Monday, June 30, 2008

VIVA ESPANA!!!!!!


SPAIN 1 GERMANY 0
Spain crowned champions
Spain are champions of Europe for the first time in 44 years after a 1-0 defeat of Germany in Vienna. A solitary goal from Fernando Torres in the 33rd minute was enough to hold off a German side who rarely looked like scoring.

Sunday, June 29, 2008

ANWAR IBRAHIM DITUDUH MELIWAT LAGI?

REKAAN SEMATA-MATA: Itulah reaksi Anwar Ibrahim terhadap tuduhan pembantu khasnya Shamsul Bahari bahawa beliau telah diliwat oleh bekas TPM itu Rabu lalu. Berikut ialah Kenyataan Media Anwar Ibrahim, 29 Jun 2008.

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99.

Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian. - ANWAR IBRAHIM (
http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/628/1/)

Beberapa portal berita dan agensi berita antarabangsa turut menyiarkan berita ini.
AFP: http://afp.google.com/article/ALeqM5j795aew46fejmEbK3xSSDCY9X3xA
Agendadaily: http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
AlJazeera: http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2008/06/2008628173045637105.html
Rueters/TVNZ: http://tvnz.co.nz/view/page/536641/1879510
AP: http://ap.google.com/article/ALeqM5gvk18e1IzUJ9V-VNzo1_wg-4mkWgD91J9N5G0
Rocky's bru: http://rockybru.blogspot.com/2008/06/sodomy-part-two.html#links

Saturday, June 28, 2008

SKANDAL TERBARU ANWAR IBRAHIM?

Jelapang menerima dua sms sebentar tadi yang dihantar rakan-rakan di Kuala Lumpur.

SMS 1:
PANAS.PANAS. Seorang tokoh politik yang berpengaruh didakwa meliwat pembantu peribadinya. Sumber2 polis memberitahu AgendaNews malam ini pembantu yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar KL. Difahamkan laporan polis itu dibuat jam 5 petang tadi di Pondok Polis HKL. Ikut ceritanya ini bukan pertama kali dia di liwat. - AgendaNews.

SMS 2:
UPDATE: Kes liwat ahli politik...Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wa sahkan terima laporan tetapi enggan ulas lanjut. - AgendaNews.

Malaysiakini turut melaporkan dengan menyiarkan nama tertuduh.

Police report against Anwar for alleged sodomy
Jun 28, 08 11:03pm
A police report has been lodged against PKR de facto leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomosing one of his aides.

SKANDAL TERBARU?

TERKINI: Tersebar luas khabar angin di ibukota bahawa pembantu peribadi seorang pemimpin PKR telah membuat laporan polis bahawa sesuatu telah "dilakukan" terhadap beliau pada 26 Jun di sebuah rumah di ibukota. Sejauh mana kebenaran khabar angin ini, wallahualam.

SKETSA PARLIMEN 4 (JUN 26/08): KITA TAK TENGOK KAUM


PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“…yang mendukacitakan saya ialah masih ada lagi golongan-golongan yang pada waktu ini yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengambil kesempatan daripada keadaan ini, untuk membawa kepada gangguan-gangguan yang kerananya mereka berkesempatan pula harapan mereka untuk merampas kerajaan,” – Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentangan usul Kajian Separuh Penggal RMK9.

“Dalam suasana kenaikan harga minyak dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh faktor-faktor
luaran, amat sukar bagi sesebuah negara seperti Malaysia untuk melindungi rakyatnya secara sepenuhnya daripada impak negatif yang bersifat global.” –
Abdullah Ahmad Badawi.

“Sekiranya tidak ditangani secara wajar, kenaikan harga minyak dan komoditi yang mendadak serta kemelut dalam pasaran kewangan dunia yang masih berlanjutan akan menjejaskan usaha kita untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mapan. “ – Abdullah Ahmad Badawi.

“Kita dalam PAS ini kita tak tengok kaum. Kita tengok keadilan.” – Khalid Abdul Samad (Shah Alam).

Friday, June 27, 2008

UMNO KEDAH BERGOLAK?


AZIMI DAIM, SURAYA YAACOB, LATT SHARIMAN: Ketiga-tiga mereka tidak pernah memegang jawatan tertinggi di bahagian atau di peringkat negeri. Namun kini mereka memendam cita-cita, mengintai sekiranya ada ruang untuk ke teraju pimpinan tertinggi parti di peringkat negeri.

Sejarah politik Kedah penuh "intrigue". Kepala-kepala perangnya dikenali kehandalan mereka. Satu ketika, Umno Kedah cukup mantap, punyai nama-nama besar. Antaranya Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin, Sanusi Junid, Kadir Sheikh Fadzir, Raja Ariffin Raja Sulaiman, Abdul Hamid Othman, Affifuddin Omar dan Osman Aroff.

Kini nama-nama itu tinggal kenangan. Di peringkat nasional, tiada seorang pun dari Kedah kini berjawatan Menteri. Lebih malang buat Umno, Kedah jatuh ke tangan Pas 50 tahun selepas merdeka di bawah pimpinan Mahdzir Khalid, bekas guru dan pembantu khas Osman Aroff.

Osman Aroff mengharungi saat-saat getir di penghujung pimpinannya. Tekanan dari Kadir Sheikh Fadzir berjaya diharunginya. Malangnya, pergeserannya dengan Daim Zainuddin menamatkan karier politiknya dan memberi peluang kepada Sanusi Junid dimahkotakan orang yang paling berkuasa di Kedah Darulaman.

Namun, sikap angkuh, bongkak dan celupar Sanusi memendekkan tempoh beliau berkuasa apabila kakitangan kerajaan negeri "mengajar" Sanusi dengan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya 1999. Maka berakhirlah era Sanusi dan rezeki jatuh ke riba Syed Razak Barakbah.

Masalah kesihatan dan sikap kekampungan Syed Razak digunakan Mahdzir untuk menjatuhkan beliau pada 2004. Balasan buat Mahdzir, eranya lebih singkat malah Umno hilang kuasa dibawah pimpinannya.

Hari ini Umno Kedah melalui satu suasana yang tidak pernah di laluinya dalam sejarah politik negeri. Para pemimpinnya kini "menganggur" selepas tumpas dalam pilihanraya Mac 8, 2008. Cawangan Umno lumpuh tanpa wang. Pemimpin hanya menanti waktu untuk bertembung sesama sendiri.

Rata-rata, tahun ini merupakan tahun menarik dalam politik Umno. Golongan muda di dalam Umno Kedah tampak "jemu" dengan kehadiran "muka-muka lesu" di setiap bahagian. Maka timbul lah nama-nama baru seperti Suraya, Azimi dan Latt Shariman.

Bagi ahli Umno Kedah, sudah pasti khabar angin bertiup kencang "siapa akan melawan siapa" dalam pertandingan di peringkat bahagian yang akan datang. Berikut ramalan Jelapang. Antaranya

Pendang - Ketua Bahagian: Rozai Shafian vs Othman Abdul, Ketua Wanita - Fatimah Ismail vs Suraya; Kuala Kedah -Ketua Bahagian Syed Razak Barakbah vs Latt Shariman/Hashim Jasin, Abu Bakar Rautin. Kubang Pasu - Ketua Bahagian: Johari Baharum vs Saad Man; Jerai - Badruldin Amiruldin vs Suhaimi Abdullah; Langkawi - Ketua Bahagian: Bakar Taib vs Nawawi Ahmad; Kulim: Ketua Bahagian: Kadir Sheikh Fadzir vs Azimi Daim; Padang Terap: Ghazali Ibrahim vs Affifudin Omar.

Sama-samalah kita tunggu kesudahannya.

SKETSA PARLIMEN 3 (JUN 25/08): GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI!


PETIKAN MENARIK DARI HANSARD PARLIMEN
“Kita cukup bernasib baik negara kita ada minyak. Di negara Arab ada minyak, tidak ada kelapa sawit. Kita ada getah, kita ada bijih timah, kita ada emas. Negara kita pula rakyat hanya 27 juta. Bukan ramai. Kita ada bukit, kita ada sungai, kita ada paya. Kita ada cukup makanan-makanan pula. Macam-macam jenis makanan. Semua ada tetapi macam-macam masalah berlaku dalam negara kita ini. Lepas satu isu, satu isu. Bukankah ia berkaitan dengan persoalan kepimpinan yang harus diselesaikan sebab ibarat kata guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” – Ibrahim Ali (Pasir Mas).

“Kita pergi minum todi, lebih baik.” - Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) apabila Gobalakrishnan enggan membenarkan beliau mencelah.

