Thursday, October 30, 2008

HUSIN LEMPOYANG vs KHAIRY

"Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi." - Blogger Husin Lempoyang.

ANTARA DEBAT, SEKS & RASUAH, MANA LEBIH UTAMA!

JULAI lalu, Anwar Ibrahim dan Shabeery Cheek berentap di dalam satu debat yang disiarkan secara terus menerus melalui kaca TV kepada masyarakat.

Apa hasilnya? Hasilnya Anwar bertambah popular dan Shabeery pun popular lah sedikit.

Budaya debat ini merupakan amalan di negara-negara demokrasi seperti Amerika Syarikat. Beberapa minggu yang lalu, rakyat Amerika menyaksikan tiga debat antara bakal calon presiden, Barack Obama dan John McCain dan juga debat antara calon Naib Presiden Joe Biden dan Sarah Palin.

Budaya ini semakin popular di Malaysia sekarang. Minggu lepas dicadangkan debat antara calon-calon Ketua Pemuda Umno juga di kaca TV.

Di Amerika, Obama dan McCain berdebat mengenai halatuju Amerika sekiranya mereka diberi peluang menjadi Presiden. Apa yang mereka boleh berikan kepada rakyat. Cukai pendapatannya macam mana, skim kesihatan nya macam mana. Sebelum debat, rekod dan latarbelakang mereka menjadi tatapan umum dan sekiranya sebarang dakwaan di dapati terbukti benar, lazimnya calon akan memohon maaf kepada rakyat Amerika dan mengundur diri.

Sarah Palin dihujani pelbagai kritikan mengenai latarbelakang beliau. Malahan latarbelakang keluarga beliau - anak perempuannya mengandung di luar nikah - menjadi topik debat di kalangan media Amerika Syarikat.

Di Malaysia? Lain ceritanya. Ikut siapa yang dapat faedah. Julai 2006, Umno membenarkan perhimpunan agongnya disiar secara langsung oleh Astro. Kesannya, Umno dilabelkan parti perkauman kerana ucapan-ucapan perbahasan pemimpinnya berbaur perkauman.

Pemimpin parti komponen pun turut mengkritik Umno padahal dalam setiap perhimpunan agong Umno, presiden dan pemimpin parti komponen turut dijemput hadir mengikuti perjalanan perhimpunan.

Perbahasan di perhimpunan agong Umno sama sahaja setiap tahun. Kalau 2006 berbaur perkauman, tahun-tahun sebelumnya serupa sahaja. Ia nya cuma retorik untuk menarik perhatian perwakilan.

Tetapi kesannya, Umno dilihat parti perkauman, satu label yang amat sukar dibersihkan dan mengancam untuk mengubah asas perjuangan Umno.

Semasa pemilihan kepimpinan MCA, ada calon juga mahukan debat tetapi tidak kesampaian. Walaupun debat tersebut tidak menjadi kenyataan, isi kandungannya sudah kita ketahui. Ianya akan menjurus kepada hapuskan Dasar Ekonomi Baru, Umno kaki buli, Timbalan Pengerusi BN mesti dari MCA dan sebagainya.

Bila pengundian dibuat, yang dipilih ialah orang yang mempunyai rekod terlibat dengan skandal seks. Kalau di Amerika, sudah pasti calon tersebut bukan sahaja kalah dalam pertandingan, malahan tidak dibenarkan langsung berkecimpung dalam politik.

Tetapi ini politik Malaysia. Lihatlah latarbelakang calon-calon yang bertanding jawatan di dalam Umno. Ada yang menghina kakitangan kerajaan dengan menyampaikan penyapu kepada pegawai daerah, ada yang ditangkap dengan wang tunai berjuta ringgit di dalam simpanan, ada yang mengahwini anak raja tanpa kebenaran ayahanda Sultan, ada yang dituduh menerima RM5 juta untuk membebaskan tahanan undang-undang, ada yang pernah dituduh mempunyai ratusan juta ringgit ketika isu kroni dibangkitkan dalam tahun 1998, ada yang pernah digantung kerana politik wang, ada yang dituduh mengadakan hubungan seks dengan gadis belasan tahun, ada yang dituduh mengambil wang dari rakyat termiskin, ada yang dituduh menggunakan kedudukan sebagai menteri untuk mengumpulkan kekayaan, ada pemimpin yang dituduh meraba punggung wanita, ada pemimpin yang dilihat bergambar bersama wanita dan sedang bersantai, tetapi siapa peduli?

Hari ini, orang-orang Umno sibuk samada perlu debat atau tidak. Khairy Jamaluddin mahukan debat, Mukhriz Mahathir pada mulanya menolak. Debat menjadi perbualan pokok di dalam Umno.

Tetapi perkara pokok di remeh-temehkan oleh ahli-ahli Umno. Mereka yang terlibat dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah laku seks masih lagi berkuasa dan dipilih menjadi Menteri memimpin rakyat.

Adalah lebih baik sekiranya Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo membantu Umno membersihkan Umno. Pastikan calon yang buruk perangainya disingkirkan dari bertanding dari sibuk siapa nak berdebat dan siapa yang tidak mahu berdebat.

Buktikanlah bahawa demokrasi kita sudah hampir ke tahap rakyat Amerika yang majoritinya beragama Kristian. Sepatutnya kita yang beragama Islam lebih mulia perangainya dari orang-orang Nasrani.

Janganlah demokrasi kita hanya setakat nak berdebat. Kalau nak ikut Amerika, ikutlah betul-betul. Kalau di Amerika, latarbelakang calon dipastikan bersih, biar di Malaysia pun sama. Jangan setakat nak berdebat sahaja.

Tetapi bila berlaku pemilihan, yang dirakam melakukan seks pun masih dipilih menjadi pemimpin seperti mana berlaku semasa pemilihan MCA baru-baru ini.

Wednesday, October 29, 2008

BAGAIMANA NAK ATASI KEJATUHAN HARGA GETAH? TEBANG POKOK!

Apakah cara mengatasi kejatuhan harga getah?

Tebang pokok! Itulah cadangan mudah kerajaan untuk mengatasi kejatuhan harga getah dari RM10 sekilo Julai lepas kepada RM5.10 bulan ini.

Menurut Bloomberg, Malaysia bercadang mengurangkan pengeluaran getah sebanyak 38,000 tan setahun dengan mengalakkan tanaman semula keatas 32,000 hektar kebun getah.
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=amk0F_IO3tfI&refer=asia

Untuk menggalakkan penoreh getah memusnahkan pokok getah tua, kerajaan akan menawarkan pampasan RM7,000 sehektar untuk menebang pokok getah mereka.

Cakap mudah bagi mereka yang tidak bergantung 100% kepada getah. Kebanyakan penoreh getah kita dari golongan miskin. Terfikirkah kita apakah sumber pendapatan penoreh getah sementara menunggu selama tujuh tahun untuk pokok getah mereka matang untuk ditoreh?

Tuesday, October 28, 2008

SIAPA BUAT PANGGILAN TELEFON UNTUK KJ?

"All three men hogged the news in their own way during the holiday weekend, Mukhriz for getting the Pekan nomination, Khairy for being nominated by Kepala Batas and Khir for his remarkable catch-up."

"There was fierce campaigning to get the Pekan Umno Youth nomination.
All three candidates, including the Prime Minister’s son-in-law, were keen to be endorsed by the division headed by the incoming party president."


