Tuesday, March 31, 2009

SELAMAT BERSARA, TUN LAH!

Tepat jam 10 pagi, Jumaat ini, 3hb April, 2009, bertempat di Istana Negara, akan berakhirlah era Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima dan bermulanya era Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang keenam.

Pak Lah akan meninggalkan Istana Negara dengan gelaran Tun. Begitunya isteri beliau yang akan bergelar Tun Jeanne Abdullah.

22hb Mac 2004, Abdullah juga hadir di Istana Negara (gambar) untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri selepas menang besar dalam pilihanraya ke11 yang diadakan sehari sebelum itu. Jumaat nanti, Abdullah akan kembali ke Istana Negara. Kali ini untuk menyaksikan pertabalan Timbalan beliau sebagai Perdana Menteri yang baru.

Ketika BN menang besar pada 2004, Tun Khalil Yaakob, yang ketika itu Setiausaha Agung BN, menyifatkan kemenangan besar itu "99.9% semata-mata kerana Pak Lah."

Tetapi apabila BN kalah di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan, orang di sekeliling Pak Lah tidak pula menyalahkan beliau sebaliknya mendakwa "kita tidak kalah, kita hanya dapat kurang kerusi".

Tun Lah akan meninggalkan persada politik negara dalam suasana Umno dan BN terumbang-ambing dilanda badai politik. Harapan ahli-ahli Umno dan BN kini jatuh ke pangkuan Najib. Gagal Najib, berkuburlah Umno. Berjaya Najib, selamatlah Umno.

Hukuman yang diterima oleh Umno kini adalah berpunca dari kepimpinan Tun Lah. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diwawancara oleh Mishal Hussein dari BBC terus mengkritik Tun Lah walaupun Sabtu lalu kedua-dua mereka bersalaman di atas pentas Umno di PWTC.

Berikut ialah antara komen Tun Dr Mahathir mengenai Tun Lah. (Diterjemah mengikut kesesuaian)

Mishal: Saya tertanya-tanya di mana silapnya Pak Lah sebab beliau adalah orang yang Tun bimbing untuk mengambil alih pentadbiran negara tetapi Tun tidak senang dengan apa yang dilakukan Pak Lah.

Dr Mahathir: Pak Lah melakukan banyak perkara yang salah. Pertama, beliau membenarkan ahli keluarganya campurtangan bukan sahaja dalam hal ehwal parti malah hal ehwal pentadbiran negara juga. Penasihat-penasihat utamanya ialah ahli-ahli keluarga beliau dan sekumpulan orang muda yang dilantik oleh menantunya.

Mishal: Tetapi tidak kah penglibatan ahli keluarga di dalam pentadbiran negara adalah perkara biasa di Malaysia. Anak Tun pun bertanding untuk memegang jawatan dalam Umno. Sebenarnya Tun kecewa kerana anak Tun tidak dipilih?

Dr Mahathir: Beliau aktif dalam politik selepas saya bersara sebagai Perdana Menteri. Saya memberitahu anak-anak saya supaya tidak terlibat dalam politik sehingga saya meletakkan jawatan sebab saya tidak mahu dituduh cuba membina sebuah dinasti.

Mishal: Tetapi Tun mahu melihat nama Mahathir berterusan dalam politik?

Dr Mahathir: Apa salahnya kalau dia layak?

Mishal: Bagaimana dengan Perdana Menteri baru Najib Razak, juga seorang yang Tun kenali. Apa pandangan Tun terhadap beliau dan adakah beliau akan menjadi seorang Perdana Menteri yang baik?

Dr Mahathir: Jelas Najib mempunyai rekod yang baik dan beliau adalah seorang pentadbir yang baik. Tetapi Najib mempunyai beberapa kelemahan dan disebabkan oleh itu kita tidak berapa pasti samada Najib boleh menangani masalah yang dihadapi oleh parti dan kerajaan.

Mishal: Tidak berapa menggalakkan, agaknya? Maksud saya Najib adalah pemimpin dari parti Tun sendiri.

Dr Mahathir: Memang benar. Najib adalah dari parti saya yang dahulu. Sekurang-kurangnya beliau dari parti saya yang kini saya bukan lagi ahli. Tetapi saya mahu berterus-terang. Saya tidak peduli siapa yang rasa terluka, walaupun sekiranya parti saya yang menerima akibatnya, sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan, saya akan mengkritik.

Mishal: Saya membangkitkan perkara ini kerana Tun mempunyai rekod memilih dan membimbing pegganti. Salah seorang darinya ialah Anwar Ibrahim, juga Abdullah Badawi. Najib Razak adalha yang ketiga. Apabila mereka ini hampir berkuasa atau dinobatkan, Tun serang mereka.

Dr Mahathir: Mereka bukan anak didik saya. Saya tiada pilihan tetapi terpaksa memilih salah seorang dari mereka sebagai Timbalan dan mereka tidak membuktikan mereka berkemampuan untuk mentadbir dan saya terpaksa bertindak terhadap mereka.

Mishal: Sekiranya Tun begitu kritikal terhadap pemimpin dari Umno maka sudah tiba masanya untuk berubah. Mungkin Umno bukan lagi parti yang harus memimpin Malaysia?

Dr Mahathir: Umno adalah parti yang baik. Ia berfungsi lebih 50 tahun tetapi sejak di bawah pimpinan Abdullah, Umno menjadi parti reput dan sudah tidak mampu memenangi pilihanraya yang lazimnya kita menang.

Mishal: Jadi semuanya salah selepas Tun bersara, adakah ianya begitu?

Dr Mahathir: Tidak. Semuanya rosak bila Abdullah mengambil alih pentadbiran.

Mishal: Dalam tempoh yang sama?

Dr Mahathir: Ianya tidak sama. Orang lain pada masa itu juga boleh dilantik. Najib sebenarnya Naib Presiden parti yang paling kanan ketika itu. Dia sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri selepas saya tetapi saya memikirkan beliau masih mudah dan saya berpendapat saya harus berikan peluang pada Abdullah untuk mentadbir negara.

Mishal: Mari kita lihat beberapa kritikan terhadap Umno. Ia dituduh parti perasuah. Mengenepikan akar umbi. Abdullah Badawi mengatakan Umno terlalu selesa. Kini menghadapi saat kematian. Maksud saya perkara seumpama ini tidak mungkin berlaku sekelip mata. Tidak kah Tun serba sedikit bertanggungjawab terhadap perkara ini? Tun memimpin Umno selama 22 tahun.

Dr Mahathir: Saya memimpin Umno selama 22 tahun. Tidak sekali pun atau dalam sebarang pilihanraya saya gagal mendapat sokongan rakyat. Saya sentiasa mendapat mandat 2/3. Pertama kali dalam sejarah kita tidak mendapat mandat 2/3 ialah selepas lima tahun di bawah pentadbiran Abdullah.

Mishal: Tidakkah Tun melakukan sebarang kesilapan sepanjang 22 tahun?

Dr Mahathir: Kesilapan saya ialah memilih Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Mishal: Itu saja kesilapan Tun selama Tun berkuasa selama 22 tahun?

Dr Mahathir: Ya, sebab selepas saya mengundur diri, Umno menang besar. Sekiranya saya meninggalkan partu dalam keadaan tenat, mereka tidak akan menang besar pada 2004.
http://www.malaysiakini.com/news/101377

SELAMAT BERSARA, TUN LAH!!!

Monday, March 30, 2009

NAJIB "TUNGGU JE LAH"

1 Mac 2009: "Memang, ada rancangan (menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Razak) yang saya buat, jadi kita perlu ikut rancangan itu," komen Pak Lah di sidang akhbar Sidang Kemuncak Asean ke 14 di Hua Hin, Thailand.

30 Mac 2009: "Tunggu jelah. Jangan minta saya cakap apa-apa. Semua ini akan berlaku bila tiba masanya. Peralihan akan berlaku." - Pak Lah selepas melancarkan projek Puncak Baru bersempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru di ibunegara hari ini.
http://www.malaysiakini.com/news/101277

Bukan kali pertama Abdullah Ahmad Badawi disoal bila beliau akan menyerahkan jawatan kepada Presiden Umno Najib Razak. Jawapan beliau hari ini ialah "tunggu je lah".

Apakah begitu sukar untuk Pak Lah untuk berterus-terang dengan rakyat akan tarikh beliau ingin menyerahkan jawatan kepada Najib? Apa masalahnya? Apa muslihatnya?

Komen-komen seumpama ini yang dibuat oleh Pak Lah menjadi punca kepada khabar angin, spekulasi dan modal pembangkang untuk kempen pilihanraya.