“…kawasan-kawasan pendalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak masih seperti yang wujud pada 1800 tahun dahulu semasa zaman cowboy. Itu yang saya nampak bila saya pergi ke Sabah dan Sarawak kebelakangan ini.” - N. Gobalakrishnan (Padang Serai)

“Orang besar-besar atau orang-orang kaya mungkin banyak duit dalam bank tapi kita di kampung?” - Ismail Abd. Muttalib (Maran)

“Apabila mereka mendapat kelulusan seumpama ini daripada pihak atasan, mereka ini adalah merupakan tauke-tauke ataupun tokoh-tokoh ataupun orang-orang yang mempunyai kabel yang kuat. Maka apabila dilakukan penguatkuasaan, dengan wang yang banyak mereka boleh menyogok sana sini sehinggakan pihak penguatkuasaan pun boleh terpengaruh.” - Ibrahim Ali (Pasir Mas).

"Ahli geologi boleh disifatkan sebagai doktor bumi. Macam untuk kita manusia ini, doktor perubatan. Kalau untuk binatang, dia dipanggil doktor binatang, veterinary." - Ibrahim Ali (Pasir Mas)

GAJI PEGAWAI TNB?

MARAH BETUL: Jelas sekali kakitangan TNB amat kecewa dan marah dengan laporan kenaikan gaji CEO dan CFO mereka baru-baru ini. Walaupun kerajaan mengambil keputusan menolak kenaikan tersebut, kemarahan masih belum reda. Ketika seorang Menteri diwawancarakan malam Rabu lalu, orang ramai menghantar SMS mengkritik keputusan ahli lembaga pengarah TNB menaikkan gaji CEO dan CFO sehingga 100%. Rocky's bru merupakan blogger pertama yang mengeluarkan keputusan lembaga pengarah TNB ini yang dipengerusikan Leo Moggie. (http://rockybru.blogspot.com/2008/06/ceocfo-of-glc-to-get-100-wage-increase.html)

Hari ini, Jelapang menerima satu email dari Putera Estebel memaparkan senarai gaji pegawai kanan TNB yang dipetik dari lapuran tahunan (gambar atas) syarikat gergasi tersebut sebelum cadangan kenaikan 100% tersebut.
Yang jelas, rakyat masih marah dengan keputusan TNB dan Azman Mokhtar.

NAJIB, PRESIDEN UMNO?

"Kita akan buat ketetapan bila tiba masanya nanti....ada masa lagi."
Itu lah ungkapan dari Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, ketika ditanya wartawan samada beliau akan bertanding jawatan presiden sekiranya dicalonkan.
Menurut Agendadaily, jawapan beliau itu dibuat pada sidang media selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Khamis malam. Duduk sebelah beliau ialah presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi. (http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp)
Jelapang tidak akan membuat ramalan samada Najib akan menentang Abdullah untuk jawatan tertinggi parti itu tetapi suasana di peringkat akar umbi agak "beralun".
Pertemuan Abdullah dengan ketua-ketua cawangan dari Johor dilaporkan "panas". Di Pulau Pinang dikatakan hanya tiga bahagian akan mencalonkan untuk mengekalkan Abdullah, 9 bahagian di Kedah tidak akan mencalonkan Abdullah manakala di Pahang, majoriti mahukan Najib sebagai presiden.
Suasana juga tidak menentu di Perak, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah. Persoalannya, negeri manakah yang akan menjadi kubu kuat Abdullah?
Jelapang masih ingat bagaimana "ombak" melanda Umno apabila Anwar Ibrahim menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba. Ada di kalangan pemimpin Umno "memusing belakang membiarkan ombak berlalu" demi kepentingan diri sendiri.
Malah Tun Ghafar pun tertipu akan muslihat Anwar. Anwar memberi gambaran bahawa beliau bukan "seorang anak yang derhaka" dan tidak mungkin akan menentang Tun Ghafar yang dianggapnya seorang bapa.
Tun Ghafar alpa. Apabila Anwar memalu gendang perang sudah terlambat untuk Pak Ghafar menyusun gembala tenteranya untuk turun ke medan.
Setiausaha Agung menyebelahi Anwar. Menteri Besar, Ketua-ketua pengarang, semuanya berdiri dibelakang Anwar dan akhirnya, Pak Ghafar tumpas.
Suasana ketika itu berbeza dengan hari ini. Hari ini Umno berada pada tahap yang lemah. Umno bukan lagi Umno dahulu di mana pemimpinnya boleh menepuk dada melaungkan "kami lah yang membawa kemerdekaan negara ini" dan "lihatlah track record kami".
Datanglah ke Kedah untuk melihat sendiri betapa uzurnya Umno. Majlis Umno tidak lagi dihadiri rakyat. Bekas-bekas ahli parlimen dan wakil rakyat Umno ke hulu ke hilir, berkejar ke sana ke mari merayu untuk diberi "rezeki".
Rata-rata mahukan perubahan. Kehendak ini pasti akan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan Umno.
Kenyataan Najib kelmarin pasti mengundang spekulasi. Abdullah sendiri mungkin kurang senang hati dengan kenyataan itu.
Sukarkah untuk Najib menyatakan kesediaan untuk tidak bertanding jawatan Presiden? Persoalan ini mungkin akan bermain di fikiran kuncu-kuncu Abdullah.
Apa yang nyata ialah ianya akan lebih sukar untuk Najib menolak pencalonan sekiranya ianya kemahuan ahli-ahli parti.
Persoalan kedua ialah bila kah masa yang sesuai untuk Najib membuat ketetapannya?
Selepas mesyuarat bahagian selesai. Itulah pilihan terbaik. Umno harus menuruti kehendak ahli di bahagian jika ianya mahu terus relevan. Sekiranya ahli Umno mahukan Abdullah di kekalkan, maka hormatilah keputusan itu. Jika sebaliknya, keputusan itu juga perlu di hormati.

Wednesday, June 25, 2008

SKETSA PARLIMEN 2 (JUN 24/08): POWER CORRUPTS, KHAIRY!


"Apa yang dilakukan di luar di mana mereka dianggap sebagai ‘orang tepian’ saya rasa tidak menghormati peranan yang dimainkan oleh media massa dan akan menjejaskan usaha mereka menjalankan tugas." - Lim Guan Eng (Bagan)

"Ini semua buang masa, Tuan Yang di-Pertua, tidak payah." - Lilah Yasin (Jempol) membantah Guan Eng membangkitkan isu larangan keatas media.
"Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa mengikut anggaran yang dikeluarkan oleh Morgan Stanley iaitu sebuah dana syarikat antarabangsa yang terkemuka menganggarkan bahawa sejak 80-an jumlah kehilangan yang membabitkan amalan rasuah di Malaysia ialah sebanyak USD100 bilion. Bukan ringgit, Tuan Yang di-Pertua, tetapi USD100 bilion." - Lim Guan Eng

"Soalan tambahan saya menyentuh tentang persepsi rasuah terhadap kerajaan di semua peringkat. Lord Acton pernah sebut “Power corrupts; absolute power corrupts absolutely”. Saya pernah sebut dalam dewan ini bahawa even a little power corrupts very quickly." - Khairy Jamaluddin (Rembau).

"Yang mengeruhkan keadaan lagi, semalam pegawai yang disiasat di pejabat MB Selangor itu pertamanya digantung tugas selama dua bulan. Selepas itu dia sendiri letak jawatan kerana tidak yakin dengan MB Selangor. Ini menimbulkan tanda tanya. Jadi soalan saya, saya nak tanya adakah BPR telah menamatkan siasatan mereka dalam kes ini." - Khairy Jamaluddin

"Kes ECM Libra pun, ECM Libra dan post office. Siasat perkara ini." - N.Gobalakrishnan (Padang Serai) menyelar Khairy.

"Malu kat budak-budak tengoklah. You ingat you seorang pandai?" - Azmi Khalid (Padang Besar) mengherdik Jeff Ooi.

"Antara siaran yang popular, yang disukai ialah siaran langsung kita punya Parlimen. Boleh tidak Yang Berhormat Menteri jangan setengah jam. Alang-alang terus daripada pukul 10.00 pagi sampai 11.30 pagi. - Mohamad Aziz (Sri Gading)

GHAZALI IBRAHIM KINI!