"It would be seen as some sort of tacit approval from Datuk Seri Najib Tun Razak. "

"Khir’s campaigners were camped there for nearly a week while some powerful phone calls were made on behalf of Khairy." -Joceline Tan, penulis politik The Star.
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/10/28/columnists/joceline/2386284&sec=Joceline

TERJEMAHAN

"Ketiga mereka menjadi bahan berita atas sebab masing-masing hujung minggu ini. Mukhriz kerana memperolehi pencalonan dari Pekan, Khairy kerana dicalonkan Bahagian Kepala Batas (bahagian yang dipimpin bapa mertuanya) dan Khir kerana kejayaan menghampiri pencabar terdekat beliau.

"Kempen sengit berlaku di kalangan calon-calon untuk memenangi pencalonan dari Bahagian Pekan. Ketiga-tiga calon termasuk menantu Pak Lah amat berharap dicalonkan oleh Pekan kerana ia akan dilihat sebagai satu pengikhtirafan dari Ketua Bahagian Pekan yang juga bakal Perdana Menteri.

"Ia akan dilihat sebagai satu sokongan kuat dari Najib Tun Razak kepada calon yang dicalonkan.

"Juru kempen Khir berkhemah (di Pekan) hampir seminggu sementara beberapa "panggilan telefon yang cukup berkuasa" dibuat bagi pihak Khairy."

Petikan ini diambil dari ruangan yang ditulis oleh Joceline Tan dalam The Star semalam. Satu soalan buat Joceline Tan. Siapakah yang membuat panggilan bagi pihak Khairy ini?

Jika benarlah tuduhan Joceline Tan ini, sudah pasti ianya memalukan Khairy. Khairy pernah berkata beliau bertanding atas "merit" (kelayakan) beliau. Mendedahkan bahawa panggilan-panggilan telefon dibuat bagi pihak Khairy jelas memperlekehkan calon Ketua Pemuda Umno itu. Jika benarlah kenyataan Joceline Tan ini, maka apa yang nak dihairankan mengenai Khairy Jamaluddin.

Monday, October 27, 2008

SIAPA DALANGI MALAYSIAN INSIDER?

SIAPA dibelakang portal berita (news portal) pro-Pak Lah Malaysian Insider?

Blogger Pasquale melalui blog beliau Barking Magpie mendedahkan siapa di belakang portal tersebut. Menurut Pasquale:

"P.S. I was told, and if I am wrong I apologise, The Malaysian Insider involves people like Kalimullah Hassan, Brenden Pereira, and there is even one Malay writer who is a Christian-convert. This portal is working for the interests of KJ. Oh yes, on this Christian convert Malay, maybe one day I will produce a picture of him in a church in Sabah praying. I have nothing against Christians seriously, but I am so baffled as to why this short Malay person hates his ethnic background so much. Wonder what his childhood might have been. But I can gather this much, his childhood must have been a a very sad one. Cheers! "

Pasquale (Barking Magpie): http://barkingmagpie.blogspot.com/2008/10/malaysian-insideranevil-news-portal.html

PEMBELIAN EUROCOPTER DIBATALKAN, TUDM TERUS GUNA "KERANDA TERBANG"!

SATU ketika dahulu, Jen Hashim Ali, bekas Panglima Angkatan Tentera, begitu marah apabila helikopter Nuri TUDM diberi nama "keranda terbang" (flying coffin). Jen Hashim bersara pada tahun 1992. Malangnya sehingga hari ini, anggota tentera udara kita masih lagi menggunakan helicopter Nuri (gambar bawah) untuk menjalankan tugas mereka. Selepas 41 tahun menggunakan helikopter Nuri, semalam laman web pro-Pak Lah, Malaysian Insider, menyiarkan satu berita bahawa Kerajaan akan membatalkan pembelian helikopter Eucopter, EC725 (gambar atas sekali), dan berita tersebut juga disiarkan oleh agensi berita antarabangsa Reuters. http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-36156120081026

Pembelian helikopter EC725 ini diselaputi kontroversi dan dikaitkan dengan skandal melibatkan beberapa pemimpin negara selepas Kapt Zahar menulis sepucuk surat kepada Najib Razak. "Kemelut ekonomi".

Itulah alasan yang akan digunakan kerajaan untuk membatalkan pembelian Eurocopter EC725. Ia juga bermakna TUDM akan terus menggunakan Nuri walaupun sudah berusia 41 tahun dan sudah 17 kali terhempas. Kali terakhir Nuri terhempas ialah pada 13 Julai 2007 mengorbankan enam anggota TUDM. http://www.malaysiandefence.com/?cat=37

Setiap kali Nuri terhempas pelbagai janji dan kritikan dilontarkan. Selepas insiden 13 Julai tahun lepas kerajaan berjanji ketika itu ialah pesawat Nuri akan dipencenkan dalam masa tiga tahun.

Tetapi malangnya pembelian pesawat penggantinya dicemari skandal kerana ketiadaan ketelusan dalam proses pembeliannya. Yang menjadi mangsanya ialah juruterbang TUDM.

Teringat Jelapang akan sebuah lagu yang direka oleh juruterbang Kanada yang turut menggunakan helikopter Nuri (dikenali sebagai Sea Kings di Kanada). Lagu tersebut bertajuk "Sea Kings in the Sun" menggunakan rentak lagu
"Seasons in the Sun" nyanyian Terry Jack.

Liriknya: SEA KINGS IN THE SUN

Goodbye papa please pray for me
My helicopter's crashing in the sea
I honestly don't mean to pout
But my future is in doubt
My co-pilot just fell out
Goodbye papa it's hard to fly
When my airframe's cracking in the sky
For every hour in the air
It takes them 30 to repair
We fly these things on a dare
We've had joy, we've had fun
We've had Sea Kings in the sun
But the engines are on fire
And the Sea Kings must retire
Goodbye Chretien (the former Canadian premier), my stingy one
You could have bought the EH-101
Instead you blew 500 mil
Just to cancel out the bill
Now I need an airsick pill
We've had joy, we've had fun
We've had Sea Kings in the sun
We'll be lucky if we reach
A crash landing on the beach

Sunday, October 26, 2008

ALI RUSTAM AKAN CABAR MUHYIDDIN!

KERANA MULUT BADAN BINASA? Hari ini pencalonan Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, meningkat kepada 23 pencalonan. Ali Rustam memerlukan 16 sahaja lagi pencalonan dari 92 bahagian Umno yang masih lagi belum bermesyuarat.

16 bukanlah satu angka yang besar. Tidak mustahil, dalam masa seminggu lagi, Ali akan muncul pencabar utama Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

Kini jelas hampir satu pertiga bahagian yang telah bermesyuarat tidak mahukan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Apa puncanya? Pertama, orang-orang Pak Lah ingin membalas dendam untuk memastikan Muhyiddin tidak mendapat laluan mudah untuk menjawat jawatan nombor dua tertinggi parti kerana mereka berpendapat Muhyiddin lah orang yang bertanggungjawab mengakhiri era Pak Lah.

Kedua, akar umbi muak dengan kenyataan terakhir Muhyiddin yang mendesak Pak Lah meletakkan jawatan Disember ini, tiga bulan lebih awal dari yang dipersetujui. Di kalangan penyokong Pak Lah, tindak-tanduk Muhyiddin ini sudah melampaui batas. Kata mereka orang Melayu mempunyai adap susila mereka dan kenyataan Muhyiddin dilihat sebagai kurang ajar dan tidak berterima kasih.

Maka orang-orang Pak Lah ingin "mengajar" Muhyiddin dan berkerja keras memastikan Ali Rustam dicalonkan walaupun mereka sedar Ketua Menteri Melaka itu tidak mempunyai kualiti sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Maka sebab itu lah bahagian-bahagian pro Pak Lah seperti Johor Baharu hari ini mencalonkan Ali Rustam untuk jawatan Timbalan Presiden.

Muhyiddin pastinya mahukan jalan mudah untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden. Sekiranya ada pertandingan, peluang Muhyiddin tinggal 50-50. Boleh menang tetapi boleh juga kalah.

Kempen selama lima bulan tidak akan membantu Muhyiddin yang sebelum ini calon "favourite" untuk jawatan Timbalan Presiden.

Macam-macam boleh berlaku dalam masa lima bulan ini. Tempoh kempen yang lama ini akan sedikit demi sedikit menghakiskan populariti Muhyiddin dan penyokong-penyokong Muhyiddin bimbang akan tempoh yang lama ini.

Ada juga desas-desus mengatakan penyokong Najib Razak tidak selesa Muhyiddin menjadi Timbalan kepada Najib.

Mereka mahukan seorang Timbalan yang tidak "bermaya" seperti Ali Rustam agar Najib akan kekal lama sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun setengah pihak yang rapat dengan kem Najib menafikan dakwaan ini dan keputusan bahagian Hishammuddin Hussein mencalonkan Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden dijadikan bukti bahawa Najib selesa jika Muhyiddin menjadi timbalannya.

Dua minggu akan datang, penyokong-penyokong Pak Lah akan bertungkus lumus memastikan Ali Rustam mencapai 39 pencalonan yang diperlukan.

Selepas itu, bermulalah kempen kotor untuk menjatuhkan Muhyiddin. Malah berdasarkan sejarah Umno, kempen selepas ini akan berkisar peribadi calon-calon.

Allahyarham Tun Ghafar Baba pernah menjadi mangsa kepada kempen kotor ini. Beliau diperlekehkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim ketika itu kononnya beliau pemimpin kurang berilmu dan tidak tahu membaca kertas Kabinet.

Hal-hal peribadi Tun Ghafar digembar-gemburkan secara senyap diperingkat akar umbi dan apabila Tun Ghafar menyedari perbuatan buruk penyokong Anwar Ibrahim ini, nasi sudah menjadi bubur.

Sudah terlambat buat Tun Ghafar untuk mempertahankan diri beliau. Kesudahannya, jawatan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri menjadi hak Anwar Ibrahim.

Selepas berakhirnya mesyuarat bahagian pada November 9 nanti bemulalah kempen-kempen untuk "menelanjangkan" lawan masing-masing. Kita tunggu saat-saat menarik ini.

Kedudukan terkini pencalonan: http://www.malaysiakini.com/news/91946

PEGAWAI KHAS NAJIB MENANG KETUA BAHAGIAN

TERMUDA: Latt Shariman Abdullah, 40, kelmarin menjadi Ketua Bahagian termuda di Kedah apabila memenangi jawatan Ketua Bahagian Umno Kuala Kedah.

Latt Shariman, kini bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Najib Razak, menewaskan Timbalan Ketua Bahagian Hashim Jasin.

Ketua Bahagian dahulu Syed Razak Syed Zain Barakbah tidak mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan jawatan beliau.

Saturday, October 25, 2008

SIHATKAH EKONOMI KITA?

NEW ZEALAND dan Singapura berada di dalam kegawatan ekonomi. Sebentar tadi Chrysler Amerika Syarikat, syarikat automotif besar di Amerika Syarikat, mengumumkan potongan gaji 25 peratus keatas 18,500 pekerjanya disebabkan kegawatan ekonomi. Chrysler juga bercadang menyingkirkan 5,000 pekerja dalam masa terdekat ini selepas kerugian setengah tahun sebanyak RM4.5 billion. Syarikat automotif terbesar Amerika Syarikat, GM, turut dirundung masalah kewangan. http://ap.google.com/article/ALeqM5if6HTCFwXC90erym0sBymE9FhfaAD94159T06

Apakah ekonomi Malaysia akan menghadapai masalah yang sama? Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh ahli-ahli politik seolah-olah ekonomi Malaysia begitu kukuh dan tidak akan menghadapi apa-apa masalah semata-mata untuk memastikan rakyat tidak panik dan gelisah dengan keadaan ekonomi.

Tetapi fakta-fakta dan analisa ekonomi tidak menjurus kearah itu. Ikutilah laporan-laporan berikut:

* Malaysia's economy will be hit hard if the United States, a top importer of electronics and electrical products for the Southeast Asian country, sinks into a severe downturn. For every 1 percent cut in U.S. GDP, Malaysia's GDP will be reduced by 0.7 percent, Citigroup said in a research note published on Wednesday. http://www.forbes.com/afxnewslimited/feeds/afx/2008/10/15/afx5560862.html

* KUALA LUMPUR: Malaysian stocks succumbed to further selling pressure as the threat of a global recession gains an upper hand in dictating market sentiments. It is no secret that the financial liquidity crisis in the US and Europe is now spreading across the globe, fuelling anticipations of more national casualties. http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2c92479d-cb73c03a-3bc1a100-59838e77

* The meltdown in Asian stock prices on Friday stemmed in part from the growing realization that the heavy reliance on exports that has driven Asia's powerful growth is now turning into the its worst enemy. http://online.wsj.com/article/SB122486927561967131.html?mod=googlenews_wsj

* Bursa Malaysia Bhd’s net profit for its third quarter ended Sept 30 slumped 64% to RM20.2mil, or 3.8 sen per share, as the global credit crunch and domestic uncertainties impacted trading revenue from the equity market. Revenue for the period fell almost 40% to RM73.6mil against RM122.3mil in the previous corresponding period, it said in a stock exchange filing yesterday. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/25/business/2371356&sec=business

* Palm oil for November ended RM11 lower at RM1,579 a tonne on the Malaysia Derivatives Exchange, a 19-month low compared with the peak of RM4,226 a tonne on March 3, 2008. The benchmark January delivery fell RM15 to RM1,550 a tonne. http://www.theedgedaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2d2abac6-cb73c03a-3bc1a100-9523c99b

Adalah lebih baik sekiranya kerajaan berterus terang dengan rakyat.

Friday, October 24, 2008

PERIHAL LELAKI, ZINA, LIONG SIK & POLITIK MCA!

Tulisan wartawan Sinchew Daily Lee Mun Fah pasti menarik perhatian masyarakat Cina dan ahli-ahli MCA. Ia berkisar kisah bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik dan ungkapan-ungkapan beliau tempoh hari.

Artikel Lee menarik perhatian Jelapang dan saya mengambil sedikit masa menterjemahkan artikel tersebut. TERJEMAHAN

Kini kita tahu bahawa bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik merupakan satu-satunya lelaki Cina di Malaysia yang tidak pernah melakukan zina.

Beliau (Ling) baru-baru ini berkata: "Bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman pernah mencabar Ahli-Ahli Parlimen supaya mengangkat tangan sekiranya mereka tidak pernah berzina. Hanya seorang Ahli Parlimen yang berani mengangkat tangan iaitu Tan Chee Khoon.

Di akhir cerita beliau (Ling), beliau melontar satu kesimpulan: Adakan masyarakat Cina seperti itu?

Beliau (Ling) berkata ramai lelaki berprofil tinggi mempunyai masalah "tenaga berlebihan" oleh itu mereka mencari "jalan untuk melepaskan lebihan tenaga ini".

Bagaimanapun beliau berkata: "Saya tidak bercakap mengenai diri saya."

Cerita Ling amat menarik. Ia membuka mata kita kepada satu fakta bahawa beliau (Ling) merupakan satu-satunya lelaki yang paling bersih dan satu-satunya lelaki yang tidak pernah melakukan "perbuatan haram seseorang lelaki didunia pasti melakukannya".

Saya tidak berniat untuk mencabar Ling. Mengambil ikhtibar dari seorang tua yang amat dihormati, saya ingin mengaitkan dengan sebuah cerita kepada anda semua.

Pada suatu hari di negara China purba, terdapat seorang pegawai yang amat benci kepada rasuah bernama Yang Zhen. Beliau di tugaskan ke suatu tempat bernama Dong Lai. Di dalam perjalanan, beliau singgah di sebuah desa yang kini terletak di wilayah Shandong. Ketua kampung tersebut Wang Mi yang terhutang budi kepada Yang kerana mencadangkan nama beliau untuk jawatan kerajaan, melawat beliau di sebuah motel kecil.

Sebelum meninggalkan tempat tersebut, Wang menawarkan beberapa jongkong emas sebagai hadiah dan berkata: "Ini hanya satu penghargaan yang kecil dari saya. Lagipun malam sudahpun lewat, tiada siapa akan tahu perkara ini."

Yang enggan menerima rasuah tersebut. "Syurga tahu, bumi pun tahu, kamu tahu dan saya tahu. Bagaimana kamu tahu bahawa tiada orang akan tahu?"

Wang sangat malu dan mengambil balik hadiah tersebut dan beransur.

Kedua-dua cerita ini tidak ada kena mengena antara satu sama lain sementara sistem nilai yang digambarkan juga sangat berbeza.

Mesej yang hendak disampaikan Ling Liong Sik ialah: Selagi perlakuan zina anda dirahsiakan dari seseorang, tiada siapa akan tahu dan tidak akan ada masalah buat selama-lamanya.

Dan keengganan Yang Zhen menerima rasuah pula menekankan kepada satu perkara: Syurga tahu, bumi pun tahu, kamu tahu dan saya tahu. Maksudnya, pertimbangan moral!

Ling amat membenci mereka yang bertanggungjawab merakamkan aksi-aksi zina, dan mengambil contoh hubungan sulit bekas Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy untuk memberi penekanan kepada satu perkara iaitu bahawa "semua lelaki adalah nakal".

Apakah yang Ling mahu buktikan? Adakah "hanya wanita meminati lelaki nakal? atau "semua lelaki sama sahaja?" atau mereka adalah hipokrit yang "masih belum diketengahkan kebolehan mereka?" dan seharusnya dihantar ke "kelas untuk mengasah bakat mereka?"

Oh, tidak! Saya perlu mengubah kata-kata tadi: "Saya tidak bercakap mengenai diri saya!" (Oleh LIM MUN FAH/Sinchew Daily).

Artikel asal Lim Mun Fah: http://www.mysinchew.com/node/17647

Thursday, October 23, 2008

AKHBAR PROPAGANDA HILANG TARIKAN PEMBACA!

Harian Metro, Star, Sin Chew Daily dan Nanban merupakan akhbar mempunyai pembaca terbanyak di negara ini.


Harian Metro menarik perhatian 2.15 juta pembaca berbanding Berita Harian di tempat kedua dengan 1.14 juta pembaca dan Utusan Malaysia 1 juta pembaca.


Kajian terkini Nielsen, agensi pengauditan media, juga menunjukkan akhbar Inggeris pro-MCA, The Star, mempunyai jumlah pembaca tertinggi sebanyak 1.14 juta pembaca berbanding akhbar pro-kerajaan dan Umno, New Straits Times, yang hanya dibaca oleh 285,780 pembaca, hampir sama dengan pembaca akhbar The Sun.


Trend ini pasti membimbangkan Barisan Nasional terutamanya Umno yang bergantung kepada media cetak sebagai alat propaganda untuk menyampaikan mesej kerajaan.


Harian Metro lebih kepada sebuah akhbar "red top" atau akhbar yang menyiarkan berita berunsur seks, jenayah dan keretakan rumahtangga berbanding akhbar serius berbaur politik seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.


Begitu juga akhbar New Straits Times, akhbar pro-Umno dan Pak Lah yang dikuasai orang Pak Lah, Kalimullah Maseerul Hassan, yang semakin merosot jumlah pembacanya.


Sin Chew Daily, yang dilihat oleh ahli politik Melayu sebagai akhbar ekstrim kaum Cina, merupakan akhbar paling popular di kalangan kaum Cina dengan jumlah pembaca sebanyak 1.14 juta pembaca berbanding China Press sebanyak 714,450 pembaca.


TV3 merupakan stesen TV paling popular yang ditonton 73% penonton di ikuti TV 2 (52%) dan TV1 (42%).


Stesen radio popular ialah Era dengan 27.5 pendengar diikuti HotFM (26.3%) dan Sinar (20.4%).
Kajian Nielsen: http://www.asiamediajournal.com/pressrelease.php?id=610
Kajian keatas radio: http://my.nielsen.com/news/20081021.shtml

DR MAHATHIR: SHAH RUKH KHAN LAYAK JADI DATO'

SETELAH membaca tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sebab-sebab mengapa penganugerahan Dato' kepada Shah Rukh Khan tidak perlu dipertikaikan, maka jelas penganugerahan tersebut tidak salah rasanya.


Teringat akan kita kisah bagaimana seorang ahli perniagaan di Kedah menghadiahkan wang tunai puluhan ribu ringgit kepada pemain bolasepak Kedah satu ketika dulu selepas memenangi Piala Malaysia sehingga dianugerahkan Dato' oleh DYMM Sultan Kedah.


Malangnya janji itu tidak pernah ditunaikan oleh ahli perniagaan tersebut.


Kesudahannya Sultan Kedah mengambil keputusan melucutkan anugerah Dato' keatas ahli perniagaan tersebut.


Ada sesetengah dianugerahkan Dato' kerana sumbangan untuk membina pintu gerbang sempena Hari Keputeraan Sultan dan ada yang dianugerahkan Dato' kerana sokongan dari orang-orang berpengaruh.


Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai Shah Rukh Khan ada benarnya.


Kata Tun Dr Mahathir:

DATO SHAH RUKH KHAN

1. Saya berasa malu apabila anugerah Dato kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan. Kita kerap juga memberi gelaran Dato Kehormat kepada orang asing bagi menghargai sumbangan mereka kepada negeri atau negara. Jasa mereka ini kebanyakannya kurang daripada jasa Shah Rukh Khan.


2. Saya terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Kerap kali saya tidak kenal pun calon-calon yang dikemukakan.


3. Sesungguhnya ramai yang lebih layak daripada calon-calon ini tidak termasuk dalam senarai dan tidak mendapat bintang-bintang kehormatan. Kemudian saya ditanya kenapa beri kepada orang-orang ini dan tidak orang itu. Saya tidak dapat jawab kerana tiada siapa yang diberi tugas memilih calon-calon mengemukakan nama mereka-mereka ini. Mereka juga tersilap. Tiap-tiap tahun ini berlaku.


4. Shah Rukh Khan seperti kita maklum adalah bintang filem Bollywood yang terkenal. Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga. Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.


5. Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia. Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia.


6. Kita bukan sahaja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat-syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.


7. Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya banyak syarikat-syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka.


8. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat. Ini tidak bermakna artis-artis tempatan tidak layak mendapat penghormatan seperti Shah Rukh. Tetapi janganlah kita tarik balik anugerah ini untuk diberi kepada artis tempatan. Kita punyai banyak bintang kehormatan lagi yang boleh diberi kepada diri kita.

http://test.chedet.com/che_det/2008/10/snippets-16.html#more

Wednesday, October 22, 2008

TUN MUSA: SYED HAMID & RAIS TERLALU TUA UNTUK NAIB PRESIDEN!

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru." - Tun Musa Hitam.

Umno dah tua, itulah maksud Tun Musa. Usia Umno kini 61 tahun.
Bagi Tun Musa, 61 tahun adalah usia tua atau dengan kata lain, Tun Musa berpendapat Naib-Naib Presiden Umno tidak layak disandang "orang tua".

Kata Tun Musa lagi: "Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian."

Apa maksudnya? Maksudnya mana-mana calon Naib Presiden yang mencecah 61 tahun tidak layak dipilih menjadi Naib Presiden Umno Mac nanti kerana mereka sudah tua.

Siapakah mereka ini? Disenaraikan calon Naib Presiden serta umur mereka dan nilailah sendiri siapa yang boleh dikategorikan sebagai tua dan siapa yang muda!

Rais Yatim (66 tahun); Syed Hamid Albar (64); Isa Samad (59); Rahim Thamby Chik (58); Jamaluddin Jarjis (57); Zahid Hamidi (55); Mohamad Hassan (52); Shafie Apdal (51); Khaled Nordin (50) dan Hishammuddin Hussien (47).

Calon Presiden: Najib Razak (55)
Timbalan Presiden: Muhyiddin Yassin (61)

Pandangan Tun Musa: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/22/mstar_berita/20081022175231&sec=mstar_berita

Tuesday, October 21, 2008

TUN DR MAHATHIR: HAK SAYA BIDAS PAK LAH

Ramai tidak menyangka bahawa Abdullah Ahmad Badawi boleh hilang sabar dan memarahi seseorang.

Sabtu lalu, Pak Lah hilang sabar dengan Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Dengan sinis, pengkritik Pak Lah menghentam beliau dengan nada keras terhadap Tun Sabtu lalu. Antaranya tertanya-tanya, tak akan berani marah Tun sahaja? Tak marahkan Pak Lah kepada pemimpin-pemimpin Gerakan, MCA dan DAP yang mencabar hak Melayu dan kesultanan Melayu? Ada yang mengatakan kenyataan marah Pak Lah hanya sekadar untuk menutup kelemahan dan kepincangan pentadbiran beliau yang lemah selama 5 tahun ini.

Selepas lima tahun, selepas ditolak Umno, selepas ditolak rakyat di lima negari dan Kuala Lumpur, barulah Pak Lah nak cakap mengenai pembaharuan. Sebelum Mac 8, semuanya indah pada Pak Lah. Hari ini baru nak marah-marah.

Hari ini juga Tun Dr Mahathir menjawab kenyataan marah Pak Lah. Sebelum itu, kita lihat apa kata Pak Lah terhadap Tun.

Kenyataan Pak Lah Sabtu lepas:

"Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan. Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_01.htm&arc=hive

JAWAPAN TUN DR MAHATHIR

BIDAS MEMBIDAS

1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.

4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.
http://test.chedet.com/che_det/2008/10/bidas-membidas.html#more

Monday, October 20, 2008

APA PERSAMAAN ANTARA NAJIB, TSIEN LOONG, MEGAWATI & ARROYO?



Di Singapura, selepas Lee Kuan Yew, anaknya Lee Hsien Loong.

Di Filipina, selepas Diosdado Macapagal, anak perempuannya Gloria Arroyo dilantik Presiden.

Di Indonesia, selepas Soekarno, anak perempuannya Megawati Soekarnoputri pula menjadi Presiden.

Di Malaysia, selepas Tun Abdul Razak, Mac 2009 nanti anak nya Najib akan mengikut jejak bapanya menjadi Perdana Menteri.

Apakah kelebihan anak-anak Presiden dan Perdana Menteri ini?

Jawapannya ialah keistimewaan dan jalan mudah yang diberikan oleh ahli keluarga mereka untuk menapak arena politik elit.
Itulah pandangan James Chin penganalisa politik di Monash University.

"The answer appears to be structural. In all the countries mentioned above, the children are given privileged access to the political elite at any early age and groomed by their family for a political carer. This could not be clearer than Najib's case. When his father Tun Razak died of leukaemia on January 14, 1976, Najib took over his father's constituency at the age of 22. He became a member of cabinet a few years later." - James Chin.

Sunday, October 19, 2008

BAGI FLOOR!

BAGI FLOOR! Rata-rata sekarang ini, baik di kedai kopi mahupun di coffee house di hotel-hotel di ibunegeri dan ibukota, pemimpin dan ahli Umno bercakap mengenai ungkapan ini - "bagi floor".

Ungkapan ini ditujukan kepada Muhyiddin Yassin. Mereka bercakap mengenai satu gerakan oleh kumpulan tertentu untuk memastikan Muhyiddin tidak mendapat laluan mudah untuk mendapat pencalonan Timbalan Presiden. Akar umbi diminta mencalonkan Najib Razak bagi jawatan Presiden tetapi untuk jawatan Timbalan Presiden, "bagi floor" (serahkan kepada perwakilan bahagian).

Dengan kata lain, mereka mahukan pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden. "Bagi floor" bermaksud membenarkan perwakilan bahagian mencalonkan calon lain (Mohd Ali Rustam) untuk jawatan tersebut dan bukannya Muhyiddin.

Desas-desus mengatakan kumpulan ini hanya mahu Ali Rustam mendapat cukup pencalonan untuk memastikan Muhyiddin dicabar Mac nanti. Mereka mahu memastikan Muhyiddin tidak menang percuma jawatan Timbalan Presiden.

Kalau dilihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (walaupun dengan nada marah) di Kota Kinabalu semalam, jelas Pak Lah mahukan Ali Rustam di calonkan jawatan Timbalan Presiden.

Berikut ialah kenyataan Pak Lah semalam: “Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Apabila Pak Lah membuat kenyataan sedemikian, hiruk-pikuk lah di kedai kopi dan coffee house hotel bahawa Pak Lah menyokong Ali Rustam.

Secara kebetulan atau tidak, Ali Rustam hari ini menerima 9 pencalonan (tiga dari Melaka) menjadikan 12 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mat Taib mendapat 8 pencalonan berbanding Muhyiddin 44 pencalonan. http://www.malaysiakini.com/news/91566

Agak pelik juga bagi Pak Lah menyokong Ali Rustam ketika website pro-Pak Lah "Malaysian Insider" semalam memperkecilkan Ali Rustam dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Malaysian Insider turut memperkecilkan Allahyarham Ghafar Baba yang dikatakan lemah berbahasa Inggeris ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pak Lah mengambil risiko dengan menyatakan sokongan beliau kepada Ali Rustam. Sekiranya Ali Rustam tidak mendapat cukup pencalonan (39 pencalonan) untuk bertanding, maka pemerhati akan menyifatkannya sebagai bukti bahawa memang benar Pak Lah ditolak oleh akar umbi.

Ianya juga berita tidak gembira buat Ali Rustam. Dalam suasana sekarang, musuh-musuh beliau akan secepat kilat meletakkan Ali Rustam sebagai orang Pak Lah dan bukan orang Najib Razak.

Maka sekiranya akar umbi menyokong Najib, maka Ali Rustam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pencalonan.

