo. Seorang dapat sekilo pun dah cukup.
Kalau dibuat perbandingan, harga sekilo daging, 48 kali ganda murahnya dari satu flight golf di The Mines.
Selamat BERGOLF DAN BERKEMPEN YB!
P/S: Sesiapa yang berminat untuk menonton pertandingan Golf tersebut, silalah ke Mines petang ini.

Saturday, October 12, 2013
HEBATNYA UMNO: SITI ZAHARAH YANG TELAH BERSARA PUN MENANG
Mengikut laporan sebuah akhbar, bekas Ketua Wanita Umno Dr Siti Zaharah Sulaiman yang tewas kepada Rafidah Aziz pada pemilihan Umno 2000 menang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar di Pahang hari ini.
Begitulah hebatnya Umno. Orang yang sudah bersara pun boleh kembali hidup karier politiknya.
Jelapang berharap bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik juga dipilih semula sebagai Ketua Bahagian minggu depan.
Mengikut rakan Jelapang, sekiranya Bekas Menteri Besar Kedah Sanusi Junid dan MB Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad turut bertanding, sudah pasti mereka juga berpeluang menang.
Begitulah hebatnya Umno.
Friday, October 11, 2013
SHAHIDAN MENGAJAR ZAHID MENJADI "RAJA MEMBALING BATU, SEMBUNYI TANGAN"
"Saya fikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka. Kita dapat bukti, kita tembak dulu." - Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamid Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat.
http://serbukcili.blogspot.com/2013/10/panas-tembak-dulu.html
Kenyataan Zahid ini mengundang kritikan dari pelbagai pihak. Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan Zahid dengan menyalahkan media kerana menyiar kenyataan beliau. Antaranya Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang kini dilantik sebagai Menteri oleh Najib Razak.
Kata Shahidan: "Tindakan oleh media tersebut sangat tidak beretika dan tidak menghormati majlis tersebut kerana ia berlangsung secara tertutup dan tidak wajar ia didedahkan kepada umum. Apa haknya untuk mereka membuat laporan dalam sebuah majlis tertutup, bayangkan kalau hak mereka dilanggar, bagaimana perasaan mereka." http://my.news.yahoo.com/pendedahan-ucapan-tertutup-zahid-tidak-beretika-kata-shahidan-071747384.html
Kita tidak berminat hendak mengulas kenyataan Zahid. Zahid bakal Perdana Menteri kalau kita ambil kira cakap-cakap di akar umbi, beliau akan menang besar semasa pemilihan Umno pada 19 Oktober nanti.
Dengan kemenangan yang besar dan dinobatkan sebagai Naib Presiden No 1, Zahid mempunyai peluang besar menggantikan Najib dan Muhyiddin Yassin tidak lama lagi. Sebagai calon Perdana Menteri, sudah pasti Zahid telah menggunakan kebijaksanaan beliau untuk membuat kenyataan seumpama itu.
Ramai juga yang mengkritik cara Shahidan mempertahankan Zahid dengan menghentam media. Jelapang tidak terkejut dengan kenyataan Shahidan.
Dah lama Jelapang mengikuti gerak geri Shahidan. Siapa tidak kenal Shahidan. Orang Perlis mana yang tidak kenal Shahidan.
Jelapang kenali Shahidan sebagai "KAKI BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".
Itu lah kerja Shahidan selama ini di Perlis, dari dahulu dan sehingga kini. Tanyalah bekas Menteri Besar Perlis Isa Sabu, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid.
Kenyataan Shahidan mengenai Zahid seolah-olah mengajar Zahid "JADILAH MACAM AKU", "baling batu, sembunyi tangan".
Zahid adalah seorang Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri.
Ke mana saja beliau pergi, beliau adalah Menteri kepada 28 juta rakyat Malaysia, siang dan malam.
Zahid bukannya Menteri waktu pejabat dan selepas waktu pejabat statusnya kembali sebagai rakyat biasa. Keistimewaan yang diberikan kepada Zahid dinikmati beliau siang dan malam.
Kalau di pejabat dilindungi oleh bodyguard polis, waktu malam pun dikelilingi oleh bodyguard polis.
Kalau Zahid membuat kenyataan secara terbuka, ianya dilihat sebagai pandangan kerajaan dan akan dilihat sebagai dasar kerajaan.
Kalau Zahid membuat kenyataan secara tertutup, walaupun di hadapan 10 orang sekali pun, ianya akan dilihat sebagai nada kerajaan.
Kenyataan Zahid, secara terbuka atau tertutup, adalah pendirian kerajaan.
Oleh itu apabila Shahidan mengkritik media kerana menyiarkan kenyataan tertutup Zahid, maka Shahidan mengajar Zahid supaya "tiru macam saya".
Di Perlis, saya (Shahidan) "RAJA BALING BATU SEMBUNYI TANGAN".
Thursday, October 10, 2013
APABILA MB NEGERI SEMBILAN PERLI MENTERI JAGA AYAM & HISHAMMUDDIN HUSSEIN KELAM KABUT
Geli hati apabila kita membaca cerita-cerita kempen pemilihan sekarang ini. Semalam terbaca kisah Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan mempermainkan Menteri-Menteri Kabinet termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hassan Malek.
Kata satu laporan akhbar semalam: Mohamad Hasan memperli beberapa Menteri yang telah menggunakan taklimat rasmi untuk berkempen terutamanya Hassan Malek yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi, yang dikatakan menggunakan taklimat mengenai harga ayam untuk berkempen.
"Turun harga ayam apa? Kempenlah ni. Kempen saja. Jangan takut - disambut dengan ketawa para hadirin di majlis tersebut (terjemahan)."
http://www.nst.com.my/nation/general/fun-sessions-in-negri-and-malacca-1.371825
Sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba Hishammuddin Hussein, sepupu Najib Razak, umpama seperti terjaga dari tidur.
Seperti mana pemilihan-pemilihan sebelum ini, ramai pemimpin "ditelanjangkan" di akar umbi termasuk Hishammuddin.
Di akar umbi tersebar cerita mengenai seorang Menteri yang sekarang bertanding jawatan tinggi di dalam Majlis Tertinggi Umno malas bekerja, malas pergi pejabat, bangun tidur lambat dan kerap pergi bercuti tetapi rajin mencuri publisiti.
Jelapang anggap ini semua fitnah politik menjelang pemilihan Umno 19 Oktober ini.
Semalam TV3 menyiarkan temuramah bersama Hishammuddin. Sebelum ini, tiba-tiba kita terbaca cerita Hishammuddin hadir untuk menyaksikan majlis ujian pendaratan kapalterbang di KLIA2.Di akhir majlis tersebut Hishammuddin mengumumkan KLIA2 selamat. Rasa nak ketawa pun ada, nak menangis pun ada bila kita baca cerita Hishamuddin ini.
http://english.astroawani.com/news/show/hishammuddin-klia2-is-safe-23406
Sebelum ini kita dihidangkan dengan gambar Hishammuddin bermesra dengan Shahrizat Jalil dan pemimpin-pemimpin Wanita Umno di Kluang.
Kita dapat mengagak kenapa Hishammuddin Hussein tiba-tiba sibuk.
Mengikut apa yang kita dengar, Hishammuddin akan kalah dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno.
Jelapang pun merasakan perwakilan Umno akan menolak Hishammuddin kali ini.
Yang menariknya, kita mahu melihat bagaimana Najib mahu menyelamatkan sepupunya kali ini.