LUMRAH ORANG POLITIK: Usianya kini 55. Siapa di Kedah tidak mengenali Ghazali Ibrahim. Bergelar wakil rakyat pada usia muda, 33 tahun, apabila memenangi kerusi dewan undangan negeri Pokok Sena dalam pilihanraya 1986.
1995 bertukar ke dewan undangan negeri Pedu dan dilantik Osman Aroff, Menteri Besar ketika itu, menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.
Apabila Sanusi Junid menjadi Menteri Besar, Ghazali di lantik menjadi ahli Exco. Ramai berpendapat jawatan tersebut adalah ganjaran kerana setia pada Sanusi.
Bekas penyelia Kemas ini bertukar ke Parlimen Padang Terap pada tahun 2004 tetapi kalah kepada calon Pas Nasir Zakaria pada pilihanraya Mac 8, 2008.
Kesimpulannya, karier Ghazali adalah seperti berikut: Penyelia kemas-Adun-Timbalan Speaker-Ahli Parlimen-Penggangur.

KARIER GHAZALI KINI: Pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri.

Tuesday, June 24, 2008

SKETSA PARLIMEN 1 (JUN 23/08): TAHI MINYAK!

SEJARAH NEGARA: Mac 8, 2008, tarikh keramat dalam sejarah politik tanahair. Pada tarikh tersebut, kerajaan BN kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen. 82 dari 222 ahli parlimen adalah dari parti pembangkang. Parlimen kini gelanggang yang berbeza - lebih bermaya dan lebih terbuka. Setiap kali sesi berlangsung perdebatan menjadi panas. Bermula hari ini, Jelapang akan cuba menyenaraikan PETIKAN menarik di Parlimen yang dipetik dari Hansard untuk renungan bersama. Sama-samalah kita menghayatinya.

JUN 23/08: TAHI MINYAK
"Kerajaan Barisan Nasional sentiasa merayu kepada rakyat supaya berjimat "tighten the belt", so to speak tetapi kerajaan sendiri, menteri-menterinya sendiri hidup dalam mewah seperti Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa baru-baru ini bahawa 29 Mei, Menteri Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Zulhasnan ada pergi ke London dengan lebih kurang 20 orang. Katanya untuk lawatan kerja tapi. Anak-anak dia j
uga pergi. Siti Nooriah Ab Razak iaitu bini dia, Muhammad Suhail, Syaira Leana Zulhasnan termasuk pembantu rumahnya Ms Cosmiano Enesacuadrasal, ini Filipina dan mereka duduk di London empat hari daripada 5 hingga 9 Jun 2008. Mereka ini semua membuat penerbangan business class dan first class."Wee Chee Keong (Wangsa Maju)
*"Petronas bukanlah milikan satu buah syarikat, bukanlah milikan Pengerusi Tan Sri Hassan Merican ini milikan 27 juta rakyat Malaysia." - Lim Guan Eng (Bagan)
* "Tadi Yang Berhormat Gombak cakap bahawa Petronas ini di bawah kerajaan tidak beramanah Barisan Nasional telah menyelamat Bank Bumiputera sebanyak tiga kali. Telah membina Putrajaya, telah membina KLCC, bukankah mentor Ahli Yang Berhormat Gombak iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebahagian daripada Kerajaan Barisan Nasional yang buat keputusan tersebut? Dulu dalam kerajaan tak berani cakap. Bila dah kena pecat daripada kerajaan baru nak cakap." - Khairy Jamaluddin (Rembau).
*"Hoi menantu Perdana Menteri. Kalau bukan menantu pun kamu tak sampai sini." - N. Gobalakrishnan (Padang Serai)
*"Kedudukan Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini, bergantung kepada sokongan
daripada Sabah dan Sarawak. Orang-orang Barisan Nasional daripada Sabah ini, Sarawak pun
satu hal juga. Saya tengok, sekejap-sekejap ugut kerajaan, sekejap-sekejap ugut kerajaan.
Sekali Perdana Menteri melawat ke Sabah, RM1 bilion. Dua kali melawat RM2 bilion, pergi
Sarawak RM1 bilion, takut mereka ini melompat. Yang ini pula ugut 24 jam. Saya hendak nasihatkan, kalau tak puas hati dengan Barisan Nasional, masuk pembangkang!"
Ibrahim Ali (Pasir Mas)
*"Persoalannya ialah bagaimana kerajaan menguruskan kekayaan dalam negara kita yang dapat dengan lumayan ini? Kita habis, baiki rumah Perdana Menteri RM15 juta! Baiki rumah Perdana Menteri baru duduk RM15 juta. Penyelenggaraan, penyelenggaraan rumah Perdana Menteri RM200,000 sebulan. Rumah Timbalan Perdana Menteri RM100,000 sebulan. Kita boleh habiskan untuk dua orang. Kenapa kita tidak boleh menghabiskan untuk rakyat? Sebab itu saya katakan inilah dia kerajaan tahi minyak." - Mahfuz Omar (Pokok Sena)
*" Tuan Yang di-Pertua, pada 1 Julai 2008 ini iaitu lapan hari lagi, tarif elektrik akan dinaikkan. Adalah dicadangkan agar kenaikan itu ditangguhkan pelaksanaannya ke suatu tarikh lain." - Ahmad Maslan (Pontian).
*"Akan tetapi hari ini setelah rakyat menderita menanggung segala penderitaan dan
kesusahan harga barangan naik di pasaran, barang-barang keperluan terpaksa ditagih oleh
rakyat dan pada minggu lepas Tuan Yang di-Pertua, seorang amah pekerja am di Hospital Besar
Kuala Lumpur yang makan beras hancur yang harganya dulu RM18 untuk sepuluh kilo hari ini
harga beras itu di pasaran adalah paling murah RM28.
" - Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
*"Saya bersetuju Tuan Yang di-Pertua, kalau dah tak betul itu bukan sangkaan jahat. Memang sebahagian besar daripada mereka ini hari ini buat usul untuk tindas rakyat. Depa sokong. Kita tengok bilangan lagi, bilangan Ahli Parlimen tindas rakyat. " - Mahfuz Omar (Pokok Sena).

ERIC CHIA 1933 - 2008


"Now, no one wants to know Eric Chia. I can count the number of my friends. But that's life.''
(Sekarang, tiada siapa ingin mengenali Eric Chia. Saya boleh mengira (dengan jari) kawan-kawan saya. Itulah lumrah kehidupan).

Itulah curahan hati bekas pengarah urusan Perwaja Steel, Eric Chia, kepada Singapore Straits Times dalam satu temuramah pada tahun 2000 selepas bekas Menteri Kewangan Anwar Ibrahim memberitahu Parliamen pada tahun 1996 bahawa Perwaja rugi RM2.9 billion kerana pengurusan yang lemah dan penyelewengan pembayaran dan kontrak.
Eric Chia melalui perjalanan kehidupan penuh cabaran. Melalui kehidupan yang penuh getir sebelum mengukir kejayaan bersama UMW. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/29/business/20785687&sec=business
Setelah dipuji kerana kejayaannya menguruskan Perwaja Steel di Kemaman, beliau dikeji atas apa yang berlaku di Perwaja Rolling Mill di Gurun. Perjalanan hidup Eric Chia berakhir hari ini.

Eric Chia Meninggal Dunia Di Hotel Miliknya
SUNGAI PETANI, 24 Jun (Bernama) -- Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd Tan Sri Eric Chia Eng Hock meninggal dunia di Hotel Park Avenue miliknya di sini hari ini.Jurucakap polis berkata, Chia, 75, meninggal dunia di bilik peribadinya pada 9 pagi tadi akibat sakit tua."Sehingga petang ini, mayat masih berada berada di hotel. Kaum keluarganya sedang membuat urusan pengkebumian," katanya ketika ditemui di hotel itu di sini.Kumpulan wartawan bagaimanapun sukar untuk menemui keluarga mendiang bagi mendapat komen dan sebaliknya hanya dibenarkan berlegar di kawasan lobi hotel itu.Bulan ini genap setahun, Chia, yang dibayangi dengan pelbagai tuduhan rasuah melibatkan kontrak Perwaja Steel, dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil membuat pembelaan.Pada 26 Jun tahun lepas, Hakim Akhtar Tahir mengumumkan keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang cukup. Sepanjang perbicaraan itu, Chia yang uzur, hadir menaiki kerusi roda.