Komen "tunggu je lah" menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi hari ini.

Ada yang mengatakan Pak Lah tidak akan meletakkan jawatan Khamis ini dan ada yang mengatakan Pak Lah akan meletakkan jawatan hanya tiga bulan dari sekarang.

Kalau benar spekulasi ini, maka Najib kena "tunggu je lah".

Sunday, March 29, 2009

DOSA PAK LAH KEPADA UMNO













































































































































GAMBAR-GAMBAR ini yang membawa seribu makna sudah cukup menggambarkan di mana silap Pak Lah sepanjang pentadbiran beliau. Tepuk dada, tanya selera.

Saturday, March 28, 2009

TERIMA KASIH TUN!

TERIMA KASIH, TUN! Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menebus kesilapan beliau yang lalu.

Petang tadi, Tun hadir untuk menyaksikan satu lagi coretan sejarah dalam politik negara. Sejarah di mana era Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno berakhir.

Sepanjang era Pak Lah, Umno lemah dan Melayu dihina sehinggakan keris yang menjadi lambang bangsa Melayu tidak lagi boleh dihunus kerana takut menguris perasaan orang lain. Begitulah lemahnya orang Melayu.

Ini semua adalah musibah dari kesilapan Tun Dr Mahathir kerana memilih Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Tun sudah pasti tidak akan melupai bagaimana bapak-bapak Menteri dihalang oleh Pak Lah dari bertemu Tun selepas Tun bersara. Bagaimana bapak-bapak Menteri yang pernah menjadi ahli Kabinet di bawah Tun tidak memperdulikan Tun ketika Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara.

Petang tadi, bapak-bapak Menteri yang ketika itu menikam Tun dari belakang berebut-berebut di atas pentas Perhimpunan Umno untuk mencium tangan Tun.

Begitulah hipokritnya pemimpin Umno. Selepas ini, Pak Lah akan dicemuh. Najib Razak akan disanjung. Itulah lumrah Umno.

Kritikan-kritikan pedas Tun akhirnya memaksa Pak Lah berundur diri. Akhirnya Tun sendiri terpaksa menyelamatkan bangsa Melayu dari terus di rundung malang dek perbuatan seorang Melayu bernama Abdullah Ahmad Badawi.

Terima kasih Tun kerana menebus kesilapanmu yang lalu. - 70k

Wednesday, March 25, 2009

KHAIRY & SHAHRIZAT MENANG?


Khairy Jamaluddin dan Shahrizat Jalil mendahului dalam pengiraan undi untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pergerakan Wanita Umno.

Itulah cakap-cakap dari PWTC buat masa ini.



Sunday, March 22, 2009

MAHATHIR KEPADA NAJIB: JANGAN PILIH PERASUAH!

Bagi bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad pastinya amat memahami krisis kredibiliti dan kepimpinan yang melanda Umno pada ketika ini. Kritikan beliau kepada Abdullah Ahmad Badawi pedas. Tetapi kritikan beliau terhadap Umno lebih keras.

Dalam tulisannya semalam, Dr Mahathir memberi pandangan ikhlas beliau mengenai Umno. Berikut ialah petikan dari tulisan beliau mengenai:

PAK LAH: "Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah."

PENCALONAN UMNO: "Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan."

IMEJ UMNO: "Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri."

PELUANG MEMBERSIHKAN UMNO YANG TERLEPAS: "Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu PELUANG PERTAMA untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan."

"PELUANG KEDUA untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk."

"Tetapi terdapat satu lagi PELUANG (KETIGA) untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13."

MUSIBAH KEPADA UMNO DAN NAJIB: "Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya."
Pandangan Tun: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pemilihan-majlis-tertinggi-umn.html#more

Saturday, March 21, 2009

MAHLIGAI RM28.4 JUTA KEPUNYAAN JAMILAH TAIB

Blogger Sarawakheadhunter adalah antara yang pertama menyiarkan laporan ini yang disiarkan oleh akhbar Ottawa Citizen di Kanada. Kita semua tahu anak Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Jamilah Taib, bermastautin di Kanada.

Tetapi siapa sangka, sekiranya benar berita yang disiarkan Ottawa Citizen ini, mahligai Jamilah seindah ini dan nilainya tidak terhingga.

Begitulah bertuahnya sesetengah insan dibumi tercinta kita, Malaysia. Kata orang dulu-dulu, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa lah tahu."


Rockcliffe 'palace' Ottawa's No. 2 home

New house valued at $9,609,000, 2nd only to Cowpland mansion

By Michael Prentice,

The Ottawa CitizenJanuary 19, 2009
The handsome new home of Ottawa developer Sean Murray and his wife, Jamilah Taib, has shot to No. 2 among Ottawa's most expensive private residences, as measured by the Municipal Property Assessment Corp. (MPAC).

The couple's house at 688 Manor Ave. in Rockcliffe Park, completed late last year, is worth $9,609,000, (RM28,383,627) assessors have decided. That puts it second only to that of neighbours Marlen and Michael Cowpland. The Cowplands' modern mansion at 234 Perley Crt. has an updated assessment value of $12,535,000.

The Cowpland residence has been controversial because of its ultra-modern look, which some traditionalists have grumbled is out of place in Rockcliffe Park, where many of Ottawa's most expensive homes are located.

The new home of Mr. Murray and Ms. Taib has a more traditional look, which blends in with older, and much smaller, houses nearby. Its construction has been the talk of Rockcliffe for months.

Well-heeled neighbours were impressed when the couple showed off their new home at a recent house-warming and Christmas party.

"It's incredible," one guest said. "It is not so much a house as a mansion. A lot of the guests were likening it to an old English manor. But it is a very new English manor."

The guest, who asked not to be identified, added: "There is marble and the colour of gold everywhere, and there must be 20 chandeliers on the ground floor. It's like a palace, really."
The home's proud owners also offered dinner for 14 at their residence in a recent auction in aid of nearby Ashbury College. The catalogue described the house as a "magnificent home gleaming with marble and gold." The prize went for $3,000.
The Murray-Taib home has cathedral ceilings throughout the ground floor, and about 12,500 square feet of living space. It takes up much of the lot size of less than one acre. It was designed by the architectural firm of Nicholas Caragianis.
MPAC's assessments are used to determine property taxes, meaning Mr. Murray and Ms. Taib will have a property tax bill of about $100,000. The Cowplands will pay about $130,000.
Like many home owners, both couples will get a bit of a break on their property taxes this year and the next two because the new assessments are being phased in over four years.
Assessors decided a home like that of Mr. Murray and Ms. Taib would have increased in value by about 14 per cent between January 2005, when assessments were last done, and January 2008, when the latest assessments took effect.

The Murray-Taib home took over the No. 2 spot from the home of Beata and Philip Garel-Jones at 120 Lansdowne Rd., also in Rockcliffe Park. Their home was assessed at $9,325,000. The couple bought it from technology multimillionaire Antoine Paquin for $8.25 million several years ago.
Michael Potter and Terence Matthews, two other technology multimillionaires, are fourth and fifth on the list, compiled by the Citizen from property rolls. Mr. Potter's property was assessed to be worth $8,443,000, about $3 million of which was in the value of land he acquired from his back-fence neighbour, the U.S. ambassador.

Mr. Matthews' home in Kanata was one of only four from outside Rockcliffe in the top 25 assessments.

The most valuable homes in Ottawa are owned by either property developers or high-tech moguls. The sole exception is Daniel Bellemare, one of the owners of Farm Boy fruit and vegetable stores. His renovation and expansion of a traditional Rockcliffe home has earned praise from residents who deplore a trend to demolish old homes in the village and replace them with much larger new houses.

