Wednesday, March 31, 2010

NAJIB MASIH BELAJAR MENJADI PM?

3 April 2010. Genaplah setahun Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Masih segar diingatan kita akan peristiwa hitam BN semasa PRU 12 pada Mac 2008.

Musibahnya, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan disebabkan desakan dari akar umbi Umno. Antara yang lantang menyuarakan pandangan terbuka terhadap kepimpinan Pak Lah pada masa itu ialah Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim.

Tekanan ini terlalu kuat sehinggakan Pak Lah terpaksa mengundur diri walaupun beliau bercita-cita untuk bertahan sehingga 2010. Mungkin ketika itu, Pak Lah tidak mahu dikenang sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah politik negara.

Sekiranya Pak Lah bertahan sehingga 2010, sudah pasti Allahyarham Tun Hussein Onn akan kekal sebagai Perdana Menteri paling singkat menyandang jawatan dan tahun ini merupakan tahun peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6. Mungkin setakat itu saja rezeki Pak Lah.

Setahun Najib menyandang jawatan dan hari ini rakyat berpeluang menilai dan mengKPI Najib sebagai Perdana Menteri.

BN tewas kerana keangkuhannya. BN tewas kerana rasuahnya. BN tewas kerana kerakusan pemimpinnya pada masa itu.

Ini saja tiga perkara yang hampir memusnahkan keperkasaan Umno dan BN dalam PRU 12 dahulu. Najib berjanji akan melakukan perubahan dalam Umno dan BN. Harapan kita ialah tiada lagi keangkuhan dalam Umno dan BN, tiada lagi rasuahnya dan tiada lagi kerakusannya.

Apakah Umno dan BN telah berubah? Apakah Najib berjaya merubah Umno dan BN?

Jawapannya TIDAK atau untuk berlaku adil kepada Najib, mungkin jawapannya BELUM.

Adakah begitu sukar untuk membawa perubahan dalam Umno? Kalau hendak seribu daya. Mereka yang telah merosakkan imej Umno masih mendapat tempat dalam kerajaan dan parti.

Memang tidak dinafikan banyak tindakan positif yang dilakukan oleh Najib. Ada KPI, ada NKRA dan Model Ekonomi. Tetapi ini hanyalah hiasan sampingan. Yang akan mencantikkan Najib ialah apabila tiada lagi rasuah, merendah dirinya pemimpin Umno dan hilangnya kerakusan ahli-ahli Umno.

NKRA, KPI dan Model Ekonomi hanya bedak dan lipstik (gincu) untuk menambahkan keayuan sipengantin.

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam turut membuat penilaian beliau mengenai Najib selepas setahun.

Kata Tun Dr Mahathir: "Setahun tidak cukup untuk (membuat penilaian), sebenarnya dia masih belajar menjadi seorang Perdana Menteri. Najib baru saja memperkenalkan dasar ekonomi beliau, kita perlu melihat samada prestasi beliau adalah seperti mana yang dijanjikan." http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-47348020100331

Itu kata Tun Dr Mahathir. Sebenarnya tiada masa untuk seseorang belajar menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri adalah Perdana Menteri. Hanya mereka yang mempunyai perwatakan seorang Perdana Menteri harus dipilih menjadi Perdana Menteri.

Kita berada dikurun ke 21 bukannya tahun 1960an. Harapan rakyat menggunung tinggi, dan rakyat mengharapkan perubahan. Malangnya, kita perlu terus menanti akan kedatangannya.

Sunday, March 28, 2010

MCA KINI DIPIMPIN PRESIDEN SKANDAL SEKS

Chua Soi Lek hari ini dipilih sebagai Presiden MCA yang baru setelah menewaskan penyandang jawatan dan Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat dan bekas Presiden MCA Ong Ka Ting dalam pemilihan MCA hari ini. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=486014

Kontroversi skandal seks Soi Lek berakhir dengan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

Anwar Ibrahim juga dituduh terlibat dengan skandal seks dan musibahnya ialah Anwar disingkir sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Presiden Umno dan Umno.

Tetapi hari ini, skandal seks bukan lagi menjadi penghalang untuk meneruskan karier politik. Chua Soi Lek membuktikannya hari ini.

Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Anwar dilihat tidak layak menjadi pemimpin kerana skandal seks nya.

Ramai juga pemimpin dunia yang hilang jawatan mereka kerana skandal seks. Adakah pentadbiran Najib Razak akan menerima Chua Soi Lek sebagai anggota kabinet beliau?

Perlantikan anggota Kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri. Melantik Chua Soi Lek sebagai Menteri akan mengundang pelbagai tohmahan kerana pemimpin seperti Chua Soi Lek tidak layak dilantik memimpin rakyat.