Former M'sian steel tycoon Eric Chia dies at 74
MALAYSIA'S former steel tycoon Eric Chia, a close associate of ex-premier Mahathir Mohamad and who was acquitted on charges of embezzlement has died aged 74.
Chia, who was managing director of the government-owned steel company Perwaja, died at about 5pm in a city hospital after suffering breathing difficulties, the Star daily reported on its website.
The tycoon made headlines in 1994 when he was charged with criminal breach of trust for misappropriating 76.4 million ringgit and Perwaja almost collapsed under debts exceeding three billion dollars.
The wheelchair-bound Chia, upon his acquittal last year, said his vindication had come too late, the Star reported.
Chia said he had lost his family and was estranged from his son and daughter because of the shame, the report said. Dr Mahathir could not be reached for comment.
Perwaja was one of several massive industrial projects initiated by Dr Mahathir in the 1990s to turn Malaysia into a regional high-tech manufacturing, financial and telecommunications hub.
The projects also included national car company Proton and the Astro satellite television service. -- AFP

Sunday, June 22, 2008

OH CATHAY! TERIMA KASIH

















BERAKHIRNYA SATU GENERASI: Seorang rakan berkunjung ke sebuah cineplex dan terus ke kaunter tiket untuk menonton "Indianna Jones: The Kingdom of the Crystal Skull."
"Tiket kelas satu...dua," ujarnya. "Tak ada kelas satu, kelas dua di sini bang. Semua tiket satu kelas," jawab penjual tiket.
Kali terakhir rakan Jelapang ke panggung wayang atau pawagam ialah 30 tahun yang lalu untuk menonton filem "Mat Sentul" di Panggung Rex yang terletak di Jalan Putera.
Ketika itu, pemegang tiket kelas satu akan diberi tempat duduk di tingkat atas. Harganya mahal sedikit dari tiket kelas dua. Termurah ialah tiket kelas tiga, tetapi terpaksalah mendongak sedikit kerana tempat duduknya betul-betul di hadapan skrin.
Rakan Jelapang tidak menyedari bahawa zaman tiket wayang "kelas satu, dua, tiga" sudah berakhir. Kini panggung wayang tidak lagi dikenali sebagai pawagam lagi. Kini ia dikenali sebagai cineplex.
Sabtu lepas Jelapang sempat bersiar-siar disepanjang Jalan Langgar. Maka terpandanglah ke arah Panggung Cathay di Jalan Limbong Kapal. Panggung tersebut kini diselimuti
jaring plastik berwarna hijau. Perkataan CATHAY sudah tiada lagi. Pekerja yang kebanyakannya dari Indonesia sibuk memecah dinding panggung tersebut. Sebuah papan tanda terpampang di tepi jalan. Setelah diteliti, maka Jelapang sedari Panggung Cathay sudah tiada lagi. Berakhirlah satu generasi.
Dipanggung inilah Jelapang dibawa emak dan ayah menonton filem-filem Bruce Lee - Fist of Fury, Big Boss dan The Way of the Dragon. Di sini juga lah Jelapang menonton filem Indonesia Pendekar Sumur Tujuh yang mana heronya ialah Dicky Zulkarnian.

Separuh dari rakan Jelapang menjadi peminat Dicky dan Jelapang meminati Bruce Lee.
Ketika di kampung, rakan-rakan akan memotong batang pokok perupok untuk di jadikan senjata yang digunakan Dicky dalam filem tersebut.
Betapa taksubnya kami kepada hero-hero ini sehingga khabar palsu bahawa Bruce Lee mati dalam satu pertarungan dengan Dicky di anggap benar.
Kononnya Bruce Lee mati terkena sepakan maut Dicky sehingga mematahkan tulang rusuknya. Itu cerita lama - cerita zaman remaja Jelapang.Tidak lama lagi nama Panggung Cathay di Alor Setar akan hilang dek zaman.
Tempatnya akan diambil alih oleh Restoran KFC. Maka berakhir legenda Cathay - pawagam terakhir di Alor Setar.Panggung Rex dan Sky di Jalan Putera telah menjadi bangunan usang, Panggung Royal berhampiran Pekan Rabu telah lama pergi dan digantikan dengan bangunan berbelas tingkat untuk perniagaan. Panggung Deluxe yang hanya menayangkan filem Cina kini
juga menjadi pusat jualan pakaian.
Panggung Seri Intan (gambar sebelah) kini menjadi Pusat Snooker.
Manakala di panggung Empire berhampiran Pekan Rabu, Jelapang pernah menangis semata-mata kerana seekor gajah di dalam filem Hindustan - Hathi Mere Saathi.
Di situ jugalah Jelapang menonton Sangam, Bobby dan Yaadon Ki Baaraat.


Panggung Empire juga menjadi "mangsa" kepada industri video dan VCD.
Apapun, kehadiran pawagam-pawagam ini ketika itu telah mewarnai kehidupan orang Kedah.
Pada ketika itu, pawagam-pawagam inilah yang menjadi tempat hiburan untuk masyarakat terdahulu.
Walaupun berakhirnya zaman pawagam, kenangan manis akan di bawa ke akhir hayat. Terima kasih Cathay, Empire, Rex, Sky, Seri Intan, Deluxe dan Royal.

KENAIKAN GAJI CHE KHALEB DI TOLAK KERAJAAN!


KEPUTUSAN YANG BAIK: Akhirnya isu kenaikan 100 peratus gaji Che Khaleb Mohamad Noh (gambar), CEO Tenaga Nasional, berakhir dengan keputusan kerajaan untuk mengetepikan keputusan lembaga pengarah TNB untuk menaikkan gaji beliau dari RM50,000 ke RM100,000. Kerajaan juga menolak keputusan menaikkan gaji CFO TNB Izzadin Idris dari RM25,000 ke RM50,000. Jika diluluskan, Che Khaleb akan menerima gaji berjumlah RM1.2 juta setahun.
Ketika rakyat mengharungi kesukaran kenaikan harga petrol dan barang, keputusan ini menggambarkan sensitiviti kerajaan terhadap keperitan rakyat.

Laporan: www.agendadaily.com

Cadangan naik gaji 100 peratus CEO TNB dan semua CEO GLC ' bungkus'
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahkan kerajaan tolak cadangan naikkan gaji CEO Tenaga Nasional Berhad 100 peratus. Malah katanya bukan kenaikan di TNB sahaja tetapi tolak cadangan nak naikkan gaji semua CEO syarikat kaitan kerajaan (GLC). Beliau nyatakan demikian semasa menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar lepas majlis taklimat kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional dan ahli Dewan Negara mengenai kenaikan harga minyak di Kementerian Penerangan tengahari ini. Difahamkan cadangan itu dikemukakan oleh Khazanah Nasional Berhad. “Bagi GLC cadangan-cadangan untuk kenaikan itu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan Perbendaharaan telah buat keputusan tidak meluluskan cadangan-cadangan itu,” katanya.
BERITA SEBELUM INI: Kerajaan telah menolak cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) naikan gaji CEOnya 100 peratus.Agendadaily difahamkan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yackop akan buat kenyataan rasmi mengenainya. Sebelum ini cadangan berkenaan telah mencetuskan ' hu ha' dalam sentimen kenaikan harga minyak sekarang- 22/6/2008

Friday, June 20, 2008

BERGEGARLAH PARLIMEN!


KETERBUKAAN: Akhir-akhir ini wajah Shahrir Samad terpampang di dada akhbar hampir setiap hari. Wajah yang masih segar di fikiran kita ialah gambar Shahrir menaiki ERL untuk ke tempat kerja tetapi hanya untuk sehari.
Itu bukan pokok perbualan. Yang menarik ialah keputusan Shahrir untuk mengemukakan usul di Parlimen Isnin ini untuk mendebatkan isu kenaikan harga barang.
Adakah Shahrir akan meneruskan usahanya selepas Malaysiakini melaporkan pembangkang akan menggunakan usul tersebut untuk membuat undi tidak percaya kepada Abdullah Ahmad Badawi?
Shahrir seorang sosialis yang berpegang kepada prinsip keterbukaan dan beliau adalah orang yang berprinsip. Menariknya adakah Shahrir akan berpegang kepada kata-katanya untuk membawa usul tersebut setelah pembangkang mengugut untuk menggunakannya untuk membawa undi tidak percaya kepada Abdullah?

SYED ALI ALHABSHEE


SYED ALI ALHABSHEE: Ketua Umno Bahagian Cheras ini adalah antara segelintir pemimpin bahagian yang vokal dalam menyuarakan padangan terhadap parti. Sikapnya selari dengan pemimpin seperti Ketua Bahagian Seremban Ishak Ismail - berani menyuarakan pandangan.
Hari ini, suara Syed Ali berkumandang lagi. Beliau mahukan kerajaan mendedahkan jumlah amaun ex-gratia yang dibayar dan akan dibayar kepada hakim-hakim besar Salleh Abas, George Seah, Suleiman Pawanteh, Eusoffe Abdoolcader, Azmi Kamaruddin dan Wan Hamzah Mohamed Salleh. (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=340917)
Syed Ali seorang senator. Gelanggangnya adalah Dewan Negara. Adakah suaranya juga akan berkumandang di Dewan Negara? Khabarnya setiap hakim menerima habuan RM500,000 seorang.
Kata Syed Ali: "Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya."