Ottawa Senators hockey star Jason Spezza's new home did not make the top 25 on assessed value, even though he paid $3.75 million for the modern house on Mayfair Avenue, off Island Park Drive. The house had been listed for $6 million. The house's assessed value for 2008 is $2,316,000. That means Mr. Spezza will be getting a good deal on his property taxes, or the purchase price was high, or a combination of the two.
- - -
Ottawa's 25 Highest-Assessed Homes
Address Owners 2005 assessment 2008
234 Perley Crt. Marlen Cowpland $11,815,000 $12,535,000
688 Manor Ave. Sean Murray, Jamilah Taib $8,418,000 $9,609,000
120 Lansdowne Rd. Beata & Philip Garel-Jones $8,680,000 $9,325,000
299 Soper Pl. Michael Potter $8,091,000 $8,443,000
1-7 Oakes Wood Terence Matthews $5,271,000 $5,798,000
390 Buena Vista Rd. Daniel Bellemare $4,275,000 $5,260,000
572 Manor Rd. Manju Singhal $4,488,000 $5,259,000
540 Hillsdale Rd. Subhash Malhotra $3,668,000 $4,438,000
313 Acacia Ave. Stephen & Sandra Assaly $3,349,000 $3,788,000
211 Soper Pl. Subhash Aggerwal $3,331,000 $3,783,000
361 Mariposa Ave. Nicholas & Suzanne Dawes $3,421,000 $3,677,000
247 Soper Pl. Shirley Yang $3,032,000 $3,451,000
118 Willingdon Rd. Angela Singhal $2,939,000 $3,369,000
291 Buchan Rd. David Jonathan Berks $2,816,000 $3,351,000
89 Glebe Ave. Claire Bennett $3,075,000 $3,344,000
480 Manor Ave. David Marshall $2,867,000 $3,331,000
393 Fernhill Rd. Konstantin & Jennifer Kotzeff $2,916,000 $3,325,000
16 Crescent Rd. Mary Jane Manley $2,908,000 $3,321,000
725 Manor Ave. John & Sherril Wallack $2,794,000 $3,276,000
503 Minto Pl. Hojjat & Carol Ann Salemi $2,872,000 $3,247,000
111 Coltrin Rd. Kenneth & Christina Loeb $3,303,000 $3,154,000
4 Audubon Pl. Alexander & Lorna Maclaren $2,469,000 $3,111,000
474 Lansdowne Rd. Andrew Lebel $2,765,000 $3,100,000
1721 Old Montreal Rd. Leighton & Deborah Powell $2,655,000 $3,017,000
255 Soper Pl. Timothy & Michele Hayman $2,684,000 $2,948,000
Note: These are estimated values set by the Municipal Property Assessment Corporation (MPAC), an agency formed by the Ontario government. They represent what the homes might have sold for in January 2005 and January 2008. Some of the homes were not built in 2005, or have been modified or expanded since then. In these cases, the 2005 value is what the home might have sold for if it had existed at that time.
© Copyright (c) The Ottawa Citizen

Friday, March 20, 2009

MUHYIDDIN PASTI DIHUKUM!

“Wallahi, saya tidak buat kerja itu semua." - Muhyiddin Yassin (Mac 18, 2008)

Bagi penganalisis politik, sumpah seumpama ini dari seorang calon Timbalan Presiden sudah cukup menggambarkan bahawa Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan terdesak.

Muhyiddin pasti tahu sentimen di akar umbi selepas Ali Rustam diharamkan bertanding jawatan nombor dua parti kerana terlibat dengan rasuah politik wang.

Kenapa Muhyiddin sanggup bersumpah? Beliau sanggup bersumpah kerana Muhyiddin menyedari peluang beliau untuk kalah amat besar minggu depan kerana beliau kini didakwa oleh para penyokong Ali sebagai punca Ketua Menteri Melaka itu digantung dari bertanding.

Sebenarnya, kalau Ali tidak digantung sekali pun dari bertanding, Muhyiddin dikatakan tetap akan kalah dalam pemilihan nanti.

Kini, apa yang berlaku kepada Ali akan lebih menyukarkan peluang Muhyiddin untuk menang. Penyokong Ali dikatakan akan "menghukum" Muhyiddin dengan memberi sokongan padu kepada Mat Taib untuk jawatan Timbalan Presiden dan mungkin atas sebab itu lah Muhyiddin sanggup melafazkan ungkapan "Wallahi".

Sumpah Muhyiddin adalah berikutan sms yang disebarkan oleh orang tertentu yang berbunyi: "xxxxx xxxxx beri wang rm200 x 400 orng = rm80,000 pd perwakilan jerantut melalui adik menteri; XXXX bantu sykt anak xx xxxxxxxxxx yg hampir bankrup. ini semua bukan rasuah? kita desak (1) semua ahli lembaga disiplin mesti letak jawatan (2) XXXX disiasat berapa AP Miti keluarkan sejak bulan april 2008 lalu. (3) semua calon yang lain juga disiasat. jika tak, Umno akn kalah dlm PRU 13 nanti kerana tak puas hati dgn cara Umno".

Kalau sentimen akar umbi Umno menjadi kenyataan minggu hadapan. Maka Mat Taib akan dipilih oleh 2,500 lebih perwakilan Umno menjadi Timbalan Perdana Menteri yang akan memimpin negara dan 26 juta rakyat Malaysia.

Semuga Allah menyelamatkan kita.

Thursday, March 19, 2009

TINGKAT 4: ADAKAH PAK LAH BERCAKAP BENAR?

"... apa yang terungkap dari mulut Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) berhubung ketetapan Limbang di pejabat Suruhanjaya Malaysia di Brunei itu, seharusnya dikenang sebagai legasi sangat bermakna dalam lembaran sejarah hubungan akrab Malaysia-Brunei, terutama dalam keadaan beliau menghampiri penghujung khidmat jawatannya. " - Berita Harian (Malaysia).

LEGASI? Itulah pandangan wartawan Berita Harian yang bersama Pak Lah semasa lawatan terakhir beliau ke Brunei beberapa hari lalu.

Tetapi lain pula laporan di Brunei. Ini laporannya:

"Timbalan Menteri Luar Brunei Darussalam, Lim Jock Seng menafikan Brunei membincangkan isu kedaulatan daerah Limbang dengan Malaysia pada Isnin lalu. Menurut beliau, pemimpin kedua-dua negara hanya membincangkan isu berhubung penentuan sukatan di sempadan darat. Ini boleh didapati dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut."
http://malay.cri.cn/601/2009/03/19/125s96477.htm

Oleh itu siapa yang betul dan siapa yang bercakap tidak benar? Secara tidak langsung, Lim Jock Seng menasihatkan Pak Lah dan Kerajaan Malaysia untuk meniliti kenyataan bersama yang dikeluarkan Pak Lah dan DYMM Sultan Brunei untuk menentukan samada benar Brunei menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang. (Kenyataan bersama Pak Lah dan DYMM Sultan Brunei: http://www.mfa.gov.bn/news/20090316a.htm)

Perlu dinyatakan bahawa selepas meneliti kenyataan bersama ini, ia tidak langsung menyentuh mengenai pengguguran tuntutan Brunei terhadap Limbang.

Jadi siapa yang tersilap? Utusan Malaysia melaporkan Brunei dengan rasminya menggugurkan tuntutan terhadap Limbang. Begitu juga Berita Harian, New Straits Times dan The Star.

Kalau keempat-empat akhbar media arus perdana ini melakukan kesilapan dalam laporan mereka, seharusnya wartawan yang membuat laporan diambil tindakan dan dipecat.

Atau mungkinkah Pak Lah tersalah dengar semasa mengadap DYMM Sultan Brunei.

Kita masih menanti jawapannya dari Tingkat 4 Pejabat Perdana Menteri. Kita sebagai rakyat yang marhaen ingin tahu siapa yang salah dengar, siapa yang silap cakap dan siapa yang memalukan negara kerana kita semua nak tidur lena.

Monday, March 16, 2009

ALI RUSTAM DIGANTUNG?

4 PETANG, 17 MAC, 2008: Sidang akhbar Lembaga Displin Umno.

Apakah nasib Ketua Menteri Melaka Ali Rustam? Pelbagai khabar angin tersebar mengenai calon Timbalan Presiden ini. Ada yang mengatakan beliau telah dikenakan tindakan tunjuk sebab. Ada yang mengatakan akan digantung 3 tahun. Ada yang mengatakan beliau akan diminta mengundur diri dari bertanding dan ada yang mengatakan beliau akan dihalang dari bertanding.


Malam tadi Ali Rustam berada di atas pentas di Hotel Blue Wave di Shah Alam untuk diperkenalkan oleh Perhubungan Umno Selangor kepada para perwakilan sebagai calon Timbalan Presiden.


Kalau tiada aral melintang, sejam sebelum Lembaga Disiplin mengadakan sidang akhbar, Ali mungkin berada di Bangunan Umno Ipoh untuk diperkenalkan pula kepada perwakilan Umno Perak.


Apa pun, Ali sempat memberi sedikit komen mengenai khabar angin mengenai beliau. Kata beliau malam tadi, "tunggulah pengumuman Lembaga Disiplin".


Sekiranya Ali seorang sahaja digantung, apakah ia bermakna hanya beliau seorang sahaja yang melakukan kesalahan?


Sementara itu, ramai pemimpin lain pastinya turut menanti pengumuman Lembaga Disiplin esok. Antaranya Mike Tyson, Norza Zakaria, Azalina Othman Said, Shahaniza Shamsuddin, dan Ida Rahayu Md Noor.

Sunday, March 15, 2009

GUAN ENG: JANGAN SALAHKAN AKHBAR!

"Dalam pilihan raya lepas mereka tulis memburuk-burukkan kami, kami sedia hadapinya. Dengan atau tanpa NST kami sentiasa survive. Kami menggesa rakyat Pulau Pinang, jika mereka ingin membaca hal benar mengenai Pulau Pinang, jangan beli NST." - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=396411

Marah betul Lim Guan Eng kepada New Straits Times disebabkan satu komentar yang bertajuk "What's your beef, Guan Eng?"

Memang benar kata Guan Eng bahawa New Straits Times dimiliki Umno tetapi Guan Eng perlu terima hakikat bahawa walaupun akhbar tersebut milik parti pemerintah, Umno juga turut dikritik hebat oleh oleh New Straits Times dan media arus perdana lain.

Ketika kerajaan menarik balik kenaikan tol tempoh hari, New Straits Times meletakkan simbol U-Turn bagi mengambarkan sikap "flip-flop" kerajaan. Namun Umno dan Kerajaan tidak komplen atau bercadang memboikot dan tidak membeli akhbar New Straits Times.

Guan Eng juga kena terima hakikat bahawa tanpa publisiti yang disiarkan oleh media arus perdana terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak kemana. Lihatlah publisiti-publisiti yang disiarkan oleh New Straits Times dan Berita Harian mengenai kerajaan Selangor.

Ketika ahli-ahli Keadilan mengadakan demontrasi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan menghantar seekor lembu, New Straits Times menyiarkan gambar tersebut di muka hadapan begitu juga dengan berita-berita pihak pembangkang menyerang pemimpin Umno.

Lihatlah berita-berita mengenai Khir Toyo di dada akhbar arus perdana begitu juga tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap bakal Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.

Kalau ada orang yang seharusnya tidak berpuashati dengan New Straits Times ialah pemimpin Umno bukannya Guan Eng.

Oleh itu, Guan Eng hendaklah belajar menerima kritikan. Melarang pembaca tidak membeli New Straits Times bukan caranya menyelesaikan masalah beliau di Pulau Pinang.

Saturday, March 14, 2009

SIAPA SABOTAJ KHIR TOYO?

SIAPA sabotaj Khir Toyo?

Mukhriz Mahathir, anak mantan Perdana Menteri, kata "bukan saya".
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/National/2504633/Article/index_html

Bagaimana dengan Khairy Jamaluddin?

Khairy belum lagi membuat keputusan untuk menjawab tuduhan Khir Toyo ini.

Khir Toyo menuduh terdapat satu pakatan di dalam Umno untuk memusnahkan reputasi beliau ketika pemilihan Umno. Lebih serius lagi, beliau menuduh orang tertentu dalam Umno telah berkerjasama dengan pembangkang untuk memusnahkan imej beliau.

Ini berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri Selangor yang berlangsung minggu ini. Antara isunya, Khir di tuduh:

* membeli hartatanah di Mekah pada 2007

** menyalahgunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000 untuk kegunaan isteri beliau Zaharah Kechik.

Khir seharusnya mendedahkan siapa yang bertanggungjawab menjatuhkan maruah beliau. Tuduhan pemimpin Umno bersekutu dengan pembangkang adalah terlalu serius untuk di remeh temehkan. Adalah baik pucuk pimpinanan Umno mendesak Khir Toyo mendedahkan siapa musuh dalam selimut Umno ini.

### Sementara itu, kita amat berharap Jawatankuasa Disiplin Umno atau pucuk pimpinan Umno tampil menjelaskan atau mematikan khabar angin kononnya Ali Rustam yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Khir Toyo sedang disiasat kerana terlibat dengan politik wang.

Untuk pengetahuan Ali Rustam dan Khir Toyo, pelbagai khabar angin disebarkan mengenai mereka berdua.

Kononnya akan digantung bertahun-tahun dan ada yang menyebarkan khabar angin kononnya Presiden parti memberi restu kepada Jawatankuasa Disiplin menyerahkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua mereka.

Adalah tidak manis dan tidak adil kepada Ali Rustam dan Khir Toyo diperlakukan seumpama ini sekiranya mereka berdua suci bersih bak kata perpatah umpama sehelai kain putih.

Blogger Pasquale menulis kononnya sumber beliau memberitahu Ali Rustam dan Khir Toyo sedang disiasat atas tuduhan politik wang. http://barkingmagpie.blogspot.com/

Kita berharap khabar angin ini dapat dihentikan. Kalau ada kes terhadap Ali Rustam dan Khir Toyo, ambil saja tindakan. Jawatankuasa Disiplin Umno perlu adil. Mereka tentunya tidak mahu dilihat sebagai memilih bulu. Kalau tidak, tampil untuk membersihkan nama Ali Rustam dan Khir Toyo.

Malahan kita perlu menabik sikap keterbukaan Jawatankuasa Disiplin. Mereka pernah menggantung seorang Naib Presiden (Isa Samad). Oleh itu kita yakin, Jawatankuasa Disiplin pasti akan tampil ke hadapan untuk berlaku adil kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

Tidak adil kalau Khir Toyo membuat tuduhan melulu tanpa berterus-terang. Tidak adil pada Mukhriz dan tidak adil pada Khairy kerana kedua-dua adalah lawan beliau untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.

SKETSA PARLIMEN 6 (FEB 24/09): TENTERA, LAGU P.RAMLEE,TAIB MAHMUD & CORRUPT

Isu-isu kematian 6 orang di tembak polis di Kampung
Kemunting Karangan Kulim.

Ada penjenayah, polis pergi hendak tangkap mereka, mereka tembak kepada polis, untuk mempertahankan diri, polis tembak balik, semua mati, selalu macam ini. Apa yang pelik ialah biasanya tiada seorang polis pun yang kena peluru, tidak cedera. Biasanya kereta polis pun tidak ada tanda peluru. - Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

Bukan, bukan hendak polis mati. Akan tetapi apa yang saya tanya it’s a status of imagination. Tiap kali ada macam ini, shoot out, tiap kali hanya penjahat semua mati sekali tetapi tidak ada satu tanda pun kereta polis pun tidak kena peluru. Jadi, ertinya jika apa yang polis kata ini betul, mereka ditembak dahulu ertinya penjenayah di Malaysia ini are very bad shot. Tidak boleh tembak dengan betul. Jadi, you boleh ambil masa, jangan tembak kepada kepala, jangan tembak pada dada, tembak kaki dia lah. Kenapa tembak sampai mati? . - Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput)

Hendak buat macam mana, polis ada latihan. Perompak, penyamun, gengster ini tembak kalau kena ada banyak polis yang kena. Jadi, kita hendak suruh polis mati, itu kita tidak ada apa-apa. Perompak, penjenayah ini kadang-kadang dia sudah bunuh orang, sudah rompak orang, rogol orang. Apa kita hendak menyebelahi penjenayah? - Mohamad Aziz (Sri Gading)

(Peristiwa Sauk) … pegawai-pegawai tentera lebih prihatin tentang nyawa manusia. Polis kalau dia tangkap, dia bunuh tetapi kerana pegawai tentera terlibat (di Sauk) mereka mainkan lagu P. Ramlee. - Gobalakrishnan (Padang Serai)

Mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pagi ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan kerana BPR sebelum ini sudah tidak berkesan. Dilihat sebagai mengamalkan penguatkuasaan secara berpilih dihantui, dikaburi oleh prasangka dan juga tidak profesional. Itulah sebab SPRM ditubuhkan. Kalau begitu mengapakah orang yang sama yang dulunya menjawat jawatan penting di BPR, sekarang pula menjawat jawatan penting di SPRM? - Lim Guan Eng (Bagan)

Mengenai etika Ahli Parlimen

… kita lupa bahawa rakyat telah memberi tempat kepada kita di Parlimen untuk mempertahankan hak rakyat di negara ini. Kita juga lupa bahawa rakyat meletakkan kita di sini bukan untuk menjadi pelakon filem cowboy dalam adegan tembak menembak antara satu sama lain dan kadang-kadang saya lihat Dewan yang mulia ini sudah macam pekan Cowboy. - Halimah Sadique (Tenggara)


Ahli Parlimen Kuala Krau (Ismail Said), saya harap saudara juga insaf tarbiah. Saya percaya saudara perlu ditarbiah kerana apabila saya mengatakan ini saya tidak melihat apa-apa pun unsur insaf di dalam kamu itu. Cara kamu kata itu saya sedih, saya sanggup memberikan nombor telefon Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz. Saya boleh berikan. Saya kenal Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang manusia yang boleh mendidik, mentarbiah, manusia yang jahat pun menjadi manusia yang baik. Saya berkenalan dengan Yang Amat Berhormat Tok Guru Nik Aziz 10 tahun. Kalau perlu Kuala Krau hubungi saya ataupun saya boleh mengambil cuti membawa, memandu kamu ke Kota Bharu. - Gobalakrishnan (Padang Serai)

Mengenai politik Sarawak

Kerajaan Negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud dikatakan satu kerajaan yang paling corrupt dan saya katakan itu adalah kerajaan yang paling corrupt dan di antara mereka yang mendalangi ini adalah Ahli Parlimen Kapit. – Gobalakrishnan (Padang Serai)

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-24022009.pdf

BUKIT GANTANG: ISMAIL SAFIAN?