Ada juga berpendapat tindakan menyokong Ali Rustam ini adalah tindakan melepas geram oleh Pak lah dan orang sekeliling beliau.

ANGIN PERUBAHAN MELANDA UMNO KEDAH!

13 tahun sebagai Ketua Bahagian adalah satu jangkamasa yang lama.

Abu Bakar Taib dipilih Ketua Bahagian Langkawi pada tahun 1995. Semalam berakhirlah era tersebut. Abu Bakar, yang pernah dilantik Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, ditewaskan oleh Nawawi Ahmad, Timbalan beliau. Abu Bakar mendapat 144 undi berbanding Nawawi 211 undi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Angin perubahan akan terus melanda selepas kekalahan teruk Umno Kedah kepada Pas di bawah kepimpinan Mahdzir Khalid, bekas guru dan Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi. Malahan inilah pertama kali Pas mentadbir Kedah.

Memang tidak dinafikan pengaruh Pas di Kedah bukan calang-calang. Pas amat dihormati semasa Allahyarham Abu Bakar Umar dan Fadzil Noor menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Sanusi Junid, bekas Menteri Besar Kedah, pernah berkata "di mana ada padi di situ ada Pas dan di mana ada pondok, di situ ada Pas".

Kerusi Bukit Raya, yang kini telah ditukar nama kepada Tokai, hanya sekali dalam sejarah dipegang oleh Barisan Nasional, itupun untuk 2 1/2 tahun sahaja apabila Allahyarham Ismail Kassim kembali ke rahmatullah. Kini Bukit Raya (Tokai) kembali ke tangan Pas.

Kedah mempunyai nama-nama hebat, baik dalam Umno mahupun Pas. Tetapi hari ini, Umno akan menyaksikan perubahan mendadak.

Abu Bakar bukanlah orang pertama kecundang dek angin perubahan dalam Umno Kedah. Badruldin Amiruldin (Ketua Bahagian Yan), Hadzir Ismail (Padang Serai) dan Abdul Kadir Sheikh Fazdir (Kulim-Bandar Baru) mengambil keputusan mengundur diri.

Orang lama seperti Abu Bakar, Syed Razak Syed Zain (Kuala Kedah dan bekas Menteri Besar Kedah) dan Arzmi Hamid (Merbok) tewas dalam pertandingan. Syed Razak hanya mendapat 4 pencalonan dan gagal mempertahankan jawatan beliau.

Nasib Abdul Rahman Ariffin (Jerlun), Ahmad Bashah Hanipah (Alor Star) dan Mohd Rozai Sapian (Pendang) akan kita ketahui beberapa minggu lagi.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/18/nation/2312789&sec=nation
http://www.nst.com.my/Current_News/Election08/Result/sresult?state=Kedah

MUHYIDDIN LAYAK JADI TIMBALAN PRESIDEN

MUHYIDDIN Yassin kini layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno semalam selepas memperolehi 39 pencalonan.

Seperti mana kata Nazri Aziz: ''Kita kena ingat bahawa siapa yang bakal dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO bakal juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri malah boleh jadi Perdana Menteri kalau apa-apa berlaku kepada Perdana Menteri.

''Melihat kepada ketiga-tiga calon Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin seorang saja Ahli Parlimen manakala Ali Rustam cuma Ahli Dewan Undangan Negeri dan Mat Taib pula hanya Senator.

''Macam mana Ali Rustam dan Mat Taib hendak jadi Timbalan Perdana Menteri? Mereka tidak layak dan kalau hendak juga kita terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil, ia akan jadi masalah nanti."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Bagaimanapun ada desas desus mengatakan golongan tertentu pro-Pak Lah mahu adakan pertandingan untuk jawatan tersebut malahan ada juga di kalangan orang Najib Razak juga mahukan pertandingan kerana kepentingan peribadi.

Apapun ia hanya impian. Berdasarkan trend pencalonan, jelas Mat Taib dan Ali Rustam sukar mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Kita tunggu pencalonan dari Kepala Batas.

PENCALONAN TERKINI

Presiden: Najib Razak (45 pencalonan); Timbalan Presiden: Muhyiddin (39), Ali Rastam (3), Muhammad Taib (3); Naib Presiden: Hishammuddin Hussein (35), Shafie Apdal dan Zahid Hamidi (21), Khaled Nordin (12), Syed Hamid Albar (7), Rais Yatim (5), Shahidan Kassim (3), Jamaluddin Jarjis dan Mohd Hassan (2), Annuar Musa (1).

KETUA PEMUDA

Mukhriz Mahathir (56), Khairy Jamaluddin (30), Khir Toyo (25), Zahidi (1)

Saturday, October 18, 2008

MCA TIDAK BERHAK JAWATAN TIMBALAN PENGERUSI BN!

"Misalnya kami menyokong Umno menjawat jawatan Pengerusi BN dan mencadangkan jawatan Timbalan Pengerusi boleh di-tambah kepada dua supaya salah satu jawatan diisi pemimpin MCA." - Liow Tiong Lai, bekas Ketua Pemuda MCA.

Dahulu lain, sekarang lain. Dahulu MCA boleh menerima Timbalan Pengerusi BN dari Umno. Hari ini, lain pula nadanya.

Bagaimanapun reaksi pemimpin Umno berbagai.

Beberapa pemimpin Umno dan bekas ahli Umno hari ini memberi pandangan masing-masing.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081018005247/Article/index_html

Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas ahli Umno): "Kalau kita layan satu kaum, mungkin kaum lain pula berasa tak puas hati. Jadi kalau kita dapat sokongan kaum Cina, tak dapat sokongan kaum Melayu, kita masih tak kuat juga. Sebagai parti gabungan kita perlu sokongan daripada semua pihak, jadi kalau kita ada cadangan termasuk cadangan ini, maka harus kita fikir secara mendalam apakah benar ia dapat menarik sokongan daripada orang Cina atau sebaliknya ia mengurangkan sokongan daripada orang Melayu.

"Jika kita hanya mengambil keputusan berdasarkan pendapat kaum Cina dan mengetepikan perasaan kaum Melayu, kita akan membuat keputusan yang salah. Jika kita hanya mengambil keputusan berdasarkan pendapat kaum Melayu dan mengetepikan perasaan kaum Cina, kita akan membuat keputusan yang salah."Kerana itu ada perkara yang tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka. Apabila ia dibincangkan secara terbuka, pihak yang berkaitan akan dipengaruhi oleh emosi dan apabila mereka bertindak mengikut emosi, mereka akan membuat tindakan yang salah."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=365547

Abdullah Ahmad Badawi (Presiden Umno): "Apa juga pandangan yang hendak dikemukakan berkaitan BN, tunggulah nanti kita akan bincangkan dalam konvensyen yang akan diadakan. Saya tahu parti komponen lain juga ada macam-macam idea dan pandangan."Jadi perkara ini perlu ditimbangkan dengan seelok-eloknya."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=365465

*P/S: Semalam Liow memenangi jawatan Naib Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), jawatan ketiga tertinggi dalam parti MCA. Sudah pasti beliau terpaksa mengotakan janji-janji beliau kepada ahli-ahli parti kerana Liow dipilih kerana janjinya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081018005247/Article/index_html
Sebelum Liow meneruskan hasratnya, eloklah beliau renungi kembali apakah sumbangan MCA kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 Mac 8 yang lalu dan apakah kedudukan parti itu hari ini di dalam politik negara.

Blogger, Apanama, memperingati Liow mengenai kedudukan MCA dalam politik negara.

Apanama: "Maybe Liow also needs to be reminded of the fact that Barisan Nasional members of Parliament would be stepping into Parliament as members of the OPPOSITION if not for the 50-odd seats from Sabah and Sarawak.The presence of UMNO in Sabah might make the collective number of seats delivered by local parties like SAPP, PBRS, PBS and LDP small, much smaller than the dismal performance of MCA nationwide, but the BN shouldn’t ignore SARAWAK.BN Sabah, Umno included, delivered 24 of the 25 parliamentary seats contested in the memorable March 8, 2008 12th General Election but the Sarawak Barisan Nasional single-handedly delivered 30 of the 31 parliamentary seats which were up for grab."

"Barangkali Liow perlu diingatkan bahawa ahli-ahli Parlimen BN hari ini sudah pasti menjadi ahli pembangkang sekiranya Sabah dan Sarawak tidak menyumbangkan lebih 50 kerusi kepada BN. Kehadiran Umno di Sabah mungkin memberi gambaran bahawa sumbangan parti-parti seperti SAPP, PBRS, PBS dan LDP kecil, lebih kecil dari pencapaian mengecewakan MCA di seluruh negara tetapi, BN tidak seharusnya mengenepikan Sarawak.

"BN Sabah, termasuk Umno, menyumbangkan 24 dari 25 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada Mac 8 tetapi BN Sarawak membuat sumbangan cukup besar - 30 dari 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak."
(Jelapang: MCA hanya memenangi 15 kerusi Parlimen dalam pilihanraya yang lepas).

Tambah Apanama: "If indeed the proposal for a second BN chairmanship is deliberated by the BN supreme council, then the trusted leaders should weigh the contributions of each and every party and region accordingly. Don’t forget their crucial performance on March 8.Between MCA and the Sarawak BN led by Taib Mahmud, I think the latter stands a better chance."

"Sekiranya cadangan BN hendak dibincangkan oleh Majlis Tertinggi BN, maka pemimpin BN yang diamanahkan perlu memperimbangkan sumbangan setiap parti komponen. Jangan lupa kepada sumbangan penting mereka pada Mac 8. Antara MCA dan BN Sarawak yang dipimpin Taib Mahmud, saya berpendapat BN Sarawak mempunyai lebih peluang (dipertimbangkan untuk diberi jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua).

Apanama: http://apanama2020.blogspot.com/2008/10/east-another-west-or-just-rest.html

MUKHRIZ 53, KHAIRY 26, KHIR TOYO 23, ZAHIDI 1

TERKINI MENURUT MALAYSIAKINI:
MUKHRIZ 53, KHAIRY 26, KHIR TOYO 23.
http://www.malaysiakini.com/news/91520

KHAIRY Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi, menghampiri jumlah pencalonan (39) untuk melayakkan beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno menentang anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, apabila memperolehi lima lagi pencalonan.

Kalau mengikut blogger, Another Brick in the Wall, "politik wahyu membantu Khairy peroleh lima pencalonan".

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Padang Besar Zahidi Zainul Abidin, yang hari ini memusnahkan hasrat Azmi Khalid untuk kembali sebagai ketua bahagian, difahamkan membuat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan Ketua Pemuda. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_47.htm

PENCALONAN PEMUDA TERKINI

Mukhriz: 48 (Pendang, Kuala Kedah, Padang Terap, Pasir Mas, Jerai, Baling, Sik, Ranau)

Khairy 25: (Rantau Panjang, Semporna, Kuala Terengganu, Putatan, Ledang)

Khir Toyo 17: (Kemaman, Selayang, Dungun, Wangsa Maju)

GAMBAR NAJIB DALAM MALAYSIA TODAY MELAMPAUI BATAS

KALAU Marina Mahathir mengatakan cerpen Chamil Wariya "Politik Baru YB J" menjijikan, bagaimana pula dengan gambar yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today.

Kritikan terbuka perkara biasa. Tetapi ada batasnya. Artikel yang disiarkan oleh Malaysia Today Khamis lepas yang bertajuk "Oh Geruji, ke mana kau pergi" yang mengandungi gambar Najib Razak berpakaian sami hindu melampaui batas etika, keterlaluan dan tidak tanggungjawab.

Ia melampau batas kemanusiaan. Gambar tersebut jelas palsu. Malaysia Today yang dahulunya menyiarkan artikel Raja Petra, seharusnya bertanggungjawab.

Bukan niat Jelapang untuk mempertahankan Najib tetapi biarlah kritikan-kritikan kita bertanggungjawab.

Gambar Najib yang disiarkan Malaysia Today: http://mt.m2day.org/2008/content/view/13880/84/

Friday, October 17, 2008

PERINGATAN RAJA-RAJA MELAYU

KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

PETIKAN DARI KENYATAAN AKHBAR

* “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat."

* “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar."

* “Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

* “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan."

* Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan. Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1017&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=365042

Thursday, October 16, 2008

SIAPA YB JOSEPHINE?

MENJIJIKAN: Itulah gambaran Marina Mahathir terhadap cerpen tulisan Chamil Wariya (gambar) yang bertajuk "Politik Baru YB J".

SIAPA YB J?

Serangkap dari cerpen Chamil di Utusan Malaysia: "Ia berbunyi: YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

Kini Chamil menjadi bahan perbualan, kritikan dan juga cemuhan termasuk dari Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi.

Siapa YB Josephine yang dimaksudkan Chamil. Mereka yang masih belum menghayati Cerpen ini. Bacalah SIAPA YB J?
Cerpen SIAPA YB J?: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

MUKHRIZ 41, KHAIRY 20, KHIR TOYO 12, ZAHIDI 1

TIADA undi untuk Khairy Jamaluddin. Itulah keputusan Pemuda Bahagian Merbok yang bersidang sebentar tadi.

Bahagian Merbok membuat keputusan sebulat suara mencalonkan Mukhriz Mahathir untuk jawatan Ketua Pemuda Umno dengan 227 undi dari 70 cawangan. Razali Ibrahim dicalonkan Naib Ketua Pemuda Umno.

Umno Merbok merupakan bahagian yang pernah dipimpin Tun Daim Zainuddin sementara abang Mukhriz, Mokhzani pernah menjadi Ketua Pemuda Merbok.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

Kedudukan pencalonan terkini:
Mukhriz 41, Khairy 20, Khir Toyo 12, Zahidi Zainul Abidin 1.

Wednesday, October 15, 2008

SAAT PENUH MAKNA BUAT TUN DR MAHATHIR!

SALING HORMAT MENGHORMATI: Satu lukiran yang penuh makna bagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Suata ikatan yang seharusnya menjadi pegangan Abdullah Ahmad Badawi. Sejak meninggalkan persada pentadbiran pada 2003 dan selepas meletakkan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tun Dr Mahathir ditinggalkan keseorangan umpama hampas tidak gunanya lagi.

Tun Dr Mahathir pernah mencurahkan isi hatinya bagaimana hajat beliau untuk bertemu anak didiknya, Najib Razak, dihalang Abdullah. Hancurnya hati Tun Dr Mahathir apabila ianya menjadi satu kesalahan buat Menteri-Menteri yang pernah berkhidmat di dalam kabinetnya untuk menziarahi beliau.

Seorang bekas Menteri pernah menceritakan bagaimana hajat beliau untuk menziarahi Tun Dr Mahathir di rumah beliau di The Mines dihalang. Semalam, kekecewaan Tun Dr Mahathir pasti terubat apabila para Menteri yang pernah beliau bimbing dengan rasa tawazuk memperlihatkan rasa hormat mereka kepada Tun. Malangnya, imej-imej mulia ini tidak disenangi oleh pihak tertentu.

Bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad A.Talib, yang turut serta menghadiri majlis hari raya Datuk Raof Yusuf, bekas Setiausaha Pemuda Umno, merakamkan saat-saat ini menerusi blog beliau: http://ahmadatalib.blogspot.com/2008/10/whats-message-from-these-pictures.html

Dari kiri: Rahim Thamby Chik, Mustapha Mohamed, Shapie Apdal, Abdul Rahman Bakar, Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib Razak, Datuk Rauf, Syed Hamid Albar dan Awang Adek.
Dari kiri: Muhyiddin Yassin dan Rahim Thamby Chik. Kanan sekali ialah Datuk Ahmad A.Talib.

Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
Tun Dr Mahathir bersama Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahim Thamby Chik.
TANDA HORMAT: Syed Hamid Albar bersalaman bersama Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir bersama Zambry Abdul Kadir dan Aziz Sheikh Fadzir.
Najib bersalaman dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
TITIK BARU PERSAHABATAN: (dari kiri) Najib, Rauf, Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin semalam.

Saat-saat manis ini dirakamkan oleh Jinggo dan Big Dog. Terima kasih daun keladi.

Tuesday, October 14, 2008

KHAIRY JAMALUDDIN KEGELISAHAN!

MUKHRIZ 40, KHAIRY 20.

MUKHRIZ MAHATHIR: Kimanis, Jerlun, Besut, Alor Star, Cameron Highlands, Bukit Gelugor, Tasek Gelugor, Kota Melaka, Pagoh, Jelebu, Jempol, Teluk Intan, Pasir Gydang, Lipis, Langkawi, Kalabakan, Kuantan, Bentong, Pokok Sena, Padang Rengas,Tuaran, Rasah, Permatang Pauh, Kampar, Ipoh Barat, Tenggara, Bagan, Subang, Kota Belud, Batu Pahat, Gombak, Beaufort, Padang Serai, Kuala Selangor, Kulai, Bakri, Setiawangsa, Sepanggar, Simpang Renggam, Tebrau.

KHAIRY JAMALUDDIN: Machang, Pengkalan Chepa, Silam, Ketereh, Beruas, Bagan Datoh, Kota Kinabalu, Pontian, Raub, Bagan Serai, Bandar Tun Razak, Rompin, Bachok, Gelang Patah, Parit Buntar, Johor Bahru, Keningau, Bayan Baru, Sepang.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pencalonan yang diterima Khairy dan Mukhriz.

Kepada penganalisis politik, sesuatu yang luarbiasa ini mempunyai makna yang tersirat.

Selepas 73 bahagian Pemuda Umno mengadakan mesyuarat perwakilan, jelas Khairy Jamaluddin tidak menerima satu pun pencalonan dari bahagian di negeri tumpah darahnya, Negeri Sembilan,

Tiga bahagian pemuda Negeri Sembilan – Jelebu, Jempol dan Rasah – mencalonkan anak Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, untuk jawatan tertinggi Pemuda Umno dan mengenepikan menantu Abdullah Ahmad Badawi itu.

Kepada penganalisis politik, ianya satu tempelak kepada Khairy dan Abdullah. Kepada ahli-ahli politik, mesejnya pasti membimbangkan Khairy.

Persoalan akan timbul di kalangan perwakilan Umno dan pasti akan dieksploitasikan oleh musuh dan lawan Khairy termasuk Mukhriz dan bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.

Persoalannya “apakah perwakilan Pemuda Umno memilih seseorang untuk memimpin mereka padahal di kampung sendiri pun ditolak ahli?”

Tidak menghairankan seorang penulis mengambarkan Khairy di dalam kegelisahan apabila mendapati ramalan orang-orang di sekeliling beliau meleset manakala populariti Mukhriz menjulang tinggi.

“Even if he is not, Khairy Jamaluddin has every reason to be nervous. His closest in the contest to be Umno Youth chief Datuk Mukhriz Mahathir has cleared the requisite 39 nominations while he trails with 20.” – Zubaidah Abu Bakar.

(Walaupun beliau tidak kelihatan sedemikian, Khairy Jamaluddin tetap mempunyai sebab untuk merasa gelisah. Pencabar terdekat beliau untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir telah melepasi syarat 39 pencalonan untuk bertanding dan Khairy hanya mendapat 20 pencalonan) (http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2374443/Article/index_html)

Joceline Tan dari The Star menulis:

“But the question everyone is asking now is what has gone wrong with the Khairy’s political juggernaut? Is it simply because his father-in-law is on his last leg as Prime Minister or is it something more complex?

He has campaigned extensively the last few months, he has tremendous access in his capacity as the incumbent deputy Youth leader and he has the funds.

He even has a “war team” comprising of some seasoned faces including a former journalist and a couple of bright, young individuals.”
http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/10/14/columnists/joceline/2265466&sec=joceline

(Persoalannya sekarang di mana silapnya dan apa sudah jadi kepada kekuatan politik Khairy? Adakah di sebabkan bapa mertuanya sudah sampai ke penghujung jalan sebagai Perdana Menteri atau sesuatu yang lebih kompleks?

Khairy berhempas pulas berkempen beberapa bulan kebelakangan ini dan beliau mempunyai akses yang kuat sebagai Timbalan Pemuda Umno dan Khairy mempunyai wang yang cukup.

Malahan, Khairy turut mempunyai sebuah “pasukan perang” yang terdiri muka-muka yang amat berpengalaman termasuk seorang bekas wartawan dan dua individu muda dan bijak.)

Jawapannya mudah. Stigma yang dibawa Khairy tidak membantu beliau. Pemilihan Umno merupakan jalan terbaik untuk memberi mesej kepada Khairy bahawa apa yang berlaku sejak 2003 tidak dapat diterima oleh akar umbi dan memualkan.

Kalau anggapan ini tidak benar, kenapa ketiga-tiga bahagian di Negeri Sembilan menolak Khairy?

Khairy tidak memerlukan cerdik pandai untuk mencari jawapan kenapa beliau ketinggalan jauh di belakang Mukhriz ketika ini.

Malaysia bukan Amerika Syarikat. Perdana Menteri Malaysia bukannya Perdana Menteri Amerika Syarikat. Politik Malaysia bukannya politik Amerika Syarikat.

Ini yang Khairy lupa ketika Abdullah Ahmad Badawi mula berkuasa pada 2003. Ahli-ahli Umno beradap dan bersopan dalam menyampaikan mesej mereka.

Maka dengan beradap dan bersopanlah mereka menyampaikan mesej mereka kepada Khairy.
Tiga bahagian di Negeri Sembilan dengan beradap dan bersopan sudah menyampaikan mesej yang jelas kepada Khairy.

Khairy masih muda dan berkelulusan tinggi. Jarang anak muda umpama Khairy mendapat tempat di dalam Umno. Malangnya Khairy tidak menghargai tempat yang diberikan oleh Umno kepada beliau.

Khairy mentah di dalam arena politik kerana beliau beranggapan Malaysia adalah Amerika Syarikat.

Khairy perlu ingat, di dalam Umno, politiknya berbentuk “zero sum game” (yang kalah, kalah semua). Apa nasib Khairy selepas ini, hanya tuhan yang akan tentukan.
Semuga Khairy belajar dari kesilapan dan menyedari bahawa kedudukan yang diperolehi hanya sementara.