YONG TECK LEE: SOGOKAN POLITIK!

SEMALAM: "Saya kata pada dia, you akan dijadikan sebagai Special Envoy yang ada hubung kait dengan BIMP-EAGA, dengan itu dia akan ada peranan yang boleh dilaksanakan seperti hal berkaitan dengan promosi perdagangan dan pelancongan serta hal berkaitan masalah sempadan dan pendatang asing tanpa izin.
Dia kata ok! That’s good (eloklah tu), saya pun mulalah ambil tindakan dan maklumkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan dia senang hati tetapi tiba-tiba dia (Teck Lee) buat perangai,”
"Nampaknya dia sudah mula buat cerita lain, jadi buat apa saya hendak bagi (jawatan Senator dan Wakil Khas) kepada dia." - ABDULLAH AHMAD BADAWI
HARI INI: Sebenarnya tawaran jawatan Senator and wakil khas BIMPEAGA disampaikan kepada saya melalui Ketua Menteri Sabah. Dia (Ketua Menteri) kata kalau saya setuju, Perdana Menteri akan umum. Saya kata kalau umum saya tolak juga... jadi tidak manis, bagus jangan. Tawaran itu saya anggap "sogokan politik" supaya tidak terus menyuarakan isu-isu mengenai Sabah. Apabila saya dapat surat ini secara normal, saya cakap dengan Ketua Menteri, kalau pada masa kini kamu menawarkan jawatan, saya kata "adakah ini ditawarkan untuk tutup mulut?" - YONG TECK LEE
Dua petikan ini pasti menarik perhatian kita. Persoalannya adakah tawar-nenawar ini perkara biasa dalam politik/kerajaan?

TERKINI: SAPP TETAP PENDIRIAN



TETAP TIDAK PERCAYA: Agendadaily news baru sahaja mengeluarkan sms alert berbunyi seperi berikut: Majlis Tertinggi SAPP putuskan usul undi tidak percaya terhadap PM adalah pendirian rasmi parti berkenaan.
Perkara itu diumumkan pada sidang media MT SAPP di KK petang ini selepas mesyuarat lebih 5 jam. Bagaimanapun parti itu tidak mencapai kata sepakat sama ada akan keluar BN atau tidak. Presiden SAPP Yong Teck Lee sebaliknya meminta wartawan tanya kepada S/U Agung BN Tengku Adnan mengenai parti itu dalam BN. Sidang media masih lagi berlangsung. - Agenda News.

BPR MENGHANTUI YONG TECK LEE: Setelah mengejutkan negara dengan undi tak percaya kepada PM, Yong Teck Lee kini berdepan dengan tuduhan rasuah bernilai RM5 juta ringgit.
Mengikut akhbar The Star (http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/20/nation/20080620144715&sec=nation) BPR sedang menyiasat Yong Teck Lee berhubung dakwaan pembayaran RM5 juta dari penjualan saham kepunyaan anak syarikat negeri Sabah kepada agen beliau pada tahun 1996 ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

Thursday, June 19, 2008

JUDGE DREDD


I AM STAYING OUT OF THIS: Tuan-tuan dan puan-puan, the gavel is yours. Hakimilah mereka.

Petikan dari setiausaha kerja Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) Mustafar Maarof: “Tony travelled on Malaysia Airlines more than 20 times on international travels and yet he accuses MAS chief executive officer Datuk Seri Idris Jala of being petty.
“It is high time AirAsia followed the rules of the game and not complain about MAS. And it should also stop demanding a level playing field by asking for more landing rights,” Mustafar said in a statement.
(Tony menggunakan penerbangan Malaysia Airlines lebih 20 kali untuk penerbangan antarabangsa dan masih menuduh ketua eksekutif MAS Datuk Idris Jala sebagai kebudak-budakan.
Tiba masanya Air Asia mematuhi peraturan dalam sebarang persaingan dan berhenti mengadu mengenai MAS. Dan mereka harus berhenti mendesak hak persamaan persaigan dengan meminta kebenaran mendarat yang lebih.)

P/S: Keputusan ditangan anda.

PARTI MANA SELEPAS INI TINGGALKAN BN?

SIAPA PULA SELEPAS SAPP? Seorang rakan spontan menjawab UPKO!
UPKO ialah singkatan kepada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu dan presidennya ialah Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang memegang jawatan tertinggi parti tersebut sejak 1994.
Akhbar NST merupakan yang pertama menafikan khabar angin ini. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/20080619170535/Article
Kalau mengikut laporan NST, Dompok dan pemimpin UPKO yang lain akan terus setia kepada Abdullah Ahmad Badawi.
"Tiada siapa dari UPKO akan meninggalkan BN. Kita tidak ada masalah dengan Abdullah atau BN. Oleh itu tidak timbul persoalan kami meninggalkan BN. Kami sedang menumpukan perhatian kepada mesyuarat bahagian dan cawangan and kami tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal seumpama ini."

Itulah ungkapan setiausaha agong UPKO Wilfred Madius Tangau kalau NST boleh di percayai.
Bagaimanapun menurut seorang rakan yang menelefon dari Kuala Lumpur, riuh rendah di ibukota Bernard Dompok (kiri) akan membawa UPKO menuruti jejak SAPP dan Yong Teck Lee.
Yang pasti NST telah menafikan ura-ura tersebut. Malah telah menjadikan kenyataan Timbalan Presiden SAPP Raymond Tan menafikan SAPP akan keluar dari BN sebagai berita sampingan di
muka 6 NST pada Selasa lepas.
Semalam, Yong Teck Lee mengumumkan partinya hilang kepercayaan kepada Abdullah dan mendesak beliau meletakkan jawatan. Apakah perkara yang sama akan berlaku dalam UPKO?
Yang jelas penafian bahawa UPKO akan keluar dari BN dibuat oleh setiausaha agungnya dan bukan Bernard Dompok.
Berita NST Selasa lalu tidak salah. Yong Teck Lee tidak membawa SAPP keluar dari BN. Cuma SAPP, sebagai parti komponen BN sudah hilang kepercayaan kepada Abdullah.
Mungkinkah perkara yang sama akan berlaku di dalam UPKO?
Adakah UPKO akan menjejaki SAPP dengan presiden dan pemimpin bawahannya membuat ketetapan mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan?
Kalau dihitung sejarah politik Sabah, tidak ada yang mustahil boleh berlaku di Kota Kinabalu.
Lupakah kita pada nama-nama besar seperti Tun Mustapha, Harris Salleh dan Syed Kecik dalam politik Sabah? Kemanakah parti politik mereka hari ini? Parti Berjaya berkubur. Usno dikapankan. Tanyalah Pairin Kitingan betapa pedihnya bila partinya PBS hilang kuasa.
Umno bukan dilahirkan di Sabah. Umno disogokkan kepada orang Sabah untuk menerimanya. Kalau parti kelahiran Sabah seperti Berjaya dan Usno boleh hilang dari bumi Sabah, apalah ada pada Umno.
Dan pelikkah parti seperti SAPP dan UPKO mencampakkan BN? Sejarah pasti berulang. Hanya mereka yang buta sejarah yang selalunya menerima padah.
Kalau UPKO menuruti jejak SAPP dalam hari-hari terdekat ini, apa nak dihairankan. Cuma yang merana ialah Umno dan BN kerana hari demi hari, nyawa politik tampak semakin sukar.

MESYUARAT TERGEMPAR BN


BARISAN Nasional telah memanggil mesyuarat tergempar hari ini. Mesyuarat tersebut akan di adakan di PWTC jam 2.30 petang dan dipengerusikan Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dijangka akan mengambil keputusan menyingkirkan SAPP manakala ahli majlis tertinggi BN akan menyatakan sokongan kepada Abdullah.

Wednesday, June 18, 2008

SIAPA YANG LEBIH TERPALIT LUMPUR?


ABDULLAH AHMAD BADAWI ATAU YONG TECK LEE?
Yong Teck Lee (YTL) mungkin marah dan kecewa. Kenyataan beliau semalam umpama melepas geram.
Manakala reaksi Pengerusi BN terhadap kenyataan SAPP dan YTL mengambarkan suasana kekeruhan di dalam keluarga BN waktu ini.
"Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya" (I have not been able to satisfy his personal greed)**, kata Abdullah melalui rangkaian berita, Bernama.
Status emosi Abdullah ketika bercakap dengan Bernama, tidak diketahui kerana laporan tersebut tidak menyatakan bahawa reaksi tersebut dibuat melalui kenyataan akhbar atau perbualan telefon dengan orang besar di Bernama. Menurut Bernama Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian.
Pokoknya, Pengerusi BN itu telah melabelkan YTL sebagai seorang yang "tamak".
Kenyataan SAPP semalam pasti mengejutkan Pengerusi BN. Sebelum ini ramai menjangkakan bahawa YTL akan mengumumkan partinya keluar dari gabungan BN. Tetapi semalam lain ceritanya. Kenyataan yang dibuat oleh SAPP mencemarkan imej Pengerusi BN. Seperti dilaporkan akhbar The Star, SAPP berkata parti tersebut sudah hilang keyakinan kepada Abdullah dan mahukan beliau meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk memimpin BN dan SAPP akan menyokong undi tidak percaya kepada Abdullah di sidang Parlimen Isnin ini.
Kenyataan parti itu amat mengejutkan. Lumpur yang terpalit mungkin tebal dari yang dijangkakan dan sebab itu lah perkataan "tamak" digunakan dalam reaksi kepada tindakan SAPP itu. Apa yang nyata, SAPP akan disingkirkan dari BN selepas mesyuarat tergempar BN di PWTC jam 2.30 petang hari ini. Persoalannya, adakah krisis kepimpinan ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini? Atau adakah ianya akan lebih meruncing bila cawangan-cawangan dan bahagian Umno mula mengadakan pemilihan?

PENGHIJRAHAN BERMULA?


SAPP? Mengikut sumber Malaysiakini, Parti Progresif Sabah (SAPP) akan membuat pengumuman penting esok dalam satu sidang akhbar yang akan diadakan di Kota Kinabalu. Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa SAPP akan mengumumkan meninggalkan BN tetapi tidak menyatakan samada parti tersebut akan menyertai Pakatan Rakyat. SAPP yang dipimpin bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee mempunyai dua Ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri.
Laporan Malaysiakini: Speculations are rife that a Barisan Nasional component party will be making an important announcement tomorrow that would leave Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's government hanging in a balance.
MCPXSources told Malaysiakini tonight that the announcement by the Sabah Progressive Party (Sapp) tomorrow will "lead to a drastic change of the political scenario in Malaysia".However the sources refused to reveal if the party would leave the 14-member BN coalition and join Anwar Ibrahim-led Pakatan Rakyat.
http://www.malaysiakini.com/news/84635

Tuesday, June 17, 2008

MUHYIDDIN GANDINGAN KU LI?



YANG TERSIRAT: Apakah mesej 25 cawangan Umno Bahagian Pagoh Ahad lalu kepada pimpinan Umno dan seluruh keluarga Umno dengan menamakan Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin sebagai calon presiden dan timbalan presiden Umno?
Muhyiddin merupakan ketua bahagian Umno Pagoh dan wakil rakyat mereka. Apakah keputusan tersebut mendapat restu Ketua Bahagian Pagoh?
Kenyataan Muhyiddin akhir-akhir ini banyak membuahkan perbualan dan debat di kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel yang menjadi "stesen" untuk ahli-ahli Umno berkepentingan.
Keputusan 25 cawangan Pagoh pasti menimbulkan tandatanya ketika tidak sampai seminggu Najib Razak menyatakan beliau setia pada parti.
Sudikah Ku Li menerima Muhyiddin sebagai "running mate" setelah menyatakan dia mahu Najib kekal di kerusi nombor dua?
Keputusan 25 cawangan Umno Pagoh ini di laporkan oleh akhbar The Star semalam.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/17/nation/21567837&sec=nation

IDRIS JALA KEBUDAK-BUDAKAN, KATA TONY


PENJELASAN: Untuk berlaku adil, Jelapang siarkan komen balas CEO Air Asia Tony Fernandes (kanan) kepada kenyataan Idris Jala (kiri) malam semalam.

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Datuk Tony Fernandes berkata rakan sejawatnya dalam Malaysia Airlines (MAS) bersikap "kebudak-budakan" kerana menarik balik diskaun lumayan yang dinikmatinya dalam penerbangan MAS.Fernandes memberitahu Bernama Isnin malam, diskaun seperti itu sebenarnya "amalan standard" serupa dengan yang diberikan kepadanya oleh syarikat penerbangan seperti Cathay Pacific, Virgin, Qantas dan sebagainya."Ia adalah budi bahasa yang dihulurkan kepada CEO syarikat penerbangan. Sama seperti dalam muzik industri, saya memberikan CD percuma kepada Warner Music atau sebaliknya," kata Fernandes, yang menceburi industri muzik sebelum beliau memulakan AirAsia enam tahun lepas yang kini berkembang menjadi syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia.
Maklumat tambahan dari Malaysiakini.com: It is learned that Fernandes had written to MAS in 2006 requesting for discounts on MAS’ international flights. Subsequently, MAS responded in a letter date Jan 24, 2006 that Fernandes would be provided with the following privileges: First/Business class - 50 percent discount Economy class - 75 percent discount
It is unknown whether Fernandes had utilised the travel privileges.

Monday, June 16, 2008

TONY TAMBANG MURAH?



OH TONY! Masakan kita lupa ungkapan Tony Fernandes bila MAS memperkenalkan skim tambang sifar baru-baru ini?
Ini lah kata-kata Tony tempoh hari:"Kita percaya MAS menerima subsidi kerajaan untuk operasi laluan (KL-Singapore) ini (NST, 5/5/08).
MAS sahajakah yang mendapat subsidi, Tony? Yang pastinya TIDAK. Bos Air Asia ini merupakan orang yang ke 24 terkaya di Malaysia mengikut majalah FORBES dengan kekayaan berjumlah US$230 juta (RM828 juta) pada tahun 2007 ** (lihat link dibawah) dan hari ini rahsianya terbongkar.
Ketua Eksekutif dan tuanpunya Air Asia ini terbang ke mana sahaja dengan pesawat MAS dengan harga tiket yang cukup murah - 75 peratus diskaun atau 75 peratus lebih murah dari penumpang lain.

Jelas lah beliau merupakan antara yang mendapat subsidi dari MAS untuk terbang ke mana sahaja mengunakan pesawat MAS. Menurut Bernama: Malaysia Airlines telah menarik balik kemudahan diskaun tiket yang lumayan yang diberikan kepada Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia Datuk Tony Fernandes sejak dua tahun lepas, dengan alasan tekanan dari kesatuan sekerjanya yang tidak berpuas hati dengan pemberian hak istimewa itu.Penarikan hak istimewa itu berkuatkuasa 1 Jun 2008. (Rujuk: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=339907)

Manakala portal berita, Malaysiakini.com melaporkan: Few know that budget carrier AirAsia boss Tony Fernandes had been enjoying discounts up to 75 percent when flying on Malaysia Airlines (MAS), its bitter business rival.
That’s not until a May 28 letter penned by MAS chief Idris Jala was leaked to Malaysiakini.According to the letter, which was addressed to Fernandes, the AirAsia chief executive officer had been enjoying steep discounts when flying MAS over the past two years.Idris nevertheless brought bad news for the AirAsia boss in the letter - his travel privileges had been withdrawn beginning this month.
( http://www.malaysiakini.com/news/84556)

**http://www.forbes.com/business/global/2007/0604/037.html

HOTEL BAJET DI LANGKAWI TAK LAKU?


TAK LAKU: Pengusaha hotel bajet di Langkawi terjejas kerana kurang menerima tempahan pakej kursus dan seminar berikutan arahan kerajaan kepada jabatan serta agensi kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan.
Begitulah kata Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Kedah dan Perlis, Aziz Ahmad.
Kebanyakan pengusahanya ialah Bumiputera.
Katanya harga pakej kursus dan seminar yang dikenakan masih kekal iaitu RM55 untuk empat orang sebilik hingga RM95 seorang mengikut tempahan. Terdapat 400 hotel bajet di Langkawi.

SIAPA AKAN KELUAR BN DAHULU?


UPDATE: Menurut Tengku Razaleigh dalam Sinar Harian hari ini parti komponen yang akan meninggalkan BN penghujung bulan ini, bertapak di Malaysia Timur.


http//www.sinarharian.com.my/selangor/content/story1645611.asp

Bagaimana pun Timbalan presiden SAPP Raymond Tan hari ini menafikanya. Lihat laporan The Star: http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/16/nation/20080616144907&sec=nation

SAPP ATAU GERAKAN?: Sebuah parti akan meninggalkan BN bulan ini.
Itulah kata-kata kejutan Tengku Razaleigh Hamzah Sabtu lalu. Kenyataan itu mengundang spekulasi. Hanya dua parti dikatakan sedang membuat perkiraan serius untuk meninggalkan BN.
SAPP yang diketuai Yong Teck Lee (kiri) dan Gerakan yang diketuai Koh Tsu Koon.
Teck Lee dikatakan kecewa dengan percaturan politik Sabah yang beliau, difahamkan, melihatkan pergolakan sekarang sebagai "politik untuk kepentingan diri dan bukannya rakyat". Ada penganalisa politik berpendapat ugutan Ahli Parliamen Sabah untuk meninggalkan BN hanya "drama" untuk menekan kepimpinan Umno supaya memberi mereka "gula-gula" dan ia nya telah berjaya apabila berbagai "pengumuman projek" dibuat baru-baru ini.Bagi Gerakan, kekal dalam BN tiada makna lagi. Kubu kuatnya, Pulau Pinang, tidak mungkin kembali ke tangan parti itu sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun ini. Cadangan telah dibuat bahawa jalan terbaik adalah untuk Gerakan meninggalkan BN dan menjadi parti pembangkang seperti mana ianya di bawah Tan Chee Koon.

Gerakan tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Bagaimana pun harapan Gerakan untuk hidup semula dan mendapat nafas baru amat sukar. Tidak mustahil parti ini menjadi tidak relevan kepada rakyat dan kerana itu sudah ada pemimpin kuatnya meninggalkan parti dan perjuangannya.Kesilapannya selama ini ialah kerana perjuangannya telah tersesat. Lim Keng Yaik mengubah Gerakan dari sebuah parti untuk semua kaum menjadi parti kaum Cina.Agak terlambat untuk Gerakan sekarang ini untuk kembali ke perjuangan asalnya.

Sunday, June 15, 2008

MENTERI SUKAN DITEMPELAK!

SIAPA ISMAIL SABRI? Beberapa pemimpin Umno Kedah terutamanya Ketua Pemuda Umno cawangan Jalan Badlishah Ridzuan Omar menempelak Menteri Belia dan Sukan dalam satu mesyuarat belia di Sungai Petani Jumaat lepas.
Ismail terdiam seribu bahasa apabila pemimpin-pemimpin tersebut menghentam beliau kerana meminta Mokhzani Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit.
"Siapa awak (Ismail) untuk mendesak Datuk Mokhzani meletakkan jawatan? Kami, ahli Belia 4B, mendapat manfaat dari aktiviti permotoran yang diperkenalkan oleh Datuk Mokhzani.
"Apa yang telah kamu (Ismail) sumbangkan kepada belia? Kami tak pernah dengar nama awak sebelum ini. Hanya dua bulan lepas baru nama awak (Ismail) timbul,” templak Ridzuan dalam mesyuarat tersebut. Akhbar The Star melaporkan berita tersebut. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/15/nation/21559080&sec=nation

SELAMAT HARI BAPA

TO ALL FATHERS OUT THERE, SELAMAT HARI BAPA.
JELAPANG WISHES TO DEDICATE THIS SONG TO ALL OF YOU (AND YOUR SONS TOO).

YUSUF ISLAM (CAT STEVENS) - FATHER & SON
video

FATHER
It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down, If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that its not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot, Why,
Think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

SON
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

FATHER
It's not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.
(son-- away away away, I know I have to Make this decision alone - no)

SON
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but its harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(father-- stay stay stay, why must you go andMake this decision alone? )

SINIS


REAKSI KEPADA KENYATAAN MENGENAI PERALIHAN KUASA

REAKSI MENARIK MENGENAI PERALIHAN KUASA
It is more important to reveal when it will happen. If it happens at the end of this year, why, and if it materialises next year, what are the reasons for making that deadline. - Khir Toyo

We will have to wait and see what the plan is all about. For now, it’s just a statement mentioned by the Prime Minister. - Muhyiddin Yassin.

But the succession agreement between the country's No 1 and No 2 is unlikely to go down well with everyone in Umno. - Joceline Tan (Star).

Some people want it to happen in December (when the Umno general assembly takes place), some want it later. The leaders must realise it is not only about what Pak Lah or Datuk Seri Najib wants but also what the party wants - Ketua Pemuda Machang Sazmi Miah.

Najib harus memainkan kadnya dengan betul, bukan saja untuk dirinya tetapi juga parti dan masa depan Umno. - Johan Jaafar (penulis).

Abdullah mahu kekal sebagai Presiden UMNO dan melakukan apa yang dianggap mengikut resam serta tradisi UMNO iaitu menyerahkan kuasa secara terhormat kepada penggantinya. - Pensyarah politik UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Oleh itu demi kepentingan parti, tradisi ini perlu diteruskan. Bagaimanapun ini tidak bermakna demokrasi dalam UMNO harus diketepikan. Jika ahli-ahli UMNO merasakan ada pemimpin yang harus mereka ketengahkan, mereka perlu melakukannya dengan syarat ada jaminan bahawa ia tidak akan memecah belahkan parti. - Zulkiflee Bakar (penganalisa politik Utusan Malaysia).

Down with PM, long live the people. - Opposition supporters protesting against fuel hike.

It's all mere talk. He made that statement in order to soothe the feelings of people who feel that he should give the leadership to a new person. - political analyst Yahya Ismail.

Saturday, June 14, 2008

TIADA TARIKH UNTUK PERALIHAN KUASA

BERTAMBAH SUSPEN: Sehari selepas beliau menyatakan persetujuan bersama Najib Razak mengenai peralihan kuasa, Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan yang lebih menarik.

"Tarikh yang tepat belum ditentukan, bila masa tiba, peralihan itu akan dilakukan sebagaimana kami kedua-dua memahami" - Abdullah Ahmad Badawi.

PERALIHAN KUASA?

ANALISA LAH: Berikut ialah petikan kenyataan Abdullah Ahmad Badawi di Kota Baru (13 Jun 2008) mengenai peralihan kuasa di dalam Umno dan kerajaan. Petikan-petikan ini pasti menarik perhatian penganalisa politik negara.
  • Saya dan Najib telah muafakat dan kita berdua telah sama-sama setuju bilakah masanya saya nak bersara dan bilakah masanya Najib akan ambil alih dan menjadi Perdana Menteri.
  • Tiada masalah antara kami berdua, jadi tidak payahlah sesiapa pun nak timbulkan perkara ini kerana antara yang hendak menyerah dan menerima sudah ada persetujuan
  • Yang penting semua pihak perlu melihat hubungan kami berdua adalah untuk menguatkan parti dan kerajaan serta program pembangunan yang telah dirancang selama ini.
  • Saya amat menghargai sokongan terhadap saya. Kalau diberi sokongan kuat dan padu seperti ini, saya akan terus bekerja dengan lebih kuat untuk parti dan kerajaan
  • Sebagai pejuang, jangan kita patah semangat demi untuk agama dan bangsa kita. Istilah kecewa sepatutnya tidak ada dalam kamus pejuang.
  • Pantang undur sebelum menyerah dan pejuang perlu berjuang. Kalau patah hati, tidak payah berjuang, biarlah tunggu mati sahaja
  • Majoriti rakyat mahukan kita terus berjuang. Dalam pilihan raya umum lalu kita tidak lemah dan kalah, cuma sokongan sedikit merosot
  • Saya sama seperti Najib yang ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein telah bersama-sama menubuhkan parti, saya pun sama apabila ayah dan datuk telah berjuang menubuhkan parti ini di sebelah Utara. UMNO akan kembali bangkit semula dengan pencapaian lebih cemerlang

MICHAEL KALUM LEO MOGGIE

TUDUHAN SERIUS: Blogger Rocky's bru menyiarkan satu komen yang mengandungi tuduhan yang serius. Berikut adalah komen yang disiarkan oleh saudara Rocky (https://www.blogger.com/comment.g?blogID=28452020&postID=8597902738132354943)

Brother Rock,Please be informed guys.. The chairman of TNB Board of Director (Tan Sri Leo Moggie) will definitely approve the 100% salary of these both Che' Khalid (CEO) and Izzaiddin (CFO). DO you know why???? Because CEO has approved the project worth more than RM35mil direct nego to Michael Kalum Leo Moggie (who is the son of the Chairman) for TNB Scada project. The company is InControl Tech Sdn Bhd (414225-K) formerly known as VA Tech Sdn Bhd which was never disclosed by The Chairman in TNB's Annual Report that required by KLSE listing and s131 of company Act.Although InControl has been doing the business with TNB for many years prior to Leo Moggie's appointment. But it is not after his appointment as the chairman , InControl appointed his son to become the director of Incontrol Sdn Bhd on 26 Aug 2005. During the last 2 years, the company has been awarded with more than RM30mil worth of contracts (one of them contract number TNB 413/2005 for supply and delivery of a SCADA system worth of RM15mil) by CEO and until today still award them through Direct negotiation for few other contracts. The chairman until today, still has not been disclosed for the beneficiary of the contract in TNB annual report. and Both The chairman and CEO signed off the report.It was told by TNB staff that his son keep on pushing and pressure to give other projects thru his father's position and with assistance of CEO.This is only one case that TNB under new Duo team (CEO and CFO) have done. Go and check more about SComi direct nego done by them foe the fleet of the coal worth of RM20mil per month and of course Remote Meter Reading worth RM90 mil though the company xyz not the lowest price and bragged abt it how CEO has helped him to the market.. Spread the truth to the market abt CEO and CFO...There are so many talks about all these in TNB.. just need to ask.. ALl the details will surge. Soon or later when the time is right, BPR will visit CEO and CFO when their contract are abt to expire.. from LIGHTENING
1:01 AM


Adakah mereka-mereka yang dinamakan oleh komentar ini akan tampil membersihkan imej mereka? Sama-sama lah kita tunggu.