Kalau orang seperti Chua Soi Lek boleh menjadi Menteri Kabinet, maka bagi pemimpin-pemimpin akan datang, melibatkan diri dalam skandal seks bukanlah satu masalah yang besar untuk menjadi pemimpin.

Apa pun terpulang kepada Najib.

Saturday, March 27, 2010

BAKAL CALON BN DI HULU SELANGOR?

Tiga nama disebut-sebut bakal dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Mereka ialah Muhammad Muhammad Taib yang dilihat telah menjauhkan diri dari Umno selepas digugurkan sebagai Menteri oleh Najib Razak, Zainal Abidin Sakom yang terserlah dengan isu Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dan Timbalan Presiden MIC G.Palanivel. Apa yang kita harapkan ialah muka baru kerana kemuakan kita dihidangkan dengan muka-muka lama seolah-olah BN ketandusan pemimpin.





Thursday, March 25, 2010

PILIHARAYA KECIL DI HULU SELANGOR

Al-Fatihah

Ahli Parlimen Hulu Selangor Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia sebentar tadi kerana barah.

Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/57541-hulu-selangor-mp-dies

Ini juga bermakna pilihanraya kecil ke 10 akan diadakan sejak pilihanraya umum Mac 2008.

Ini juga merupakan peluang untuk Barisan Nasional menilai samada ianya diterima semula oleh rakyat atau Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor kini ditolak oleh pengundi.

Kalau berdasarkan kepada keputusan pilihanraya 2008, BN mempunyai harapan besar merampas kembali kerusi Hulu Selangor yang dimenangi PKR dengan hanya 198 undi pada PRU 12. http://en.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_Ahmad_(politician)

Ketika itu, BN di wakili G.Palanivel, Timbalan Presiden MIC. 53.94 peratus pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu, 26.67 peratus Cina, 18.98 peratus adalah India dan 0.41 peratus adalah "lain-lain bangsa". Dengan kata lain, jumlah pengundi bukan Melayu ialah 46.06 peratus.

Siapa penentunya? Bukan Melayu.

Tuesday, March 9, 2010

DYMM SULTAN JOHOR: EXCO JOHOR TAK JALANKAN TUGAS

Dua perkara menarik perhatian rakyat negeri Johor minggu lalu.

PERTAMA
Ghani Othman, Menteri Besar Johor, pitam ketika sedang bermain golf di Kelab Golf Diraja Johor. Ghani diberi rawatan pesakit luar di sebuah hospital swasta dan dinasihatkan berehat.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=480366

KEDUA
Kenyataan DYMM Sultan Johor di dalam akhbar the Star Ahad lalu. Antara kenyataan DYMM Sultan ialah:

"Baginda mahukan ahli-ahli politik dan kakitangan awam Johor memperbaiki diri dan berkhidmat untuk rakyat atau mereka akan disingkirkan. Baginda menekankan bahawa Kerajaan Negeri Johor bukan Kerajaan Santa Claus dan setiap anggota pentadbiran negeri perlu berkerja kuat dan memperlihatkan hasil prestasi mereka."

Dan DYMM Sultan juga bertitah: "Beberapa ahli Exco Negeri Johor tidak melaksanakan tugas seperti yang diharapkan. Mereka ini dilantik semasa Almarhum Ayahanda Beta. Beta cukup menghormati Almarhum Ayahanda Beta tetapi Beta sekarang adalah Sultan Johor dan Beta mahu melihat perubahan." http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/7/nation/5812152&sec=nation

Kita mendoakan agar Ghani cepat sihat supaya beliau dapat melaksanakan perubahan yang dinanti-nantikan oleh DYMM Tuanku. Amin.

Friday, March 5, 2010

ROMBAKAN KABINET MEI NANTI

Rombakan kabinet?

Spekulasi mengenai rombakan kabinet menjadi buah mulut ramai apabila Najib Razak bercakap mengenai perlunya beliau menilai prestasi Menteri Kabinetnya setiap enam bulan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive

Tetapi apabila selepas enam bulan perlantikan anggota Kabinet dibuat dan tiada sebarang rombakan dilakukan, spekulasi tersebut sepi berikutan kenyataan Najib bahawa beliau puashati dengan prestasi Menteri-Menteri beliau.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3983:06-jul-najib-puas-hati-komitmen-jemaah-menteri-capai-kpi&catid=366:2009-07&Itemid=27

Hari ini MCA mengumumkan bahawa ia akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan 28 Mac nanti. Dengan kata lain, akan ada anggota Kabinet dari MCA yang akan tewas dalam pemilihan nanti. Mungkin Ong Tee Keat, mungkin Kong Cho Ha, mungkin Ng Yen Yen dan mungkin Liow Tiong Lai. Menteri MCA yang tewas akan hilang jawatan Kabinetnya.