ISMAIL SAFIAN. Inilah calon Barisan Nasional dari Umno yang akan cuba merampas semula kawasan Parlimen Bukit Gantang dari Pas dan Pakatan Rakyat April nanti.

Pemilihan Ismail adalah satu langkah yang cukup berani oleh kepimpinan Umno. Ismail merupakan bekas Ketua Penerangan dan bekas Setiausaha Umno Bahagian Bukit Gantang.

Ismail tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian Bukit Gantang November lalu dengan 30 undi kepada Ketua Bahagian sekarang. http://www.mmail.com.my/Split_over_personalities.aspx

Inilah saatnya untuk kita menyaksikan samada Umno sudah berubah atau masa ditakuk lama - menghadapi masalah memastikan calonnya menang.

Musuh utama Umno di Bukit Gantang pastinya bukan Pas, PKR atau DAP. Musuhnya ialah masalah dalaman. Apakah Ismail akan mendapat sokongan dari penyokong-penyokong Ketua Bahagian Rosli Husin dan Timbalan Ketua Bahagian Kamarulail Sulaiman yang juga antara yang tersenarai sebagai bakal calon? http://www.malaysiakini.com/news/98815

Atau masalah yang sama yang menghantui Umno Kuala Terengganu kini merebak ke Bukit Gantang? Semasa pilihanraya Kuala Terengganu, ramai di kalangan penyokong Umno kecewa dengan pemilihan Wan Ahmad Farid dan akibatnya, Umno tewas kali kedua dalam pilihanraya kecil selepas Pilihanraya Umum Mac 8, 2008.

Latarbelakang Ismail Safian: http://memobelakang.blogspot.com/2009/02/ismail-calon-favourite-di-bukit-gantang.html

Thursday, March 12, 2009

AZALINA DITIKAM PENA

Kata perpatah Melayu, mata pena lebih tajam dari sebilah pedang. Orang tua-tua dahulu memang petah bermadah. Kalau dilihat pada muka hadapan akhbar-akhbar arus perdana semalam, Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan pasti mengiakan perpatah ini, mata pena lebih tajam dari sebilah pedang.
Mana-mana ahli politik sudah pasti gundah-gulana sekiranya berita seumpama ini memenuhi dada akhbar. Kata orang, orang politik pantang tengok mikrofon dan pantang nampak pemberita. Ada benarnya. Tetapi inilah satu-satunya ketika dan suasana di mana orang politik merasa terseksa berhadapan dengan orang media.
Bagi Azalina, ianya satu pancaroba. Kebanyakan ahli politik terdahulu sudah pun jatuh ke tanah tewas dek pancaroba. Jarang yang dapat bertahan. Hanya seorang dua, antaranya Muhammad Muhammad Taib dan Abdul Rahim Thamby Chik yang kini bertanding jawatan tinggi dalam parti dapat bertahan.
Adakah Azalina mampu bertahan cabaran politik ini? Malaysian Insider sudahpun meramalkan berakhirnya karier politik Azalina. Paparan di New Straits Times ini membawa satu kesimpulan. Karier politik Azalina berada di ambang yang cukup mencabar walaupun beliau semalam memberanikan diri berhadapan dengan orang media dan menyatakan pendirian sanggup membantu BPR dalam siasatan mereka. Atau dalam bahasa mudah, Azalina mungkin sudah berada di penghujung jalan dalam perantauan karier politiknya.

Wednesday, March 11, 2009

SAH, SETIAUSAHA POLITIK AZALINA DISIASAT BPR

Akhirnya, Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan, mengesahkan setiausaha politik yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu lalu ada pegawai beliau.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh petang tadi, pejabat Azalina mengesahkan beberapa pegawai di pejabat beliau telah disoalsiasat oleh SPRM (dahulunya dikenali sebagai BPR).

New Straits Times melaporkan SPRM merampas dokumen dan fail dari Kementerian Pelancongan hari ini berhubung siasatan ke atas penglibatan pembantu Azalina dalam politik wang.
Laporan New Straits Times: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/20090311203247/Article/index_html

Azalina dilanda pelbagai kontroversi sejak memegang portfolio Menteri Pelancongan. Antara isu pembelian pasu yang bernilai RM105,000 yang dibangkitkan Lim Kit Siang di Parlimen dan isu Pempena.

Blogger Apanama meramal karier politik Azalina bakal berkubur. http://apanama2020.blogspot.com/2009/03/zoom-minister-doomed.html

Tuesday, March 10, 2009

ALI RUSTAM BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO?

Kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies Universiti Malaya pasti meletakkan calon-calon popular pemilihan Umno Mac 24 nanti dalam kegusaran.

Tiada orang politik yang sanggup membaca berita negatif mengenai dirinya, apatah lagi hari pemilihan semakin hampir.

Muhyiddin Yassin, Hishammuddin Hussein dan Mukhriz Mahathir pasti gelisah dek kajian yang dilakukan Universiti Malaya ini. Menurut Agenda Daily, Muhyiddin "tidak terganggu" dengan hasil kajian ini dan perwakilan tahu menilai pemimpin yang mereka pilih.

November lepas Muhyiddin calon favourite untuk jawatan Timbalan Presiden apabila memperolehi 91 pencalonan, Hishamuddin pula ditangga teratas calon Naib Presiden dengan 151 pencalonan dan Mukhriz di tempat pertama untuk jawatan Ketua Pemuda dengan 74 pencalonan.

Tetapi lain pula hari ini ketika pemilihan Umno tinggal 14 hari saja lagi. Bagaimanapun 14 hari adalah satu masa yang lama dalam politik. Pelbagai insiden boleh berlaku. Malahan semasa pemilihan, 24 jam sebelum pengundian dibuat di anggap tempoh yang cukup kritikal buat calon-calon yang bertanding. Begitulah sengitnya pertandingan dalam Umno.

Menurut kajian oleh Universiti Malaya yang disiarkan oleh New Straits Times hari ini, Ali Rustam jauh meninggalkan Muhyiddin. Kedudukannya seperti berikut:

TIMBALAN PRESIDEN
54% - Ali Rustam
35% - Muhyiddin Yassin
11% - Mat Taib

NAIB PRESIDEN
23% - Zahid Hamidi
18% - Rais Yatim
14% - Khalid Nordin
-
-
-
-
6% - Hishamuddin Hussein (tempat terakhir)

KETUA PEMUDA
46% - Khairy Jamaluddin
39% - Mukhriz Mahathir
- - Khir Toyo (tempat terakhir)

Rujukan: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2500421/Article/index_html

Monday, March 9, 2009

SKETSA PARLIMEN 5 (FEB 23/09): ISU MATEMATIK, SAINS, KUGAN & JJ

Berikut petikan-petikan dari sidang Parlimen pada Isnin 23 Feb.

Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]mengenai isu pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

“Kita dengar laungan daripada Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa keputusan UPSR, PMR itu membanggakan. Ada prestasi yang semakin baik. Saya mahu sentuh penanda aras antarabangsa. Kalau hendak bercakap daripada apa yang berlaku dalam negara Malaysia memanglah tidak habis dengan kebolehan, dengan kehebatan kita.

“Akan tetapi apabila kita fikir, bagaimanakah kalau kita gunakan seperti mana keputusan TIMSS 2007, the Trend in international Mathematics and Science Study ataupun trend pembelajaran Sains dan Matematik antarabangsa dijalankan sejak 1995 oleh The International Association for The Evaluation of Educational Achievement (IEA) untuk menilai, mengkaji prestasi pendidikan negara-negara di seluruh dunia dan dikeluarkan Disember 2008.

“Mereka menyatakan bahawa dari segi pemahaman dan amali subjek-subjek seperti biologi, kimia, fizik, pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia pada tahun 2007 berada di bawah negara-negara seperti Armenia, Lithuania, Slovenia dan Republic Czech.

“Tahun 2003, kita bandingkan keputusan 2007 ini dengan 2003. Kajian yang sama menunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke sepuluh dalam Matematik lebih baik dibandingkan dengan Australia, Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand manakala di dalam subjek Sains, kita di tangga ke 20 lebih tinggi daripada negara Itali dan Norway.

Jadi, 2003 ini sebelum pelaksanaan PPSMI. Maksudnya mereka buat ujian di dalam bahasa Melayu kerana mereka akan sesuaikan dengan keadaan di negeri atau negara tersebut. Semua ujian Matematik dan Sains dan semua subjek ini diadakan di dalam bahasa Melayu.

Kita tengok prestasinya jauh lebih hebat pada waktu itu daripada tahun 2007. TIMSS 2007, Malaysia di tangga ke 20 untuk kesemuanya.

Jadi kita bandingkan, kerana selalunya the top ten countries dengan izin, negara-negara yang mendapat tangga tempat yang tertinggi, tidak kisahlah semuanya menggunakan bahasa Ibunda. Ada yang mempersoalkan kata negara Singapura pun terkandung dalam keputusan TIMSS sebagai negara yang terbaik. Saya hendak ulang di sini, yang pentingnya Singapura ini bahasa Inggerisnya itu sudah seperti mother tongue.

“Kita lihat negara-negara seperti Cina, Jepun, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Korea menjadi negara yang tersohor dalam bidang Matematik dan Sains. Mereka tidak meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam pembelajaran ilmu-ilmu ini. -
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-23022009.pdf
Hasil kajian TIMSS 2007: http://timss.bc.edu/TIMSS2007/PDF/TIMSS2007_InternationalMathematicsReport.pdf

Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] – mengenai kematian M.Kugan dalam tahanan polis.

“Kalau ada orang mati dalam sel penjara siapa bertanggungjawab? Bukan saya katakan keseluruhan polis tetapi ada polis yang
bertanggungjawab. Contoh M. Kugan dia mati dalam penjara. Saya keluar dalam akhbar saya tidak mahu polis yang buat siasat. Kita mahu independent yang buat siasat bukan polis.

“Jadi kita minta ini Kugan ini dia mati dalam penjara kita tidak iktiraf polis siasat, kita tidak iktiraf. Rakyat keseluruhannya tidak iktiraf daripada 25 juta, 20 juta tidak iktiraf polis yang siasat. Kenapa? Takutkah kita yang mana polis menggunakan salah guna yang membunuh hukum dia. Kita tidak boleh bela polis kalau yang penjenayah, kita tidak boleh bela. Jadi kita minta supaya satu independent committee siasat kenapa dia mati.”

“Kita nampak dari cerita, daripada video apa semua, dia punya leher macam kena gantung, kena cekik kita tidak tahu. Jadi, kita minta independent punya penyiasatan di lapor dan diambil keputusan. Saya percaya sebab dia mati dalam penjara. Kalau pun dia penjenayah, apa besar pun jenayah yang dia buat, tentu bukan polis yang buat hukuman. Yang buat hukuman mahkamah, mahkamah. Kalau pun dia curi kereta, tak kan dia boleh dihukum gantung bukan?

Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] – mengenai tali pinggang untuk penumpang kerusi belakang kereta.

“Saya ingin kemukakan di sini ialah berkenaan dengan tali pinggang keledar. Tali pinggang keledar ini menyusahkan rakyat. Sebab apa saya katakan menyusahkan rakyat sebab tali pinggang keledar ini dalam bandar pun pakai tali pinggang sama ada di belakang atau di depan. Sepatutnya kalau kita mahu adakan tali pinggang keledar ini, dua kilometer di luar bandar, dalam bandar, dua kilometer tidak perlu pakai tali pinggang keledar.

“Mengapa saya katakan demikian. Kerana ini menggalakkan
rasuah. Dalam bandar, belum sempat pakai tali pinggang keledar sama ada di belakang atau di depan, depan sudah ada penguat
kuasa sama ada JPJ atau polis. Masuk, sudah salah. Mahu kena denda RM300. Dalam bandar. Belum lagi di highway.”

Karpal Singh (Bukit Gelugor) – mengenai tuduhan Jamaluddin Jarjis (Rompin) dituduh mencabul kehormatan seorang wanita

"Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Rompin ada menyatakan kenapa ahli dari Yang Berhormat Ipoh Barat tidak sokong saya. Akan tetapi sebelum saya jawab itu, saya mahu jawapan daripada Ahli Yang Berhormat dari Rompin. Kenapa sampai hari ini, sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan diambil; ke atas Yang Berhormat itu atas pertuduhan dia ada mencabul kehormatan seorang, seorang wanita? Satu laporan polis ada dibuat oleh wanita itu. Bolehkah saya dapat tahu kenapa ini dinafikan dan dipadamkan oleh Peguam Negara? Selepas itu saya jawab."

KARPAL SINGH & BURGER KING!


Berikut ialah temuramah The Star dengan Karpal Singh semalam. Petikan:

>You mentioned that Singh is King. Did you watch the movie?
(Saudara menyebut Singh is King (Singh adalah Raja). Adakah saudara menonton filem tersebut?)

I watched the movie and there is nothing like seeing a Sikh James Bond. It was very entertaining. (Saya menonton filem tersebut dan tidak lah sama macam menonton James Bond keturuanan Sikh)

>Can you relate to any character in the movie? (Bolehkan saudara menceritakan sedikit watak dalam filem tersebut?)

>Not that I want to relate. I just came out that day and said look here, don’t play around with me – Singh is King. Then you find (Datuk) Mukhriz Mahathir saying that I have insulted the Rulers by saying that. Then what about Burger King? I think there should be a limit to these things. I did not mean it in any derogatory way. It was more to say don’t play around with me. I think it’s gone quite well with the people. They can laugh and it’s nothing beyond that to say that I have insulted the monarchy.

(Bukanlah saya nak membangkitkannya. Satu hari saya berkata: Tengok sini, jangan buat main-main dengan saya – Singh is King. Kemudian kita dengar Mukhriz Mahathir berkata saya telah menghina Raja-Raja dengan berkata demikian. Kalau begitu, bagaimana dengan Burger King. Saya berpendapat perlu ada had dalam perkara-perkara begini. Saya tidak bermaksud untuk mengeluarkan perkataan tidak berhemah, Ia lebih kepada bermaksud jangan main-main dengan saya. Saya rasa ramai memahaminya. Mereka boleh ketawa dan ianya tidak pernah bermaksud menghina institusi Raja).

Laporan The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/8/focus/3404538&sec=focus


Sunday, March 8, 2009

PEMILIHAN UMNO: SEK KEBANGSAAN & TIANG SERIBU

Sempena pemilihan Umno Mac 24 nanti, para ahli Umno atau dengan lebih tepat perwakilan Umno yang di kenali dengan pelbagai nama seperti G-2 (Group of Two), G-6 dan G-7 telah mencipta beberapa singkatan baru atau bahasa rahsia antara para perwakilan dan calon. Antaranya:

SK (Sekolah Kebangsaan): SALAM KOSONG

SI (Sekolah Inggeris): SALAM ISI

SATU TIANG: RM100

DUA TIANG: RM200

TIANG SERIBU: RM1,000

Yakinlah selepas pemilihan nanti, orang yang sama akan bercakap mengenai ketuanan Melayu…

Rujukan: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/8/focus/3434195&sec=focus

SKETSA PARLIMEN 4 (FEB 19/09): ANWAR & RASUAH POLITIK

Hari ke 4 di Parlimen banyak tertumpu kepada luahan perasaan Anwar Ibrahim yang menuduh BN mengamalkan rasuah politik untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Berikut ialah antara petikan ucapan-ucapan menarik pada hari tersebut.

Karpal Singh: Saya ada membongkar satu pita audio di mana terus terang Tan Sri Zaki sebagai Ketua Hakim Negara ada mengambil bahagian dalam rasuah.

Mohd. Puad Zarkashi (Batu Pahat): Banyak kes rasuah lambat diambil tindakan (oleh SPRM) tidak ada keputusan. Sebagai contohnya kalau kita lihat pembinaan Kompleks Kastam Kelana Jaya, Projek Penjara Kuching RM165 juta, kes penglibatan pegawai JPA terlibat dalam kegiatan judi. Berhampiran judi haram, berhampiran dengan Balai Polis Sekinchan ataupun sebelum ini kita dengar tentang kes baik pulih SRJK(C) Man Hwa di Kampung Selamat, Kepala Batas. Apa sebenarnya tindakan yang sudah diambil? Kenapa begitu lambat? Termasuklah beli lembu korban 46 ekor RM110 ribu. Lembu korban pun jadi korban.

Puad Zarkashi: Saya bersetuju bahawa dalam soal pembaziran bahawa ini kita hapuskan sahaja kaedah pemberian terus sahaja sebab ini sebenarnya yang menjadi ruang berlakunya rasuah ataupun pembaziran dana awam. Bayangkan RMK-9 ini jumlah yang dibelanjakan ialah sebanyak RM220 bilion. Kalau 1% sahaja yang dibazirkan iaitu sebanyak RM2.2 bilion bayangkan RM2.2 bilion ini banyak perkara yang boleh kita buat.

Oleh kerana itu, saya merasakan bahawa ini harus diberi perhatian kaedahnya pembaziran ini termasuklah pembelian kereta Camry di Perak dan di Selangor. Ini pun tidak telus sekejap RM1 juta kemudian RM2 juta dan lebih malang lagi di Perak,
Gendang gendut tali kecapi,
Jemput makan nasi beriani,
Apalah malang nasibnya diri,
Nizar beli Camry dapat pada Zambri.

Saifuddin Nasution Ismail (Machang): Apa pandangan YB Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan BN di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai
Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes. Siapa yang pakai Camry JUSA ‘A’, ‘B’, ‘C’? JUSA sahaja.

Puad Zarkashi: Sebab itu saya kata kaedah pemberian terus ini mesti dihapuskan, mesti di tender juga atau dilelong dan sebagainya. Kalau tidak nanti, screwdriver harga RM5, beli dengan harga RM136.

Anwar Ibrahim: Retorik derhaka, derhaka, derhaka itu hanya untuk melindungi pekung rasuah jenayah yang dilakukan dan derhaka itu tidak ada maknanya. Sekarang konon-kononnya orang yang meraut, mengaut kekayaan berbilion ringgit menjadi pejuang, yang miskin kerdil menjadi penderhaka. Sejak bila Sejarah Melayu mengajar kita begitu?

Anwar Ibrahim: YB Bukit Gelugor (Karpal Singh) memilih untuk menegur saya dan ini dijadikan isu besar oleh YB Batu Pahat kerana dalam tradisi UMNO dan budaya, Perdana Menteri tidak boleh ditegur. Akan tetapi dalam budaya kita, saya ditegur agak garang juga oleh singa Bukit Gelugor ini tetapi saya anggap sebagai teguran yang baik, saya boleh bekerja dan tidak ada masalah bagi saya.

…dalam UMNO dan BN. Apa yang diperintah oleh PM dan TPM itu macam fatwa nabi semuanya. Itu sebabnya jadi rosak, punah, tidak berani bangun untuk membuat teguran.

Anwar Ibrahim: Percubaan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk TPM dan pemimpin-pemimpin, mengugut, melarikan orang, memberikan rasuah dengan jenayah yang besar, ini hanya meneruskan rekod dan tradisi rasuah yang memang dipalitkan kepada tokoh-tokoh berkenaan.

Anwar Ibrahim: Ini politik kotor, jijik, politik hambar, politik yang melibatkan pembunuhan, penculikan dan rasuah. Orang yang terlibat dalam ketiga-tiga kes ini nak diamanahkan jaga pimpinan negara ini, ini dia politik yang di banggakan.

http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19022009.pdf

Saturday, March 7, 2009

BPR AKAN SOALSIASAT MENTERI

Menteri akan disoalsiasat BPR. Itulah antara kandungan laporan Berita Harian hari ini berikutan penangkapan Setiausaha Politik kepada seorang Menteri malam Rabu lalu. Menurut Berita Harian:

Sumber-sumber memberitahu Berita Harian, SPRM akan turut mengambil keterangan daripada menteri terbabit dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

"Ini adalah proses biasa untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes politik wang," katanya ketika dihubungi, di sini. Sumber itu memberitahu, ketika serbuan malam Rabu lalu, pegawai SPRM turut menemui wang tunai lebih RM100,000 dalam kereta setiausaha politik berkenaan.

"Wang itu dipercayai untuk untuk diagihkan kepada perwakilan Bahagian Umno menjelang pemilihan parti.

"Sebelum itu, setiausaha politik berkenaan dikatakan menemui beberapa perwakilan Umno dalam satu jamuan dan ramah mesra yang diadakan di restoran berkenaan.

"Majlis itu turut dihadiri pegawai SPRM yang menyamar sebagai perwakilan untuk mengumpul maklumat dan menyiasat kes berkenaan," katanya.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas sama ada penahanan dua lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan kempen pemilihan membabitkan menteri berkenaan. Menteri terbabit akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti kali ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20090306233614/Article

Friday, March 6, 2009

SIAPA PEMBANTU MENTERI YANG KENA TAHAN?

SIAPA gerangannya? Berikut ialah laporan mStar hari ini.

Jumaat Mac 6, 2009
Politik wang: Pembantu kanan Menteri disiasat SPRM


PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said mengesahkan terdapat seorang pegawai kanan menteri persekutuan ditahan oleh suruhanjaya itu berhubung dakwaan terlibat dengan rasuah.

"Saya mendapat tahu ada seorang pembantu menteri ditahan, tapi saya tidak tahu perkara itu dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Difahamkan pegawai kanan itu ditahan lewat malam Rabu lalu berhubung dakwaan politik wang melibatkan lebih RM70,000. Bagaimanapun, MACC telas membebaskan pegawai itu semalam.

Difahamkan lelaki tersebut ditahan lewat malam Rabu lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas SPRM merekodkan kenyataan daripadanya.

Sementara itu, ibu pejabat Umno yang cuba dihubungi mStar Online tidak dapat mengesahkan berita tersebut. Sumber pejabat menteri berkenaan juga tidak dapat dihubungi untuk pengesahan.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan pegawai tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno. Pemilihan Umno akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.

Isu politik wang hangat diperkatakan apabila SPRM mendedahkan sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Setakat ini, beberapa ahli Umno sudah pun didakwa dengan kes terbaru membabitkan tiga ahli Umno yang dihadapkan di mahkamah berasingan, bulan lalu.

Ini termasuk Naib Ketua Umno Bahagian Beruas, Azman Noh, yang didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan memberi rasuah RM300 kepada seorang perwakilan supaya mengundinya dan dua pemimpin lain bagi tiga jawatan tertinggi bahagian itu, Oktober lalu.


Blogger Jeff Ooi, yang juga seorang Ahli Parlimen, meminta Azalina dan bapak-bapak Menteri memberi reaksi kepada kes ini. http://www.jeffooi.com/

SKETSA PARLIMEN 2 (FEB 17/09): HINA RAJA & BUANG KERJA

Menteri Sumber Manusia S. Subramaniam: Dari bulan Oktober 2008 hingga sekarang, seramai 10,277 pekerja tempatan telah diberhentikan kerja secara tetap. Sementara itu seramai 4,550 telah diberhentikan kerja secara sukarela melalui sistem VSS.

Menteri Kewangan Najib Razak: Memandangkan persekitaran antarabangsa yang semakin mencabar, sebagai sebuah ekonomi terbuka, negara kita juga dijangka menerima kesan daripada kelembapan ekonomi dan perdagangan dunia. Trend ini dapat dilihat sejak bulan Oktober 2008 di mana penunjuk-penunjuk ekonomi utama seperti eksport negara mengalami penurunan sebanyak -2.6% dalam bulan Oktober dan begitu juga bagi November -4.9% dan Disember -14.9%. Manakala Indeks.

Pengeluaran Perindustrian (IPI) juga merosot dalam tempoh yang sama iaitu Oktober -2.8%, November -8.2% dan Disember -15.5%.


Jumlah pemberhentian pekerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga Januari 2009 adalah seramai 11,595 orang sementara di bawah Skim Pemberhentian Sukarela adalah seramai 2,752 orang dalam tempoh yang sama. Harga komoditi terus berada pada paras yang rendah.

Harga minyak mentah (WTI) kini berada pada paras purata USD40 setong berbanding paras tertinggi USD147 setong pada 15 Julai 2008. Harga minyak sawit juga terjejas pada paras purata RM1800 setan metrik berbanding paras tertinggi RM4203 setan metrik pada 4 Mac 2008, manakala harga getah terus rendah pada paras RM4.50 sekilogram berbanding dengan RM10.52 sekilogram pada 2 Julai 2008.

Razali Ibrahim (Muar): Hari ini kita tengok dalam surat khabar, dalam blog-blog menyatakan ketua agama ataupun pegawai mufti negeri dipanggil anjing, adakah ini perkara yang kita galakkan di kalangan masyarakat walaupun ada keterbukaan dan kebebasan.

Khalid Samad (Shah Alam): Amalan UMNO-Barisan Nasional, untuk mengheret Institusi Raja-Raja dalam perkara ini merupakan satu amalan yang menghina Institusi Raja-Raja Melayu, dan perkara inilah yang ditentang oleh rakyat jelata. Yang Berhormat Muar perlu mengiktiraf hakikat bahawa peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat itu di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, merupakan satu luahan kekecewaan rakyat yang tidak di orchestrated dengan izin, oleh mana-mana pihak, tetapi apabila rakyat melihat bahawa kerajaan yang dipilih oleh mereka melalui satu pilihan raya yang sah, dirampas dengan menggunakan dan memperalatkan Institusi Raja-Raja adalah ianya merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, yang sayang kepada raja-raja mereka dan ingin supaya Raja-Raja ini diselamatkan daripada dicemari dan dinodai oleh UMNO-Barisan Nasional.
http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17022009.pdf

Thursday, March 5, 2009

ALWI KETEREH NAIK PANGKAT?


Dengar khabar Che Alwi Che Ahmad, setiausaha politik Pak Lah, bakal dinaikkan pangkat.
Adakah ianya akan menjadi realiti?

Tuesday, March 3, 2009

PAK LAH BUKAN ITIK TEMPANG!

SIAPA kata Perdana Menteri kita, Pak Lah, kini seorang Perdana Menteri itik tempang (lame duck Prime Minister)?

Perdana Menteri tetap Perdana Menteri.
Kuasa Pak Lah walaupun hanya tinggal 26 hari saja lagi tetap kuasa seorang Perdana Menteri.

Pak Lah masih Perdana Menteri dan masih memegang kuasa Perdana Menteri.

Walaupun tinggal 3 minggu lebih saja lagi sebelum mengundurkan diri, Pak Lah masih berkesempatan melantik seorang lagi penasihat beliau.

Kali ini habuan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Abdullah Md Zin, menjadi Penasihat beliau.

Dua hari lepas Pak Lah mengumumkan Abdullah sebagai penasihat agama kepada beliau berkuatkuasa Isnin lalu.

Begitulah hebatnya kuasa yang ada pada seseorang Perdana Menteri. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=393347

Sunday, March 1, 2009

SKETSA PARLIMEN 3 (FEB 18/09): YAHUDI, SIME DARBY, ELIZABETH WONG & PERSARAAN PAK LAH

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar (mengenai produk Yahudi):
“...kita di MeCD akan cuba memperkenalkan beberapa produk gantian kepada pengguna supaya mereka ada pilihan jika mereka menolak barang-barang yang diimport daripada luar, khasnya yang dikeluarkan oleh Yahudi...”

“Saya mengambil contoh, misal kata, ubat gigi Mukmin,...ia adalah alternatif kepada Colgate yang kita tahu dari luar. Radix Fried Chicken dan juga Marrybrown, ini adalah alternatif kepada Kentucky Fried Chicken dan juga McDonald’s. Radix Cola adalah alternatif kepada Coca-Cola, Mydin sebagai contoh ialah alternatif kepada Tesco, yang kita tahu Yahudi punya. Forest’secret sebagai contoh, ialah barang kosmetik yang juga boleh jadi alternatif kepada bahan-bahan kosmetik seperti Body Shop yang dibawa daripada luar dan begitu juga halal gel adalah alternatif kepada gelatin halal yang mungkin diimport daripada luar yang belum tentu halalnya.”

Dato' Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) (mengenai Sime Darby):
“Kalaulah Sime Darby ini ada kepentingan dalam dunia perubatan, arahkan mereka untuk wujudkan hospital khusus untuk penyakit-penyakit kanser misalnya, hospital khusus untuk penyakit-penyakit kencing manis misalnya ataupun banyak lagi hospital yang perlu ada.”

(Mengenai keputusan flip-flop kerajaan)

“Gambaran yang kita dapat hari ini ialah bahawa di peringkat tertinggi negara, di peringkat tertinggi Kerajaan Malaysia hari ini nampaknya tidak ada ketentuan dalam menentukan dasar-dasar yang penting untuk masa depan negara dan tidak ada ketentuan tentang keputusan-keputusan yang dibuat oleh pimpinan negara… Kita nampak Perdana Menteri ada dasarnya, kita nampak Timbalan Perdana Menteri ada dasarnya. Kalau Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet, sekian-sekian dasar dan projek diluluskan. Apabila Timbalan Perdana Menteri mempengerusikan Kabinet, kemudian dasar-dasar lain pula diputuskan yang bercanggah di antara mereka. Jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya mengawasi hal-hal ini dan jangan memporak-perandakan negara kita yang sedang menghadapi cabaran-cabaran yang cukup besar tadi.”

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) (mengenai persaraan Pak Lah):
“Syabas dan tahniah kepada YAB PM sebab telah melakukan kewajiban dia untuk memastikan negara kita sentiasa aman, makmur, damai. Kita percaya walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, rintangan, dugaan namun YAB masih terus dapat menangani isu-isu yang berlaku dari semasa ke semasa. Bagi saya kita akan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang ingin melihat bahawa negaranya sentiasa dalam keadaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, pepatah ada mengatakan “pemimpin datang dan pergi”.

(mengenai Elizabeth Wong)
"Saya sebetulnya simpati dengan apa yang berlaku dengan seorang Exco Elizabeth Wong ADUN di Selangor. Bukan dia yang mahu macam itu. Akan tetapi ada orang mengambil kesempatan di atas kelemahan dia. Semua kita ini manusia. Sebab itu saya tidak berminat menyentuh soal isu-isu seumpama ini. Sebab pada saya selagi kita manusia, selagi itu kita lemah, selagi itu kita ada
kelemahan."

Tajuddin Abdul Rahman (BN- Pasir Salak):
"Saya dapati dapatnya kontradiksi daripada apa yang dikatakan oleh YB Marang (Abdul Hadi Awang) dengan apa yang dipraktikkan oleh pimpinan PAS. Saya ingin bertanya kalau atas dasar tidak assabiyah atas dasar tidak fanatik bolehkah YB mengutuk dan tidak merestui apa yang dilakukan oleh pengikut-pengikut PAS di Istana Kuala Kangsar tempoh hari. Yang memaki hamun tidak tentu fasal dan menggunakan slogan “Allahuakbar, Lailahaillallah”, kemudian mengeluarkan perkataan-perkataan kesat, seperti “binatang, babi, kurang ajar” dan sebagainya. Saya menyaksikan. Ini bukan tuduhan, ini bukan fitnah. I was there."

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur): (mengenai persaraan Pak Lah)
"Ketua kepada majoriti rakyat Malaysia, tempoh YAB daripada Kepala Batas (Abdullah Ahmad Badawi) sebagai PM Malaysia Kelima ini akan diingati sebagai satu tempoh di mana peluang terlepas (missed opportunity) dan bukannya sebarang pencapaian yang sebenar."

(mengenai suasana politik dan ekonomi negara)
"Sebenarnya sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen 4 tahun yang lepas, saya tidak pernah merasa begitu mual dan jijik, disgust dan distaste terhadap tahap hina politik negara kita yang telah menjunam ke tahap rendah terbaru yang digambarkan oleh perampasan kuasa secara haram, melanggar Perlembagaan Persekutuan dan tidak bermoral di Perak serta pelanggaran kebebasan peribadi serta pencabulan kehormatan Elizabeth Wong seorang anggota Exco wanita di Selangor."

"Dalam tahun 60-an, wujud apa yang dikenali sebagai the great trend robbery di United Kingdom. Kini, kita adalah the great political robbery. Kita sendiri di Malaysia yang bukan sahaja membangkitkan rasa jijik dan mual di kalangan rakyat Perak tetapi di kalangan rakyat Malaysia yang berfikiran waras di seluruh negara terhadap penafian hak sah rakyat serta perampasan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat sendiri menerusi proses demokratik sebenar."

"Rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur semua tidak merasa selamat di negara ini sama ada di kawasan awam mahupun di rumah sendiri. Kini, dengan wujudnya the great political robbery yang dirangka oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, rakyat Malaysia juga turut hilang keselamatan hak politik mereka."

"YB Menteri-menteri Barisan Nasional merupakan “katak bawah tempurung” yang enggan mengakui hakikat yang sebenar. Menteri-menteri BN hanya suka dan pandai menepuk dada dan memuji diri sendiri “bagaikan siput memuji buntut.” Kenyataan-kenyataan yang “mengangkat bakul” sahaja merupakan sikap kurang bertanggungjawab terhadap pengurusan ekonomi di Malaysia."
Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-18022009.pdf