Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Abu Bakar Abdullah meletakkan jawatan?Itulah khabar angin yang disebarkan atau tersebar sekarang ni berikutan kontroversi SBPA yang mengoncang perkhidmatan awam ketika ini disebabkan oleh kegagalan Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan memastikan skim ini diterima anggota perkhidmatan awam.
Niat yang baik sebaliknya menjadi pahit dan tidak semena-mena menjadi masalah besar kepada Umno, Kerajaan dan BN.
“Tak adalah, saya masih bekerja lagi.” Kata Abu Bakar menafikan khabar angin beliau telah meletakkan jawatan. http://beritaharian.org/kp-perkhidmatan-awam-nafi-letak-jawatan-2.html
Kalau benarpun Abu Bakar meletakkan jawatan, kenapa hanya beliau yang perlu merasakan bertanggungjawab atas kesilapan ini?
Kakitangan awam seringkali diinggatkan agar sentiasa memartabatkan integriti. Kalau integriti menjadi tulang belakang perkhidmatan awam, Sidek perlu memberi contoh yang baik dengan tampil bertanggungjawab di atas kekusutan isu SBPA ini.
Inilah budaya yang perlu ditukarkan di negara ini. Apabila isu lembu dibangkitkan, keluarga Shahrizat Jalil menyalahkan orang lain kecuali diri mereka sendiri.
Apabila isu SBPA menjadi serius, khabar angin ditiupkan bahawa Abu Bakar perlu disalahkan.
Skim SBPA yang disemak semula akan diumumkan pada 12 Mac nanti. Kita menunggu samada perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam isu ini telah diselesaikan atau pihak atasan perkhidmatan awam masih mementingkan diri mereka dengan menaikkan gaji mereka menggunung dan tidak mempedulikan pekerja bawahan atau mereka perihatin dengan keperitan hidup kakitangan bawahan?
Kita ingin tahu samada gaji Peguam Negara masih RM80,000 sebulan dan gaji Sidek RM60,000 sebulan seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider baru-baru ini.
http://www.themalaysianinsider.com/litee/print/malaysia/fatter-paycheque-for-top-officials-sparks-anger-in-civil-service/
Seharusnya skim gaji kakitangan awam didedahkan kepada umum untuk berlaku adil kepada golongan bawahan.
Di era ini, tiada lagi yang dapat dirahsiakan, kerana suatu hari nanti akan diketahui jua.

0 comments:
Post a Comment