Bulan April nanti, cukuplah setahun Najib menjadi Perdana Menteri, begitu juga dengan anggota Kabinetnya. Kini tibalah masanya prestasi Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dinilai. Perdana Menteri akan dinilai prestasinya oleh rakyat sementara Najib akan menilai prestasi Menteri-Menterinya.

Ada Menteri yang diselubungi kontroversi yang menyaksikan dua Setiausaha Politiknya disiasat SPRM, ada Menteri yang sudah berusia 68 tahun dan dilihat tidak sesuai di portfolio beliau kerana pandangan purba beliau terhadap medium komunikasi baru seperti YouTube, Facebook dan Twitter.

Ada Menteri yang sibuk menembak kaki Perdana Menteri dari membantu menaikkan populariti beliau. Ada Menteri seperti yang dilihat tidak sensitif terhadap masalah rakyat apabila menaikkan harga gula dengan memberi alasan untuk mengurangkan kes-kes kencing manis.

Ada Menteri yang asyik ke luarnegeri tanpa sebarang hasil. Ada Menteri yang asyik bercakap mengenai pelaburan asing tetapi entah bila pelaburan asing akan datang ke Malaysia dan ada Menteri yang asyik memberi amaran tanpa sebarang tindakan. Ada Menteri yang asyik mengekori isteri Perdana Menteri ke sana ke mari.

Ada juga bekas Menteri yang melobi untuk kembali sebagai Menteri dan ada juga kaki demonstrasi yang betul-betul kempunan nak jadi Menteri. Ada juga MP yang baru kahwin artis teringin nak jadi Menteri.

Yang pasti, Najib akan membuat rombakan kepada kabinet beliau dan rombakan ini akan berlaku selepas April nanti apabila tamatnya sidang Parlimen yang akan bermula seminggu dari hari ini.

Kabinet sekarang merupakan kabinet campuran Kabinet Najib-Pak Lah. Selepas 28 Mac nanti adalah peluang keemasan untuk Najib menamakan Kabinet beliau sendiri yang 100 peratus orang Najib.

Itupun sekiranya Najib benar-benar serius untuk membawa perubahan atau samada Najib berani membuat perubahan.

Tuesday, March 2, 2010

RAIS YATIM: ANAK-ANAK MENGHADAP FACEBOOK LEBIH DARI MENGAJI QURAN

Semalam Menteri Komunikasi Rais Yatim yang dilahirkan pada tahun 1942 muncul di TV3 untuk disoaljawab oleh penemuramahnya Manja Ismail antaranya mengenai Facebook dan Twitter.

Antara ungkapan menarik Rais ialah:

“Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji al-Quran. Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik. http://hafizquran.blogspot.com/2010/03/rais-yatim-anak2-kita-menghadap.html

Sebelum ini Rais membuat kenyataan berikut mengenai Facebook dan Twitter:

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=468837

Tidak semestinya kita harus bersetuju dengan pandangan Rais ini.

Monday, March 1, 2010

SIAPAKAH PEMIMPIN UMNO BERSIKAP MALAYSIAN-MALAYSIA?

Adakah MPM atau Majlis Perundingan Melayu pengganti Umno?

Orang Melayu sudah berpuak-pauk dan berparti-parti. Sebenarnya apa perlunya Majlis Perundingan seumpama ini kerana Umno masih mampu memperjuangkan hak-hak orang Melayu kalau pemimpin-pemimpinnya memilih untuk menjadikan ketuanan Melayu asas utama perjuangannya dan bukannya memperjuangkan kepentingan peribadi masing-masing.

Tetapi bekas Ketua Perhubungan Umno Selangor Khir Toyo berpandangan tidak mustahil MPM mengambil peranan dari Umno untuk memperjuangkan hak keistemewaan orang Melayu.

Kata Khir Toyo: " "Saya lihat hari ini banyak isu melibatkan hak kepentingan orang Melayu diperjuangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan lain-lain lagi sehinggalah kepada penubuhan MPM. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan berasas perjuangan memelihara hak serta kepentingan orang Melayu, saya fikir UMNO seharusnya memainkan peranan lebih aktif dalam soal-soal yang melibatkan orang Melayu."

Lebih serius apabila Khir Toyo berkata ada segelintir pemimpin UMNO bersikap seperti 'Malaysian-Malaysia' ekoran terlalu banyak memenuhi tuntutan yang dibuat kaum lain. Siapa mereka? Hanya Khir Toyo yang mengetahui siapa mereka ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm