Thursday, July 31, 2008

RASUAH DALAM PEMBELIAN RM100 JUTA PERALATAN POLIS?

TAHNIAH kepada akhbar The Star dan Ketua Polis Negara.

Kepada The Star kerana memperincikan bagaimana peralatan yang rendah mutunya dibekalkan kepada anggota polis kita termasuk mereka yang bertugas di Timur Leste, negara yang diancam kucar kacir.

Kepada Musa Hassan atas penubuhan satu jawatankuasa untuk menyiasat skandal tersebut yang melibatkan pembekalan RM100 juta peralatan tidak bemutu kepada anggota polis.

Menurut sumber akhbar tersebut, skandal ini adalah “suatu kes yang penuh dengan ketamakan, rasuah dan penyelewengan melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis”

BPR sedang menyiasat kes skandal ini dan 12 orang termasuk pegawai kerajaan dan polis diletakkan di bawah siasatan.

Kita tunggu siasatan kes ini dan tindakan seterusnya Jabatan Polis.

Terjemahan dari grafik muka hadapan akhbar The Star.

PERALATAN YANG DISANGSIKAN

· Baju kalis peluru dan topi keledar yang tidak pasti keselamatannya dan diuji spesifikasinya.
· Boot SWAT yang pada kolarnya yang mempunyai ciri-ciri yang ianya diperbuat dari kulit babi, tumit tapak kasut yang mudah tanggal sementara boot yang digunakan anggota polis trafik didapati tidak kalis air.
· Boot yang digunakan oleh anggota FRU yang bertugas di Timur Leste didapati mudah ditembusi paku.
· Lampu amaran trafik yang digunakan untuk sekatan jalan didapati tidak cukup terang sementara papan tanda dan kon amaran yang digunakan semasa sekatan jalan tidak tahan lama dan mudah rosak.
· Bantal yang digunakan anggota rekrut polis boleh menjadi alat mudah terbakar sementara katil besi, tilam dan bantal tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
· Parang yang dibekalkan mudah berkarat and patah.

MAMPUKAH ANWAR IBRAHIM MENANG DI PERMATANG PAUH!

WAN AZIZAH KORBANKAN KERUSI PERMATANG PAUH: Sebentar tadi Wan Azizah Wan Ismail (gambar), Presiden Parti Keadilan Rakyat, mengumumkan mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk membolehkan suaminya bertanding di kerusi Parlimen tersebut.

Permatang Pauh sememangnya kubu kuat Anwar sejak 1982. Persoalannya, mampukah Anwar menang di Permatang Pauh?

Persoalan kedua, mengapa Wan Azizah tergesa-gesa meletakkan jawatan hanya kurang seminggu Anwar mengumumkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baru?

Adakah keputusan ini ada kena mengena dengan khabar angin Anwar akan ditangkap hari ini atau esok dan didakwa meliwat bekas pembantu khas beliau?

Atas kertas, kerusi Permatang Pauh lebih selamat dari kerusi Kulim-Bandar Baru yang pernah menjadi kubu kuat Umno dan Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam pilihanraya yang lepas, Wan Azizah tidak menghadapi masalah memenangi Permatang Pauh dengan majoriti 13,388 undi.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh akan menjadi "medan peperangan" buat BN, Umno dan PKR.

Bagi Umno, memenangi pilihanraya kecil tersebut bermakna menyekat langkah Anwar ke Parlimen. Tetapi persoalannya, mampukah Umno dan BN menyekat Anwar ketika rakyat tidak selesa dengan kenaikan harga barang, petrol dan kos hidup?

http://thestar.com.my/election/story.asp?file=/2008/3/9/election2008/20080309004247&sec=election2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_77f6b273-c0a85062-19a18430-3bd88358

POLITIK WANG DI UMNO KOTA TINGGI & PENGERANG?

MUNGKIN BENAR, MUNGKIN TIDAK: Sudah menjadi kelaziman di musim pemilihan Umno calon-calon membawa perwakilan makan, melancong dan memberi “duit poket”.

Ini bukan perkara baru. Calon yang “bakhil” biasa “diajar” oleh perwakilan dengan tidak mengundi beliau.

Shahrir Samad dan Rais Yatim pernah melaluinya. Syed Hamid dilabelkan “kedekut” kerana enggan memberi wang kepada pelobi-pelobi undi.

Selagi Umno tidak berubah, selagi itulah parti tersebut akan dipalit dengan label parti rasuah dan bongkak (corrupt and arrogant).

Label “rasuah dan bongkak” yang dipalit pada Umno pada pilihanraya yang lalu menyebabkan BN tewas dengan teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan, pencapaian terburuk BN dalam sesuatu pilihanraya.

Apakah keputusan rakyat ini dijadikan ikhtibar?

Kalau di Kota Tinggi dan Pengerang dijadikan panduan, maka kabur harapan untuk melihat perubahan.

Kita masih berpegang kepada perumpamaan “kalau tiada angin, tak kan pokok bergoyang” di Kota Tinggi dan Pengerang.

Di Kota Tinggi, Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar hanya mendapat 3 pencalonan berbanding 10 untuk Daeng Malik sementara di Pengerang Azalina Othman Said (gambar) mendapat 20 pencalonan berbanding Ketua Bahagian Harun Abdullah yang mendapat hanya 3.

Kalau politik wang berterusan di dalam Umno, tidak memeranjatkan sekiranya hayat Umno berakhir seperti mana Golkar di Indonesia.

Kota Tinggi, Pengerang Umno Members To Be Quizzed By Umno's Disciplinary Board: http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=349493

AL-FATIHAH: S. OTHMAN KELANTAN

S. OTHMAN KELANTAN (1939-2008)

Sasterawan Negara S. Othman Kelantan meninggal dunia
KUALA LUMPUR 31 Julai - Sasterawan Negara Dr. S. Othman Kelantan meninggal dunia tengah malam tadi akibat daripada sakit jantung.

Menurut anaknya, S. M. Zahid berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini.

"Jenazah berkenaan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pangkas, Bangi, Selangor,'' katanya. - Utusan

Latarbelakang S.Othman Kelantan

Dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis pada tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Angin Timur Laut (1969), Juara (1976), Wajah Seorang Wanita (1990) dan Nagogho Astana (1997). Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana.

Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995.Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979).

Tutor Bahasa Melayu USM pada tahun 1980-1983, pensyarah di UKM (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999).

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor.

Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

Rujukan: http://malay.rhythm.com.my/sOthman.asp

Wednesday, July 30, 2008

GUAR TINGGI MAHU PM & DPM LEPAS JAWATAN?

LEPASKAN JAWATAN! Itulah kehendak sebulat suara ahli-ahli Umno Guar Tinggi Ahad lalu.

Menurut Bernama, UMNO Guar Tinggi di dalam bahagian Padang Besar meluluskan usul supaya Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak melepaskan jawatan masing-masing.

Ketua UMNO cawangan itu, Yaacob Man berkata, hari ini usul itu yang dibawanya diluluskan sebulat suara oleh 85 anggota yang menghadiri persidangan UMNO cawangan itu di Dewan Orang Ramai Guar Tinggi, Ahad lalu.

Abdullah dan Najib perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan UMNO dan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan pengunduran mereka adalah bagi membolehkan usaha memantapkan parti dilaksanakan, katanya kepada pemberita di sini.Yaakob yang juga anggota jawatankuasa UMNO Padang Besar berkata, jika Abdullah dan Najib terus menerajui UMNO, mereka mungkin mendapat tentangan pada perhimpunan agung parti akhir tahun ini. BERNAMA
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_73f8adf4-c0a85062-19a18430-70502def

BBC SABAH: TURUNKAN CUKAI PENDAPATAN, NAIKKAN GAJI!

TURUNKAN CUKAI PENDAPATAN, NAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM!

Itulah ketetapan yang dibuat oleh Kelab Penyokong Kerajaan Sabah semalam yang dipergerusikan Rubin Balang (gambar).

Mereka juga turut mendesak kerajaan menaikkan bantuan subsidi kepada petani, penternak dan nelayan kerana kumpulan ini menghadapi masalah mendapatkan bahan makanan pada harga yang patut.

Sanggupkah kerajaaan memenuhi desakan ini?

Akhir-akhir ini, ahli-ahli politik Sabah lah yang paling banyak membuat desakan kepada kerajaan. Hasilnya, Sabah mendapat peruntukan dan projek tambahan.

Orang Sabah pun pandai berpolitik sejak dahulu lagi, jadi tidak menghairankan pemimpin-pemimpin politik Semenanjung berpusu-pusu ke Sabah apatah lagi pemilihan Umno semakin hampir.

Laporan Bernama: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2307025/Article/index_htmlhttp://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2307025/Article/index_html

Tuesday, July 29, 2008

MONSOON CUP, MASJID KRISTAL DISIASAT BPR?

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pelaksanaan projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan kejohanan kapal layar Piala Monsun di Pulau Duyung jika terdapat asas dan bukti yang kukuh berhubung perkara itu.

Demikian laporan agensi berita nasional Bernama semalam.

"Kita akan teliti dahulu (laporan)...kalau ada asas yang kukuh berhubung perkara yang berkaitan, kita akan siasat."

Itulah kata-kata Pengarah BPR Terengganu Sharuddin Sapian ketika mengulas isu tersebut.

BPR perlu ingat bahawa orang yang membangkitkan kemungkinan berlaku jenayah rasuah dalam kedua-dua projek ini ialah Ahmad Said yang bukan calang-calang orangnya.

Tidak mungkin pokok bergoyang kalau tiada ada angin. Tidak mungkin Ahmad, Menteri Besar Terengganu, membuat kenyataan melulu tanpa sebarang buktinya?

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=349356
Ref:0132/10000/300708

ANWAR IBRAHIM AKAN DIDAKWA MELIWAT!

SIASATAN SELESAI! Sehari selepas Syed Hamid Albar menegur polis kerana mengambil masa dalam menyiasat tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim dan sehari selepas laporan perubatan seorang doctor dari Pusat Perubatan Pushrawi didedahkan, portal berita, Malaysian Insider, melaporkan Anwar akan didakwa meliwat bekas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan secepat mungkin.
Malaysian Insider memetik sumber sebagai berkata polis akan menggunakan sampel DNA (deoxyribonucleic acid) yang diperolehi dari Anwar pada 1998 untuk mendakwa beliau.
Mengikut sumber tersebut, kes keatas Anwar akan berdasar kepada "bukti saintifik yang kuat".

MAAF (RALAT): HARGA GEAR BOX PERDANA V6

MAAF: RM21,244.34 adalah harga sebenar gear box tulen Perdana V6 Executive dan bukannya RM3,000 yang dinyatakan Jelapang Isnin lepas.

Harga RM3,000 yang dinyatakan Jelapang adalah berdasarkan laporan New Straits Times. Hari ini New Straits Times menyiarkan penjelasan Proton mengenai harga sebenarnya sebuah gear box Perdana V6 Executive. Jelapang memohon maaf.

Posting Jelapang Isnin lepas: http://kedahku.blogspot.com/2008/07/proton-perdana-terengganu-bpr-kena.html

Penjelasan New Straits Times hari ini
Clarification
IN our story "Free audit on all state-owned cars" (NST, July 28, P4), Proton Holdings Bhd managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir was quoted as saying that the Perdana V6 gearbox from Proton costs RM3,000.
Proton yesterday clarified that the price was for a reconditioned gearbox available at certain independent workshops.An original gearbox costs RM21,244.34.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2306135/Article/index_html

IDRIS PUN BELI MERCEDES!

MUNGKIN itulah yang hendak didedahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada media.

Kita seharusnya mengalu-alukan keterbukaan kerajaan negeri dalam isu pentadbiran terutamanya yang melibatkan pemberian projek dan perkara-perkara yang melibat perbelanjaan yang besar.

Mengikut sumber yang memberitahu Utusan Malaysia semalam:

"Pembelian dan kegunaan Mercedes sebagai kenderaan rasmi Exco bukan merupakan suatu isu baru kerana kerajaan negeri semasa bekas Menteri Besar, Idris Jusoh (gambar) (2004-2008) pernah meluluskan pembelian enam buah kereta mewah itu yang berharga RM1.080 juta pada akhir tahun 2006.

"Mercedes itu digunakan oleh lima Exco dan seorang pegawai kanan negeri untuk dijadikan kenderaan rasmi bagi menggantikan Proton Perdana V6.

"Menurut sumber, pembelian dan kegunaan Mercedes tersebut dibuat adalah atas alasan penyelenggaraan dan keselamatan khususnya bagi Exco yang tinggal jauh dari Kuala Terengganu."

Oleh itu, perlu juga Kerajaan Negeri dedahkan ke mana perginya Mercedes ini yang usianya dua tahun sehinggakan Kerajaan Negeri perlu membeli E200 Kompressor yang baru?

Jelapang menanti jawapan.

Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
Katanya, kerajaan negeri semasa era pemerintahan Idris pernah membeli enam buah Mercedes bagi kegunaan lima Exco dan pegawai kanan yang masing-masing berharga RM180,000 sebuah.

Monday, July 28, 2008

PEMILIHAN UMNO: SYED HAMID VS DAENG MALIK

SYED HAMID 3 DAENG MALIK 10

Itulah kedudukan pencalonan bagi Syed Hamid Albar di Kota Tingi berbanding dengan ahli biasa A.Malik Abdul Rahman yang juga dikenali sebagai Daeng Malik.

Malik baru-baru ini menfailkan saman terhadap Syed Hamid dan Setiausaha Akhbar beliau Rosleli Jahari kerana didakwa menfitnah beliau.

Mampukah Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri, mengharungi cabaran getir di bahagiannya, Kota Tinggi kali, ini?

Sebenarnya Syed Hamid hampir-hampir dicabar di bahagiannya beberapa tahun dahulu tetapi berjaya ditepisnya di saat-saat akhir.

Orang yang mencabarnya ketika itu ialah Rosleli yang juga Ketua Pemuda Kota Tinggi dan hasil dari kompromi tersebut Rosleli dilantik oleh Syed Hamid sebagai Setiausaha Akhbar beliau.

Kalau mengikut kenyataan Rosleli hari ini, 17 cawangan lagi akan bermesyuarat minggu depan dan 15 cawangan akan mencalonkan Syed Hamid, penyandang Ketua Bahagian Kota Tinggi itu.

Kalau ramalan Rosleli tepat, maka keputusan akhirnya ialah:


SYED HAMID 18 DAENG MALIK 12
Apa pun kita tunggu keputusannya minggu depan.
Contest For Divisional Heads Involving Two Ministers In Kota Tinggi And Pengerang: http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=349081

PROTON PERDANA TERENGGANU: BPR KENA KERJA KERAS!

Nampaknya Biro Pencegah Rasuah terpaksa bekerja keras seminggu dua ini. Rasanya elok juga sekiranya BPR menebar jala luas sedikit. Siasat juga kos penyelenggaraan Perdana V6 Executive di negeri-negeri lain termasuk Selangor.

Beberapa fakta menarik didedahkan Pengarah Urusan Proton Holdings semalam. Antaranya:

· Kos purata penyelenggaraan Perdana V6 hanyalah RM2,373 berbanding Mercedes RM3,600

· Harga gear box baru di pusat servis Proton hanyalah RM3,000. Kerajaan Selangor pernah membayar RM23,000 untuk menggantikan gear box salah satu Perdana V6nya.

· Rekod Proton menunjukkan RM78,048.68 dibayar pada Pusat Servis Proton oleh Kerajaan Terengganu dari 2004-2008. Selebihnya, RM993,620.14 di bayar kepada pusat servis yang bukan di bawah Proton.

P/S: Sementara itu, Kerajaan Pusat RM80juta setahun kepada Spanco Sdn Bhd untuk menyelenggara 1,400 Proton Perdana V6 Executive dan kenderaan rasmi lain.

RM80mil to maintain government cars (STAR): http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/27/nation/21928911&sec=nation

Sunday, July 27, 2008

RACHMAN HALIM (1947-2008)


Rachman Halim, 61, orang kelapan terkaya di Indonesia dan taukeh syarikat rokok Gudang Garam Indonesia meninggal dunia di Singapura pagi tadi.

Rachman yang dilahirkan dengan nama Tjoa To Hing berkecimpung ke dunia perniagaan rokok yang diwarisi bapanya pada 1969.

Gudang Garam ditubuhkan pada Jun 26, 1958 oleh bapa Rachman, Tjoa Ing Hwie atau Tjoa Jien Hwie yang kemudian menukar namanya kepada Surya Wonowidjoyo.

Rachman dan keluarganya dianggarkan oleh Forbes mempunyai kekayaan berjumlah RM5.8 billion. Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Mount Elizabeth.

Sejarah Gudang Garam: http://en.wikipedia.org/wiki/Gudang_Garam
Rachman Halim, Pekerja Pejuang yang Low: http://www.detikfinance.com/read/2008/07/27/143308/978521/4/rachman-halim-pekerja-pejuang-yang-low-profile
Forbes.com: http://www.forbes.com/global/2007/1224/049.html

MUAR SAYANG KULI?

Muarani, Bandar A, Bandar, Parit Perupuk Laut, Sungai Balang, Kampung Indah Parit Bugis, Seri Kemang, Sungai Kelat, Sungai Pulai, Seri Rahmat, Seri Pantai and Paya Lebar.

Kesemua 12 cawangan Umno dalam Bahagian Muar ini telah membuat ketetapan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Disember ini.

Dua lagi cawangan – Seri Bendahara dan Long Mamat - yang sama-sama bermesyuarat tidak membuat sebarang ketetapan.

Apapun ketetapan ini tidak membawa apa-apa makna dalam menentukan kelayakan untuk bertanding.

Kata Sang Tuba dalam komennya di blog ini “setiap usul yang dipersetujui oleh cawangan yang bertentangan dengan ketetapan bahagian pastinya akan sampai ke bakul sampah.”

Bagaimanapun, pencalonan seumpama ini pasti memberi sokongan moral kepada Tengku Razaleigh. Ia juga merupakan mesej kepada pucuk pimpinan bahawa akar umbi mengidam satu perubahan dalam kepimpinan Umno.

Suasana hari ini berbeza dengan 2004. Pada ketika itu, Tengku Razaleigh hanya mendapat pencalonan dari bahagian beliau, Gua Musang, untuk bertanding jawatan presiden dan tiada sebarang cawangan membuat ketetapan seperti hari ini.

Rujukan: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/27/nation/21934945&sec=nation

BERAKHIRNYA SATU GENERASI!

Abdul Rahman Ibrahim, Hadzir Ismail, Abdul Razak Hashim, Mahadzir Khir, Abdul Hamid Othman, Badruldin Amiruldin, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Mereka adalah nama-nama besar di dalam Umno Kedah. Oktober ini berakhirlah karier mereka sebagai ahli politik.

Mereka akan menjejaki perjalanan bekas-bekas pemimpin lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin, Sanusi Junid, Osman Aroff, Wan Azmi Ariffin dan Afifuddin Omar.

Itulah nasib ahli politik. Resam ahli politik kalau boleh ingin menongkat langit tetapi apa yang direncanakan tidak semesti menjadi realiti.

Pilihan di tangan mereka. Bertanding untuk kekal jawatan atau dinyahkan dalam keadaan memilukan.

Itulah suasana politik Umno Kedah hari ini. Sudah tiada tempat untuk nama-nama besar ini. Oktober nanti adalah jalan mati untuk kesemua mereka.

*Abdul Hamid Othman, bekas ketua bahagian Sik, sudah lama menjauhkan diri dari Sik.

* Wan Azmi Wan Ariffin, juga memimpin Sik. Kini menulis blog (http://wanazmisik.blogspot.com/) selain menguruskan Serendah Sekebun Bunga. Wan Azmi satu ketika dulu dikenali penyokong kuat Allahyarham Ghafar Baba. Ketika seluruh Umno memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim, Wan Azmi cuba mengharungi ombak besar dengan memaksa bahagian Sik mengadakan pengundian untuk memilih siapa yang hendak dicalonkan ke jawatan Timbalan Presiden. Malangnya ahli Umno Sik memilih Anwar. Tetapi kesetiaan Wan Azmi kepada Ghafar tidak pernah goyah.

* Abdul Rahman Ibrahim, bekas ketua bahagian Pokok Sena, merupakan penyokong kuat Anwar dan Osman Aroff. Beliau merupakan antara perancang penting selepas pilihanraya 1995 untuk mempertahankan Osman daripada disingkir sebagai Menteri Besar dengan mengetuai kumpulan 22 untuk meminta Dr Mahathir mengekalkan Osman di Kedah. Malangnya Osman sendiri menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar.

* Hadzir Ismail, ketua bahagian Padang Serai. 16 tahun memimpin Padang Serai. Malangnya kawasan Parlimen menjadi kerusi MCA. Keputusan Hadzir meninggalkan pentas politik disebabkan tekanan untuk menyingkirkannya.

* Badruldin Amiruldin dan Abdul Razak Hashim. Kedua-duanya orang kuat bahagian Yan tetapi masa mereka telah berlalu.

* Mahadzir Khir. Tanyalah orang Sungai Petani. Jelapang tidak sampai hati untuk mengulas jasanya kepada orang Sungai Petani.

* Kadir Sheikh Fadzir. Ahli politik yang benar-benar berpolitik. Pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Kedah. Berpolemik dengan Osman Aroff. Berkempen menentang Ghafar. Bahagiannya, Kulim, satu-satunya bahagian yang mempunyai cawagan paling kecil – lebih kurang 60 cawangan. Tujuannya mudah untuk di “kawal”. Di saat-saat akhir hayat politiknya, beliau masih berpolitik. Oktober nanti bertukar tanganlah Bahagian Kulim dari “abang kepada adik” – “dari Kadir kepada Aziz”, adik beliau.

Oktober nanti Umno Kedah akan dipimpin oleh muka baru dan orang muda. Malangnya separuh daripada mereka sudah terpalit dek lumpur.

P/S: Jelapang masih menanti keputusan Abu Bakar Taib di Langkawi samada menerima tentangan dari Timbalannya Nawawi Ahmad dan Syed Razak Barakbah di Kuala Kedah samada mahu menghadapi tentangan dari Timbalannya Hashim Jasin, bekas ketua Bahagian Abu Bakar Rautin atau pegawai khas Timbalan Perdana Menteri Latt Shariman Abdullah.

Saturday, July 26, 2008

MB TERENGGANU KEPADA BPR: SIASAT MONSOON CUP & MASJID KRISTAL!


“I am a controversial figure, I will expose more, but the ACA should be transparent by also going after the ‘big’ cases. Don’t only go after Mad (Ahmad Said). Investigate the Monsoon Cup and Islamic Civilisation Park, too.”
“Saya kini seorang yang kontroversial. Saya akan dedahkan lebih lagi. Tetapi BPR kenalah telus dengan turut menyiasat kes-kes besar. Jangan hanya menjadikan Mad (Ahmad Said) sahaja sasarannya. Siasat juga Monsoon Cup dan Taman Tamaddun Islam.”

Kenyataan Menteri Besar Terengganu ini pasti mengejutkan pihak tertentu. Ahmad seolah-olah menggambarkan ada yang serba tidak kena dalam projek Monsoon Cup dan Taman Tamaddun Islam.

Tambah Ahmad lagi: “Kedua-dua projek yang saya namakan tadi hanyalah “the tip of the iceberg” (segelintir dari masalah).
Taman Tamaddun Islam yang juga melibatkan pembinaan Masjid Kristal membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta sementara kos untuk mengadakan Monsoon Cup mencecah lebih RM300 juta.

Kita berharap kenyataan Menteri Besar Terengganu dilihat oleh BPR sebagai arahan untuk menyiasat kedua-kedua projek tersebut. Apa pun kita tunggu reaksi BPR.

MUHYIDDIN, PRESIDEN UMNO?

ITULAH hasrat Umno Umno Cawangan Desa Jaya di Johor Baru.

Sebenarnya keputusan Desa Jaya membuat ketetapan mahukan Muhyiddin Yassin (gambar) bertanding jawatan Presiden dibuat hujung minggu lepas tetapi tidak dilaporkan media arus perdana. Begitu juga dengan keputusan dua cawangan lain di Langkawi.


Salah satu cawangan di Langkawi mahukan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding Presiden manakala satu lagi mahukan Najib Razak menentang Abdullah Ahmad Badawi.

“Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut. Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu."

"(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama."

"Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)."

Itulah kata-kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah kepada portal bebas, Malaysiakini hari ini.

Laporan Malaysiakini: http://www.malaysiakini.com/news/86779

CORAT-CORET: GOYANG INUL & GOYANG DBKL!

KENAPA TUNGGU SAAT AKHIR? Apa yang berlaku kepada “Ratu Gerudi” Inul Daratista sungguh mengecewakan.

Mengapakah pihak berkuasa di Johor Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunggu hingga saat akhir untuk membatalkan permit yang dikeluarkan untuk konsert Inul?

Adilkah? Kalau konsert tersebut tidak sesuai dan “mengancam keselamatan negara” seperti yang dinyatakan oleh DBKL, tolak sahaja permohonan permit pada hari permohonan tersebut dibuat.

Apa perlu tunggu sehingga Inul menjejak kaki di Kuala Lumpur baru hendak membuat keputusan? Apa perlunya menunggu sehingga penganjur kerugian RM800,000 baru nak membuat keputusan?

Jelapang mempunyai sikap terbuka dalam isu-isu hiburan. Ada ketikanya konsert terbuka harus tidak dibenarkan sekiranya menjejaskan moral golongan remaja.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Sanusi Junid dulu tidak membenarkan konsert terbuka disebabkan unsur negatif apabila pertunjukan berlarutan sehingga lewat malam menyebabkan sesetengah golongan remaja tidak pulang ke rumah.

Apa saja alasan yang hendak digunakan, biarlah adil kepada artis dan penganjurnya. Kalau hendak haramkan, haramkan saja. Kalau hendak benarkan, benarkan saja. Tetapi jangan tunggu sampai perbelanjaan sudah dikeluarkan, baru nak buat keputusan samada nak keluarkan permit atau tidak.

Maafkan kami Inul.

Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

P/S: Jelapang memohon maaf kepada pelayar jika video berikut dirasakan tidak sesuai untuk tontonan. Kepada mereka yang belum mengenali Inul Daratista, tontonilah video berikut.



KOS SELENGGARA KERETA IDRIS JUSOH RM131,449.00

RM131,449 BUKAN RM235,123.

Itulah kos untuk menyelenggara Perdana V6 Executive yang digunakan Idris Jusoh (gambar) semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar Terengganu.

Idris bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mendakwa kos selenggaraan kereta Perdana Exconya terlalu tinggi dibawah kepimpinannya.

Pembantu khasnya Kamarulazaman Idris berkata Idris kesal dengan kenyataan media pada 24 Julai bahawa kos selenggaraan keretanya berjumlah RM235,123.08 dari 2004 sehingga 2008.


Bagi Idris kenyataan Kerajaan Terengganu tersebut adalah tidak benar dan mencemar imej beliau.

Laporan akhbar: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2303852/Article/index_html

Friday, July 25, 2008

BUKIT KUANTAN 3: KAMI MAHU NAJIB!

NAJIB PRESIDEN UMNO? Umno Cawangan Bukit Kuantan 3 yang berada di dalam Bahagian Paya Besar (Pahang) petang tadi mencalonkan Najib Razak untuk bertanding jawatan Presiden.

"Faktor utama, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara Presiden parti kepada timbalannya iaitu pada 2010 adalah terlalu panjang. Peralihan kuasa itu seharusnya dipercepatkan dan kita mencadangkan supaya ia diadakan sebelum Disember ini jika pertandingan jawatan nombor satu itu hendak dielakkan." – begitulah kenyataan Timbalan Ketua Umno Cawangan tersebut Bukit Kuantan 3, Ahmad Ibrahim

Tambahnya:“ Kekalahan Umno dan Barisan Nasional di lima negeri dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas memberi petunjuk bahawa perubahan pucuk pimpinan perlu dilakukan segera.”

Bagaimanapun cawangan itu tidak membuat sebarang cadangan untuk jawatan Timbalan Presiden parti.

Laporan Bernama: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_59aec7f6-c0a85062-14c4ac90-cb23a080

PROTON: KOS SELENGGARA PERDANA EXCO TERENGGANU HANYA RM542 SETAHUN!


“Purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

“Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap." katanya dalam kenyataan hari Jumaat."

Ini adalah kenyataan Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) petang ini.

Tidak perlulah Jelapang mengulas lanjut kenyataan Pak Tuan kita ini.

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348566

PERBELANJAAN BAIK PULIH PERDANA V6 EXCO TERENGGANU
(2004-2008) Sumber: Utusan Malaysia

Tan Chin Yaw - RM175,229.79
Ahmad Said - RM92,995.18
Mohamed Awang Tera - RM 52,965.68
Ahmad Razif Abdul Rahman - RM65,509.93
Abdul Rahin Mohd Said - RM76,296.54
Rozi Mamat - RM74,114.27
Ashaari Idris - RM42,355.36
Khazan Che Mat - RM 37,656.76
YDP Negeri - RM 64,530.62
Penasihat Undang-Undang - RM 36,331.78
Pegawai Kewangan Negeri - RM 36,234.59
SUK Terengganu (Datuk Mutahar) – RM47,864.86
Wan Mohd Wan Hassan - RM 27,886.16
Idris Jusoh - RM235,123.08
Wan Hisham Wan Salleh - RM 15,069.32
Mohd Jidin Shafee - RM 95,178.15
JUMLAH - RM1,175,342.07


PM ARAH EXCO TERENGGANU PAKAI PERDANA

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan 14 Mercedes E200 Kompressor yang dibeli Kerajaan Terengganu akan digunakan sebagai kenderaan tetamu Kerajaan.

Laporan Bernama: Kabinet memutuskan Kerajaan Negeri Terengganu perlu menggunakan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya manakala kereta Mercedes Benz yang sudah dibeli hanya untuk tetamu kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat.

"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka" - PM.

Laporan penuh: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348574

ISU MERCEDES SELESAI?

“Selesai ikut pandangan kami bertiga (Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak), jadi tidak perlu ulas lagi. Tengoklah perkembangan terbaru...buatlah tafsiran sendiri.” - Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

Mungkin pada tanggapan Ahmad isu tersebut sudah selesai. Percayalah, ia bukan semudah itu. Rata-rata rakyat dihimpit kesusahan dan keyakinan rakyat cukup nipis buat masa ini.

Ahmad perlu belajar dari kesilapan pemimpin-pemimpin Umno terdahulu. Kepercayaan rakyat adalah pokok kejayaan sesuatu parti.

Isu Mercedes mungkin dianggap picisan oleh Ahmad. Tetapi tanyalah rakyat. Jejaklah kaki ke bumi nyata dan analisalah kesan isu ini kepada Ahmad, ahli-ahli Exco Terengganu dan Umno Terengganu.

Imej kerajaan Negeri dan kepimpinan Umno pasti tercemar dek isu ini. Kesilapan hari ini akan membawa padah keesokan hari nya. Pada ketika itu, menyesal kemudian tidak berguna lagi.

Isu Mercedes selesai: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

KES ANWAR: PERLUKAH CAMDESSUS, WOLFENSOHN & MARTIN MEMBUAT DESAKAN?

CAMPURTANGAN? CAMDESSUS dan Wolfensohn adalah antara dua nama yang mana rakyat Asia tidak dapat lupakan ketika seluruh Asia dihumban ke kancah krisis ekonomi. Orang yang ketiga ialah George Soros yang mengenengahkan konsep “masyarakat terbuka” (Open Society) di negara-negara dunia ketiga.

Bayangan Camdessus berdiri berpeluk tubuh (gambar) memerhatikan Allahyarham Presiden Suharto menandatangani perjanjian memohon bantuan IMF untuk Indonesia kekal diingatan kita semua.

Sesetengah pihak mengkritik “body language” (perlakuan) Camdessus yang dilihat menghina orang Islam, Indonesia dan Asia.

Perlakuan beliau ketika itu dilihat sebagai pejajahan baru Barat terhadap Asia (neo-colonialism).
Hari ini Camdessus, Wolfensohn dan bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin, mengeluarkan satu kenyataan mahukan tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim digugurkan.


“We want also to express our confidence that whatever the present political circumstances, the Government of Malaysia will exert a particular restraint in the handling of this case and will demonstrate, by dropping the charges introduced against Dr. Anwar Ibrahim, an exemplary sense of respect for the rights of the individual which are so important to the international standing of Malaysia. "

(Kami ingin menyatakan keyakinan kami bahawa dalam apa suasana politik sekali pun, Kerajaan Malaysia hendaklah mengelakkan daripada menggunakan tekanan dalam mengendalikan kes ini dan ini hanya dapat dibuktikan dengan mengugurkan dakwaan terhadap Dr Anwar Ibrahim sebagai tanda Malaysia menghormati hak kebebasan individu yang mana menjadi ukuran penting kepada imej dan status Malaysia di mata antarabangsa).


Adakah kenyataan ini menggambarkan campurtangan pemimpin asing terhadap hal-ehwal negara?

Kenyataan Camdessus, Wolfensohn dan Martin: http://www.marketwatch.com/news/story/letter-support-honorable-datuk-seri/story.aspx?guid=%7BB22D313B-9A64-436C-8A52-E5D97DB416F7%7D&dist=hppr

SKETSA PARLIMEN 15 (JULAI 17/08): DURIAN THAI, GAJI CEO TNB & MENTERI LARI!

