Wednesday, October 7, 2009

DR MAHATHIR: UMNO DIBELENGGU RASUAH DI ZAMAN PAK LAH

Mungkin ramai antara kita terlepas pandang berita muka hadapan Sinar Harian yang disiarkan pada Selasa 6 Oktober 2009.

Tajuk muka hadapannya berbunyi "Tun M tetap boikot kempen", merujuk kepada kempen pilihanraya kecil dewan undangan negeri Bagan Pinang yang akan ditandingi oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Isa Samad.

Berita ini tidak disiarkan oleh mana-mana akhbar arus perdana dan hanya Sinar Harian menyiarkannya. Dua perkara utama disentuh oleh Dr Mahathir semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Ketuanan Melayu di UiTM Dungun Isnin lalu.

1) Gejala Rasuah
Kata Tun: "Imej Umno tercalar disebabkan budaya rasuah diamalkan sebahagian pemimpin dan ahlinya yang berleluasa semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Masalah ini timbul semasa Tun Abdullah menjadi Presiden Umno apabila sebahagian ahli dan juga pemimpin Umno tetap diberi sokongan walaupun mereka didapati secara jelas melakukan kerosakan atau terlibat dengan rasuah.

"Perkara ini berlaku mungkin kerana pemimpin terlibat menerima sogokan dalam bentuk wang, kontrak atau kerana takut kepada pemimpin mereka."

2) Isa Samad
Kata Tun: "Saya tetap dengan pendirian saya tidak akan berkempen membantu calon BN. Saya tegas dengan pendirian saya kerana tidak ingin berkempen bagi calon yang terbukti terlibat dengan rasuah."

1 comment:

Anonymous said...

Saya rasa Mahathir tu dah nyanyuk dan lupa sejarah. Zaman siapa politik wang ni bermula dan berluasa. Agaknya MAHATHIR MUDAH LUPA. Tapi rakyat belum lupa. Hanya orang yang taksub dengan Mahathir saja yang setuju dengan kenyataan beliau itu.