RM116.734 JUTA LANGSAI DALAM MASA 8 JAM!




TIDAK MELEPAS PELUANG: 239,414 pemilik kenderaan persendirian berpusu-pusu ke pejabat-pejabat pos diseluruh negara hari ini untuk mengutip rebat tunai yang dijanjikan kerajaan. Hasilnya kerajaan membayar RM116.734 juta dalam masa lapan jam. (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=339536)
Pada jam 10.30pagi, dua jam selepas pejabat pos dibuka, RM24.12 juta dibayar melibatkan 47,774 pemilik kenderaan. Esok suasana yang sama akan berlaku.

DUIT HABIS DI PENANG?

BUKAN ANGKARA KERAJAAN: Rakan di Pulau Pinang memberitahu Jelapang khabarnya pejabat-pejabat pos di Pulau Pinang kehabisan duit untuk bayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan. Bagaimanapun jangan pra-sangka. Ianya bukan salah kerajaan. Angkaranya ialah Bank Negara. Khabarnya pintu simpanan cawangan Bank Negara di Pulau Pinang terkunci dan pegawai tidak dapat menambah wang kepada pejabat-pejabat pos. Orang ramai di minta bersabar oleh pekerja-pekerja Pos Malaysia.

REDAKAH UMNO DI AKAR UMBI?


"Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada beliau."

Adakah kata-kata ini yang dibuat di Kota Bharu semalam akan meredakan sentimen di akar umbi menjelang mesyuarat cawangan Umno bulan hadapan?

Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Amat jelas suasana di akar umbi terumbang-ambing. Malah ada ketua-ketua bahagian berjawatan Menteri akan dicabar dalam pemilihan bahagian nanti. Syed Hamid Albar dan Rais Yatim hampir pasti dicabar.

Pengerusi perhubungan di Kedah dan Perak jelas sudah hilang kawalan keatas cawangan dan bahagian. Di Terenganu, Idris Jusoh sudah meletakkan jawatan. Di Perlis, Shahidan Kassim masih bergayut kepada jawatan.

Pokoknya adakah pengumuman Abdullah Ahmad Badawi di Kota Baru semalam mampu meyakinkan akar umbi bahawa refomasi akan berlaku di dalam Umno?

Selagi Abdullah tidak menyatakan bila peralihan kuasa akan berlaku atau dengan kata lain bila beliau akan menyerahkan kuasa kepada Najib Razak, suasana politik akar umbi tidak akan berubah.

Jangan terperanjat sekiranya banyak bahagian menamakan calon untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Sudah ada ketua-ketua bahagian yang tanpa segan silu menyatakan hasrat untuk menamakan calon untuk kedua-dua jawatan tersebut.

Thursday, June 12, 2008

TAK BERPERIKEMANUSIAAN!


GAJI RM100,000?: Dalam keadaan rakyat merana dan mengeluh kenaikan harga minyak, sebuah GLC menaikkan gaji CEO nya dari RM50,000 ke RM100,000 sebulan. Blogger Rocky's Bru melaporkan:


CEO & CFO of a GLC to get 100% wage increase?!


B l a t a n t. I hope what I heard is not true, that the CEO/President of this major Government-Linked Company, together with his Chief Financial Officer, are going to get a 100 per cent increase in their pay package!If the CEO is getting a RM50,000 package now, he'll be getting RM100,000 a month. If the CFO is getting RM25,000 now, his package will swell to RM50,000!!!If it's true that the Board of Directors of Tenaga Nasional Berhad has approved the increment (because that's what I have just heard, and they are just awaiting Pak Lah's approval as Finance Minister), all the Government's talk about saving cost and changing lifestyles because of the higher petrol/diesel prices will sound so very hollow.And the July tariff rate increase already approved for this GLC will face the greatest opposition of all time.
at 8:01 PM http://www.rockybru.blogspot.com/

NAJIB TAK LAWAN PAK LAH?

"SAYA AHLI PARTI YANG SETIA PADA PARTI": Itu lah kata-kata keramat Najib Razak semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan mengenai "Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global" di Chatham House, yang menempatkan Royal Institute of International Affairs, di London, semalam (Rabu , Jun 11).
Berita sepenuhnya: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=338889 atau http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=338885
(Nota: Ungkapan dalam laporan Bernama tidak konsisten antara versi Bahasa Malaysia dan Inggeris. Oleh itu penyunting akan petik ungkapan dari versi Inggeris.

Beberapa petikan menarik kenyataan Najib:
  • "I am a true party (Umno) man and not the son who destroys the party that my father has helped to set up in a move to gain control of it."

Kupasan: Najib tidak menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang Abdullah Ahmad Badawi dalam pemilihan Disember ini. "Saya anggota parti (Umno) yang setia". Beliau setia pada Umno (bukan presiden).

  • "I believed the transfer of power (in Umno) should be done in the traditional, conventional way rather than by creating factions".

Kupasan: Jelas sekarang bahawa Najib mahukan peralihan kuasa dan perletakan jawatan Abdullah dibuat mengikut tradisi Umno. Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir menyerahkan kuasa semasa perhimpunan Agung Umno.

  • "People could give their views and that it was not a question of having courage or being a coward, but it is just (that) as a person you have core values. And I believe what is important (is that) whatever position you take, it must be a core value personal to you. I come from a family where my father helped build the party, and I am not the son to destroy the party. I want to continue to build the party further."

Kupasan: I want to continue to build the party further. Jelas cita-cita Najib bahawa beliau mahu memimpin Umno dan beliau bukan pengecut.

  • Umno is now at its lowest point and if you create a serious fight for the leadership, Umno will be further weakened and not be able to face the challenges of (the next) general election. What is there in inheriting a position when you lose in the general election. I don't want to lead the party to defeat."

Kupasan: Najib mengakui bahawa Umno di bawah presiden sekarang sangat lemah (at its lowest point) dan "I don't want to lead the party to defeat". Beliau mahu memimpin parti mencapai kemenangan di dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau mengingatkan Abdullah bahawa perlawanan akan memecahkan parti.

Bagaimanapun portal berita pro-Abdullah melaporkan "Najib tidak akan mencabar Abdullah" dan memberi kelegaan kepada Perdana Menteri. (Nilai lah sendiri kenyataan Najib ini).

LONDON, June 12 — It’s official. Datuk Seri Najib Tun Razak said that he will not challenge Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for the top post in Umno.
His statement will have a significant impact on the political alignment in Umno ahead of the party election in December. But it will not end calls for Abdullah to hand over power to Najib not too long after the polls, possibly by the third quarter of 2009.
"I have some options but I am a true party man. Transfer of power should be done in the most traditional way," he said, noting that a challenge for the leadership in the party could further weaken Umno.
"I don’t want to inherit the party to lead it to defeat," he said when addressing Malaysian students in London.
This piece of news will:
• Give Abdullah some comfort but it does not change the growing sentiment among division chiefs aligned to Najib that the transfer of power should take place next year.
Supporters of the deputy prime minister have been growing restless in the past few weeks, speaking openly about the need to send a signal to the prime minister on setting a reasonable time frame for the handing over of power to Najib.

Wednesday, June 11, 2008

MENTERI BESAR BANKRUP?


STATUS : BANKRUP: Desas-desus mengatakan salah seorang Menteri Besar di salah sebuah negeri yang di perintah pembangkang mungkin di isytiharkan bankrup oleh sebuah bank tidak lama lagi. Khabarnya beliau masih mempunyai hutang yang besar dengan sebuah bank tempatan.

Kononnya musuh politik parti pembangkang ini hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk mendedahkan latarbelakang beliau. Sekiranya ianya berlaku, pakatan pembangkang akan dilanda krisis yang hebat yang mungkin mengubah suasana politik negara.

Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan diperintah oleh Pakatan Rakyat selepas PRU12.