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“Kita selalu mendengar bahawa kerajaan ada menasihatkan rakyat janganlah percaya kepada apa yang ada dalam blog-blog, apa yang ada dalam internet tetapi nampaknya kerajaan sendiri percaya apa yang ada dalam blog-blog sehinggakan tadi YB Menteri Dalam Negeri ‘lari’. Kenapa dia ‘lari’? - Lim Kit Siang mengenai tindakan polis mengadakan sekatan jalan di seluruh Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

“Kenapa kerajaan boleh percaya kepada dua blog, dua ucapan dan dua SMS bahawa akan ada satu demonstrasi besar-besaran pada hari Isnin dan oleh kerana itu melancarkan satu operasi melibatkan 1,600 orang anggota. Untuk tiga hari Kuala Lumpur dan Lembah Klang paralyzed dengan tanpa apa-apa asas. Ini menunjukkan bahawa sikap kerajaan mengenai electric government belum matang.” - Lim Kit Siang (Ipoh Timur)

“Kalau untuk gaji, saya hendak tanya adakah ada skim gajinya? Ini kerana saya dan rakan-rakan lain mendapat persepsi iaitu seperti yang berlaku dengan GLC. Baru-baru ini TNB mengumumkan. Nasib baik batal kenaikan gaji kepada Managing Director, sebulan RM100 ribu. Persepsi rakyat ialah gaji pengurus-pengurus, CEO, pegawai-pegawai syarikat yang berkaitan kerajaan, besar-besar belaka.” - Hamim Samuri (Ledang)

“Saya hendak beritahu, saya Melayu tetapi saya nak beritahu saya tidak bersetuju kalau sampai 80% diberikan kepada bumiputera dan 20% sahaja diberikan kepada bukan bumiputera. Saya tidak boleh terima. Saya kira dalam perlembagaan tidak ada... – mengenai pemberian biasiswa.” Nazri Aziz (gambar)

“Saya dah cakap, saya, anak-anak saya juga pergi ke universiti dalam negeri, luar negeri, saya tak ada minta biasiswa! Saya tak ada! Seorang belajar ambil law di England, seorang belajar di Australia, seorang belajar di Ireland.” - Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)

“Yang Berhormat Menteri sedarkah bahawa ramai golongan bumiputera dari Sabah ini masih mundur, peribumi di negeri Sabah masih mundur jangan buat kami marah. Kita masih terkebelakang dalam apa juga segi bantuan daripada pihak kerajaan dan adakah kerajaan berniat untuk meminggirkan masyarakat yang kesian dari Sabah dan Sarawak ini? - Marcus Makin Mojigoh (Putatan)

"Wakil rakyat Sabah, Sarawak dengar apa yang saya cakap. Yang cemerlang ini kita kata 11A1 yang itu kita tidak kira. Biar pun dia daripada Kuala Lumpurkah, dia daripada mana kita tidak kira, Melayu, Cina, India, Islam atau tidak Islam tidak kira yang itu.” - Nazri Aziz.

“Saya tinggal di Pasir Mas, kawasan saya bersempadan dengan negara Thailand dan saya melihat hari-hari, boleh dikatakan apa yang kita makan sekarang ini kebanyakannya datang daripada Thailand. Kalau durian, buah durian Thailand, kalau mangga, buah mangga Thailand, cili, cili Thailand, sayur-sayuran daripada Thailand.”Ibrahim Ali ketika menyarankan kerajaan belajar dari Thailand dalam sektor pertanian.

Rujukan: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-17072008.pdf

NOTA PENGARANG: Parlimen telah berakhir maka Sketsa Parlimen berehat seketika. Ianya akan bersambung pada 18 Ogos nanti bila Dewan bersidang semula.

Thursday, July 24, 2008

SNIPPET: PERMINTAAN TERAKHIR - TAMPILLAH PENYANYI & PENCIPTA ASALNYA!




“…Sekiranya ada pihak tampil mengakui itu lagu ciptaannya atau ada pertalian keluarga dengan banduan dimaksudkan, bolehlah tampl dan kemuka bukti kepada Music Valley.Andai kata terbukti, memang tiada masalah mengenai pembahagian royalty itu. Apa pun saya mahupun Music Valley tidak pernah berdiam diri kerana kami sentiasa berusaha mencari dan mengumpul maklumat mengenai siapa pencipta sebenar lagu itu.” – SALEEM (bekas vokalis kumpulan Iklim). - Harian Metro 23 Julai 2008.

Itulah harapan kita agar pencipta dan penyanyi asal “Permintaan Terakhir – Nyanyian dari Penjara” tampil memperkenalkan diri. Sekurang-kurangnya Saleem ikhlas dalam memberi sanjungan kepada pencipta dan penyanyi asalnya.

Lagu ini dikatakan dicipta seorang bekas banduan sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman gantung. Ia mengisahkan seorang lelaki sudah berkahwin yang gagal mengawal emosi apabila mengetahui isterinya mencintai kekasih lamanya. Jadi, dia bertindak ganas dengan membunuh si isteri dan kekasihnya itu.

Justeru, dia bukan sahaja dipenjarakan tetapi dijatuhkan hukuman gantung. Bagi mengisi duka laranya di sebalik tirai besi, dia sempat mencipta lagu ini.

Lagu ini menjadi kegemaran pelayar YouTube sejak lima bulan lalu dan Saleem merakamkan semula lagu ini dan diberi judul “Trilogi Cinta” yang akan diterbitkan Ogos ini.
LAGU VERSI SALEEM - TRILOGI CINTA:





P/S: Jelapang masih meminati rentak lama.

SELANGOR NAK PAKAI TOYOTA CAMRY?

TOYOTA CAMRY: Itulah kereta pilihan ahli-ahli Exco Selangor. Alasannya ianya lebih murah dari Mercedes.

Sebuah Camry 2.0G berharga RM152,080.00 manakala bagi model 2.4G ialah RM172,330.00.

“Saya secara peribadi merasakan Toyota Camry adalah pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes.

“Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas.” Itulah kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu.


Kita tunggu reaksi rakyat dan pembangkang Selangor.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20080724202533/Article/index_html

KENAPA KERETA IDRIS JUSOH TINGGI KOSNYA?


RM131,596.66

Itulah jumlah yang digunakan untuk menyelenggarakan kereta Proton Perdana V6 yang di gunakan bekas Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh (gambar) untuk tahun ini sahaja. Perlu diingat kita masih di bulan Julai 2008.

Harga pasaran bagi sebuah Perdana V6 ialah RM101,485.05. Yang pasti kos penyelenggaran kereta yang digunakan Idris melebihi kos pembelian sebuah kereta Perdana yang baru.

Hari ini BPR memulakan siasatan kes penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive Kerajaan Terengganu dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan untuk penelitian.

Enam pegawai BPR telah ke Wisma Darul Iman untuk mengambil dokumen berkenaan. BPR turut mengambil keterangan daripada empat pemandu exco hari ini berhubung perkara berkenaan, kata Utusan Malaysia.

Kita harap ada penjelasan kenapa penyelenggaraan kereta yang pernah digunakan bekas Menteri Besar itu begitu tinggi.

BPR SIASAT KES REPAIR PERDANA RM175,000


AKHIRNYA kes penyelenggaraan kereta Perdana V6 yang mencecah RM175,000 kini menjadi kes BPR. Menurut Utusan Malaysia hari ini:

Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memulakan siasatan untuk mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun lalu. Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat kes itu kerana jumlah bayaran menyenggara kenderaan tersebut terlalu besar. Kita sudah hantar pegawai untuk siasat kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Laporan Utusan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Sementara itu, menurut Utusan Kabinet tidak membenarkan kerajaan negeri Terengganu menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, Exco dan para pegawai kanan kerajaan negeri itu

"Menurut sumber, apabila isu pembelian 14 buah kereta Mercedes itu ditimbulkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, Kabinet mahu kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sedia ada.
Kabinet menolak keputusan kerajaan negeri untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive dengan Mercedes E200 Kompressor. Kalau dibenarkan, Jemaah Menteri khuatir langkah kerajaan negeri Terengganu itu akan diikuti negeri-negeri lain. Wakil rakyat tidak boleh menonjol-nonjolkan kemewahan,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.


Laporan penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 16/08): MD KHAZANAH MAHARAJA, AIR ASIA & LIWAT



PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“…mengenai isu pelupusan wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000…mereka yang memiliki wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 masih boleh ditebus dengan nilai yang sama, manakala sebelum ini Bank Negara Malaysia telah
mengumumkan bahawa pada 12 Sept 1998, wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 dinyahkan dan ditarik balik sah lakunya bermula 1 Julai 1999. Tarikh 1 Julai 1999 hingga 27 Nov 2007 sudah berlalu lebih lapan tahun. Wang kertas RM500 dan RM1,000 dalam edaran sebelum dinyahkan sebanyak 1,989,479 keping kertas RM500 dan 4,523,731 berharga RM1,000 dengan nilai muka sebanyak RM5.54 bilion. Kesediaan Bank Negara menerima penukaran sah laku wang kertas denominasi RM500 dan RM1,000 menimbulkan tanda tanya rakyat dan pelbagai pihak, siapakah mahu menukarnya yang baki ini dan disyaki ianya tersimpan di luar negara oleh pihak atau individu tertentu dan kenapa tidak ditukar lapan tahun dahulu?
Ibrahim Ali (Pasir Mas)

Pengarah Urusan Khazanah Nasional saya dengar gajinya, kedudukannya macam maharaja, betul kah elaun sebulan RM120,000, lain-lain kemudahan berapa banyak dan siapakah yang memantau mereka ini? – Ibrahim Ali.

Apakah kita hendak tunggu warga kota bawa tempurung, bawa tupperware merata baru kita hendak ukur bahawa warga kota ini menderita? Apakah kita hendak tunggu perniagaan sehingga dah tutup semua, barulah kita masa itu sedar bahawa rakyat begitu terhimpit dan susah? “ - Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa)

“Kalau di Ledang, seseorang itu seperti YB, kawan-kawan dia, kalau seorang dapat RM3000 sebulan itu, di Ledang memang boleh hidup dengan lebih selesa. Akan tetapi, kalau dapat RM5000 di Kuala Lumpur itu, susahlah.” - Tan Seng Giaw (Kepong)

“Ada pihak-pihak tertentu menggunakan kepakaran teknologi untuk mewujudkan gempa bumi, gunung berapi dan senjata geophysical ini diakui oleh para saintis.” - Razali Ibrahim (Muar)

“Saya terlalu kecewa melihat gelagat pelakon badut veteran daripada pembangkang. Memang hebat lakonan dia. Dia sentiasa memainkan lagu lama Tuan Yang di-Pertua. Dia selalu menari di gelanggang yang tidak sama rata. Itulah dia YB Ipoh Timur yang selalu salah tempat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan) (gambar)

“Risalah di hadapan saya ini menunjukkan bahawa ada elaun-elaun sehinggakan RM40 ribu setahun kepada Perdana Menteri atau kepada menteri, tolong verify. RM40 ribu setahun untuk dapur dan perhiasan rumah. Peruntukan percutian, tiket penerbangan RM50 ribu, untuk hotel, duit poket dan sebagainya. Bil elektrik percuma ditanggung kerajaan, telefon percuma ditanggung kerajaan.” - Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

“…saya harap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tampil pada hari ini di balai polis memberi keterangan dan kalau berani bagi sampel DNA untuk kita uji sama ada laporan polis tersebut adalah betul atau pun tidak. Ini adalah soal penting untuk masa depan negara kita.” - Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau).

Ini tuduhan liwat, maknanya ada homosexual anal intercourse! Ada penetration! - Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin tahu kenapakah Petronas tidak berani untuk menuntut hutang tersebut daripada AirAsia? Sama ada Petronas telah diarah oleh Kementerian Kewangan ataupun the fourth floor boy supaya jangan ambil tindakan terhadap AirAsia.” Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Sedangkan kalau seorang mahasiswa hutang kerajaan RM3,000, RM10,000 mereka akan diheret ke mahkamah ataupun peniaga kecil kalau hutang cukai pintu kerajaan tempatan ataupun DBKL, mereka akan diheret ke mahkamah dan syarikat yang berhutang service tax,
mereka akan diheret ke mahkamah dan AirAsia ini satu syarikat yang amat special tidak ambil apa-apa tindakan. Sila beritahu kenapakah Tony Fernandez boleh mengatakan dalam surat khabar mereka masih dalam perbincangan dengan Menteri Kewangan untuk berunding dengan hutang ini.”
Wee Choo Keong.

Wednesday, July 23, 2008

BPR PATUT SIASAT KERAJAAN TERENGGANU!

ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 23/07/2008
Kos senggara mahal Kerajaan Terengganu bayar RM175,229.97 servis sebuah Perdana V6
Oleh NOR AZIAH JAAFAR

KUALA TERENGGANU 22 Julai – Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri Besar di sini hari ini, ia merupakan kos tertinggi yang terpaksa dibayar oleh kerajaan negeri untuk servis sebuah kereta model itu sejak tahun 2004 hingga sekarang.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000.
“Kerajaan Terengganu tidak mampu lagi membiayai kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive.

TERIMA kasih kepada pelawat ke blog Jelapang atas komen saudara. Menarik jika dilihat angka perbelanjaan untuk menyelenggara sebuah kereta Proton Perdana.

RM175,229.97 dan RM132,357.76 satu jumlah yang besar untuk penyelenggaraan sebuah kereta Perdana V6.

Munasabahkah jumlah tersebut? Seperti yang dinyatakan oleh seorang pelawat ke blog ini, kenapa kereta yang berusia empat tahun yang masih di bawah jaminan Proton tidak dihantar ke bengkel Proton untuk menukar gear boxnya secara percuma?

Mengikut kenyataan Proton hari ini, dalam rekodnya tidak sekali pun dalam tempoh empat tahun itu, kereta tersebut dihantar servis ke bengkelnya.

Jalan terbaik untuk persoalan ini hanyalah Biro Pencegah Rasuah. Kita harap BPR siasat bagaimana kos repair sebuah Perdana V6 boleh mencecah RM175,000.

SUARA ORANG MUDA BERKUMANDANG DALAM UMNO!

SHAZIMAN Abu Mansor (gambar) merupakan Menteri termuda di dalam Kabinet Abdullah Ahmad Badawi.

Apakah yang tersirat di dalam jiwa dan raga orang muda ini mengenai Umno hari ini?

MStar, akhbar online berbahasa Melayu kepunyaan The Star, menyelam isihati Shaziman dalam satu temuramah hari ini.

Pasti ada pemimpin Umno yang terguris dengan kenyataan Shaziman, tapi yang jelas ianya realiti nasib parti itu kini. Berikut ialah petikan penting dari temuramah bersama Shaziman oleh mStar untuk renungan ahli-ahli dan pemimpin Umno.

“Jika benar-benar ikhlas dengan perjuangan parti, dan jika dalam kepimpinan Umno itu sendiri ada yang sedar bahawa masa sudah sampai bagi mereka melepaskan jawatan, itu adalah satu sikap yang mulia. Biarlah yang lebih muda mengambil alih."

“Dua daripada tiga jawatan naib presiden Umno perlu disandang golongan muda kerana jawatan nombor tiga tertinggi parti itu adalah satu peringkat latihan untuk pemimpin yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan parti akan datang.”

“Jika program peralihan kuasa yang diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden Umno) menjadi kenyataan, dalam tempoh dua tahun lagi Datuk Seri Najib Razak (Timbalan Presiden Umno) akan mengambil alih jawatan presiden. Jika naib presiden semuanya berumur lebih 60 tahun, manakah wujudnya pelan peralihan kuasa seterusnya kerana Najib baru berumur lewat 50an.”

“Sikap ramai pemimpin yang menganggap Umno sebagai punca rezeki yang menyebabkan mereka kerap bersikap hipokrit dan takut untuk menegur kesilapan pemimpin tertinggi parti atau memberikan pandangan yang berbeza daripada pendapat arus perdana. Kalau jadi pemimpin peringkat tinggi mestilah berani beri gambaran, pandangan dan pendapat yang betul, bukan hanya setakat hendak ampu berhubung sesuatu isu. Kalau tidak ada keberanian ini tidak ada jati diri, pada saya mereka bukan lagi seorang pemimpin kerana hanya berani cakap belakang.”

Umno perlu kembali kepada perjuangan asal dan perlu dilihat sebagai memperjuangkan nasib Melayu dengan mengetengahkan kes-kes di mana orang Melayu teraniaya kerana keghairan sesetengah pihak melaksanakan dasar meritokrasi. Kalau tidak, kalau pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pun dibiarkan separuh-separuh, lebih baik tukar slogan berjuang untuk agama, bangsa dan negara kepada hanya agama dan negara atau untuk negara sahaja."

Laporan penuh mStar: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4d31dc54-c0a85062-14c4ac90-4b57a332

PROTON PECAH KEBISUAN ISU MERCEDES TERENGGANU

PROTON sebentar tadi memecah kebisuan isu pembelian kereta Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu untuk Menteri Besar Ahmad Said dan ahli-ahli Exconya.

Sebagai rekod, Ahmad berkata: ""Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak. Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang."

Hari ini Proton menjawab kenyataan Ahmad dan Pejabat Menteri Besar. Antara kandungan kenyataan Proton ialah:

"Dengan merujuk kepada salah sebuah kereta yang dibeli kerajaan negeri Terengganu pada Mei 2004, dengan dakwaan terpaksa berbelanja lebih daripada RM100,000 untuk penyelengaraan dan membaikpulih, rekod kita menunjukkan setakat ini tiada tuntutan jaminan dibuat oleh mereka sejak Oktober 2004 bagi kenderaan terbabit."

"Walaupun kos bagi menggantikan kotak gear mungkin agak mahal, kemungkinan yang berlaku itu boleh dielakkan dengan menghantar kenderaan itu untuk pemeriksaan berjadual dan teratur di pusat-pusat khidmat yang diiktiraf dan dipasang dengan alat ganti tulen."

Laporan penuh kenyataan Proton: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348001

OH FAUZI RAHMAN! PKR PILIHANNYA

KARIER politik bekas ahli Parlimen Kuantan, Adun Beserah, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fauzi Abdul Rahman (gambar), penuh warna-warni.

Pernah ketika menjadi Setiausaha Parlimen berita mengenai beliau dipaparkan di muka hadapan Utusan Malaysia bila ditewaskan sebagai ketua cawangan.

Bagi ahli politik, tewas pertandingan adalah perkara terakhir yang mahu diharungi mereka. Itulah sebabnya kenapa pemimpin Umno yang mempunyai jawatan di dalam Kabinet, ataupun berjawatan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen (jawatan ini tidak di isi selepas PRU12) melepaskan jawatan dalam cawangan untuk mengelakkan dari diaibkan.

Pertandingan dalam cawangan boleh menyayatkan hati sekiranya seorang Menteri dan Timbalan Menteri ditewaskan oleh seorang calon yang profesionnya hanya dreber bas, nelayan atau petani.


Tetapi Fauzi sanggup mengambil risiko tersebut dan berakhir dengan kesudahan memilukan buat karier politiknya.

Hari ini, Fauzi mewarnai lagi karier politiknya dengan menyertai sahabat lamanya Anwar Ibrahim dengan menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

Fauzi tetap Fauzi. Hidupnya penuh warna warni.

Bagi mereka yang tidak mengenali karier politik Fauzi, layari laman web berikut: http://www.geocities.com/drmahadzir/fauzi01.html

Fauzi sertai PKR: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=347952

ISU MERCEDES: EXCO TERENGGANU NAK BINCANG APA LAGI?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kartun&pg=sk_01.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

MB TERENGGANU TEGAK BENANG BASAH!


Amat malang sekiranya seseorang pemimpin terutamanya Menteri Besar masih enggan memahami sentimen rakyat bila keputusannya dipertikaikan.

Semalam, pejabat Menteri Besar Terengganu terus menegakkan “benang yang basah” dalam isu pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang berjumlah RM3.43juta untuk kegunaan Menteri Besar Ahmad Said (gambar) dan ahli-ahli Exconya.

"Daripada segi ciri-ciri keselamatan, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan Mercedes E200 Kompressor. Ini adalah penting kerana pegawai-pegawai yang menggunakan kereta ini merupakan eksekutif tertinggi dalam kerajaan dan keselamatan mereka adalah keutamaan."

“Kerajaan negeri tidak mampu membiayai lagi kos selenggaraan kenderaan berkenaan kerana sejak mula digunakan empat tahun lepas, ia telah melibatkan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan tersebut.

"Misalnya, kos penyelenggaraan dua kereta tersebut mencecah RM175,229.97 yang tertinggi dan RM132,357.76 dari 2004 sehingga hari ini."

Itulah antara kandungan kenyataan yang dikeluarkan pejabat Ahmad semalam. Kita mengharapkan Ahmad memaklumkan alasan yang sama kepada Perdana Menteri dan Timbalannya dan kita menanti reaksi Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak selepas mesyuarat kabinet esok.

Berbagai reaksi rakyat telah dipaparkan mengenai isu ini. Dalam keadaan ekonomi meleset ini, seharusnya Ahmad sebagai pemimpin yang dilantik rakyat dan ahli-ahli Exconya lebih memahami harapan rakyat.

Malangnya, Menteri Besar memilih untuk mempertahankan satu keputusan yang nyata tidak masuk akal dalam suasana ekonomi sekarang.

Jelapang siarkan sepucuk surat pembaca yang disiarkan Utusan Malaysia semalam untuk tatapan Menteri Besar Terengganu dan ahli-ahli Exconya sekiranya mereka belum membacanya.

Mengapa Mercedes?
SAYA merujuk kepada pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta untuk kegunaan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu.

Saya berpendapat keputusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal itu adalah keputusan yang tidak prihatin, kurang kebijaksanaan dan telah membelakangkan kepimpinan Perdana Menteri. Perdana Menteri di mana sahaja beliau pergi dan dalam majlis apa pun tidak putus-putus menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat, bijak, berhemat berbelanja dan menyeru rakyat supaya bersabar serta membantu kerajaan dalam keadaan susah sekarang.

Kerajaan Malaysia juga menghadapi cabaran yang begitu besar dan berat untuk mentadbir ekonomi negara akibat daripada kenaikan harga minyak global dan kesan-kesan sampingan lain akibat daripada kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan keputusan yang boleh dipertikaikan rasionalnya. Alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri Besar seperti yang disiarkan oleh akhbar pada 21 Julai adalah alasan-alasan yang merendahkan pemikiran rasional rakyat dan menjatuhkan imej Malaysia sebagai negara pengeluar kereta Proton.

Atas alasan apa dan sebab apa sekalipun, keputusan kerajaan negeri Terengganu itu dilihat tidak tepat, tidak kena masa dan tidak memahami kepayahan dan keperitan hidup rakyat terbanyak pada masa sekarang.

Persoalannya, di manakah slogan contoh melalui teladan dan susah sama susah, senang sama senang yang dilaungkan selama ini?

BAHADOR OMAR, Alor Star.


mStar: http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4ad5c98e-c0a85062-14c4ac90-73cbf655

Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Tuesday, July 22, 2008

INDERA MAHKOTA SOKONG NAJIB?


"Kita menyokong peralihan kuasa itu, namun tempoh dua tahun itu terlalu jauh dan kita bimbang ianya tidak memberi ruang yang cukup kepada Datuk Seri Najib untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang." - Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Faisal Abdullah.
Satu kenyataan yang pasti menimbulkan persoalan. Adakah Indera Mahkota akan mencalonkan Najib Razak bertanding Presiden Umno Disember ini?
"Sekalipun ini pendapat peribadi saya, namun inilah yang kita dapat maklumat balas dari peringkat akar umbi yang mahu Umno kembali kukuh sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan negara," tambah Faisal kepada Bernama.

BATALKAN SAJA BELI MERCEDES

Monday, July 21, 2008

HADI AWANG TIMBALAN PM KE2?

Tawaran Umno kepada Pas
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke-13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Adakah ini satu tohmahan? “Tawaran” ini terkandung dalam satu artikel yang ditulis oleh “Ahli Pas Dalaman” di dalam laman pro-Pas hari ini.

Adakah Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa tersilap langkah apabila beliau mengorak langkah pertama ke arah bermuzakarah dengan Umno ataupun adakah Nasharuddin tergelincir kedalam jerat Umno yang penuh onak?

Berdasarkan suasana politik hari ini, Pas adalah satu-satunya parti politik yang paling stabil sebelum Nasharuddin membuat perjumpaan dengan Najib Razak.

Tidak ada dalam sejarah politik mana-mana negara, sebuah parti seperti Pas mampu memerintah Kelantan dengan hanya majoriti satu kerusi tanpa sebarang pergolakan dalaman.
Pas adalah parti konservatif. Pemimpin-pemimpin terdahulunya dikenali konservatif. Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Fadzil Noor dan Allahyarham Burhanuddin Helmi dikenali konservatif pegangan mereka. Begitu juga Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Rata-rata perjuangan penyokongnya konservatif berlandaskan Islam. Demi perjuangan, penyokong-penyokongnya sanggup berkorban apa saja demi Pas. Malahan di abad inilah Pas berada di puncak kegemilangan. Tiada dalam sejarah politik negara sebuah parti pembangkang dapat memerintah sesebuah negeri (Kelantan) selama 18 tahun.

Kini, Pas di ambang krisis. Ahli-ahlinya yang konservatif mempersoalkan tindak-tanduk pemimpinnya yang mula berjinak dengan Umno. Malah ada yang mula dituduh gila kuasa dan jawatan. Suasana yang sama berlaku di zaman Allahyarham Asri Muda satu ketika dulu.

Kini Pas terbahagi dua. Nik Aziz dipihak yang lain kerana beliau melalui pahit maung Pas menjadi komponen BN di mana akhirnya parti Islam itu berpecah lima dan akibatnya Kelantan jatuh ke tangan Umno untuk sekian lama sehinggalah Nik Aziz merampasnya kembali pada tahun 1990.

Kini bermulalah zaman-zaman sukar Pas. Adakah parti itu akan bergolak dan berpecah seperti di zaman Asri atau presidennya Abdul Hadi Awang (gambar) ditabal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang Kedua?

Bunga-bunga perpecahan telah kelihatan. Ini jelas dari tulisan “Ahli Pas Dalaman”: “Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi. Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan. PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka. “
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_ahlipas_dalaman01.html

MB TERENGGANU KEPANASAN!

“Saya guna kereta nasional dan Perdana Menteri pun gunakan kereta nasional." – Najib Razak.

"Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional."

Itulah reaksi Timbalan Perdana Menteri tatkala disoal wartawan mengenai keputusan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said (gambar) membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor berharga RM3.43 juta untuk beliau dan ahli exco dengan alasan Perdana V6 yang rata-rata digunakan oleh Menteri Kabinet seringkali "kotak gear rosak tidak sampai dua tahun" dan “kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang”.

Lebih menakjubkan lagi bila tanpa sebarang rasa bersalah Ahmad berkata: "Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat."

Kadangkala, sukar untuk kita memahami bila seorang anak kampung, yang bapanya seorang petani dan penyadat kelapa, yang karier awalnya hanya sebagai penolong pegawai daerah, berubah citarasa pabila sudah berkuasa.

Mercedes menjadi kegemarannya, mahligai indah kini menjadi penginapannya.

Ahmad Said bukanlah keseorangan dalam menyimpan citarasa “bangsawan” selepas berkuasa.

Seorang bekas guru menukar gaya hidupnya selepas dilantik menjadi Menteri Besar – helikopter menjadi tunggangannya dan istana indah dibinanya hanya selepas empat tahun disinggahsana.

Rakan sejawatnya pula sanggup mengubah wajahnya agar lebih licin dahinya gara-gara ingin kelihatan lebih muda . Itulah lumrah orang politik, agaknya.

Ahmad Said pasti tidak tidur lena selepas kenyataan Najib hari ini. Yang pasti keputusan Kabinet Rabu ini tidak akan menyebelahi Ahmad. Malah reputasinya akan lebih tercemar dengan keputusan Jemaah Menteri nanti.

Apapun keputusan Rabu ini, imej BN dan Umno telah tercalar dek keangkuhan dan kebangsawanan Ahmad dan ahli-ahli Exconya.

Inilah akibat pabila kita lupa asal usul kita dan kita lupa bahawa yang meletakkan kita disingahsana adalah rakyat jelata.
Rujukan: Kabinet Bincang Kewajaran Pembelian Mercedes Oleh Kerajaan Terengganu - http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=347454

PM PUN PAKAI PROTON AJE?


Sunday, July 20, 2008

SKETSA PARLIMEN 14 (JULAI 15/08): HAKIM IAN CHIN, KURANG AJAR & SALLEH ABAS

PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN

“…saya bangkit soal pemecatan Tun Salleh Abbas kerana pihak kerajaan membayar ex-gratia baru-baru ini yang ada kena-mengena dengan wang cukai rakyat. Berapa banyak yang dibayar? Kenapa dibayar? Sebab pemecatannya dibuat mengikut peraturan." Ibrahim Ali (Pasir Mas)

“Saya lihat menteri (Zaid Ibrahim) yang menjaga undang-undang begitu prihatin dan membayar sendiri, mengunjungi rumah-rumah hakim ini, bekas-bekas hakim ini dan membawa televisyen sekali. Sesudah membayar ex-gratia, bekas-bekas hakim ini bercakap melahirkan perasaan seronok dan kononnya dahulu dizalimi. Jadi seolah-olah ia juga satu bentuk secara tidak langsung satu perbuatan rasuah.”Ibrahim Ali.

“Banyak lagi kes-kes lain yang kerajaan hendak bayar ganti rugi ini. Kecuaian doctor yang berlaku di hospital, apakah kerajaan hendak bayar ganti rugi sama banyak kita bayar kepada hakim-hakim? Yang hilang tangan, yang hilang kaki, yang mati, yang cedera, ataupun
macam UMNO yang bawa Pasir Salak? Dahulu gugur saya sebagai ketua bahagian tanpa sebab, hendak bayar ganti rugi?"
- Ibrahim Ali.

“Hakim Chin ini adalah pernah menyertai Parti Berjaya dan bertanding pilihan raya, kalah dua kali dan dia pernah mendengar satu kes yang membabitkan Datuk Syed Kecik kerana pada waktu itu dikatakan Syed Kechik terlibat dengan penahan ayahnya, bapa kepada Ian Chin ini.” Ibrahim Ali.

“…kelakuan Hakim Ian Chin boleh dikatakan sebagai seorang yang - saya bukan mahu menggunakan perkataan kurang ajar tetapi seorang yang immature, judicial immaturity.” Karpal Singh (Bukit Gelugor).

“Yang kita harap keindahan Palace of Justice ini samalah keindahan bagaimana luhurnya perlembagaan dan kewibawaan hakim-hakim negara kita. Biar padan dengan keindahan bangunan ini. Jangan badan sahaja cantik, bangunannya cantik, dalam tidak cantik. Luar nampak sihat, dalam wayar sudah putus. Ini ada gearbox dah rosak,
tetapi biarlah dalam luar.”
Ibrahim Ali

“Di Sabah dan Sarawak ini memang saya pasti hakim kita, majistret kita menggunakan kereta murah, tempat penginapan murah, tidak ada tuntutan harian. Di sini seperti kata rakan-rakan lain, mewah! menteri pun kalah…Hakim di sini lebih hebat.” - Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

“Jika Hakim Ian Chin ini berani, kenapa membuat pertuduhan atas Tun Mahathir Mohamad bahawa perlindungan yang diberi kepada seorang hakim, judicialimmunity. Kenapa hakim ini tidak berani untuk membuat tuduhan itu luar daripada mahkamah.” Karpal Singh

“Kenapakah seorang menteri perlu bawa cek pergi ke seorang bekas hakim yang dipecat dulu? Seperti dispatch boy. Alah, tak malu. Keluar TV lagi. Keluar surat khabar lagi, untuk dapat apa? Untuk hendak buat publisiti sahaja.” Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

“Katanya bayaran kepada bekas Ketua Hakim Tun Salleh Abbas, RM1.5 juta. Jikalau RM1.5 juta, duit daripada mana? Duit kerajaankah atau duit siapa? Duit ini duit daripada cukai rakyat.”Ibrahim Ali

“Program Pusat Giat MARA ini, tidak ada tempat yang cukup untuk pelajar-pelajar. Sesetengah tempatnya, macam tempat reban ayam dan tidak boleh mengambil pelajar.” - Ibrahim Ali

“Baru-baru ini seorang, di kawasan saya, di Pendang dipanah petir dan anaknya meninggal dunia. Malangnya apabila dibawa ke unit kecemasan, didapati tiada ambulans kerana tidak ada driver… Anaknya meninggal dunia, dicari driver ambulans tidak ada.” - Dr Mohd. Hayati Othman (Pendang)

Gobalakrishnan (Padang Serai) vs Syed Hamid Albar

Gobalakrishnan: Satu Bandaraya Kuala Lumpur sudah sesak
semalam. Satu Bandaraya Kuala Lumpur sesak kerana kenyataan palsu daripada menteri...
Syed Hamid: Yang Berhormatlah yang menyusahkan rakyat... Sampai rakyat sudah bosan dengan apa yang telah dilakukan Yang Berhormat.
Gobalakrishnan: Saya tidak pernah fitnah, saya tidak pernah....
Syed Hamid: Yang Berhormat the best fitnah, carry on.
Gobalakrishnan: Fitnah, fitnah!... [Dewan riuh]
Syed Hamid: Yang Berhormat tidak usah cakap bohong. Tiap-tiap kali Yang Berhormat cakap bohong apabila mahu menegakkan sesuatu yang tak betul.
Gobalakrishnan: Yang Berhormat Menteri, penipu semalam...
Syed Hamid: Unparliamentarily. Yang Berhormat jaga baik bahasa Yang Berhormat...